Bagaimana Nak Ajar Anak Usia Awal Pandai Baca ABC dan Baca Surah Pilihan - Paling Mudah Amal ! | Julia Johari
Booking.com

Bagaimana Nak Ajar Anak Usia Awal Pandai Baca ABC dan Baca Surah Pilihan - Paling Mudah Amal !

Orang kata nak mendidik seawal akar umbi kena tegas dan disulami dengan garang serta gelak ketawa sesambil mengajar tu, tak adalah garang sepanjang masa. Jikalau kalian tanya pengalaman julia, tak seberapa je ilmu tu, cuma julia percaya kepada OTAK KANAK-KANAK.

Mereka serap apa mereka dengar dan lihat walaupun masa tu dia buat-buat tidur, main tak ingat punya, tengah sepahkan rumah, tengah mamai nak tidur sekali pun...OTAK KANAK-KANAK termasuk anak anda ni Tuhan kurniakan pada mereka sangat cerdik.

Jangan sekali-kali kita cakap...abam Qaiser ni pemalas la...abam Qaiser ni degil lah tak mau dengar cakap umi...ohhhhhhh tidak sekali-kali jangan sebut ayat verbal bullying contohnya "Pemalas, Bodoh, Teruk, dan bermacam lain kata-kata negatif. 

This kind of words akan terus lekat dekat otak cerdik diorang ni...once kita dah tercakap...kita insaf dan mulakan dengan ayat motivasi baru...julia kalau tengah marah sekali pun sambil pegang hanger libas dekat dinding acah-acah garang...julia selit satu perkataan..."Anak Soleh Umiiii....rajin kan... (piatttt dinding sekali warning) jom teman umi baca ABC sesama" gituuuu...


Akan datang julia kongsikan pengalaman Qaiser ilman minum susu dalam cawan, perubahan yang sangattt....okey soon story hehe

Julia ajak dia rangsang bersama bantu umi hafal ABC...terkadang julia cakap...ehhh lepas C apa ek...umi lupa...(buat-buat lupa) nak ajak dia interaksi...gituuu...kalau kita asyiklah nyanyi ABC sekali harung tak ada soalan untuk tarik perhatian dia ingat huruf apa selepas D, D apa? Duku...dan lain-lain akan jadi satu sesi yang sangat MEMBORINGKAN, jangan patahkan minat dia dari awal...wujudkan keseimbangan tegas, garang dengan gelak ketawa (humor) barulah anak-anak ni rasa dia dihargai...bukan mengarah itu ini...diorang kan tengah aktif bermain...

Julia belajar mana?
Belajar common sense sendiri, aku bukan cikgu, tapi aku suka cikgu yang tegas dan suka buat lawak, baru aku ingat apa dia mengajar, so nak didik anak kena ingat, apa yang kita suka dari cikgu style mengajar tu lah kita selit didik anak....baca peribadi anak...kalau anak korang aktif bermain, sambil bermain dengan diorang ajar apa sahaja yang korang nak...baca doa makan ke...apa sahaja...sebab sesambil bermain selit home schooling secara tak langsung.

Tak semestinya belajar peringkat kanak-kanak ni kena ada meja dan kerusi...tak perlu arah sampai ke tahap tu...terkadang mereka stress...sambil diorang syok layan kartun kat hp atau kat TV kita nyanyi ABC...baca doa kat tepi dia...sesaja...tetiba teman dia tengok TV, bacakan untuk dia...bila hari-hari dia dengar...yesssssssss julia yakin diorang SERAP!

30 minit sahaja setiap hari kecuali hari bekerja julia pecahkan kepada 3 slot pembelajaran
Aah, 30 minit tu kira lama tau untuk kanak-kanak baya Qaiser ilman umur 4 tahun...lagi tiga bulan dia dah nak sekolah tadika. Selama ni dia home schooling je dengan julia di rumah. Tak kira masa kadang-kadang dalam kereta nak balik kerja amik dia pun julia dah start nyanyi ABC, baca surah Al-Fatihah (start sikit2) dan sekarang sudah hafal doa makan dengan lancar.

Tu belajar dalam kereta je tu...kan sekarang suka jem sana sini...dalam kereta juju nyanyi ABC...ataupun lagu papa ku pulang dari kota...papa ku beli kan kereta hahahhaha selit humor sambil belajar...ehhh dah jadi macam cikgu tadika plak juju ye kikikiki

Waktu weekend - full day 30 minit sesi belajar
Waktu bekerja - pecah 3 slot 30 minit...(10 min dalam kereta nak hantar ke rumah pengasuh baca surah Alfatihah, 10 minit dalam kereta balik dari kerja amik Qi baca ABC, 10 min time masa nak tidur baca balik doa makan dan alfatihah) kan dah genap 30 minit sesi pembelajaran secara tidak langsung...so tak perlu stress nak educate anak...make it fun...di mana sahaja korang berdepan dengan dia walaupun dalam toilet, jangan lupa selit ucapan Bismilahirrahmanirrahim...

Baru-baru ni julia perasan...Qaiser ilman setiap kali lepas bercakap di telefon ayat last sekali dia mesti ucap...Assalamualikum...bye....(lega tak mak ayah dengar? lega kan) okey praktik.

Sekarang aktif nak lancarkan dia pandai baca Al-fatihah...segala penghulu surah dalam Al-Quran...moga tercapai misi sebelum 3 bulan lagi nak masuk tadika kan.



Mai tonton koleksi Abang Qaiser ilman belajar ABC dan Baca Doa Makan, syukur alhamdulilah.

Doa Makan...sekarang kita ready surah Al-Fatihah akan datang...stay tune!

15 comments:

  1. best mcm tu ..pembelajaran dr awal nti senang. budak2 ni kalau kena panggil yang tak elok mmg akan ingt smpai besar kan..

    ReplyDelete
  2. Tengok gambarajah!
    Tengok sini!

    Hehehehe...
    Dia lebih minat dengan jelly kat depan dia tu. Asyik korek jelly tu je. Hahaha.

    Z... Zebra!
    Teringat satu video kat fb hari tu. Budak pompuan tu pergi conteng belakang adik dia, pastu bila mak dia tanya kenapa dia conteng, dia bagitau yang dia lukis zebra. Adoyaii..

    ReplyDelete
  3. anak saya baru 7 bulan.
    sekarang pon tengah kumpul method yg sesuai utk didik dia dari awal.
    nervous jugak ni.. anak pertama kan. =)

    ReplyDelete
  4. K.Sal leka dgr suara maknya..boleh tahan garang jue ni..hehhee

    ReplyDelete
  5. Bagusnya sifat kanak-kanak ni diorang cepat serap apa yang ibubapa ajarkan..sebab tu ibubapa perlu jaga setiap tutur kata yang keluar dari mulut

    ReplyDelete
  6. wahh tahniah Juju.

    budak memang cepat belajar kan. berkat kesabaran and kegigihan Juju mengajar dia.

    nak cuba jugak lah teknik 30 min Juju ni. dah berapa kali cuba ajar Lihin tapi dia jenis cepat hilang focus. pastu asyik lupa pulak tu -,-' hari ni dah elok 1,2,3,4,5,6. pastu esok jadi 1,2,3,6 puluh, seven. habis semua dicampur aduk hahaha

    ReplyDelete
  7. yup betul tu. Ni suami yang didik Fariza dari sekarang. Fariza cepat tangkap

    ReplyDelete
  8. Adli..alhamdulillah doa makan dha lancar tapi tulah bila disuruh baca doa tido doa makan juga yang dibaca. Betul kan julia dengan mereka ni kena sabar.Tak leh nak marah je memanjang. Kena ada cara nak ajar. Umur 4 tahun..budak besar ni memang ingat nak main je.

    ReplyDelete
  9. haah dgn bdk2 ni xblh stress, xboleh paksa2 kena pandai main emosi sikit, selit lagu ke apa yg menarik minat dia baru la nak follow.

    ReplyDelete
  10. abg Q dah ready nak masuk sekolah ni.. good boy

    ReplyDelete
  11. bagus nya Qi..mesti tak sabar nak pi sekolah dah ni..Klau anak saya dia dah boleh la baca dan kenal ABC dan 123 tapi terang2 dia bagitahu dia tak mau pi sekolah..nak duduk rumah tengok katon..sabar je la.Urut dada je dengan dia..

    ReplyDelete
  12. Good sharing juju. Ajar anak ni kena konsisten setiap hari, kejap kejap pun takpa janji mesti buat

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com