Selamatkah Anak Anda Melayari Internet Zaman Sekarang - Salam Browser | Julia Johari
Booking.com

Selamatkah Anak Anda Melayari Internet Zaman Sekarang - Salam Browser

Topeng kawal dunia tanpa sempadan...jangan risau umi hihi
Hari-hari Qaiser ilman akan minta pada walid dia nak tonton upin dan ipin atau cerita superman dalam You Tube handphone walid dia. Hari-hari tau ketagih dia nak tengok cerita kartun...tak kiralah versi ABC ke, versi nyanyi-nyanyi ke...dan sekarang jangan tak percaya walaupun dia baru je berumur 3 tahun lebih...dia dah pandai buka hp dan terus click icon You Tube! 

Bijak sangat kamu anak...tapi didalam bijak-bijak tu...hari-hari tu lah julia kena ada sebelah dia pantau...takut terkeluar video yang TAK SEPATUTNYA kot kot tertekan...takut!

Serius sebagai ibu seharusnya aku takut dengan internet tanpa batasan !
Manalah tahu kan...kita alpa...dok masak kat dapur, dok lipat kain...dok fokus tengok cerita drama...anak-anak pulak tertekan video atau gambar pop up yang tiba-tiba muncul dan tak sepatutnya di paparkan didalam internet...apa harus kita kena buat? 

Ada ke cara nak buat sekatan tu? Kang tak bagi langsung tengok video kartun...nanti menangis merengek atau anak-anak di sekat pembelajarannya...tak bagus juga kan.
Lihatlah Qaiser ilman, zaman diorang memang dengan internet...kartunlah, tengok game lah...WiFi pulak murah 1 rumah...lagi lah memudahkan anak melayari tanpa batasan...itu baru install You Tube Kids...tapi mencukupikah?
Tapi jangan tak tahu...dalam banyak-banyak kartun dalam You Tube tu pun ada juga versi cerita porno yang diselitkan tanpa kita sedari...bukan main lagi tajuk kartun, tapi disebalik pembikinan kartun tersebut ada perkara yang tak sepatutnya anak-anak kita lihat...tiada tapisan dalam kartun pun bermasalah...

You Tube Kids itu hanya satu cabang batasan sahaja...bila anak membesar, rasa ingin tahu mereka lebih ingin mengetahui dunia tanpa sempadan...risau kan...


Salam Browser - Hindari Haram dalam Talian

Terpanggil rasa untuk julia kongsikan disini lebih lanjut...cara untuk kita atasi masalah dan keraguan kita di kalangan anak-anak mahupun terhadap diri kita sendiri dalam melayari internet...
Layari Internet sambil menghormati tuntutan 
agama dan memelihara kemurniaan jiwa...[Salam Browser]
Salam Browser adalah medium Islam yang lebih menjurus kepada keselamatan dalam talian yang bebas Spam atau video pop up yang tiba-tiba muncul di halaman internet... https://salambrowser.com/ms/



Kelebihan Salam Browser
  1. Keselamatan Dalam Talian - Kawal apa yang anda lihat dalam talian. Elakkan penipuan, “phishing” dan helah dalam talian.
  2. Cara Lebih Cepat untuk Melayari - Internet perlahan? Muat turun video dan muzik dari YouTube dan gunakan ciri Data Saver untuk memuat turun dengan lebih pantas.
  3. Pengalaman Bebas-Spam - Menghalang pop-up/-unders web dan nyahkan iklan spam daripada video.

Justeru itu, marilah kita bersama-sama Download medium internet Salam Browser - https://salambrowser.com/ms/ untuk mengawal, memastikan fikiran dan hati kita bersih serta mempunyai tumpuan yang mematuhi syarak Islam.
  Ini yang paling utama sekali dalam Salam Browser...bukan setakat sekatan biasa, tapi lebih daripada 1.4 juta laman website berunsurkan judi, maksiat dan kandungan mudarat akan disekat dari laman Salam Browser...bagus kan...ia bukan setakat carian biasa...tapi nyata ia sangat santun dalam dunia tanpa sempadan...


Sekarang, kita tak payah khuatir lagi...sebelum perkara tak sepatutnya berlaku...kita install dan download dulu siap-siap Salam Browser ini untuk masa depan diri, anak-anak, syarikat tempat anada bekerja serta dan kawasan umum untuk budaya sihat generasi seterusnya...

Generasi Y
Jikalau kita pergi ke mana sekalipun...anak-anak senantiasa dalam pengawasan Salam Browser, lega rasanya bila julia dapat kongsikan pengalaman berguna ini kepada kalian semua...Alhamdulilah sebagai ibu...saya rasa beruntung ada juga masyarakat Islam yang reka web terbaik ini...syukran!


Mulakan pelayaran diri pertama dan diri anak-anak dengan Salam Browser, insyaAllah...kita rasa lebih selamat dan senantiasa mendapat pahala dijalannya...

Buat masa sekarang Salam Browser support untuk PC, Laptop dahulu...untuk jenis handphone Salam Browser sedang bergiat aktif nak sediakan apps tu nanti...apa-apa kita selalu tengok perkembangan update di FB https://www.facebook.com/SalamBrowser

Untuk info lanjut anda boleh Download Salam Brower di sini : www.salambrowser.com

17 comments:

  1. tu la bdk2 skarang kecik2 lg dh tau buka youtube..kdg2 kartun pn ada mcm2 juga yg tk brp ok...bgs juga salam browser ni..nanti nk try tgk

    ReplyDelete
  2. anak aini 3 tahun 11 bulan pon dh pandai bukak utube sendiri.. aritu terkantoi layan video spiderman vs frozen tuh..mengucapp panjangg maknyee..

    ReplyDelete
  3. ank2 kecik pun dah pndai bukk utube,klau kita tutup wifi pndai pulk tu tnya kita 'wapai mana'
    haha

    ReplyDelete
  4. Bagus lah ada web mcm ni. Takdek la budak2 kecik tertengok benda yg tak sepatutnya. singgah sini klik tabung gnti duit raya untuk anak sis :D

    ReplyDelete
  5. Bagus Salaam Browser ni, Nani pun dah download :)

    ReplyDelete
  6. dekat sebulan dah guna..memang puas hati sangat..

    ReplyDelete
  7. Bukan setakat budak kecil. Yang dah besar pun perlu cuba benda ni. Sebabnya banyak benda yang bukan2 boleh terpapar di screen.

    ReplyDelete
  8. Nak juga benda ni.. Sebab anak2 buah ena sekarang pakat2 ada fon.. Kena kawal takut dorang search apa nanti

    ReplyDelete
  9. Bagus ada browser camni. Memang risau je kot anak anak tertengok benda yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  10. Bagus ni..takut juga dengan fariza ni kdang kita taknak bagi die main handphone, tapi kadang budak ni bijak..nak gak tengok handphonw

    ReplyDelete
  11. oh bagus info ni... kena try.. anak2 akak pun suka sgt layan utube kat tab kat hp..

    ReplyDelete
  12. oh bagus info ni... kena try.. anak2 akak pun suka sgt layan utube kat tab kat hp..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com