HOMESTAY MURAH ADA SWIMMING POOL | Homestay Puncak Alam Residensi Allamanda Selangor | Julia Johari
Booking.com

HOMESTAY MURAH ADA SWIMMING POOL | Homestay Puncak Alam Residensi Allamanda Selangor


Tercari-cari homestay di Selangor, tapi nak kemudahan macam ala-ala style hotel? Ish tang ni memang julia beri keutamaan dalam carian Google. Pasti ramai kalangan anda suka Google 'homestay murah ada swimming pool' 'homestay murah bilik banyak' 'homestay murah Selangor' gituuu kan korang search...paling hot carian pertama itulah homestay murah ada swimming pool. 

Selalu terjadi begini kan?
Tapiii, bila Google harapanlah tak ada pulak. Sedih, yang ada hotel je lah kan, tapi kita nak bawa family ramai ni sekali sekala family day, holiday, hantar anak masuk belajar universiti ke, majlis kenduri kendara ke, atau apa sahaja event yang dirancang... bila kira bajet kalau booking hotel satu malam pun dah dekat RM200, tu satu bilik je pun hanya boleh muat dalam 3 ke 4 orang je satu-satu masa, dengan tak selesanya, kena kongsi katil dan tidur atas toto tak ke stress. Anak-anak pun tak bebas bermain sebab kawasan sempit. 

Kita nak ber family day, tapi jimat tak kena gaya. Tapi sekarang anda tak perlu risau, julia kan ada... julia tau korang mesti terpegun lihat gambar diatas kan...jom sekarang julia nak realisasikan impian korang tu hooooyehhhh!


Nak Gaya Homestay Ada Swimming Pool !

Nak menginap homestay ada swimming pool? Nak swimming pool kata anak-anak, kesian kan dengar luahan hati anak-anak, kadang-kadang kita yang dewasa ni pun nak bersantai tepi kolam lepas selesaikan agenda family day dan urusan.

Haaa Homestay Puncak Alam Residensi Allamanda Selangor lah jawapan paling tepat sekali. Tau sebab apa? Sebab penginapan homestay kat sini ala-ala hotel style, boleh muat 6 hingga 10 orang dalam satu homestay, ADA SWIMMING POOL, ada sekuriti 24 jam mengawasi kita dan ada parking free plus ada PLAY GROUND untuk anak-anak wowwwww paling woww owner ada sediakan kemudahan ekstra toto bersaiz king untuk keselesaan berganda anda. 

Ini betul-betul WOWWWWWW!


HARGA PENGENALAN ISTIMEWA untuk pembaca blog Julia Johari.
Seronoklah anak-anak tak stress ada dua servis kat atas tu, dah macam ala-ala homestay 5 star you olls. 

Fuhhh, paling syok ada promosi murah mulai bulan September hingga Disember 2016, Homestay Puncak Alam Residensi Allamanda Selangor yang diusahakan oleh Encik Wan dan Puan Reen. 

Harga semalaman homestay?
Harga semalaman untuk hari cuti umum ke, cuti sekolah ke, hari sabtu & ahad ke sama je, check in mula pukul 2 ke atas hingga pukul 4 petang.

  • 1 MALAM RM 170
  • 2 MALAM RM 300
  • 3 MALAM RM 440
  • 4 MALAM RM 580
Best tak kawan-kawan? Murah kan, haruslah murah. Nak tengok gambar kemudahan yang disediakan dalam homestay ni mai dekat-dekat meh kita layan gambar homestay murah ni...woww wowwwww!

Fuhhh, panjangnya indoor pool ni wehh, tak sabar sungguh dah nak terjun ni...jom tengok dekat lagi !

Tudia, ada baby pool, yang tu paling terbaik sekali, nak menginap family ramai dekat homestay pasti kita ada ramai anak buah termasuk anak sendiri kan, anak-anak kecil ni sesuai mandi manda dalam baby pool...sambil mandi geng-geng dewasa boleh mandi sebelah pool dewasa yang bersebelahan sahaja...yes inilah ciri-ciri penginapan homestay ala-ala hotel.

Homestay kepunyaan Encik Izwan dan Puan Reen ini berada diaras tingkat 3, jangan risau ada kemudahan lif, apartment ni baru je siap dibina, ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Besar dan sangat selesa.

Kelebihan menginap di Homestay Puncak Alam Residensi Allamanda:

🌷 homestay apartment tingkat 3

🌷 6 hingga 10 orang 
🌷 balkoni 
🌷 swimming pool & lift
🌷 play ground
🌷 3 main rooms
🌷 LED TV
🌷 24 jam guarded residence
🌷 air-conditioned living hall & master bedroom
🌷 boleh muat 6-8 orang dalam satu homestay
🌷 Kabinet Dapur, Table Top, Induction Cooker, Jug Elektrik, Steambot Pot Elektrik, Perkakas Dapur Ringkas, Meja Makan 4 + 1
🌷 Berdekatan dengan UiTM Puncak Alam (8 km), Masjid (1.7 km), TESCO (1.6 km), ECONSAVE (3.5 km) & Shoplot (restoran, dobi, kedai runcit 500 m)

Kemudahan & Fasiliti lain

Berdekatan dengan SHAH ALAM (33 km, MERU (18 km), SUBANG AIRPORT (32 km), KUALA SELANGOR (38 km) DAN SETIA CITY MALL (22 km) 

Home Sweet home gitu, lawa deko simple dari tuan owner homestay ni kan...ceria je.



Bilik Tidur Utama (Master bedroom) 
Aircond, katil & tilam queen, bantal tido, tuala, meja solek & rak penyangkut baju, sejadah dan juga kain pelikat disediakan di bilik ini.

Tengok! Macam style homestay berbintang ni, siap ada aircond bagai haaa...

Bilik kedua 
katil single, katil single boleh tarik, almari baju, iron dan iron board

Bilik ketiga 
katil single, katil single boleh tarik, almari baju bercermin
Tak perlu bawa toto la datang sini, katil banyak ada jimat pun jimat ruang luas, tapi kalau nak bawa toto tak ada halangan pun.

Setiap bilik ada disediakan 2 helai tuala, selimut single 2 helai untuk setiap bilik kedua dan ketiga. Ohsem!

Lihat sudut ruang dapur homestay ni, luas dan boleh la nak guna barang dapur ringkas yang disediakan.

Apa yang ada didalam peti ais ni korang boleh kongsi guna, tak dikenakan caj, eh bestnya, ada kemudahan seterika baju, meja makeup dan kemudahan sidai kain baju.

Ruang tandas pun bersih dan mudah digunakan. Water heater belum ada lagi ye, owner cakap akan upgrade dari semasa ke semasa untuk keselesaan korang.

Meja comel, kongsi-kongsi la makan kat sini ek...siap ada penutup makanan lagi...ni homestay kerlas tahap kat rumah sendiri dah ni hahaha


Paling ditunggu oleh anak-anak...PLAY GROUND...yeyyy dah macam taman tema air dah menginap di Homestay Puncak Alam Residensi Allamanda Selangor, semua ada, apa yang terlintas difikiran semua ada disediakan di sini. 


T&C Homestay Puncak Alam Residensi Allamanda Selangor.
  1. Check out pukul 12 tengahari hingga 2 petang. 
  2. Cas tambahan akan dikenakan mengikut jam jika masuk awal atau keluar lambat antara RM10 hingga RM50.  
  3. Deposit RM100 atau separuh dari tempoh penginapan perlu disertakan dan bayaran deposit perlu dijelaskan sebelum 14 hari dari tarikh booked. 
  4. Kalau batal penginapan selepas bayaran dijelaskan, akan dikira hangus dan deposit tidak akan dikembalikan dan owner berhak menggantikan tarikh tersebut dengan tempahan baru. 
  5. Masa check in bayar yang selebihnya.
  6. Contoh kalau menginap satu malam RM170. Deposit RM 100. Check in bayar RM100. Baki lagi RM30 owner pegang jika ada sebarang kerosakan/kehilangan/berlaku selepas customer check out. Kalau tiada sebarang masalah kami akan pulangkan kembali baki duit kepada customer. Owner pegang dulu duit RM30 hingga RM100. (bergantung kepada brapa malam)

Rugiii tak booking, lagi rugi tak grab promosi kaw kaw yang julia gebang kat atas tu...cepat!

Nak tempah homestay murah?
Hubungi...
Encik Izwan:  012- 4853 265 
 Puan Reen: 017- 3084 266

30 comments:

  1. Replies
    1. Kannn farah...duduk homestay ni pun dah ala-ala macam taman tema dah...semua ada...harga pun murah dengan 3 bilik dan extra bed...wowwwwwwww puas hati !

      Delete
  2. Cantik dan kemas... boleh tahan harganya. Tapi toilet xde water heater eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juju ada gak tanya owner homestay ni, dia cakap akan upgrade dari semasa ke semasa...nak buat style homestay ala-ala hotel...TQ cadangan shiqeen

      Delete
  3. nampak selesa lah k.juju.harga pun blh tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesa sangat....rasa tak mau balik rumah bila duduk sini tau hahahha kolam tu win!

      Delete
  4. Wow..jarang homestay ada swimming pool kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...memang jarang...homestay ni RARE...ada swimming pool...best oooo

      Delete
  5. Replies
    1. Kan allene...tempah homestay ni pun dah macam pi bercuti sakan

      Delete
  6. syok la kalo yg dtg dr luar kl nk rasa homestay ni kn..akak ada tgk condo ni kt puncak alam beberapa bln yg lps

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, khas untuk mereka yang duduk di luar kawasan selangor...dari daerah negeri lain yang tercari-cari penginapan homestay ala style hotel inilah jawapanya kak amy...puas hati

      Delete
  7. pergh.. ni boring2 boleh pegi ajak family reramai. best ni ada kolam plak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ciknaa...kalau bosan kan leh pi lepak sini ajak satu family berkampung ramai mandi kt kolam...tak yah bayar tiket mandi kolam...ada play ground plak tu haishhhh jom ciknaa hehe

      Delete
  8. seronok tgk ada swimming pool lagi.. menarik..

    www.yanieyusuf.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan yanie...swimming pool dia bersih...ada banyak kemudahan penginapan...harga promosi tu pun munasabah.

      Delete
  9. laa... baca sampai abis ingat ada gambar juju dalam kolam mandi tadi kat last2 ke... hehehhe... menarik ni simpan untuk masa depan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhahaha yang tu tak boleh tunjuk aurat hahahhaha...betul tu...simpan nombor contact tu yg penting utk masa depan in case ada saudara mara atau rakan tercari2

      Delete
  10. Replies
    1. Tersangat best kak izwa...ehhh jom family day sesama hahaha

      Delete
  11. Best..murah pulak tu..
    Yg plg best ada swimming pool

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pe...murah kan harga promo tu...tak kisah hari apa pun tetap harga sama tuk promo...kena grab cepat...ramai dah tempah slot booking bila risik owner tu hehe

      Delete
  12. cantiknyaaa homestay dia ... kalau gini berbaloi bawa family sekali!

    ReplyDelete
  13. Wow. NMpak mewah. Tq for review kak

    ReplyDelete
  14. susah nak cari homestay macam ni..ni wowww sangat..siap ade swimming pool..murah pun ye

    ReplyDelete
  15. Bestnya homestay ni - silap2 anak2 x nak jln2 mkn angin sbb nak duduk dlm swimming pool ja, hehehe.... :D

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com