Apakah Hukumnya Wanita Keluar Bekerja - Ustaz Haslin Baharim | Julia Johari
Booking.com

Apakah Hukumnya Wanita Keluar Bekerja - Ustaz Haslin Baharim

Tengah drive dalam jem pagi tadi nak ke tempat kerja,
Aku tersentak dengar perbualan DJ radio dengan Ustaz Haslin Baharim...alaaa takkan korang tak kenal ustaz bollywood yang gemar berceloteh sambil bernyanyi tu selalu muncul dalam rancangan Tanyalah Ustaz.



Isu yang diutarakan sebijik sama macam malam tadi kami suami isteri berbincang tentang isu kerja & anak. Tajuk mengisarkan tentang "Apakah Hukumnya Isteri Keluar Bekerja Dengan Alasan Nak Tanggung Kedua Ibu Bapanya Walhal Suami Mampu Menanggung Isteri"

Terus terpanah dalam kepala otak aku tadi...wahhh tajuk ni sama lah baru malam tadi bincang...dan dan Allah nak tunjuk dah...

Kata Ustaz tu aku cerita dari segi pemahaman aku faham tau...

Situasi 1

Kata dia, kalau si suami tak mampu nak tanggung isteri dari segi keperluan penting, termasuk tak mampu nak beri sedikit nafkah kepada keluarga mertua mahupun keluarganya sendiri maka jatuh hukumnya HARUS....haaa gitu harus tau, apa-apa pun kena berbincang dengan suami elok-elok, tujuan utama nak bantu suami kan, ringan beban dia...

Situasi 2

Tapi bagaimana pulak alasan wanita keluar bekerja alasan nak tanggung kedua ibu bapanya walhal dalam masa yang sama si suami tadi mampu dari sudut kewangan menangung segala keperluan dan kehendak si isteri termasuk mampu beri sedikit nafkah kepada keluarga mertua dan ibu bapanya - si suami nak isteri jadi suri rumah.

Maka jatuh perkara jadi WAJIB - isteri kena patuh.

Okey aku tersentak...

Sebab aku di kawasan situasi 2 - dan memang suami nak aku jadi suri rumah dan handle perniagaan dia nanti...tapi aku bincang elok2...aku nak buat solat isthiharah dulu. Aku nak tahu apa petanda yang Allah boleh bagi aku petunjuk sama ada aku kena berhenti atau teruskan bekerja buat sementara waktu...

Ye, aku faham, lama dah aku pendam, korang yang selalu ikuti aku selama ini pasti tahu...aku dah lama punya impian nak berhenti kerja nak hantar anak pergi sekolah ambil dari sekolah dan masak untuknya...dan bekerja dari rumah, sebenarnya aku boleh, tapi hati aku ni degil beb, aku dah biasa kerja, dah biasa pegang duit sendiri, dah biasa plan vacation gila2 tanpa pengetahuan suami aku book flight pakai duit sendiri, aku puas cara hidup lama aku, tapi suami berkata, kalau dari dulu berhenti entah berapa banyak gaji julia boleh dapat dari bekerja sendiri...(aku ni takut kerja sendiri ke ek...jeng jeng jeng)

Pesan suami........
Buat apa yang minat...dia kata suka bidang travel kan...so kembangkan dari segi pakej, kan julia dah banyak deal pasal travel dlm blog, tahu kawasan mana yang murah dan menjimatkan, pasti orang suka nak ikut pakej julia buat, dari 1 pakej je julia dah boleh dapat 1 gaji utk 1 bulan bekerja...bayangkan kalau 2 pakej...dah masuk 2 bulan bekerja dengan gaji aku sekarang...

Betul tu, hati aku je tak kuat nak lepaskan...aku sayang pada diri sendiri semata - eh korang ni situasi 2 tau, situasi 1 aku tak galak korang berhenti...ingat...

Situasi 2 ni kena fikir dalam2...sebab bila jatuh kepada MAMPU...suami harap aku jadi suri rumah berjaya...maka aku kena tunaikan...dah jadi wajib...so aku dah dpt jawapan...

Tapi bukan waktu terdekat...suami cakap bulan 5 boleh dah berhenti...huhhh...Ya Allah, bagi daku masa mungkin 2 tahun lagi...selepas itu beri kekuatan hati untuk aku berhenti secara tanpa paksaan...

Teringin nak pegang tangan anak hantar ke sekolah sendiri...sambil bisik di telinganya..."
"Umi ambil Qaiser ilman nanti jam 1 tengahari ye, nanti umi masak sedap2 kat Qaiser ilman tau, sayang sikit kat umi, belajar rajin2" 
Aku berlalu pergi tanpa tergesa-gesa nak ke tempat kerja lagi sambil melihat diakhir hujung mata anak berjalan memasuki ke perkarangan sekolah dengan baik...balik rumah terus ke dapur siapkan makanan untuk hero-hero tersayang pulang makan waktu tengahari,...petang hantar anak ke sekolah agama dan aku terus ke opis suami buat kerja yang diamanahkan sambil blogging, malam boleh belajar buat dessert, esok anak gi sekolah leh bawa bekal makan, alangkah nikmatnya jadi suri rumah tak terikat dengan sesiapa...Ya Allah....inilah dilema orang situasi 2, bukan duit yang dikejar, tapi aku rugi dari segi masa sebab pentingkan diri sendiri dengan kerjaya aku selesa sekarang. Huh....dilema! 

10 comments:

  1. erm.. belum sampai situasi 2 lg. tp dok keep on doa. kalau x keje opis pun, shehan caye, org mcm juju mana reti dok diam kt umah. for sure keje dr rumah lagi bnyk untung kot. xyh balik lambat, xyh drive jauh2.. hehehe

    ReplyDelete
  2. kalau suami mampu, untunglah..buat kerja dr rumah aje la.. :)

    ReplyDelete
  3. suke ustaz ni...tak penah boring kalo dengar die membebel.... kalo berbuka kat masjid besi akak doa2 die dtg sebagai penceramah jemputan...layan wooo....

    so far akak kene keje sebab cepat bosan dok umah...hahahahah.... lgpun akak keje dgn kelulusan akak...sikit2 leh bantu keluarga, hulur duit kat mak abah kat kg...tapi kalo dpt laki kayaaaa tahap duit bilion2 nak jugak dok umah ajek hahahaahahh

    ReplyDelete
  4. daling..kalau dah beberapa kali suami hint psl kes ke-2 better ikut sebab nyer dari segi kemampuan memang dia mampu dan satu lagi awak dah ade jalan untuk create job lain! awak boleh buat pakej percutian awak boleh jadi blogger travel awak boleh cari income dari situ..yang penting kene kuatkan semangat kene kuatkan hati bukan untuk org lain tapi utk Qaiser dan Walid dia jugak.

    ReplyDelete
  5. julia kalau suami dah bagi hint tu rasanya elok ikut.lagipun rasanya suami mampu dan julia dah ada jalannya. Boleh ambik pakej kat julia nanti ye.

    ReplyDelete
  6. juju bole yg kedua tu..sbb dr segi mampu tu..smoga dipermudahkn..akk suka ustaz bollywood ni pernh dtg ceramah kt opis

    ReplyDelete
  7. kerja atau surirumah sepenuh masa masing2 ada buruk baiknya..yang penting restu suami tu..kan ju..kalau dia izinkan apa salahnya.?QI dah sekolah ke Ju?

    kalau Ju tak nak berhenti pun tak pe kot asalkan balik awal.kalau sebelum ni balik lewat lepas ni , balik jam 5 petang ke..Eh!!terserah la...pandai2 je saya nak ajar..hahahah..

    ReplyDelete
  8. Kalau suami mampu.. Sy dgn rela hati nk jadi suri rumah...tak yah suami suruh.. Sbb byk sgt nikmatnya bila anak makin membesar dia nak lebih perhatian kita.. Moga diberi kekuatan dan petunjuk untuk kak Julia...

    ReplyDelete
  9. Bekerja niat kerana Allah tapi sukar zaman la ni..kan..mcm2 ada kat luar sana.
    Duk rmh pun letih sbnrnya..ikhlas tu kna ada dlm diri...tapi klu suami mampu ok kut...duk rmh ambil org gaji..baru beebaloi2..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com