Cuti lepas julia reka satu resepi ringkas khas untuk anak-anak sampailah ke orang dewasa, siapa tak suka aiskrim kan, julia pun suka sejuk-sejuk makan time cuaca panas selepas berbuka. Lega sikit tekak dan badan kan...

Menjelang ramadan lagi julia dah terbayang segugusan buah-buahan masak ranum yang jarang dijamah, kebetulan buah rambutan masak ranum di pokok masa bulan ramadan, buah kurma pun selonggok dan semakin bertambah dari sedekah orang lain, buah-buah dalam peti ais pun susah nak habis, so julia dapat idea gunakan air Yeos Kundur untuk realisasikan aiskrim... sebab anak julia hantu aiskrim tak kira masa hihi. 

Jom ikuti resepi mudah nak buat aiskrim, ajak anak-anak anda sekali join buat aiskrim Yeos Kundur ye.

Cara-cara Nak Buat Aiskrim Yeo's Kundur dan Buah-buahan Ceria Ria Ramadan

Mudah sangat, tak kisah buah jenis apa yang masih berbaki di rumah tu, kumpul satu mangkuk.

Bahan:
1 kotak Yeos Kundur
1 set Aiskrim, beli kat Daiso je
3-4 jenis buah antaranya buah pilihan julia ialah oren, strawberri, kurma dan rambutan.

Cara membuat:
Hiris kecil-kecil ke semua buah tersebut. Susun buah-buahan seperti dibawah. Supaya mudah di susun dalam bekas aiskrim nanti.




Ikut langkah-langkah seperti dibawah, pedapkan sedikit buat tersebut agar aiskrim yang dihasilkan menjadi padat. 

Akhir sekali tuangkan air minuman Yeos Kundur didalam bekas aiskrim, tak perlu tambah gula dan pewarna, sebab ia sudah sedia manis dan warna asalnya sangat ceria.

 Sejukkan didalam freezer. 2 jam dan siap beku macam ni yeyy.

5 buah dalam satu 
Aiskrim Yeo's Kundur yey!
Inilah hasilnya Aiskrim Yeo's Kundur dan Buah-buahan Ceria Ria Ramadan...memang sesuai untuk anak-anak dan orang dewasa yang jarang sekali nak makan buah, cara macam ini dapat menarik minat mereka sekaligus dapat hasilkan sistem penghadaman yang baik sepanjang bulan ramadan.

Seronok tidak terkira Qaiser ilman dapat makan Aiskrim Yeo's Kundur dan Buah-buahan...terus menarik minat dia untuk makan buah.

Yeo's Pilihan Julia Sebabnya...
Semua air keluaran Yeos termasuk Yeos Yogurt memang sedap dan ada pilihan untuk less sugar...lagi satu tak perlu simpan sejuk minuman ni semua dalam peti ais...anytime nak minum pun boleh, rasa tetap segar gitu...lagi satu ia memang sudah mendapat pensijilan halal dari JAKIM...itu sebab julia sekeluarga memang tidak kira masa termasuk bulan Ramadan pasti akan beli Yeo's!

Contoh ini... Air Yeos Kundur memang satu gabungan yang menarik untuk menghasilkan aiskrim, ia tidak terlalu manis dan ia halal serta mudah disajikan setiap hari. Sesuai untuk peringkat anak-anak sehingga dewasa untuk menikmatinya...

Jangan ketinggalan untuk join Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua !!!

Sebagai peneraju minuman dan makanan, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), berhasrat meneruskan kegiatan yang membangkitkan amalan mulia melalui Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua. 

Kempen ini menampilkan Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar & Faizdickie dalam mengumpul nilai derma menerusi pembelian produk Yeo’s. 

Sumbangan ini akan ditukarkan kepada tunai dan disalurkan ke ENAM buah rumah anak yatim terpilih terletak di kawasan KL & Selangor. Sesiapa yang menyumbang berpeluang menang duit raya dengan jumlah mencecah RM 58,000! 

Maklumat lanjut menerusi, www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828

16 Comments

  1. meriah eskrem tu ngan buah-buahan tu

    ReplyDelete
  2. Bestnya penuh buah2! Ai is suka!!!

    ReplyDelete
  3. senang giler nak buat ni! hahaha ok ok nak try nanti ;)

    ReplyDelete
  4. ujang soh kita buat eskrim gini asalnya...tp bekas eskrim tu hilang tah kemana...mls nk menggodek lemari udahnya buat resipi susah sikit...haha kena try la yeo's kundur ni...menarik je nengok nya ^_^

    ReplyDelete
  5. Simple menaraik tertarik kau memang debomm ! Rajin nya akak cipta ni. Terbaikkk

    ReplyDelete
  6. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..nak buat !!!

    ReplyDelete
  7. Nak buattt! Jap g jugak nak beli buah fresh2, nak buat aiskrim ni

    ReplyDelete
  8. hoi sedapnyaa. air tu boleh tukar air lain kan. ditambah dngan fresh fruits. mak aihh.

    ReplyDelete
  9. Simple dan sedap. Semua pun suka makan kan :)

    ReplyDelete
  10. simple buat ais cream mcm ni,jimat pun ya kan

    ReplyDelete
  11. Simple tapi nampak sedap. Meriah dgn buah2an 😊

    ReplyDelete
  12. Sungguh meriah aiskrim Qi auntie tengok:)
    Pandai mama buat ye.

    All the best Julia..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)