Last minit booking huh! Bagi julia tak ada masalah, buka ideapad jam 12 tengahari settle booking online pada hari Sabtu lepas. Suami cakap jom la tido semalaman di WP Hotel Kuala Lumpur, tolong bookingkan....berdesup la si julia tu buka ideapad dia hehe. Sebenarnya aku dah lama nak stay sini beb, dari dia baru diubahsuai sampai dah siap aku cakap dalam hati satu masa nanti aku akan terokai hotel ni, hari sabtu lepas Allah sempurna impian last minit julia dari ajakan suami. Yahuuuu!

Harga WALK in tak sama dengan harga booking ONLINE ye kawan-kawan, haaa jangan gelojoh pi walk in, mendapatlah harga mahal walaupun untuk bilik standard single tu, ingat pesan julia, last minit pun try buka website Booking.com dulu walau apa cara sekali pun sebelum jam 2 petang, mana tau rezeki ada bilik lebih kan kan. Ingat pesan julia. 

Tak tau pun sebenarnya ada INFINITI POOL !!!
Masa aku dok godek Booking.Com aku godek hotel lain juga tau, yang penting ada pool, sebab nak bawa si kecik tu mandi kolam, kami memang hantu kolam, itu sebab kalau hotel bajet ada pool harga murah itu rasa sangat RARE!


Nak booking hotel? Cepat KLIK --->>>Booking.com

MENARIKNYA! Aku tergamam WP Hotel Kuala Lumpur ni memang ada infiniti pool bila search gambar dalam booking.com, gila ahhhhh, terus aku cakap dekat suami memang pilihan tepat!! Sebab harganya sangat murah untuk bilik standard, dan aku book time waktu weekend. Jam 12 tengahari booking pukul 2 masuk hotel dah, HARI YANG SAMA! 

Gila last minit kan aku padahal pagi tu kemain aku masak macam-macam penat tu tetiba bertukar jadi ganassss nak bercuti dekat-dekat hahahha, lantaklah orang cakap aku gila tiap-tiap minggu dok hotel, duit kami invest tau, bukan review berbayar haaaaa.

Lihat view waktu malam? Huhhhh pengsan banyak2 kali, julia jatuh cinta!

Lihat screenshot julia melalui booking.com ni, tepat jam 12 kan selesai booking ahahhahaha inilah aku beb, si julia blogger hotel hunter, janji murah sampailah kami, tapi nak sampai pun kena patuhi garis pemilihan aku dari segi deco hotel, kalau macam segan mati tak mahu je, tak ingin aku nak review percuma!

Settle cerita pasal booking, korang aku jatuh cinta tengok sudut deco dalaman hotel ni, aku kemaruk tengok sofa hijau lumut ni, huhhh punyalah empuk dan aku ni sampai tak dengar suami ajak naik bilik hotel, aku memang pecinta barang-barang hotel termasuk perabot sofa yang sangat ekslusif ni huhhhh, i want!

Keluarga comel julia, kami ni semua satu kepala, pecinta hotel bajet yang murah tapi duduk ala ala 5 star hahahhaha 

Siapa perasan beg besor tu hahahaha duduk sehari semalam je dlm KL je pun dari rumah tak sampai 10 min dah sampai hahahha (Gila nak dok HOTEL) tapi beg sebesar beg umrah aku bawa, semua aku balun bawa haaaa jenis pesen tak reti bawa baju sehelai, ada je rasa macam tak lengkap, so memang perangai aku camnni, beg besar lega campak segala semua dalam tu, settle!

(Teringin nak deco rumah macam HOTEL, insyaAllah nanti aku usahakan nanti pelan-pelan)


5 Kelebihan Kalau Menginap WP Hotel Kuala Lumpur !
  1. Kad swap hotel - elektronik (sangat moden like 5 star hotel)
  2. Ruang lobi - selesa dan perabot sangat moden
  3. Lif hotel - cantik dan ada reflect cermin wahhh syok nak telek jerawat hahaha
  4. Aircond - sejuk dan boleh dilaras di dinding
  5. WiFi Laju - login ada kod rahsia akan diberi setelah check in.
  6. Astro - hbo semua ada haaa aku layan drama tengah malam
  7. Kettle - drawer dia sangat cantik
  8. Katil - empuk lahaiiii, cantik sudut deco dinding kepala katil
  9. Serika - kena call '0' request serika dia hantar mai bilik terus.
  10. Bilik air luas - xd bathup tapi shower dia besar selesa.
  11. Suis - nak caj hp ke nak caj laptop ke banyak port suis, senyum aku!
  12. Pool - pool infiniti beb, nampak view KL totally nampak KLCC dan Menara Berkembar.
  13. Tuala mandi pool disediakan - tak perlu bawa tuala dari hotel.
  14. Pengangkutan awam - mudah ada monorel, malam tu kami jalan kaki je gi Medan Mara & Sogo dekat sangat.
Eh! Dah lebih 5 keistimewaan hotel ni, dah lebih dari apa aku fikirkan! 5 bintang! Jom layan gambar puas-puas.

Abang Qaiser ilman seronok! Tak dan dan dah haaa cop tido, mulanya aku booking 1 x Queen bed tapi dah full house, so dia kasi standard single je, no hal lah sebab last minit booking, kalau booking awal tak ada masalah. single pun kami seronok dah beb, deco dia cantik dan bersih!

Aku suka kepala katil tu, sangat empuk dan so versatile, lampu tengah2 tu lawa beb haishh cam nak bawa balik rumah hahaha




Bilik air dia lawa gila cermin, aduyaiii kena tiru deco bilik air diorang ni, sangat cun dan penggunaan ruang yang terhad pun tak nampak sempit, aku rasa arkitek yang design ni sangat bijak, jatuh cinta....ada hair dryer tau.

Shower sampai dua kemahen, besar plak tu pancuran shower tu puas mandi, sekali mandi tak sampai 1 min siap, tapi aku mandi mau kat 15 min sebab nak mandi puas puas hahhahahha bayar kan! kahkahkah senyum kemut aku masa menaip ni teringat seronok stay sini huh

Ruang jendela kami, nampak landasan monorel, landmark hotel ni sebelah Menara Centara KL tau, korang waze je.

INFINITI POOL WP HOTEL VIEW KL
Naik lif tekan (R), korang akan sampai terus atas rooftop WP Hotel ni, perghhhhhh memang WIn sangat-sangat! Kematu jap tengok kat sini, dengan infiniti pool kedalaman hanya 4 kaki sahaja, kalau tinggi julia dekat paras bahu je la. Ada air pancuran manja tepi tu alalalallala ibarat macam hotel 5 star, bijak tauke hotel ni, tak lama lagi kayalah hahaha

Haaa siapa paling teruja? Abang Qaiser ilman lah kan, tengok raut wajah dia tu memang penyabar tapi sebalik tadbir dah meraung nak mandi jam 2.30 petang time ni hahhahaha aku cakap sabar dulu tunggu jam 4 kita naik balik harap tak hujan hehe

Ada meja panjang dan kerusi kat sini, ish sempoi je, elit sangat kan, rasa nak bawa kek sambut besday kat sini, cantik betul, tapi time besday aku dah book tempat lain beb, still hotel gak muahahhaha sabar next week korang tau la kat mana aku book tu.

Sambil gym layan view KL, huhhh memang luas permandangan kat sini, gym kat sini beraircond tau haaa selesa, tapi ada 3 kemudahan ni je lah.

Jam 4 petang, kami naik dengan saudara mara kami, konker satu pool infini ni haaaaaa meriahhh, keseronokan berganda dapat beramah mesra dengan ipar duai dan anak buah hehehhe, aku siap leh nampak view sogo, monorel, quilmall dan lain-lain, semua aku teropong dari atas hahahhaha syok!


Tak ada yang tak best kat sini, apasal aku tak leh detect yang tak best eh, haishhh aku selalu kalau pi mana-mana mesti aku nak tengok kaji part negatif, tapi kat sini semua port buat aku TERSENYUM sampai belakang telinga hahahhaha.


Selfie maut dipagi hari ko, bersiap ada private function di pagi hari di Grand Milennium Hotel, aku ni sepatutnya kena keje hotel, semua hotel ko nak duduk hahaha

Murah dan sangat efesien untuk percutian singkat di KL sahaja tanpa pening hadap kesesakan di kawasan tumpuan pelancongan lain time peak season, macam mana aku leh dpt port hotel cantik2? Mesti korang pelik kenapa aku senang dapat, ish tak semudah itu, kena rajin google dan search, baru puas hati! 

One more thing, nak ingatkan korang, ini pengalaman julia tika berada disana, jika anda merasakan sebaliknya mungkin itu nasib anda dan rezeki anda dan bukannya julia, so sila be positive dan hormat pengalaman saya tika membaca cerita ini, lagi best kalau korang tekan button share kat bawah tu share lah mana-mana medium korang nak, at least berjalan pahala sedekah tu pada korang dan kawan-kawan korang, amin. TQ.
Korang bawalah family korang pula tau, pasti keriangan berganda....bye!

WP Hotel Kuala Lumpur
No. 362, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100, Kuala Lumpur,
Malaysia.

Nak booking? KLIK --->>>Booking.com

34 Comments

  1. best tu infinity pool..dh la murah..syok la qi nmpk pool tu

    ReplyDelete
  2. pool tu yang menarik sangat juju.. bukan senang nak dapat hotel murah dan ada pool denga view yang cantik gila.. teringin pulak nak tidur sana.

    ReplyDelete
  3. hihi.. tau tak kat mana shehan dpt detect nama hotel ni?? pic yang ada show "lemongrass coffee house". trus google. sah. tepat hotel ni. bijak la saya. terus booking juga tanpa sempat tunggu juju update entri ni. keep sharing dear. jom link exchange. x la saya ktingglan post juju. hehehehe

    ReplyDelete
  4. phew..
    harga dia taraf hotel bajet tapi tiptop.
    boleh le nnti chek-in g kL

    ReplyDelete
  5. nice one ju!...boleh laaa tukar port now. hehehehhehe

    ReplyDelete
  6. Nak terjah jugak walaupun duk kl..hhahaha

    ReplyDelete
  7. bestnya! siap ada kolam tu..syokla QI

    ReplyDelete
  8. Bestttnya ada infinity pool... Setakat ni fai tak pernah jumpa lagi hotel harga macam tu yg ada pool... Bila ke KL mmg wajib stay Hotel ni..,

    ReplyDelete
  9. Untunglah Ju sebab harga dia murah macam hotel budget aje
    Tapi facilities dia al-ala 5 bintang.
    Qi jugalah yg paling seronok:)

    ReplyDelete
  10. Baru buka kan hotel tu depan kudus Nasik Kandaq kan... Pool hotel tu nampak heaven sangat!

    ReplyDelete
  11. Haah hotel ni best tapi akak tak sempat check in lagi

    ReplyDelete
  12. Murahnya...series..inshaAllah hotel ni jd 1 of hotel list utk anniversary akk nti la...sbb ada pool..blh bwk anak2 mandi kolam...yeahhh!!
    Tq ju sbb review hotel ni

    ReplyDelete
  13. Murahnya...series..inshaAllah hotel ni jd 1 of hotel list utk anniversary akk nti la...sbb ada pool..blh bwk anak2 mandi kolam...yeahhh!!
    Tq ju sbb review hotel ni

    ReplyDelete
  14. Perghhj kolam diaaaaaa!!! Dah la murah pula tuuu... Huaaaa boleh honey moon kat sini nanti.. Ekekeke

    ReplyDelete
  15. Harga berbaloi sungguh dengan hotel tu

    ReplyDelete
  16. The best dear, the view tu memang exclusive, hero dah bole adapt dengan uminya asyik explore je :)

    ReplyDelete
  17. Wah menarik nyer..dlm kl pon ok juju..10 minit dari rumah pon ok laa sesekali manjakan diri duk hotel hahaha..seronok ler anak bujang..apalagi terjun laa nak terjun

    ReplyDelete
  18. ok tak ragu2 dah lepas baca review julia nie..skrg jugak farah nak pi buat booking...mula tu plan nak stay kat regalia residence..tapi full-house la pulak..so memandangkan WP Hotel nie pun ada infinity pool..xnak pikir banyak la..nak booking terus..thanks julia..muahhhciked!

    ReplyDelete
  19. bulan 3 nanti insyallah akn ke sini.. sme laa kte hantu kolam kekeke

    ReplyDelete
  20. Tumpang tanya..parking lot dia cmne..saya dr penang..mmg plan nk check in hotel ni..ada parking lot x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. parking lot di belakang hotel...setahu saya tak ada basement...takpe nanti call dulu hotel ni utk dptkan parking valet depan hotel senang sebab kami booking valet parking.

      Delete
    2. hari tu akak book parking valet tu dia caj berapa ye?

      Delete
    3. hari tu akak book parking valet tu dia caj berapa ye?

      Delete
    4. Kami dpt free hehehe...tak tau lah sekarang kena caj ke

      Delete
  21. Tumpang tanya..sy dah booking hotel ni dan baru 1st time guna aplikasi booking.com ni..sy nak tanya, lepas booking, kena call pihak hotel ke utk pengesahan booking tu?dan lg satu, blh ke klu msa checkin nanti sy tunjukkan emel yg dpt tu je?ke memng kna print out emel tu utk tunjuk msa dftr msuk nt?
    Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just tunjuk nombor booking melalui hp pun cukup dah...kalau nak print pun boleh...bagi saya tak payah print sebab diorang dah ada rekod nombor booking...just cakap kat kaunter nama penuh dan nombor booking melalui medium booking dari mana...

      Mudah kan...selamat holiday!

      Delete
  22. Tumpang tanya..sy dah booking hotel ni dan baru 1st time guna aplikasi booking.com ni..sy nak tanya, lepas booking, kena call pihak hotel ke utk pengesahan booking tu?dan lg satu, blh ke klu msa checkin nanti sy tunjukkan emel yg dpt tu je?ke memng kna print out emel tu utk tunjuk msa dftr msuk nt?
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  23. Bilik sis dok kat regalia ni nampak best. Kemas bersih. Harga walk in mmg mahal ye drp agoda rupanya. Baru tau. Kena book online dulu ni kalau nak stay. Kalau tak xdpt la jimat duit 😃

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)