Breakfast Ideas For The Busy Momma ! | Julia Johari
Booking.com

Breakfast Ideas For The Busy Momma !


Ya aku suka masak, titik! Hahaha kalau balik awal kerja boleh ar ko nak melagha dekat kedai usya barang apa nak masak, ye aku ni kekadang jenis suka beli ad hoc, itu lagi semangat nak masak dari buat beli borong simpan banyak-banyak dekat rumah. Kalau balik lewat aku ni penat weh, nak masuk dapur nak masak seakan mati mood tu, yelah penat kan, kadang2 aku kesian dekat suami, asyik2 makan luar dari pagi sampai petang, dah tu malam takkan nak makan tapau lagi, rasa nak muntah kan...at least masak simple2 macam sardin dengan telur mata je pun suami makan sungguh2...kesian tau...orang lelaki ni kena jaga, dia rindu masakan isteri, jangan jarang sangat tak masak, nanti air kasih sayang yang mengalir dari tangan kita tu tak sekata pulak...sebab itu kena rajin memasak.
Perangai!
Pastu jenis aku suka buka tutup buka tutup peti ais pastu bengong tak tau nak masak apa sudahnya jadi batu kematu semua barang dalam peti ais tak berusik gituuuu...sebenarnya aku ni banyak menyusahkan diri, yelah perangai suka lepak kedai macam 99 Speedmart ke, Mydin ke usya barang2 pastu baru dapat idea nak masak hahaha *pesen suka jamu mata tengok barang kedai tu pelega sangat hahaha*


Pagi ni aku rajin sikit je...alahh kekadang aku malas ko nampak lah muka aku menapau dan makan kat cafe, kalau rajin baru lah nak buat memacam, sampai penat kerja pun sanggup ko nak uli periuk hitam karat tu semata goreng ikan masin heeeeeeee :p

Kemain dok buat roti bakaq, sapu tuna buat sandwich, yummm, bila beli roti sebuku besar tu nak tak nak kena habis kan jugak, berbaloi waktu pagi makan jimat macam ni sekali sekala kan. 

Makan tengahari ni dia, lauk nasi goreng cina dengan ikan melentang rapat hahaha, aku buat nasi goreng so bawa pi opis untuk makan tengahari jap lagi, aku guna periuk doraemon je panaskan lauk ni, mudah dan terjamin nutrien dia tak hilang sebab guna kaedah stim kan.


Ini time rajin, kalau time pemalassssss Allahuakbar, rasa nak tampo muka sendiri, malas tu kadang2 hinggap jugak time mood tak berapa cun, haishhh susah betul nak jaga mood jadi cantik dan mood elok hari2 kan, orang pompuan ni banyak sangat mood swing dia kan, aku tak larat nak layan orang sebab perangai mood sendiri pun aku rasa sangat mengajah sangat...syuhhh syuhhhhhh....


Capati Sandwich Tuna Homemade 

So Surprise!!!
Last weekend my husband bersemangat waja making some breakfast woahhh...Capati Tuna Homemade by TC Boy Malaysia ...seriusly julia tak tolong dia langsung so ini memang air tangan from my hubs...dan rasa dia...wauu crunchy and yummy!!! Well done hubs...so ini resepi julia cungkil dari dia.
Bahan: 

3 keping capati frozen
1 tuna TC Boy Malaysia
4 biji cili padi potong halus
2 sudu besar mayonis
2 biji kecil limau nipis
1 biji bawang besar mayang nipis
secubit garam

Capati perlu di lempengkan dalam kuali api perlahan sehingga kekuningan. Angkat letak dalam pinggan. Bahan ke semua tadi disatukan sampai sebati. Kemudian masukkan dalam capati tadi. Done.

Wallaaaaa happy breakfast you olls....I'm so happy! Happy tummy yey.

ehh x lama lagi cuti hari pekerja kan...weeeeeee best yer...korang ada plan pi mana-mana ke weh, aku ingat nak pi Warehouz Sale kat Puchong, dengar kata ada sale 80% untuk barang2 rumah weeeeeee, nak window sopink la. Harap ada yang murah sampai buat aku tak percaya ye...kalau tak, tak ingin nak review kat sini hehehe..bye!

14 comments:

  1. Kadang rajin kadang malas masak..hahaha..nad la

    ReplyDelete
  2. bz2 pn sempat lg buat bfast kn juju...kipidap...yummmm

    ReplyDelete
  3. sempat ada mini kitchen kat atas meja opis ya.. heheheh... tapi memang akan save duit macam ni.. jue selalu masa kerja pagi bntai makan nasi lemak.. tengahari tak makan dah smpai petang.. tahan kan perut jue.. kalo pagi mcm roti kul 11 dah ketar2 tgn tak bleh.. hahahah

    ReplyDelete
  4. macam lama gile kan periuk doreamon ju tu..sangat membantu tuannya

    ReplyDelete
  5. WAHH JU mcm2 menu ade...hah...akak suke style wrap2 tu...nampak sedaap...lagi2 capati tu...kreatif hokey....

    akak pun rajin bawak bekal skrang...byk la leh jimat...sesekali tingin nak nasi lemak ke laksam ke nasi kerabu ke pagi2 pi gak tapau kat kafe heheeheheh

    ReplyDelete
  6. capati tu nampak sedap yg amat!

    ReplyDelete
  7. mmg nama ikan tu macam tu ye? hehehe btw cantikla telur tu. hehehe

    ReplyDelete
  8. Sedap capati tu dear. Thanks for sharing the menu, bole masuk list.

    ReplyDelete
  9. kalau beli roti potong tu mcm2 boleh buat kan ju.. tp anak2 tetap suka roti telur jugak.. hihi

    ReplyDelete
  10. i am a busy mom.
    da le keje 90 km jauh dari umah :( hu hu hu...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com