Anak: Ayah…ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm….nak tanya apa?

Anak: Ayah…berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah:
Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu… ayah… Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih…!!” 

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.
Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.
“Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni” Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyaklah ayah!” Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??” Amin tunduk… tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan…..”Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit…” “Tak cukup duit nak beli apa??”Jerkah ayahnya lagi. “Ayah…. sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..” Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya.
(Sumber: Google)

Korang, nak tisu lagi boleh tak, dah banyak kali menangis depan skrin opis ni, setiap kali baca dan tonton video dekat bawah ni aku rasa aku lemas, tak bernyawa, rasa macam aku dipukul dan direjam dengan sekuatnya, tetiba aku flashback semasa membesar kan Qaiser ilman, dari baby, sehingga merangkak, sehingga bertatih berjalan dan sekarang dia sudah pandai berjalan berlari dan bercakap dengan lajunya sehingga kini - 4 tahun.

Ya, aku takut-takutt dengan bayang2 cerita ini, sudah semestinya cerita ini memang benar, dan aku rasa semua ibu bapa dekat luar sana termasuk kalian yang tengah baca ni mesti rasa apa yang aku rasa sekarang, rasa sedih, rasa sayang pada anak lebih dari menyayangi diri kita sendiri....tapi Allah maha mengetahui, apa yang disebaliknya tak perlu kita fikir, ada hikmah Allah simpan untuk hari ini kita sedar....

Mohon tonton ye, harap sangat kalian dapat tonton 2 video dibawah, sangat meruntun hati...dan banyak perlu ditangisi...supaya kita ingat pada mereka.






Sebenarnya bukan Mata itu buta, tetapi yang Buta ialah HATI yang ada didalam DADA!

10 Comments

  1. penah bace kat fb....menitik gak le ayormate ni...mujur masih di tahap waras boleh bezakan kerja dengan family...pukul 5 je sharp cabut...siap tak siap keje lantak pi...gaji i dibayar dari pukul 8 sampai 5 je ekekekeekekek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus akak...sharp pukul 5 balik...seronok kerja yang tak ada kekangan dari segi masa tu...macam julia ni kerja ikut musim.

      Delete
  2. pernah bc psl ni...kdg2 kita pn tk terlps dr kesibukan ...mmg by 5pm slalu blk tp lately sejak handle projek mmg lmbt blk huhu...bila ank ckp , mama lama tk amik icha blk sek..sedih juga huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ica cakap mcm tu lagi luluh rasa hati sebab dia dh pandai handle emosi rinduuu...alahaii anak, terkadang mcm tu lah kan apa2 pun kita hari2 kena motivate diri dan anak serta suami...supaya sama2 hari2 semangat wpun dalam hati berat nak melepaskan dari pandangan kasih nan sayang

      Delete
  3. Saya kan selalu tunjuk kat anak2 macam mana kami layan mak ayah..berapa kali kami telefon mak ,kena tunjuk kat diaorang yang kami kerap balik tengok mak kat kampung , kena tunjuk bila jumpa mak tu memang kena luang kan masa sehabis nya dengan mak..macaqm2 lagi la...semua tu kami tunjuk pada anak2 supaya diaorang tahu diaorang nanti pun kena buat macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus diana...itulah contoh palinggg terbaik sekali...well done...

      Delete
  4. Birpun dah baca berkali-kali sebelum ini tetap kakak tersentuh bila isu ini dipaparkan lagi dan lagi Julia
    Bersama kita didik diri kita dan generasi kita jgn sampai buta mata hati.

    ReplyDelete
  5. terkenang kat mak & mak mertua :(
    one day kita akan jadik mereka.
    hu hu hu :(

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)