Gambar google...juju ngidam nak set ni ! Tak kira!

Ngidam Tiffin Kalerful
Aku teringin nak beli tiffin 3 tingkat yang kalerful tu...cantik la tgk kat ig...sebab aku memang pencinta bekal...wpun bukan selalu bawa bekal at least aku nak rasa semangat bawa bekal set tiffin...kat IG murah2 weh... pinjam gambar google lagi kt web Lelong...yang ni pemegang dia lain sikit...tapi dah nampak moden sgt kan...

Aku lagi suka yang kat atas lagi nampak old school gitu besi pemegang tiffin tu...warna mana yang nampak cantik sekali ek? Cer korang tlg pilih untuk julia...aku dah jadi buta warna sebab semua nampak cantik......haishh jiwa evergreen sgt aku ni kan

tak minat set ni...ntah

Ada bermacam-macam makhluk tiffin kat pasaran...contoh macam kat bawah ni...mata aku cakap design dia tak lawa...tak kena dengan jiwa aku, AKU SUKA GAMBAR PALING ATAS, YANG ITU RARE!...kot korang terkenan leh ar beli...aku kumpul gambar dari Google je...







Dalam kereta aku dah siap berangan nak letak makanan dalam ni tiap hari pi opis...layer bawah sekali letak buah, layer tengah letak menu breakfast macam roti ke, telur ke, yang atas sekali menu makan tengahari macam sup sayur ke, lauk ke, sampai opis masak nasi dalam periuk doraemon...alahaiiii kenapa la aku tetiba rajin nak buat semua ni...penyakit rajin bertempat ke ni hahaha

Gambar bawah ni bekal hari ini...nampak tak berseri bekal julia hmmm...dulu beli tupperware ntah hilang ke mana tudung tupperware...asyik hilang je...pastu pakai tupperware tudung lain kahkahkah...ni menu pagi dan tengahari...

Sebab utama nak sangat beli tiffin kat atas: So kalau aku bagi bekal kat orang pi rumah orang ke, jiran ke, mertua ke tak ada lah bekal tu bersepah merata kan terlupa kasi ke kan...sebab satu set tiffin kena pulangkan balik pada tuan dia...

Lagi satu aku nak cari tiffin kalau ada lah yang boleh tulis nama terus kat setiap layer tu...nama singkatan suami, juju dan Qi...yeyyyyy bestnya kalau ada memang aku kejar dulu...

arghhhhhhhhhhhhhh nak beli jugak duit sendiri k, tak pakai duit suami lah...kenapa aku leh gila sekejap dengan tiffin hahaha

19 Comments

  1. comeiii... teringin juga nak order nanti.. asyik lupa je.. ni tengok teringat balik hehehe

    ReplyDelete
  2. Kakak ni dah tua Ju, jadi tiffin rumah kakak memang banyak tapi yg cantik warna-warni macam ini tak adalah
    Semua yg jenis old-skool punya hihi.... janji boleh pakai
    Nantilah ada peluang nak cari juga macam ini. Menarik kan:)

    ReplyDelete
  3. ju, kt IG ada jual. rara pun nak beli 1 nanti. mmg menggoda kan!

    ReplyDelete
  4. kita un teringin juga nak yang kalerful tu...

    ReplyDelete
  5. comey yg colorful atas skali..kwn akak ada jual

    ReplyDelete
  6. memang cantik dan cute design sekarang kan, warna pastel tu, geram tengok. Versi dolu2 memang umphhh. Harga sekarang boleh tahan, hari tu tengok dekat publika saiz besar Rm60 lebih jugak

    ReplyDelete
  7. Haritu dkt kampung husband nampak mangkuk tingkat ni. Serius la comel n cantik je kaler dia! =)
    Kita ngidam jugak ni sis. hihihi

    ReplyDelete
  8. Ni kalau ibu tengok, habis... Hahaha

    ReplyDelete
  9. Cantik nyerrrr !! sila beli cepat untuk lebihkan semangat membekal ! ;)

    ReplyDelete
  10. yg tiffin gbr ke-4 tu pnh nampak kt mr DIY...xsilap jenis tu mcm thermos sekali so makanan panas lama sikit...pi ler wusha DIY...kihkih

    ReplyDelete
  11. Cantik tak kak juju. Nani hari tu beli jugak dah dua set sebab warna dia so colourful. Macam bersemangat nanti hari hari nak bawak mangkuk tingkat kan. Hehe :)

    ReplyDelete
  12. Kita pun suka...ada 2 set dah😊😊😊

    ReplyDelete
  13. Kita pun suka...ada 2 set dah😊😊😊

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)