Resepi Ikan Siakap Goreng Tiga Rasa dan Grilled Chicken Wings Marinate Paling Mudah by #juliamasak | Julia Johari
Booking.com

Resepi Ikan Siakap Goreng Tiga Rasa dan Grilled Chicken Wings Marinate Paling Mudah by #juliamasak


Resepi Ikan Siakap Goreng Tiga Rasa 

Bahan-bahan:

  1. 3 biji bawang besar - potong bulat
  2. 4 biji bawang putih - potong halus
  3. 2 serai - di belah dua
  4. 6 biji cili padi kampung - di belah serong
  5. 2 sudu besar cili kering - di tumbuk 
  6. 1 sudu kecil cuka
  7. 1 sudu besar sos cili
  8. Garam dan gula sesedap rasa.
Cara masak:
  1. Basuh ikan siakap dengan garam, kelar kiri kanan ikan secara melintang.
  2. Goreng ikan siakap dengan minyak cukup dalam dan betul-betul panas. Angkat dan tos. Minyak kurangkan untuk tumis.
  3. Masukkan bawang putih dan serai goreng dengan api kecil sehingga kekuningan.
  4. Kemudian, masukkan cili kering yang ditumbuk sehingga naik minyak, kemudian masukkan ke semua bahan diatas.
  5. Ambil ikan siakap tadi letak atas pinggan lebar dan tuangkan ke semua bahan yang sudak masak tadi diatas.
  6. Siap untuk dihidangkan.




Grilled Chicken Wings Marinate with Pemanggang Ajaib 

Bahan-bahan:

  1. 6 kepak ayam 
  2. Sos blackpepper any brand di pasaran
  3. 1/2 bawang putih dan bawang merah di tumbuk halus
  4. Lada hitam
  5. Garam dan gula
Cara masak:
  1. Gaul ke semua bahan diatas, perap dalam peti ais dalam 1 jam. 
  2. Panaskan pemanggang ajaib, letak sikit minyak zaitun utk aroma.
  3. Grill sehingga masak, jangan over cooked nanti kejung tak sedap.
  4. Siap untuk dimakan bila-bila masa.

Ke semua resepi diatas adalah resepi original dari julia, tak de copy paste mana2.
Waktu cuti sabtu ahad memang julia suka masak yang rare dari waktu weekdays (hari bekerja). Waktu bekerja ni terbatas sikit sebab banyak ikut mood, so nak masak rare memang sabtu dan ahad. Nak sambung kerja jap...nanti nak sambung story pasal Singapore tak habis lagi. Selamat mencuba. Bye!

Nak intai apa julia masak boleh click hashtag di instagram KLIK>>> #juliamasak

13 comments:

  1. nampak macam sedap je tu ha..ohohho

    ReplyDelete
  2. Mak aii terliur tengok.. nampak sedapppppppp!!!

    ReplyDelete
  3. dah lama tak masak dan makan ikan siakap julia. teringin pulak rasanya. hehehe

    ReplyDelete
  4. Wah..sesekali Julia masak...haaa...amik...menggiurkan...

    ReplyDelete
  5. Akk terliur sgt yg ayam grilled tu..hahahaha

    ReplyDelete
  6. Ramai orang ada pemanggang ajaib ni ye..saya je tak de..ehhehe..ada beli tapi bagi kat mak..saya memang tak pernah memasak guna pemanggang ajaib..

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaaaaaaaa ! Tiga rasa tuu feveret :D

    ReplyDelete
  8. nmpk sedap..tapi nk buat pemalas ni..hihi

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com