3D Art Gallery Sekinchan Selangor Destinasi Percutian Bajet ! | Julia Johari
Booking.com

3D Art Gallery Sekinchan Selangor Destinasi Percutian Bajet !

Berkali-kali datang ke Kuala Selangor ! Anda semua pasti perasan, kami lebih suka banyak habiskan masa hampir saban minggu dan bulan berganti bulan di sana...apa yang kami buat? Kami cari port percutian bajet yang jarang di dekati, kalau ada pun ramai kurang review tempat unik macam ni tau...bagi julia cukup sangat rasa bertuah dah 3 kali sampai baru ini ada rezeki nak luangkan masa masuk ke dalam 3D Art Gallery yang terletak di Sekinchan Selangor.

Berapa Lama Nak Sampai Dari KL?
Tak lama tau, about 1 jam lebih je terus kita akan dapat hasil yang sangat setimpal macam gambar diatas, siapa sangka bangunan diluar 3D Art Gallery nampak usang, macam kawasan sarang burung Walit pun ye sekali lihat, tapi jangan pandang sebelah mata sahabat, didalamnya pasti buat kita tak kering gusi boleh bergambar pelbagai gambar dalam 3D Art Gallery Sekinchan Selangor ni, setanding macam 3D Art di negeri lain...cayalah!

Macam Mana Julia Tahu Ada 3D Art Gallery Tengah Sawah Sekinchan?
Julia suka google, bila sampai satu-satu tempat, julia akan google sampai rasa pengsan dan nak muntah. Banyak baca dari blogger lain yang kebanyakkannya blogger Cina suka melawati kawasan ini. Itu sebabnya jangan lepaskan peluang at least dapat jejak sekali pun jadilah kan....dan apa yang julia terkejut, memang 3D Art Sekinchan ni punya keistimewaan tersendiri.

Semasa menelusuri kawasan sawah terbentang luas, mata tak lepas dari melihat kehijauan dari jauh, terus buka tingkap luas-luas, nak menyaksikan sawah padi muda yang baru tumbuh!

Nampak tak padi mula membuahkan hasil, nampak kekuningan, wahhh bagi korang yang tak ada kampung sawah macam ni, apa kata korang ke Sekinchan Selangor, memang julia cakap sawah disana lawa sangat-sangat ! 

Nampak tak bangunan 3D Art Gallery Sekinchan dari jauh? Haaaaa jangan aim ia bangunan lawa macam 3D Art lain tau, memang bangunan ni sempoi gila, dont judge by its cover u olls...kat dalam dan rooftop tu simpan banyak point utama untuk bergambar cantik2....sesuai untuk anda yang ada kamera DSLR, sebab untuk bergambar port gini

Yeyyy dah sampai...tak pasti bot tu leh naik ke tak...mungkin leh naik kot, nanti korang sampai tanya lah sendiri ek

Qaiser ilman dengan abang sepupu Hamid, memang diorang berdua ni sangat akrab, Qi memang tak boleh berenggang dengan abang hamid ni, nampak je mesti berdua hehehe harap kemesraan antara sepupu ni kekal hingga ke syurga.

Apa lagi jom masuk, haaaa tu dia pakcik suami dan anak-anak buah julia dah tak sabar nak masuk jommm.


Harga masuk?
Tuuuuu jelas dah kan....bawah 7 tahun FREE admission hoooreyyyyyyyy, jimat banyak dah ni, bayar tiket sendiri je, terima kasih kepada Chikli pakcik suami belanja kan tiket, jimat lagi...jom!


PESANAN...
Mula dari sini korang scroll je gambar sampai ke bawah, antara gambar-gambar 3D Art yang boleh di posing sampai lebam....duduk lah sebanyak masa nak, tak kisah, tapi kat sini memang kena menaiki tangga tau, so memang tak boleh bawa buggy ke, stroller ke tak ada kemudahan lif, semua kena naik tangga yang agak menjunam dan tinggi, so kalau nak bawa baby pastikan bawa baby carrier ye.

Tuan tanah posing sedas hahahha...buat tanda dah sampai ye hehhe berjubah sakan, padahal baru balik kenduri kendara weh 2 tempat, balun berjubah pun okey what hehehe peace!

Qaiser ilman berkurta u olss, haaa pandai posing tengah2 tu good boy...anak2 buah julia dan adik ipar pun sama pandai posing hehe

Geng bas sekolah Sekinchan! 
Driver depan tu kecikkkkk je...Aqil Ziqry nampak tak nak drive tu hehe

Amacam okey tak aku posing maut ni hahahha



Win sangat port gambar ni kan hehehe



haaaaaa aku dah kawan dengan geng jin biru tu habislah korang hehe

Hahahah lucu tau diorang ni...ingat senang nak handle? Riuh hahaha, mujur pengawas dalam ni cakap tak ada masalah, nak jerit ke riuh ke buatlah.

Bergolek sakan diorang ni...kalau betul2 ada salji kan best mesti budak2 ni suka.


Pandai Dania posing, baju tu memang ada tau boleh pilih pakai yeyyy


Haaaaaa kena hukuman la ni hahhaha awat korang pakat2 mencangkung, pelik ek kerusi dan meja melekat atas bumbung? hahahhaha 
  
Cikgu-cikgu pun sama naik sakan bergambar hahahhaha anak murid macam2 perangai layankan ajer


PERHATIAN !
SILA KE ROOFTOP....ANDA AKAN DISAJIKAN DENGAN PERMANDANGAN INDAH MACAM INI !!!!!!!

Allahuakbar! Sungguh itu yang terkeluar beberapa kali di mulut julia, siapa sangka tempat ni macam kelihatan usang tapi disebalik tadbir inilah yang julia terima depan mata, sawah padi terbentang luas dan sangat hijau!
SubhanaAllah, cantik sungguh...sungguh2 terharu...terima kasih Allah!

Lagi satu, kawasan ini ada nursery sementara tau di tingkat 3 tak silap, siap beraircond dan ada permainan khas didalamnya, syokkkkk tau ada orang jaga anak kita sementara mak bapak berposing sakan atas rooftop...semua free of charge tak ada pun caj lebih, ada lah jugak jual minuman dan makanan ringan2 je...okey kan...best!

Korang lawa tak view ni? Banyak2 gambar ini aku rasa paling win hehehe tu tu sawah belakang tu lawaaaaa sungguh...port ni syok tau, ada kerusi boleh bergambar sama2 weeeee

Ini adik ipar julia, nama dia Ain, cantikkan port ni...kerlassssss tau port ni, atas rooftop 3D Art di sajikan permandangan macam ni...bijak tauke ni rancang!


Port ini juga...see!

Dan ini, ada buaian weh...cun lah nampak permandangan sawah sekali....weeeee,
aku tak ada masa banyak nak bergambar atas ni sebab hujan renyai2 dah mula turun...nanti korang datang selfie time petang jam 5 ke atas redup sikit...kat atas ni memang tak dibenarkan bawa budak2...dilarang sama sekali untuk keselamatan.

Paddy Gallery...
Besar tau kat sini, boleh lihat bagaimana padi diproses.

Lihat kincir air ni, cun beb...click video!



Anak benih padi di ternak disini tau...kecik je halus-halus dia naik...nanti dah besar macam kat sana tu baru pindah masuk kawasan sawah.

Farm Ville Cafe ni aku belum jejak...next nantilah ek...macam comel je tempat ni kan



Sekinchan Ocean Gallery pun tak jejak...next la, amik jejak dulu.

Lawaaaaaanyaaaaaa....tak puas mata memandang!

Singgah rumah sedara kawan suami, dilayannya kami bak macam sedara sendiri, macam-macam diberinya buah mangga lah, buah kelapa lah...terima kasih tau...hargai sangat, rasa macam saudara sendiri dah...rasa sangat dekat dihati bila orang yang bukan ada pertalian darah pun boleh layan bak saudara sendiri...alhamdulilah!


Terpancar wajah-wajah keriangan setiap seorang, terima kasih sangat kepada rakan suami tu yang rajin bawa kami berjalan dan tunjuk kawasan untuk dijelajahi sambil tunggu kami habis lawat, mana kami nak balas budi baik kawan suami ni...Allah yang tahu. 

Tips Nak Dapat Gambar Cun!
Pergi masa sawah padi menghijau, anda akan dapat view macam julia, kalau masuk sini time padi tak de atau sudah dituai padinya maka nampak gambar tanah je lah, tak lawa lah kah, ingat tu tips!

Alamat:
Waze je 3D Art Gallery Sekinchan Selangor, sampai nanti.

Serius! Aku jatuh cinta dengan kawasan Sekinchan dan Kuala Selangor, panorama disana sungguh menggamit perhatian, lega dan bajet pun tak mahal mana...korang pula jejak ke sana ye. Bye!

14 comments:

  1. Boleh pergi next time menarik sekali!

    ReplyDelete
  2. uish.. rindu plak kg halaman bila tgk sawah padi tu.. huhu. nak balik kedah!!! x sangka eh, bangunan dia mmg mcm rumah burung walit la. huhuhuu..

    ReplyDelete
  3. Kakak yg sekadar tengok gambar pun terpana sama Julia
    Bukan aje tempat posing yg memikat tapi sawah padinya yg hijau terbentang
    Saujana mata memandang. Dpt menikmati air kelapa muda pastinya lagilah nikmatnya tak terkata
    Qi pun suka bukan main. Semua gambar dia tak ada yg tak senyum

    ReplyDelete
  4. best nyer dikkkkk!! tapi gambar besar sangat sampai nak kene jauh dari pc baru boleh nampak semua.

    ReplyDelete
  5. Best nya! Ok masuk list nak pegi. Wiwiwiwi.

    ReplyDelete
  6. Cantiknya kak julia..wajib kena pergi ni..

    ReplyDelete
  7. Cantiknya kak julia..wajib kena pergi ni..

    ReplyDelete
  8. tk pernah sampai lg. baru bukak ke eh? hihi. kg kt sg besar.. mmg lalu sekinchan.. tp tgk padi time hijau mmg best kan..

    ReplyDelete
  9. Aihhh nanti boleh lah ke sana. Memang lawa sangat ni :)

    ReplyDelete
  10. Kat malaysia memnag banyak tempat menarik..memang kene survey dulu..cek kat google..waaa sekinchan pun ade 3d

    ReplyDelete
  11. Cantikkkkk sangat pemandangan belakang tu. nampak hijau dan tenang je. sesuai lah nak photoshoot banyak banyak . tiket pun affordable jugak >,<

    ReplyDelete
  12. wahhhhh..bestnyeee ju..gmbr2 nmpk real..gmbr 1st tu btl ke 3d?klu 3d mmg tertipu la daku..

    ReplyDelete
  13. Assalamualikum kak Julia.. Nak tanya.. time nie kak Julia gi dlm bulan berapa ya?? Saya nie org KL yg x tahu menahu bilanya padi padi dituai bagai.. Takut kang pergi sana dapat tengok tanah je.. :'(

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com