Ada yang CEMBURU melihat Kamu BAHAGIA. | Julia Johari
Booking.com

Ada yang CEMBURU melihat Kamu BAHAGIA.

Tarik nafas, hembus, tarik nafas hembus. Baca doa tenang hati, amin. Bukan apa bila dah semakin meningkat usia dalam alam 30an ni, nak jadi sikap ke panas baran, marah tak bertempat tu dah semakin surut, lebih kepada banyak-banyak istigfar, ingat Tuhan. Fenomena yang menguris hati nak cerita hari ini adalah kisah benar.

Sebar BAHAGIA, Sebar GEMBIRA ada yang memerhatikan anda !
Ya, benar. Tak salah kan nak sebarkan apa itu emosi bahagia, emosi gembira melalui gambar dan sharing di pelbagai media termasuk blog? Itu hak masing-masing kan, dan bagi kalian yang sudah lama kenal julia sejak awal pembabitan didalam media sosial, ada tak aku punca kepada korang rasa CEMBURU?

Hmmm cemburu tak salah, bagus sebenarnya rasa cemburu yang POSITIF, maksudnya cemburu bertempat. Bila kita tengok dia cerita pengalaman dia bersama keluarga di sana sini, bagi tips macam-macam untuk menyenangkan korang mana tau sama ada korang atau saudara mara korang teringin nak ke tempat berkenaan tapi tak tau okey ke tidak. Betul tak?

Itu pentingnya REVIEW, dalam istilah katanya bukan definasi kepada MENUNJUK-NUNJUK. Haaa ini yang aku pelik, sesetengah orang ni buat-buat salah faham mengatakan yang aku ni menunjuk-nunjuk seolah-olah buat keluarga dia bercakau. Fuhhh seram kan dengar...korang tak rasa pelik ke?

Haaaaa KLIMAKS cerita...yelah aku suka review apa segala family aku join aktiviti bersama, so ada lah mata-mata dan insan-insan ni rasa annoyed apa aku buat, dia rasa aku lah punca keluarga mertua dia sebelah sana bercakau kerana aku suka expose gambar-gambar family mak bapak aku sehingga ke suami anak aku....

Masalahnya AKU TAK KACAU KAU!
Yang kau rasa macam aku ni punca keluarga kau bercakau kerana aku tu PELIK ! Seolah-olah macam keluarga sana tu mesti dok tanya julia itu dan ini dan kau tak nak langsung bekerjasama untuk cerita apa hal yang sebenarnya, bagi BUKTI....haaaaaa bila suh bagi BUKTI dia suruh aku BLOCK ke semuaaaaaaa keluarga dia termasuk MAK MERTUA dia...hahhahaha ini so kelakar...

Nampak tak, review aku selama ini diperhatikan, nampaknya review aku sangat berkesan, tapi makhluk-makhluk ini putar alam sungguh-sungguh!!!! 

Siap WARNING!
Haaa dia siap warning aku tau jangan PM mak mertua dia cakap aku suruh kau BLOCK dia...hahahha eh what??? Itu masalah kau, hal rumah tangga kau, aku tak nak masuk campur, banyak lagi kerja tertunggak aku nak buat...tetiba plak kait dengan aku pehal....pelik pelik manusia sekarang semakin pelik...

Aku dengan semua orang aku layan sama adil je, peramah dengan semua orang, aku spesis yang tak suka jaga tepi kain orang, apa yang kau buat...buatlah...tak de makna nak cemburu tak bersebab ni. Lagi pun aku tak terfikir plak ada manusia ni jenis tak bagi kawan dengan keluarga dia...eh ehhhh peraturan dunia apa kah ini hahahhahaha aku rasa bumi dah terbalik!

Siap warning cakap aku buat blog sebab nak menunjuk-nunjuk...ehhh selama ini dia buat apa pun aku tak kata apa weh...seriussss, bila aku annoyed dengan seseorang aku akan BLOCK, aku tak kira aku BLOCK...sebab aku tak nak orang negatif ni terus menerus cucuk keluarga aku senyap-senyap kerana CEMBURU TAK BERTEMPAT....geram aku...biar aku lepas dalam ni...korang baca je lah...tak faham takpe. So bila aku block, dia makin marah kat aku sebab dia tak leh baca apa aku posting di FB, kan BLOG aku ada baca lah puas-puas sampai hadam, FREE!

Siap UGUT nak BUNUH AKU
Haaaaa nak ugut bunuh weh, adakah patut aku buat laporan polis sebab dia ugut nak bunuh sebab aku friends dengan mak mertua dia? hahahhahahhahahhaha kelakar tak surat report tu, ada ke polis nak amik report aku...ayoyoyoyoyo...bila marah melampaui batas, sampai nak terkeluar isi gigi nampak geraham, anak mata nak terjojol, menjerit-jerit terlolong-lolong, tak ke namanya dia masih tak MATANG?

Suami dia KEMATU, tak leh buat apa-apa, katanya tak MAHU MASUK CAMPUR!
Oiiii isteri kau kemain melalak-lalak dia kematu jadi batu, aku tanya elok-elok suruh dia nasihatkan isteri dia dari naik angin tak tentu arah, bila cakap bukti mana, dia punya pusing ayat 360 darjah....so?

Tak ke namanya itu suami yang dayus...membiarkan isteri bertindak melampaui batas, tanpa langsung menasihatinya depan2 dan membiarkan ia semakin rakus dalam hasutan syaitan...nauzubillah!!!!!

Bergegar dada, bergegar badan, bergegar gigi, bergegar meja, bergegar PINTU, bersepai dulang RETAK SERIBU yang mungkin hampir anak aku jadi sasaran terkena MATA!
Ya, begitulah insan berkenaan marah, PEREMPUAN. Allah ciptakan perempuan ni dengan kelembutan, tapi boleh bertukar jadi MANUSIA yang sangat GANAS, aneh, aku tengok dia macam dihasut dengan syaitan kuat-kuat, aku suruh dia mengucap, mengucap banyak-banyak, dikatanya aku nak tunjuk BAGUS, aku minta dia bertenang, bincang elok-elok, ohhh lagi kuat gear marah ke overdose tak tentu hala....ni kalau report pada polis ni naya masuk jail FREE, sebab ugut orang tanpa BUKTI?

Bukti nyata, keluarga dia semua aku berkawan baik, aku baru test komen di fb keluarganya...okey, siap jemput datang rumah baru dia lagi...see! Nampak tak permainan KOTOR tu....saje create masalah nak buat aku JATUH!

Bersepah dulang atas meja, retak seribu, dari raut wajah Qaiser ilman aku dapat tengok dia tergamam, diam seribu, dan dia tak sangka orang berkenaan bertindak seperti SERIGALA JADIAN, bukan manusia lagi dah, aku peluk Qi kuat-kuat, aku cakap adik biarlah orang tak suka kita, kita tak pernah amik hak orang, Allah ada, biar masa tu nanti sampai, jom kita balik.

Ya, siapa tak rasa SEDIH
Aku ni sedih bertempat, aku drive balik rumah dengan anak disisi, masing-masing diam, diam sebab aku berair mata dalam kereta, pegang stering pun aku rasa tak larat, tapi aku kuat nak balik dengan tenang, aku pujuk hati aku, kau kuat julia, kau kuat, sikit je ni orang tuduh kau memacam, dugaan Allah nak bagi PELANGI, kau harung julia elok2, ingat bawa amanah anak tu dengan selamat.

Selamat aku sampai rumah, nak keluar dari kereta, aku lemah longlai...tapi aku pelik kenapa hati aku ni kuat sangat, seolah-olah apa yang terjadi tadi paling minimum je aku rasa. Cuma tindak balas badan aku je menunjukkan aku tak kuat...tapi dalaman aku semua okey, semua bagi tepukan kuat, jantung cakap aku kuat, hati aku cakap aku kuat, otak aku cakap aku kuat...kenapa aku nak perlu rasa ia ujian MAHA BESAR?

Tengah malam pukul 12, aku berkongsi rahsia dengan orang yang paling rapat, bagaimana nak atasi masalah ini. Jawapan paling positif adalah membiarkan mereka, ada rasa IRI HATI dan CEMBURU kerana ada insan-insan yang selalu memuji kami mungkin dihadapan mereka...itu sebab mereka rasa DOWN...masalahnya kami langsung tak over cakap gedik-gedik eh aku pi sana...aku pi sini...aku beli ini...aku buat itu dan ini...semua aku kongsikan tips dan pengalaman dalam blog semata niat UTAMA nak bantu lagi adalah...tapi lain pula anggapan....buruk sangka tak bertempat.

Aku telek dahi Qi malam tadi, sebab dari tadi aku tak belek anak betul2, aku bersangka BAIK lagi ni bersangka baik, ada 2 garis halus di dahi nampak calar darah macam baru, aku tanya Qaiser ilman, bila jatuh ni...dia diaaaaaaaaammmm...diammmmm...aku bersangka baik bukan dulang retak seribu tu tergaris di dahi Qaiser ilman, aku sempat mengelak, tapi Qi memang hadap perempuan tu betul2...mata melihat tepat, aku takut sangat jangan jadi apa2 pada anak aku, biar umi rasa serpihan atas meja tu....tapi jangan kena ANAK AKU!

Aku belek gambar hari Jumaat masa dia potong rambut tu, aku zoom dahi dia, sah tak ada apa2 garis dua tu...aku syak bersangka baik...

Julia, ini cabaran, hadapi dengan senyuman!
Ya, ini cabaran untuk aku sebagai ibu dan wanita blogger, rencah ini aku pernah rasa 2 tahun lepas dengan segmen fitnah, dari situ aku boleh padu kuat bila hadapi ancaman fitnah yang serupa apa yang aku cerita diatas....dugaan Allah ni, aku tau. Aku tau Allah nak bagi rezeki lebih ni kat keluarga aku, Allah bagi aku suruh kuat supaya aku leh terima rezeki nanti tak lama lagi...aku yakin kuasa Allah...aku yakin ada hikmah kenapa ini semua berlaku...berlaku sampai air mata tak dapat turun...sebab aku dah kuat suatu tika dulu.

Dengar nasihat SUAMI
Ya, julia dengar nasihat suami untuk abaikan episod ini, biarkan mereka...ada hikmah Allah bagi julia ujian yang remeh ini. Kita langsung tak kacau hidup orang, tapi orang siap ajar julia jangan bukak FB, jangan post gambar pasal family, jangan post gambar tunjuk kau pi sana kau pi sini....

Okey dia tak faham apa itu sebenar-benarnya nama BLOGGER, berkongsi pengalaman hidup atas niat esok ni kalau aku mati ada kenangan untuk keluarga aku baca, ada kenangan untuk anak2 aku baca....dia mungkin baca tajuk dan tak baca isi content selanjutnya...itu sebab dia sendiri yang salah faham apa yang aku cuba sampaikan...lilahitaala dengan nama Allah, apa yang aku buat tak ada kaitan dengan sesiapa pun....terpulang cara pada penerimaan mereka.

Buat lah macam mana cara pun, aku tetap aku, Allah dan suami je boleh didik aku apa yang aku buat betul atau tidak, sebab selama ni aku posting entry aku minta izin suami dulu, kalau dia izin aku leh up...kalau tak izin aku delete siap-siap....itu cara aku, takkan semua benda aku nak bagi tau supaya kau faham...dan jika keluarga kau suka cara aku share di FB mahupun di BLOG cuba bertindak waras. Itu maknanya review Puan Julia berjaya, jangan cemburu sebab kamu tak pernah nak cuba faham dan buat-buat nak menang sebab kau juara MARAH, yes dipersilakan untuk tunjuk segala niat itu, tidak ada siapa pun membantah, malah sejak itu baru ku tahu yang mana intan yang mana sebenar-benarnya permata...


Buatlah macam mana pun nak tolong orang macam ni, dia tetap kata dia menang, yes, dia menang dalam pergelutan yang sangat FITNAH MAHA DASYHAT...tapi ingat, Allah itu maha kuasa, sekejap je sesuatu kejadian boleh bertukar kepada air yang sejuk...

Allah, aku kuat!

(jauh lubuk hati, aku nak sokongan dari anda semua, julia tau, korang kenal siapa julia, i need moral support untuk terus kuat luar dalam)

:(

15 comments:

  1. abaikan je julia.hati org.rambut sama hitam hati lain-lain

    ReplyDelete
  2. Fuyooo..!! Sampai macam tu skali kak juju... Pergghhh!! Abaikan orang gila ituu kak maria ku sayang...

    ReplyDelete
  3. Dik Juju sekarang doa! Doa doa doa sebab doa orang di fitnah doa org yang teraniaya diangkat tinggi olehNYA, doa yang baik-baik untuk dia! Doakan dia dapat kesedaran, doakan dia lebih bahagia doakan supaya dia jauh dari kamu skeluarga..

    DOA please..

    Doa Ya Allah jika dia baik untuk aku sekeluarga maka dekatkanlah aku, jika dia adalah tidak baik untuk aku sekeluarga tolong jauhkan dia dari aku..doa dik doa!

    Kamu kuat..kamu akan lepas fasa ini, ini cuma dugaan kecik yang ALLAH SWT nak ganti dengan benda yg lebih baik! Senjata kita adalah DOA ;) luv u dik~

    ReplyDelete
  4. People nowadays. Bertabahlah juju. Doa org teraniaya dimakbulkan olehNYA. Doa supaya dia diberi hidayah. Jangan dilayan org macam nih.

    ReplyDelete
  5. sebab blog ye?/sama la ju..pernah kena macam ni sebab blog je..yang mengejut kan ianya dari orang yang paling saya hormat dan pandang tinggi..apa saya tulis dia fikir saya tulis tentang dia..siap tampar saya lagi..sedih..Tak pe Ju..saya pun ambil pendekatan biarkan je dia..harap2 dia sedar salah dia dan semoga sikap buruk sangka nya tu akan hilang..Kita kuat kan Ju??..

    ReplyDelete
  6. Terus sangat dah tahap kejelesan orang tu.
    Mungkin dia tak faham konsep Blog kot.
    Kalau orang tak faham ni, kita cakap macam manapun, dia tetap tak boleh terima.
    Makanya, Ju abaikan je orang macam ni.

    Siapa la agaknya orang tu ya.
    Nak jugak stalk FB dia.
    Hehe.

    ReplyDelete
  7. adoi...mcm2 manusia ni kan. kalau dh dengki...sabar lah... U have thousand reader lg nk entertain...x yh entertain org mcm ni. (komen mcm ni..dengan aku2 skali kene stalk nnt)...krikkrikkrik

    ReplyDelete
  8. sabar ye julia...positif..Allah hadirkan manusia macam tu untuk Julia jadi lebih kuat dan positif! Btw, kami paham apa itu REVIEW..dan kami suka je baca... ;p mekasih julia for the review..hehehe

    ReplyDelete
  9. Abai kan je ju. Akk sentiasa sokong benda baik yg ju buat

    ReplyDelete
  10. org ni tkleh tgk org lain bahagia...kdg org tu xphm sbg blogger..kita sharing cthnye tmpt holiday, tmpt mkn, tmpt bli brg...yg tk phm tu yg kata mcm nk menunjuk2 ...smp tahap ugut tu mmg bahaya la...sbr ye juju...ada himah disebalik smua ni

    ReplyDelete
  11. Dasatnyaaa.......sabar ye kak

    ReplyDelete
  12. Itu tanda JuliaJohari.com semakin menghampiri kejayaan...;)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com