HOTEL BENDAHARA MAKMUR MELAKA luas dan wow selesanya ! | Julia Johari
Booking.com

HOTEL BENDAHARA MAKMUR MELAKA luas dan wow selesanya !

Dari cerita travel johor 3H2M terus lajak ke Melaka...cerita themepark Legoland skip sekejap bagi laluan percutian 2 hari 1 malam di bandar bersejarah...asyik-asyik Melaka jadi buruan travel julia kan...kalau tak Melaka, Johor...kalau tak Johor Penang. Sebabnya seronok terokai suasana di 3 buah negeri berkenaan, nak ke Pantai Timur agak jauh dan perlu plan betul-betul sebab long distance kan.

Tak Rancang Pun...tapi buat-buat sampai hahaha!
Percutian di Melaka ni tak dirancang langsung! Tiada booking hotel langsung, lepas check out dari Hotel di JB, terus dalam kereta suami cakap jom kita pusing-pusing Melaka nak, hari ni baru hari Sabtu, banyak masa lagi takkan nak balik KL dah awal lagi ni.

Terus shoot sampai bandar Melaka, memula cadangnya nak jalan aje makan-makan gitu, last-last suami kabor kata jom kita stay one night nak?

Berbunga je hati ada orang nak belanja hotel satu malam...mak incik cuci kaki ler...jalan punya jalan laluan bandar Melaka ni, ternampak tepi jalan gah ye bangunan hotel ni...

HOTEL BENDAHARA MAKMUR MELAKA

Aku dan suami terus terpegun lihat bangunan hotel ni, dari luar dah rasa menarik-menarik dah kami supaya belok kiri masuk bahagian ruangan parking, aku terkesima tengok laluan parking tu sangat ekslusif dan luas sangat. 

Terus suami tanya, nak ke stay sini, kalau nak...nak pi tanya berapa rate semalaman. Terus julia cakap NAKKKKKKKK  LA BANGGGG! Cantik dan bersih dari luar...mesti kat dalam cantik kata aku dekat suami.

Korang perati gambar atas ni, apa aku nampak adalah servis parking adalah sangat besar dan FREE...bestnya, parking bas pun ada disediakan, hanya kerana parking pun aku dan suami tertarik tau...mantop!

Kisah WALK IN (Hari Sabtu)
Dalam 5 minit tunggu...suami terus cakap jom kita masuk bilik...
Ehhhhhhh dah booking ke papa...berapa harga semalaman? 

RM110 je without breakfast...murah kan?

Wahhhhhhh murahnya!
With breakfast just add on RM20 kata suami...tapi we all xmau...
Katil King size okey! Yeyyy...

Aah kami kalau ke Melaka tak suka booking hotel with breakfast melainkan ia FREE Breakfast...kalau kena bayar tak lah kami nak sebab kat Melaka ni mewah dengan makanan dari pagi sampai keesokkan harinya syurga makanan kot rugi tak pi cari hehe.



WOWW! WOWW!
Mesti korang nak tau apa kelebihan lagi yang kami rasai sepanjang menginap di sini selama 2 hari 1 malam kan? Nah ini dia detail berdasarkan pengalaman sebenar:
  1. Harga - RM110 (harga walk in no breakfast, nak breakfast add on RM20, deposit RM50 just nice) bukan harga booking mana-mana online...julia cek booking.com diorang tak register...bila cek trivago hanya expedia sahaja yang tawarkan booking hotel ni RM130 without breakfast bila julia cek...erkkk lain betul bila cek harga walk in kan...
  2. WiFi - Laju belah pagi...tapi ikut belah malam macam slow sikit maybe ramai yang guna dalam masa yang sama...itu biasa bukan luar biasa tau.
  3. Kolam - tak ada kolam ye, tapi selesa sebab hotel ni dekat tepi jalan besar dan berdekatan 7-eleven dan bank.
  4. Katil King - hanya harga diatas suami cakap dapat katil KING...perghhhhhhhh dah la katil ni superb tinggi, kena panjat tau nak tido kihkihkih...abam Qi bising susah nak panjat katil tinggi...jejaga ada baby...sebab katil tinggi kan.
  5. Keluasan - setiap sudut hotel ni julia tengok luas...tersangat luas...puas hatilah.
  6. Bilik air - luas dan ada shower air panas...sesuai la bawa big family.
  7. Ada penunjuk arah kiblat
  8. TV - flat screen dan ada channel kartun yesssssss
  9. Lif - kemudahan lif yang tersangat luas...macam lif pejabat juju je besor.
  10. Tandas public - level lobby ada sedia tandas ekslusif...best.


Ni bilik kami, bukan view jalan besar, view building...its okey yang penting nak tidur kejap je kan jom masuk


Masuk-masuk je wahhhhhhhhhhh wowwwwwww wowwww gila best katil king size dia...lagi fitam kalau korang tau betapa tingginya katil ni...nak panjat pun kemain susah...abam Qi asyik tak lepas nak panjat hahaha

Jom scroll tengok gambar puas-puas.









King Koil (MAHARAJA)
Paling WIN & WOW! Pertama kali julia lihat koleksi katil King Koil jenama MAHARAJA...julia memang peminat setia brand KING KOIL...so bila julia gelebek isi katil ni rupanya...wowwwww! 

Patutlah sedap je tidur, empuk tersangat empuk...rupanya hotel bajet ni sedia katil mewah...puas hati! Nak hunting katil ni lah untuk dekat rumah...tilam lama nak let go jual...takpe menabung dulu...katil ni pun dah beribu u olss...hehe


Pekena Asam Pedas Jr & Catering 
Malam tu kami pi pusing Melaka depan Dataran Pahlawan, meriah ye sini, suami nak makan asam pedas katanya...kita ikut je tekak dia...ramai ye orang, tapi tempat duduk banyak, tu yang best!

Laju je servis diorang ni...suami baru je order tuppp terus mai bergolek dah periuk kecik asam pedas...sedap...dan murah...abam Qi tu asam pedas pun dia balon...memang geng makan pedas...relaks je dia baru 4 thn hehehe

Abang Qaiser ilman...alolololololo gaya duduk sanding ke tu...mana kompang....kompang mana...kompang dipaluuuuu pengantin baru ewahhh duduk bersanding tersimpul malu hahaa


Bil...murah kan...dengan semua menu tu berbaloi sgt...

Pekena Coconut Shake Klebang
Bangun pagi terus shoot ke Klebang, wajib bagi anda datang melaka kena singgah sini kalau tak akan rasa ralat sangat...jam 11 pagi baru buka...kami mai awal...tak ramai orang lagi...letak je bontot atas kerusi terpinga kami tengok berduyun orang mai bertandang hahaha


Address: Jalan Bendahara, 75100 Melaka, Malaysia

Tiba masanya untuk checkout, masa check out memang jadi habit kami akan kemas balik semua peralatan termasuk katil...kami kemas macam baru memula sampai, at least nanti masa nak housekeeping masuk dia tersenyum, menghargai usaha dan penat lelah dia menyediakan kelengkapan pelanggan setiap hari...(korang amalkan macam ni selalu ye...nanti korang balik, hati tenang je)

Rekemen untuk korang menginap disini, seronok!

Next episod;...tunggu kisah kami di Legoland mungkin berpart-part hasilnya...abam Qi seronok sampai nangis!

15 comments:

  1. luas gk hotel ni..rege pn not bad...ke melaka tk sah , kalo tk singgah coconut shake klebang....nasi lemak & coconut shake mmg yummmmmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  2. Kagum part kemas bilik... Kalau kami ank beranak mmg biase x kemas pun... Klau bwk mak abah mmg mak akan kemas... Hehhee... Juju siap tgk tilam jenis apa... Hahaha... Hebat...

    ReplyDelete
  3. review yang menarik...coconut shake tu meruntun kalbu

    ReplyDelete
  4. bgus juju,buat org tertarik nk check-in hahaha

    ReplyDelete
  5. best nye jue..memang melaka syurga makanan kan..

    ReplyDelete
  6. bestnya bilik dia. kira murah lah tu kan. bukan senang nak dapat harga tu dengan katil yg selesa. penting woo tilam yang best. nama pun tido hotel kan. hiks

    aduhai daripada ngandung sampai beranak tak dapat coconut shake klebang tu. dua kali pergi, tutup. taktahu apesal padahal bukan hari cuti dia pun. grrr

    ReplyDelete
  7. Tq kak juju share ni , rindunya kat melaka nnt nak pegi bwk rayyan nak pekena asam pedas jgk !

    ReplyDelete
  8. Wah luas...mmg murah tu hrga walk in pun

    ReplyDelete
  9. Cantik! Boleh consider ni utk next trip ke melaka

    ReplyDelete
  10. 2 perkataan nak kata kat review ni.
    1) menarik - sebab review hotel muraha tp kemudahan awesome. Tq for review.
    2) rajin - jarang ada penghuna kemas bilik after use. Good habit kak.

    Miss you

    ReplyDelete
  11. murahnyee..hotel pun cantik..luas bukan main..
    ehh..mlm2 pun ade asam pedas ye?ok la ju harga tu..murah..

    ReplyDelete
  12. Bestnya hotel.. len kali gi melaka leh try sini lak.. hehehe
    Thanks for sharing sis..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com