Aku Suka TAILOR Yang Tahan Orang CEREWET ! | Julia Johari

Aku Suka TAILOR Yang Tahan Orang CEREWET !


Suka beli kain pasang tak? Julia dulu suka beli jenis kain ready made alahh baju yang dah siap jahit tu semua. Tapi kan lately ni mood dah berubah, suka plak beli kain pasang, sebab kain pasang ni banyak yang jual latest design dan design biasa-biasa yang rasa cantik dimata janji kena dengan TAGLINE murah, cantik dan berkualiti. 

Hohhh susah ooo nak lalui tapisan dari mata ke hati aku ni, cerewet tu suami yang tau, tu sebab aku suka waktu time Solat Jumaat kan masa banyak, aku keluar sorang-sorang pi jalan TAR tu pilih kain pasang, bukan untuk aku je, aku cari untuk mak aku sekali tau, lagi-lagi lepak kat MUAZ tu ada je tudung dan baju kelawar yang melekat nak kena aku beli murah-murah terkadang 2 pasang tu jadi RM20 je, murah wehhh muahahhahahha.

So dah beli kain pasang banyak-banyak mesti nak cari tailor kan, jenis cerewet macam aku ni sanggup menapak pilih tailor yang elok, murah dan masa jahit tu tak menebar sebesar roti canai, alignment baju tak lari dan just nice jenis tak mendesak suh bayar cepat, silap-silap deposit pun tak yah bayar dulu. Ada ke?

Adalahhh, lama dah berbulan aku jadi pelanggan tetap akak ni, kak zulfa nama dia, murah dengan senyuman, eh aku citer ni aku tak dibayar untuk review ye, aku citer sebab aku nak tolong dia dalam senyap, sebab dia sanggup terima pelanggan cerewet macam aku ni, sekejap design cam tu, esok plak tak mau nak design cam ni sebab terpengaruh tengok design dalam internet ppffftttt. Matiklah sapa kawan dengan aku hahhaha eh aku kawan pilih yang orang positif thinking tau, haaaa yang nak asyik negatif je aku abaikan, satu sen aku tak rasa rugi, baik pilih kain pasang dari dok kawan dengan orang neg neg neg je stress!

Nampak tak dalam kedai tu, ada satu baju kurung batik pink bergantungan, baju julia lah tu dah siap nak amik hehehe.






Landmark PASAR BESAR GOMBAK. Tu ar kedai dia, dari awal aku datang dulu tak ada signboard, sampailah aku cadangkan akak zulfa ni buat signboard besar2 senang customer baru nak ingat. Aku memula cari tailor selongkar satu Pasar Besar Gombak, alih-alih aku kenan dengan cara jahitan akak ni, tau aku nilai dia kali pertama melalui apa? Dari baju yang bergantungan depan kedai ni, aku belek baju orang yang dah siap, orang yang sebesar-besar alam dia jahit sangat cun je alignment baju tu, aku kan besar, so bila aku tengok baju tu dijahit lawa aku terus terpikat.

Baju kurung dia amik RM50, baju kurung moden RM60-RM70 ikut jenis design. Kalau pasang piping kat tepi baju tu dia caj RM10 je. Bagi aku yang memang ulang alik Gombak ni, lalu jalan yang sama, hari-hari nampak Pasar Besar Gombak satu sen tak rugi, semalam dia wassup julia suh amik baju kurung pink tu dah siap, aku tak desak dia suh siap cepat, aku cakap akak rasa dah siap akak wassup, dia cakap kalau nak cepat boleh jer tapi kena inform awal2 untuk buatkan kita dulu, dan aku tanya kalau siap awal kena caj ke...dia cakap tak!
Taburan kain pasang baru beli atas meja kak zulfa, aku punya la tu haipppp tambah keje lagi ye kakak hihi

Ikhlas aku nak puji akak ni, pengalaman aku sendiri, aku pernah beli kain pasang yang hanya 4 meter cukup2 pastu jenis bidang kecik (tampo nak), so bila jahit kat kain bawah tu kain tak cukup, dia tak mesej aku tau, dia guna kain perca yang seakan warna seiras warna plain lah untuk jahit sambungan pada bahagian zip dan getah ke atas, dia langsung tak caj tau tak, aku jenis sporting bab tu no hal dia nak tambah kain dia sendiri sebab salah aku dah la aku ni beli kain tak cukup kaki, akak ni jahit tambah kain dia, tambah kepeningan dia, dia tak caj langsung tetap baju kurung biasa tu 50 hinggittttttt baik ye kakak!!!!! Tu sebab rezeki akak murah, setiap kali julia datang banyak je set baju kurung bergantung siap berlambak2...hebat akak jahit, akak maintain tau servis cam ni sampai bila2.

Ada lagi 2 pasang baju kurung kat akak ni dalam proses jahit, nanti aku nak tambah lagi kain pasang kat dia, alahhhh baju kurung biasa RM50 murah kan...kalau beli selalu rasa terlebih lengan lah, itulah ketat inilah lebih, eh akak ni pandai buat jubah, aku masa amik kain ritu lama dah ternampak dia dok serika baju jubah yang dia baru siap jahit wowwwwwwwww...mula ar aku dapat idea nak buat jubah aku dengan mama aku nanti...winkkkkkk!

Pengalaman buruk aku...
Dulu pernah tempah tailor harga yang macam-macam dari tailor murah RM30 sampai ke RM60 sepasang hanya baju kurung biasa, tapi jahitan alignment baju tak sekata tinggi rendah, ko tau baju apa? Kain sari yang aku pernah beli termahal setakat ini RM90 sepasang, aku beli dua pasang, dua2 hantar kedai yang sama, habissssssssssss alingment baju aku tinggi rendah, nak marah dah jadi, aku suruh dia outer balik, sampai ke sudah tak mesej aku suh amik baju, aku plak dah tawar hati aku biar je baju tu kat kedai tu, sebab mesej tak jawab2....gerammmmnyaaaaaaaaa!

So bukannya aku tak pernah tempah yang paling murah sampai ke harga mampu milik, tapi semua tak kekal, faktor jauh satu kt kg suami pun ada Rm30 je sepasang tapi kat Kuantan tu jauhhh wehhh...so ni kat KL okey what RM50 bukan murah je tapi KUALITI jahitan dia aku nampak sangat mahal...selesa!

Kalau korang jumpa kak zulfa, cer tanya kenal tak Julia...haa bukan suh dapat diskaun, tapi at least korang rasa percaya sikit apa aku review ikhlas kat sini hehehe.

Aku selesa dah dengan tailor aku ni, semalam dia mention kat aku kalau nak tempah baju raya dah boleh sekarang bukak order, haaaaaaa aku tak pikir tema lagi ni, suami dengan anak diorang beli kt Kamdar je senang banyak size dan murah, aku pulak dok pikir nak tempah ke nak beli je...hmmmmmmmmmmm kak zulfa tunggu eh nanti juju mai tambah keje akak lagi, jahit cantik2 tau i likeeeeeee your touch aummmm!

14 comments:

  1. hoiii rm50 murah kot! bagus la dik share benda baik supaya akak ni bertambah rezeki dan sekaligus awak pun dapat saham kat "sana" tau...bagus-bagus..alhamdulillah ;)

    ReplyDelete
  2. sy biasa tempah rm30 je kalo baju kurung biasa..klo moden dlm 45 macam tu..hehe...

    ReplyDelete
  3. SA pun memang cerewet..tp sekarang ada ada tailor sendiri yang pandai buat baju...kazen sendiri jugak....

    ReplyDelete
  4. Ok.dh ada tailor baru yg akk jmpa.nti akk nk pegi tempah kat dia jela baju raya anak2 akk..yeahhh!!!!tq sis sbb kongsi psl akk zulfa ni..

    ReplyDelete
  5. susah skarang nk dpt tailor yg ok ..nk2 melayu...nasibaik juju jmpa...kalo cina ok tp rege mhl skit la kn...aka nasibaik ada kwn mak akak kt area gombak tu yg ok jahitannye...mmg slalu tempah situ je la if bli kain pasang

    ReplyDelete
  6. Murahhh tu rm50.. Ena ritu buat kat kuantan sebab terdesak sngt nk baju kurung, perghhh beratusss kena... Baju kurung biasa je..

    ReplyDelete
  7. lama tak turun jakel.

    bab tailor nih, memang ramai yang ok.

    bab cerewet, aku pun cerewet masa buat coat dulu.

    maklumlah, bayar mahal. haha

    ReplyDelete
  8. Nanie ada satu jugak kat sri rampai. Pun bole tahan cerewet dan dia pun relax je. Haha

    ReplyDelete
  9. Salam sis. Boleh share contact no tailor ni? Email: georgyna.gr8@gmail.com

    Thank u. :)

    ReplyDelete
  10. kalau nak alter baju besar bagi kecik, dia buat tak?

    ReplyDelete
  11. kalau nak alter baju besar bagi kecik, dia buat tak?

    ReplyDelete
  12. Boleh share contact number tailor ni. Email sofiah08@gmail.com

    ReplyDelete
  13. Boleh share contact number tailor ni. Email sofiah08@gmail.com

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...