TIPS KONGSI MINDA, GAPAI BAHAGIA KHAS UNTUK KAUM WANITA ! | Julia Johari
Booking.com

TIPS KONGSI MINDA, GAPAI BAHAGIA KHAS UNTUK KAUM WANITA !


Banyaknya kerja dateline nak kena submit, huh! Rintih dalam diri, itu nak kejar ini nak kejar, handphone berdering, lihat mesej anak sakit kuat, tengok mesej kedua, suami ungkap rasa ketidakpuasan hatinya tentang kita yang tak ada  masa dengan suami. Kisah ni paling terpalit sudah semestinya WANITA...pastinya kita mesti dalam dilema yang sangat dahsyat dengan siapa perlu didahulukan sebenarnya, kerjaya, ibu dan isteri....3 pekerjaan yang membuatkan kita terus dilanda stress berpanjangan...


TOLONG RAWAT HATI KU!

Muncullah penyakit yang tak diundang.....tekanan jiwa, darah tinggi...malah mungkin munculnya barah dalam diam atas risiko stress yang berpanjangan.

Julia rasa sangat-sangat terpanggil nak berkongsi dengan korang semua, tahukah anda kebanyakkan mereka yang memasuki Hospital Bahagia? Majoritinya dari mereka adalah dari masyarakat mana? GURU...itu adalah perkongsian yang pernah julia dengari baru-baru ini tapi bukan sekadar profesion guru, malah suri rumah, pekerja kerajaan mahupun swasta tak lari dari kes ini, sudah semestinya TEKANAN...beban kerja bertalu, perhatian dari suami dan anak rasa macam tak sepenuhnya diberi galakan, semakin suram, hati kita sendiri tak terisi dengan ketenangan...risikonya yang kita tempah...

Bila berterusan macam ni hari demi hari, tahun demi tahun, jiwa kita KOSONG, semua orang persalahkan kita, kita terus down sebab menyalahkan diri sendiri tak dapat urus masa....kecundang dan perlu perhatian doktor....kita tak nak macam ni!

Bangkit WANITA, Anda kena BANGKIT!

Julia nak tolong anda semua, BANGKITLAH WANITA semua....jangan terus di himpit rasa kekesalan, jangan terus rasa diri kita tak bernilai, jangan terus rasa diri kita ini tak pandai urus masa, urus tekanan dan urus kebahagiaan rumah tangga kita....banyak tips yang julia nak kongsikan kalau korang nak, caranya cari PAKAR MOTIVASI yang terpilih, maksudnya bila kita dengar ceramahnya di TV atau di You Tube kita terus rasa TENANG, terus rasa bersemangat bangkit nak urus bahagia kita....kita boleh....jom kenal siapa pakar mentor tersebut.


Dr. Robiah K. Hamzah atau Umi


Sedikit latar belakang penceramah yang mesti kita tahu!
Dr. Robiah K. Hamzah atau mesra dengan gelaran Umi merupakan Pakar Motivasi dan Kaunselor Keluarga yang terkenal di negara ini. Justeru beliau sangat dikenali khalayak tanpa mengira peringkat usia.

Berasal dari Layang-Layang Kanan, loghat Peraknya sesekali kedengaran dan ia sangat menarik perhatian ramai.

Namun dalam senda guraunya itu, ketegasannya terserlah. Pengisian dalam ceramahnya dipenuhi dengan input motivasi yang sangat bagus, tepat dengan tajuk dan bernas.

Ketika Umi menyampaikan ceramah/motivasi di Sambutan Jubli Intan ke 63, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Sumun Perak bertajuk “Berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki, berburu kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi” di bulan Febuari yang lalu.

Perkongsian Umi ini dapat kita dengari lagi, jika kalian memilih 27 Mac 2016 ke Seminar Dari Wanita Untuk Wanita – Kongsi Minda Gapai Bahagia di Kuala Lumpur International Hotel. Tempah sekarang sebelum kehabisan tempat duduk dan hubungi pihak penganjur.

Nama Penuh: Dr. Robiah K. Hamzah
Tempat Lahir: Kampung Senin, Layang Layang Kanan, Perak
Tarikh Lahir: 20 Okt 1951
Pendidikan Sekolah Rendah: Layang Layang Kanan, Perak
Pendidikan Menengah: Iskandar Shah, Parit dan Cangkat Jong, Teluk Intan.
Pendidikan lanjutan: Maktab Perguruan Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur, Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu (Pemulihan Bahasa Melayu, Universiti Malaya) Doktor Falsafah Pengkhususan Pendidikan Nilai dan Pengajaran Bahasa Melayu UKM tahun 2000.



DATUK DR.NOR ASHIKIN BT AHMAD MOKHTAR PJN  
Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan Dan Pakar Penuaan Sihat dan juga PENGASAS & PENGERUSI EKSEKUTIF PUSAT PERUBATAN PRIMANORA


Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar, penceramah yang disegani dimana telah membabitkan diri lebih daripada 100 forum dan seminar, seorang yang memperjuangkan kesihatan wanita dan sering muncul di kaca televisyen dan rancangan radio.

Beliau juga telah menulis lebih 400 artikel di media cetak, terutama melalui kolum beliau “Women’s World” di akhbar The Star’s Fit for Life dan Majalah Wanita. Datuk Dr. Nora juga telah menulis 2 naskah buku bertajuk “Breastfeeding and Women’s Health” dan Tip Dr. Nora Anggun Dan Sihat dan juga melibatkan diri dalam penyelidikan berhubung kesihatan seksual wanita dan lelaki.

Justeru itu, ada ramai lagi mentor-mentor yang perlu kita dengari, kita ambil input positif dari mereka, garapkan motivasi tak terhingga....julia cadangkan para wanita budiman semua jom kita ikuti sorotan 
"Kongsi Minda, Gapai Bahagia" ini pada 27 Mac 2016



Banyak tips yang kita boleh perolehi, bukan mereka yang rasa bermasalah, tapi anda yang sedang baca menikmati bahagia dan perlu bimbingan agar ia terus maintain bahagia....itu yang julia suka terisi dengan ilmu berterusan.

JANGAN LEPASKAN PELUANG SERTAI SEMINAR DARI WANITA UNTUK WANITA – 
KONGSI MINDA, GAPAI BAHAGIA.


Tarikh: 27 Mac 2016 (Ahad)

Masa: 8.00 pagi – 5.45 ptg.
Lokasi: Hotel International Kuala Lumpur

Hubungi: 
Normala Hamzah (0192683579) 
Rahana MD (012 2823848)
Nurhuda (012 3031005)

13 comments:

  1. Rugi kalu saper pergi ni. Speaker power... Tips dan input yang lain mesti gempak

    ReplyDelete
  2. Memang bnayak tekanan dalam hidup ni..memg perlukan seseorang untuk bimbing kita..

    ReplyDelete
  3. suka dengan seminar2 ni.. tp jauh :(

    ReplyDelete
  4. Amat berbaloi disamping perkongsian yang bermafaat...

    ReplyDelete
  5. Bagus bengkel ini. Input yang bakal disampaikan sangat menarik!

    ReplyDelete
  6. Salam, wah berguna jugak ni...lebih2 lagi sebab sy pun bakal ke arah 'kesibukan' nanti,so amat perlu utk kuatkan jiwa dan naikkan semangat..! :D

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com