Bukan baru, tapi dah lama julia dan suami usya dan kaji kisah disebalik pencarian tadika untuk abang Qaiser ilman untuk 5 tahun, sejak tahun lepas lagi dah hunting tadika mana. Sebenarnya semua tadika bagus baik kerajaan mahupun swasta, terpulang pada ibu bapa nak buat pilihan yang terbaik untuk anak-anak. Macam julia, keluarga belah atok nenek dia dah pesan, pilih tadika yang ada unsur tahfiz dan bacaan Qiraati. At last, PASTI adalah jawapan yang tepat sekali untuk memuaskan hati bukan sahaja di pihak julia, tapi di pihak keluarga julia abah dan mama.

Daftar sudah!
Alhamdulilah, dengan izin Allah. Balik je kerja jam 4.30 petang, terus meluncur laju ke Tadika PASTI. Kawasan mana dan nama apa julia rahsiakan sehingga dia dah genap masuk Darjah 1, faktor keselamatan kan. Korang pun faham-faham je lah kan, so nak story general PASTI ni boleh no problem, sebab dekat Malaysia ni banyak dah cawangan Tadika PASTI, anak-anak korang pun mungkin bekas pelajar PASTI kawasan masing-masing kan.


Berbalik pada kisah diatas, julia sebelum ni pernah booking mulut dengan cikgu kawasan PASTI tu, mereka bagi tahu belum lagi keluar borang pendaftaran untuk kemasukan sesi 2017. Semalam baru teringat nak follow up balik dengan cikgu PASTI, haaa terus cikgu tu cakap datang terus petang ni untuk daftar terus, sekeping je borang dia senang nak isi terus kembalikan pada cikgu berkenaan.

Lega sangat-sangat. Sebagai umi, ibu mana yang tak lega kan dah daftar anak nak sekolah pertama kali...alaaaa macam korang jugak, anak pertama nak sekolah mesti semangat kan...macam julia la...kali ni giliran julia plak nak merasa...alhamdulilah, mak yang eksaited lebih macam juju plak nak sekolah hehehe.

Apa sebab PASTI pilihan kami?


Macam julia dah jelaskan awal tadi, konsep tahfiz dan pembelajaran Al-Quran tu keutamaan selain kaedah pembelajaran asas. Yelah ibu mana tak risau, lagi-lagi sekarang kena sepadukan dalam hati dan akal si anak dengan agama dulu baru datang yang lain kan. Kat sini ada pembelajaran QIRAATI.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ


“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu”. (At-Tahrim: 6)

Kagum melihat pelajar umur 5 tahun dah pandai mengaji Al-Quran dengan kaedah QIRAATI. Klik tonton sekejap, meremang rasa.



Apa Itu Qiraati?


Qiraati adalah satu kaedah praktis membaca Al-Quran mengikut resam Othmani yang mana mempunyai 5 jilid buku untuk kanak-kanak dan 3 jilid untuk dewasa.



Kaedah bacaan Qiraati ini telah terbukti sebagai kaedah yang sungguh berkesan dan mudah untuk diajarkan kepada anak-anak yang baru mempelajari Al-Quran dan mempertingkatkan bacaan anak-anak dengan lebih baik lagi.



Buku qiraati ini tidak boleh didapati dimana-mana kedai dan percetakannya yang terkawal. Manakala tenaga pengajar mestilah mempunyai kelayakan dan lulus daripada panel penilai Qiraati Malaysia.


Jika ada rezeki, lepas tamat umur 6 tahun Qaiser ilman di PASTI kalau layak, ada duit lebih ingat nak hantar sekolah dibawah ni, ni perancangan, selebihnya Allah yang aturkan, janji kita berdoa je anak-anak kita semua dipermudahkan.



Inilah lagu rasmi Tadika PASTI di seluruh Malaysia, best plak dengar sebab bertambah semangat julia nak bagi Qaiser ilman selalu dengar lagu ni harap dia leh hafal hehehe...jgn asik nyanyi lagu frozen je abang Qi...hafal lagu ni tau...

Bayaran?
By the way ni baru daftar je tadika + day care dalam satu tempat yang sama, kira 2 kaki Qi dah booking slot masuk tadika dulu, yang bestnya kata cikgu PASTI tak ambil anak orang luar untuk day care, khas untuk pelajar tadika PASTI sahaja yang nak day care, julia tengok sendiri tau ustazah yang asuh, tak dengar lagi jerit-jerit, hanya arahan manja, lagi pun aku tak kisah part garang ke tak garang ke, didikan kena tegas, baru jadi anak

Berkenaan yuran semua tu julia dah tahu...tak mahal mana lah ikut kemampuan korang ok...RM140 sebulan (tadika sahaja) Day Care sebulan (RM170) Qiraati (RM25 seorang) ni bajet kawasan julia lah, mungkin kawasan korang lagi murah kan...nanti korang cek kawasan PASTI sendiri k.

Total asas RM335 sebulan...ni basic bulanan lah tak termasuk baju dan segala kelengkapan pendaftaran pertama kali lain...so kami bajet dalam 1k lebih standby untuk pendaftaran masa sesi perjumpaan ibu bapa pada Bulan Dis nanti insyaAllah...alhamdulilah dah menabung awal...so tak risau part ni...janji nak tahu apa reaksi Qi...

Reaksi Qaiser ilman
Malam tadi cerita dekat dia umi dah daftar tadika PASTI dekat Qaiser ilman, tau tak apa reaksi dia? 

Umi, umi, walid walid jom pi tadika jom...
Buat apa pi tadika sekarang...tahun depan la Qaiser...
Qaiser nak jumpa kawan...kawan dah balik ke umi
Hahahahahaha :p

Pagi tadi sembang lagi pasal sekolah tadika...tau dia pesan apa kat julia.

Umi...Qaiser nak bawa bekal tau, nasi putih, telur dan sambal sikit sudahlah...nak air masak bekas botol baru tau umi...

Tudiaaaaaaa pesanan penaja weh...terkedu dengar dia cakap lembut je, nampak sangat dia tak sabar nak pi sekolah tadika tahun depan.

Umi sebak...hmmmm besar dah dia...dulu dok dalam katil baby lagi...sekarang dah nak sekolah? Siapa cakap membesarkan anak tu lama?

Yang merasa jadi ibu bapa tahulah betapa emasnya masa tu...kalaulah masa tu boleh beli...nak throwback dia masa baby...mak mak ginilah...asyik sebak je...

Bulan Ogos 2016 adalah bulan kelahiran Qaiser ilman yang ke-4 tahun pada 31 Ogos 2016. Bulan ni juga rezeki Qi dapat daftar sekolah tadika. Tak sabar nak short vacay 3 hari 2 malam hujung bulan ni...nak usya hotel jap hehe

Moga Qaiser ilman dan anak-anak kalian sesi 2017 dipermudahkan ye...amin

19 Comments

  1. tempat saya bulanan rm130...yuran dalam rm600.

    ReplyDelete
  2. Adli pun sama julia, tahun depan tadika 5 tahun dah.sekejap betul mereka membesar kan...

    ReplyDelete
  3. kitorang pilih tadika kemas tp x sure la berapa yuran nye. igt nak daftar minggu ni.. x sempat2 lg huhu

    ReplyDelete
  4. slamat ke tadika PASTI nanti qi...ankbuah akak pn tadika PASTI juga dlu

    ReplyDelete
  5. Rate lebih kurang je dengan tempat hasif....nanti boleh jadi geng hasif nyanyi lagu pasti..InsyaAllah,nanti umi mesti kagum Qi pandai macam2,macamana ibu terkedu hasif bacakan ibu hadis...

    ReplyDelete
  6. ramai jugak anak2 gojes hantar pasti kan.. best2 jugak ciknaa tengok silibus nya.. yeay abang nak skolah dah tahun depan

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, setiap anak de rezki msig2,doa yg terbaik tuk anak2 je
    comel Qi paki kopiah gitu hihii

    ReplyDelete
  8. PASTI ni ada dalam list cici and husband jugak. seronok tengok bebudak kekecik dah hafal itu ini. next year Lihin baru 4 tahun, tak plan nak suruh dia sekolah lagi. umur 5 tahun baru start kot. jangan lupa updte first day dia ye

    ReplyDelete
  9. sy pn ad niat nak masukkan Arfan ke pasti tp usia baru 4tahun..aritu nak p dftr tp time tu blm masa dia lagi..bila dh lain hari, lupe plak..last2 dh tutup da pon..nampak gaya taun dpn kat taska lagi lah Arfan...

    ReplyDelete
  10. eh murah lah ju kalau skali dengan day care! nk g jugak esok!

    ReplyDelete
  11. Wahh dah nak masuk tadika abang Qi :)

    ReplyDelete
  12. saya hantar tadika biasa ni je Ju..tepi rumah je..mudah..ambik yang mudah je ibu dia ni..hahahaha.

    ReplyDelete
  13. Insyaaallah ju.. Semiga Qi menjadi anak yg soleh.

    ReplyDelete
  14. husna dan adik beradik pon start umur 5 tahun masuk pasti..
    lepas tu pra sekolah.. baru masuk darjah 1..:)

    goodluck abam Qi..;)

    ReplyDelete
  15. pasti kat putrajaya pun limited pengambilan anak sebab ramai yang mohon..

    ReplyDelete
  16. kejap je dah besar QI.dah nak sekolah dah.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah PASTI memang bagus,dah ada sistem pendidikan sendiri..anak kami pun hantar ke sana juga,mudah dia ikut pembelajaran..yang terharunya surah Almulk pun dah pandai hafal

    ReplyDelete
  18. salam. nak tanya ni. pendaftaran masih dibuka ke. boleh tak sesapa tolong wassap no contact tadika pasti putrajaya ni kt saya 0132508036. segala bantuan anda didahului dengan terima kasih

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)