Thursday, December 31, 2015

ASIA DOLI Food Street Setapak Central Memukau Pelbagai Rencah Makanan

Thursday, December 31, 2015 7 Comments





























Dulu namanya KL Festival, kemudian di tukar nama Setapak Central terletak di jalan Genting Klang Kuala Lumpur. Kawasan ini memang port utama julia selalu pergi dengan family, terkadang bukan nak shopping sangat tapi suka berjalan ambil angin petang sambil makan light-light je. Baru-baru ni julia dan suami serta anak saje jalan-jalan dalam Setapak Central, kemudian stuck di Sushi King, toleh kiri wowwwwwww is it FOOD COURT?

Cantikkknnnyaa! Yes julia suka cosy place macam ni, terletak di aras GROUND FLOOR (sebelah sushi king) sebenarnya banyak port cantik boleh selfie dalam ni tetapi mentiba jadi pemalu nak selfie sebab port port tu semua ada orang makan hahahhaha hormon malu mai plak so shoot anak je lah hahaha.

Pertama kali tgk, sudut kedai yang comel, baru lagi ni bukak sebab nampak macam bau kedai baru beroperasi, ada macam-macam yang jual, semua tulis hujung nya ST (street) dah rasa macam makan petang di LA je hahaha yelah semua nak tulis ST. kikiki

Tempat duduk dia selesa gila, meja luas, kawasan luas, ada baby chair semua alahaiii nak lepak minum petang ke makan tengahari ke dinner ke boleh sangat. Harga pun tak mahai mana pun. Serius!
Anak oh anak, nampak tak walidnya di belakang tadbir tu tengah que order nasi ayam Hainan ST. Qaiser ilman pakai sangat otai that day, bertopi upin ipin. Ambil sudu garfu sendiri, julia saje biarkan dia berdikari sikit suh pi ambil sudu garfu sendiri di kawasan satu sudut, nak ajar dia supaya setiap kali makan kena ambil sudu dan garfu. Good boy dia buat sendiri sebenarnya...but ikut mood la hehhe.


Yes, air sangat murah, orange, mango dan lemon ais...sedap...tak silap dalam RM3 lebih setiap satu air...murah dah...cordial kan bukan fresh jus pun. Gelas pun besar puas minum.

Haaa, nasi ayam dah sampai kemahen haaa memasing santap nasi ayam, time petang julia kurang gemar makan nasi, so pilihan lebih kepada jenis sup atau mee.           

Perghhhhhhhh! Nasi ayam hainan ini memang sedap serius sedap...sebelah kiri ayam hainan steam, sebelah kanan ayam hainan roasted. Hmmmm julia pun cuit-cuit makan sikit kedua-duanya pun best sangat ! 

Kuewtiaw Goreng dari Penang St. Fuhhh ini memang betul-betul nangis nak makan. Sedappp oooo basah2 sikit dan rasanya memang bestt ada cili padi ngap sekali haaa pedas. Fuhhh boleh repeat lagi ni makan.        



Sambil-sambil window shopping, julia suka lepak food court, suka sebab boleh tengok banyak  pilihan makanan berbanding pergi 1 restoren. Satu kelainan di Setapak Central yesss. 

Setapak Central,
Lot G, Ground Floor,
67 Jalan Taman Ibu Kota,
Taman Danau Kota,
Setapak, 53300 Kuala Lumpur.

Wednesday, December 30, 2015

Order Ephyra, Terus Bank In, Tak Banyak Cakap Dah Wowww!

Wednesday, December 30, 2015 2 Comments


Ephyra semakin hari semakin hangat!
Lama dah julia tak buat promo lately pun ada juga yang wassup nak order dan bayar on the spot perghhh, tengah pi holiday pun orang nak booking, order korang tetap jalan seperti biasa lepas julia balik holiday gituu...ephyra memang di kenali ramai, kaya dengan sumber nutrisi hebat yang tak terjangkau dek akal, julia pun nak restok balik stok ephyra yang semakin surut, untuk diri sendiri pun kena stok balik, jual jual juga, diri sendiri pun kena always ephyra...yes, almost 10 month julia dengan ephyra. 

Rasa masih baru kan, tapi bila dah stalk dan alami sendiri baru tau, banyak manafaat yang tersembunyi yang selama ini julia lihat ephyra ni hanya sebelah mata.... kali ini tidak akan berpatah balik. 

Ephyra, Ephyra Skin Bar, Inteemor, dan Ephyra M2Flex adalah rangkaian kuat dalam ephyra, jangan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun hangat dari julia sendiri ye. Mmuahhh!


FREE POSTAGE !!!!
Paling best terima customer yang tanya terus bayar fuhhhh rezeki Allah bagi customer macam ni pernah jumpa kali ni jumpa lagi...hebat diorang ni ye percaya pada pengedar ephyra, tak tanya banyak2 dah terus bank in haaa kita plak risau hehehe...

Tust me, saya jaga kalian macam saya jaga diri sendiri...ada feedback saya terima dan motivate kembali. Sama sama nak cantik luar dan dalam harus sama sama cantik budi bahasa...okey promo Combo 1 dan 2 masih berjalan...free postage...jimat banyak dah!

Pengedar Sah Ephyra: Julia Johari
Whatsaap now: 013-6327333



Renew Lesen Memandu Lima Tahun di UTC

Wednesday, December 30, 2015 11 Comments

Haii, baru balik dari UTC Pudu. Huhh tarik nafas terus masuk sini dulu update. Rindu tau nak bebel kt sini hari-hari. Haa, ko tau hakak ko ni memang comel, comel dari segi lupa bab nak renew kah! Terkadang nak renew roadtax kereta pun aku leh lupa, bawa kereta macam Malaysia ni apak ko punya, ada lesen ke, lesen mati ke ko memang yakin hahahhahahhaha.

5 bulan bawa kereta FREE atas jalan, rezekiiii ko hado?
Semalam, aku dok gelebek purse aku sebab nak susun kad-kad berterabur, sekali aku tertengok lesen kereta gila lama tak tengok kan sebab nak tengok gambar hahahaha, sekali ternampak bulan 7 tahun 2015 expired huwaaaaaaaaaaaaaaaa! Habis dah 5 tahun gila!

Well yakin tu penting
Dulu masa renew 5 tahun lepas aku dok pikir lama lagi laa nak renew, tak yah nak ingat lagi ke kan, sekaliii kawwwwwww expired hahahhaha hari ni baru nak renew, fuh mujur selama 5 bulan aku drive aku confident kt pak pak polis luar tu, drive sambil angkat tangan oooo cisss kalau dia tau apa aku nak ngayat heeeee

Okey pagi tadi okey lah tengok dari luar UTC Pudu aman damai orang tak ada sangat, sekali masuk kt JPJ perghhhhhh berbaris panjanggg dah haaa ish-ish jam berapa deme ni semua mari, aku sampai 7.45 pagi lepas thumbprint kat opis, pi pun ditemani suami, manja kan nak gak suami teman hahahhahahha

Harga 5 tahun?
RM150 FREE 3 bulan, amboiiii harga tu haishhhh pejam mata bayar cash, cash tau keluar dari lubuk zip duit review blog. Tak boleh bayar pakai kad debit, huwaaaa pesal korang tak update eh, pleaseee la, sekarang nak bayar banyak2 gitu kena pakai kad debit gores je. JPJ nanti korang update tau, orang berzaman dah guna mesin sign duit tu tau.

So aku gosok purse buruk aku tu, belakang zip duit emergency. Padahal duit tu aku simpan kot emergency, ni emergency ke ek kikiki hmmm tarikh renew akan datang 5 tahun tu dia set tarikh besday korang memasing tau, haaaaa time besday la duit keluar macam kilat huwaaaaa.

Ingat nak renew 3 tahun je tu pun tanya RM90, mahal gak, asal mahal baik mahal terus 5 tahun dah tak yah pikir.

Gambar?
Gambar tak payah lah nak pi amik kat kedai, kat sana terus cakap ambil gambar dari kad pengenalan sudah, janji still ada rupa ko hahaha, kalau lari banyak rupa sekarang better bagi salinan gambar passport. 

Gambar tudung purple tu gambar yang diambil 10 tahun lepas
Gambar tudung oren tu gambar yang diambil 5 tahun lepas....so gambar terkini aku malas nak update, so guna je muka 5 tahun lepas, tembammmm gila kah!

Macam aku ni haishh selagi memudahkan aku pakai je gambar ic, caranya bagi je kad pengenalan dengan kad memandu yang dah expired tu je

Tak ada borang pendaftaran bagai, mudahhh kan. Dulu-dulu ye kot kena isi borang. Sekarang amik nombor tunggu, bayar cash, tunggu 5 minit SIAP!

Mudah sangat.
So apa lagi pi gelebek lesen-lesen korang tu, lesen kereta ke, ic ke, lesen PSV ke, lesen kahwin ke ehhhhh lesen kahwin jangan nak renew2 hahahhahaha 

2021 baru renew balik, time tu Qaiser ilman Darjah 3 dah haaaa, kalau lupa jugak rasanya bukan faktor usia, faktor purse aku tu tak selesa tu penyebab ia tidak kelihatan hahahhahhaa sebelum aku melalut baik sarapan dulu byeeee

Pssssstt: Tak nak lupa (set kt kalender hp tahun 2021 yer besday expired lesen, set alarm paling kuat hahahhahaha)

Tuesday, December 29, 2015

Kadar Dividen dan Bonus ASB 2015 Terjawab Sudah

Tuesday, December 29, 2015 18 Comments

Alhamdulilah, terjawab persoalan di SINI semalam. Dah umum dah tadi, kawan opis bagi tau kata terlihat pengumuman di FB Berita Harian. Dup dap dup dap julia rasakan huhh harap bukan angka 6 dan dah terjawab sudah, memang julia dah agak akan ada penurunan dividen dan bonus. Sampai julia boleh nak teka sampai angka 6 tau tu pun dah redha awal-awal. Mujurlah still boleh maintain angka 7 fuhhh...cuma tang bonus tu menjunam teruk sangat. Pertama kali dalam sejarah bonus 0.50 seunit tercatat tahun 2015. 

Julia tahu, bukan senang pengumuman ni nak dibuat, mereka dah cuba nak maintain kan, cuba nak jaga sebaik mungkin agar pelabur tak kecewa. Tapi bagi julia cukup dari tiada langsung, alhamdulilah, marilah berdoa agar tahun 2016 nanti ekonomi kita semakin pulih dan cantik. Amin, jom lihat sejarah lalu...lihat dan beza sendiri ye. Lepas ni boleh la 5 Januari 2016 ke atas beratur kt bank update akaun masing-masing, di pejabat pos pun boleh harap sistem tak tergendala sebab ramai nak pi ni hehehe. 

Kadar dividen dan bonus ASB 2015
7.25, Bonus 0.50 Seunit

Sejarah Kronologi Dividen dan Bonus ASB
Tahun Kewangan Berakhir 31 DisemberKadar Dividen ASB
(sen/unit)
Kadar Bonus ASB
(sen/unit)
20147.501.00
20137.701.00
20127.751.15
20117.651.15
20107.501.25
20097.301.25
20087.001.75
20078.001.00
20067.301.25
20057.251.75
20047.252.00
20037.252.00
20027.002.00
20017.003.00
20009.752.00
19998.501.50 + 2.00 (bonus istimewa)
19988.002.50
199710.251.25
199610.253.00
199510.003.00
19949.504.50
19939.004.50
19927.505.00
19918.504.00
19908.006.00

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 7.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

Pada tahun lalu, agihan pendapatan adalah sebanyak 7.5 sen dan bonus satu sen.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata peruntukan pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM10.41 bilion, peningkatan 4.3 peratus berbanding pembayaran RM9.98 bilion tahun kewangan sebelumnya.

Beliau berkata, prestasi ASB sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, secara keseluruhannya masih memuaskan walaupun pasaran saham dan ekonomi mengalami situasi yang mencabar sepanjang tahun ini.

"Kadar pengagihan pendapatan dan bonus tabung ASB ini adalah kompetitif jika dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan," katanya pada majlis pengumuman agihan pendapatan ASB di Kuala Lumpur hari ini. (Sumber: Berita Harian


"19 tahun sudah julia dalam ASB, sejak kecil tak pernah tahu apa itu dividen dan bonus, masuk alam pekerjaan, ia sangat-sangat dirasakan perlu untuk tingkatkan semangat menabung dimasa hadapan lagi, ayuhhh 2016 dan seterusnya, kuatkan azam menyimpan lagi"

Orang Tu Kahwin Lain

Tuesday, December 29, 2015 7 Comments

Hahahaha jap nak ketawa semalam punya cerita tak habis lagi nak ketawa hahahhahah. Anak bujang den siapa lagi si Qaiser ilman tu dia ternampak kat dinding bingkai gambar besar ukiran kayu siap tunjuk tangan tanya, gambar orang siapa tu umi....hahhahahhahhah ni pertanyaan budak umur 3 tahun 4 bulan ye...bukan umur 6 ke 7 thn. Hmmmmm dalam diam aku tanya dia balik...

Umi: Qaiser ilman rasa siapa orang dalam tu, umi nak tau gak kalau Qaiser ingat.
Qaiser ilman: Orang tu kahwin lain! Orang tu kahwin lain lah umi 
Umi: Hahahhahahhahhahahhahahaa (pecah perut aku melayan dak bertuah ni)
Qaiser ilman: Orang tu kahwin lain lah...

Adoiiiii ni baru sekeping gambar digantung di dinding rumah, kalau banyak lagi gambar macam ni alamatnya banyak kali lah orang tu kahwin lain...keeeee dia maksudkan orang yang bagi watikah tu pada umi kahwin lain hahahhaahah dah dah aku plak pening.

Mungkin dia rasa, cara berpakaian tu agak cantik dan kemas pastu pakai tudung plak merelip2 so dia ingat orang dalam gambar tu kahwin lain kotttt...budak-budak cakap memang jujur, apa yang dinampak itu yang dia cakap...kalau orang dewasa macam kita ni yang panjang akal lagi banyakkkk la ilmu pusing-pusing sebelum nak sampai cerita sebenar tu kan.


Haishhh semakin nak besar, semakin takut plak umi...yelah makin panjang akal tanya macam-macam dah sekarang, tak ada lapik-lapik ye semua direct tembak tang tu gak hehehe, mak layan je lah nak oiii budak2 semua nak tau...esok dia masuk universiti belajar jauh2 kang rindu plak nak dengar dia tanya...huwaaaaaa simptom mak mak ginilah kan...anak buat gitu leter...anak buat gini marah...bila dia jauh rindu...bila dia dah merantau maknya nangisssss hari hari...alahaiiii mak ye pun hehe

Monday, December 28, 2015

Dividen dan Bonus ASB 2015 akan diumumkan tak lama lagi

Monday, December 28, 2015 10 Comments

Pengumuman Kadar Dividen ASN
28 Disember 2015 (Isnin)
ASN - 6.10 
pendapatan sen - seunit

Pengumuman Kadar Dividen ASB
29 Disember 2015 (Selasa)
ASB - Hari ini
7.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit
(Alhamdulilah, turun sikit je pun okeylah tak kecewa sangat sebab assume volume untung sikit je)

Setiap hujung tahun, inilah yang dinanti-nantikan oleh julia dan suami. Masing-masing dah beria-ria dah haaa nak pi baris ambil dividen ASB. Julia dah menabung dalam ASB ni sejak pembukaan buku ASB Ting lagi. Boleh katakan masa tu Darjah 6 ke Tingkatan 1 gitu dah ada pelaburan. 

Bila dah di didik sejak awal lagi, dah kahwin automatik anak lahir je buka buka ASB untuknya, kiranya nanti tak lama lagi bukan julia dan suami je nak kutip hasil, anak julia si Qaiser ilman pun ada haknya dalam tu, wahhh untunglah sejak baby lagi dah ada dividen dengan bonus. Tapi Qi tak leh keluarkan hasil sehingga capai tempoh matang umurnya 18 tahun. Biarlah beranak banyak-banyak dalam tu, nanti nak sambung belajar kt University ke Kolej ke ada wang saku emergency leh korek hehehe.

ASB 2015 sedang berhibernasi 
Syhhh, semua urusniaga ASB sekarang sedang ligat hibernate, dok laju kira-kira untung dividen dan bonus. Sekarang ni kalau nak keluarkan duit atau nak masukkan duit dalam ASB dibekukan sementara waktu. Baru je ASB hibernasi yehaaa harap elok-elok mereka disana ye hehehhe.

Betul paling banyak dividen simpan di Tabung Haji, memang betul. Tapi kalau simpan dalam tu niatnya sudah tentulah untuk mengerjakan haji kan...kalau nak keluar untuk perkara yang lagha ni rasa bagi julia macam kurang sopan sikitlah kan. Itu sebab julia setia dengan ASB ni walaupun menyimpan pun turun naik tetapi alhamdulilah, makin suka menyimpan dan melabur di unit amanah ni. 

Itu sebab awal tahun je korang tengok julia kekadang leh pi holiday, kekadang luar dari Malaysia sikit guna 100% bonus dan dividen ASB. Tu untung menyimpan kat sini sebab ASB hanya ada buku simpanan je, kad-kad atm memang tak wujud ye, kalau wujud alamatnya memang ntah ke mana-mana pelaburan tetap tu heeeeeeeeee.


 ASB Dividen dan Bonus Halal kah?
Ramai yang masih lagi keliru atau rasa gusar tentang pelaburan dari ASB, hmmm jadual dibawah jelas dan nyata, kalau anda lihat julia dah boldkan jawapan dari kalian tertanya-tanya tu. Jawapannya HARUS.





Dijangka 5 Januari 2016 (Selasa) dividen dan bonus akan diagihkan ke dalam akaun pengguna. Julia dan suami faham tarikh berkenaan sure ramai orang panjang nak que kan amik nombor, tapi kami ada port rahsia yang jarang didatangi orang. Kira port ni ke dalam dan kawasan terpencil dari bandar lah bank ni. Harap sangat hari berkenaan tak ramai orang hahahhaha sebab nak keluarkan untuk trip tak lama lagi je ni yahooooooooo!

Campur duit simpanan gaji sikit buat window shopping ke kan leh laa nak melagha diri bercuti di tempat orang secara bajet, janji kaki sampai ke sana jadi lah.

Inilah cara bagaimana ASB bekerja dan kredit bonus dan dividen pada kita semua. Untung dibahagi ikut kadar pelaburan kita dalam akaun.



Harap sangat tahun 2015 ni kadar dividen dan bonus 
yang akan diumumkan naik dari tahun lepas 
2014 - 7.50 Sen, Bonus 1.00 Seunit

Tahun lepas merasa lah sikit untung2 bersih dkt2 2k lebih tu, tahun ni ada harapan tak cecah 3k hahahhahahhahahha berangan! Mana tau kot leh cecah gitu mak enon nak lompat tinggi2 kalau boleh hahahha tak cecah pun sipi2 jadile 
(kalau tak cecah tahun 2016 kakak ko nak simpan lagi kuattttt nak lumba dengan suami siapa simpan lagi banyak hihihi)

Kalau tak naik pun janganlah turun teruk sangat, ekonomi sekarang pun memacam kan, huhh tapi tak patahkan semangat kami untuk kuat melabur yehaaaa!

Makan Mampu Milik Meatballs di Me'nate Steak Hub

Monday, December 28, 2015 17 Comments

Lama dah kepingin nak try makan kat sini sebabnya terpaling dekat dengan rumah mak aku, kebetulan blogger Kak Long Saidila KBBA ada up gambar meatball murah kat sini tu yang terjah tu hehehe TQ Kak Long mmmuah...sebenarnya port di kawasan daerah Gombak seangkatan dengannya memang banyak port makan tumbuh bak cendawan. Ini bukan food review berbayar ye, ni julia yang bayar, so berbayar ke tak berbayar ke aku suka cerita jujur.

Macam di kawasan Genting Klang ni dah lama ada Me'nate Steak Hub. Dengar nama pun dah gerun sebabnya yang terlintas di fikiran MAHAL...hmmm tak semua pun mahal dalam tu lah.

Aku suka lepak petang, time petang just nak mengopi dan makan light je cuit-cuit dalam 1 pinggan cukuplah, lepas hujan terus ke sini dengan suami dan Qaiser ilman.

Layanan pekerja dalam restoren ni memang bagus, senyum je, time hujan masih renyai-renyai diorang bagi pinjam payung dalam restoren tu, suka lah kakak ko...Me'nate ni banyak cawangan, nanti korang google lah sekitar kawasan terdekat dengan korang ye. 



Terus masuk cari port nak tengok menu dulu sebelum nak order meatball hahahha, ingat Ikea je ke ada meatball sini pun ada tau, sat lagi aku citer pe rasa dia eh. 

Menu untuk Kids pun ada, serius aku order carbonara dari menu kids, dah la murah pastu banyak plak tu, mujur aku jenis suka test menu kids, sebab memang banyak boleh kongsi 3 orang.

Meatballs Me'nate - 20 biji
Meatballs 20 biji sekali dengan fries tau include harga RM18....murah sangat ni. 

Tengok harganya...sides dishes ni menarik la. Sebab banyak pilihan. Itu sides dishes, nampak tak side menu belah kawasan hitam tu haaaaa itu yang rare dan best kalau ada duit, leh rasa lah.







Kids Meal - Carbonara
RM10 je set ni, hehehe murah kan. Tapi tekak julia kurang sikit nak makan sampai habis sebab cheese nya terlampau lebih. Suka cheese tapi kalau terbanyak jadi mual...so kongsi dengan suami, nama pun nak test kan. Tapi set ni aku tak makan habis, hahahhaha sebab tak sedap sgt. 

Kalau korang nak test tekak korang cam ne makan sini better pilih set kids meal dulu ye, kalau okey baru order set besar-besar. Tips aku la kalau nak makan tempat baru. Tapi kalau korang banyak duit tak kesah haa order lah set besar.





Pandangan mata yang jenis suka makan berjimat bertempat...
Luas kedainya, selesalah. Nak bincang tentang kerja atau lepak bersama family pun syok. Tapi awas masa nak pilih menu, kalau dah lama menabung nak makan sini okeylah, kalau rasa tak konfiden better pilih menu biasa-biasa je. Terus terang je pada pekerja disitu dengan daging harga paras berapa yang korang mampu bayar. Aku tanya beb, lantaklah rasa nak malu ke apa sebab aku tahu setakat mana aku mampu nak makan walaupun nama mewah sekalipun...

Cakap terus terang ni, korang pun tau kan kt sini memang terkenal dengan steak wagyu dia dah tentu mahal dan sedap (walaupun tak pernah rasa tapi gigil tgk rege kt situ hehehe). So hati-hati ye. Kalau rasa nak masak sendiri silakan cari daging buat sendiri steak...pernah buat dan berbaloi juga lah walaupun tak sama macam kedai mahal hehehe.

Air - Sekali bayar refill banyak kali
Haaa sekali bayar tau, bukannya makan sini air free terus, bukan. Pastu leh try minum banyak kali cawan yang sama. Air korang kena top up sendiri di kaunter. Paling sedap air mango tu je yang kena kt tekak...yang lain ikut tekak masing-masing ye.




 Ini je kami order, lain-lain tak berani makkk hahhahaha

Qaiser ilman ni baru 3 tahun lebih, YES memang sejak umurnya 2 tahun lebih dia paling TAHAN MAKAN PEDAS macam orang dewasa. Perut dia kebal betul, kecuali lada hitam. Yes aku baru perasan perut aku dengan anak aku ada masalah kalau termakan LADA HITAM yang berlebihan, memang suka  blackpepper serius suka, tapi blackpepper yang banyak pasti buat perut korang sesuatu...awas ye sebab meatball ni banyak lada hitam, sebab balon je makan pedas tersangat.

Tengok video Qi sedang bersantap, dia konker satu pinggan ni...so kena cuit-cuit hahahha


Better anak-anak jaga-jaga makan menu ni...awas lada hitam banyak.
Bersulam air makan, refill air bergelas-gelas, sampai malu nak pi refill balik wakakakakakka, serius meatball ni pedas lada hitam tu banyak sangat, kuah lada hitam pun sama, cicah plak sos cili haaaaa terbakor ko kt situ...hehehhehe
 Close up...see lada hitam hmmmm 


Resit, harga mampu milik makan kt sini.
Komen jujur, meatball di sini memang sedap, serius sedap, tapi hati-hati kalau korang jenis perut tak tahan lada hitam yang banyak korang pasti rasa senak perut, perut aku leh tahan cili padi yang banyak, serius aku fail makan lada hitam dalam meatball tu, kesian Qi siap menangis sambil menahan kepedasan, dah dia nak juga try makan hmmmmmm azab lah kan.

Harap sangat menu ni dikurangkan lada hitam dalam meatball tu, kesian anak-anak macam Qaiser ilman yang jenis makan pedas, tapi tak tahan makan pedas lada hitam banyak2. 

Kalau korang jenis suka lada hitam yang banyakkkkkkk, digalakkan jamu makan kt sini ye...dialukan.

Ini komen aku lah, sebab aku yang makan, kalau korang makan sedap okey je xd masalah its up to you beb, lagi pun perut masing-masing tak sama....cuma pesanan utk anak kecil ye kalau teringin nak makan meatball kt sini harap pk byk kali.

Ikea punya lagi sedap...serius! Semua golongan leh makan...tak pedas melampau lada hitam tu...rindu nak lepak ikea makan meatball sedap...jommm.

RINDU nak masak steak homemade jimat, nak resepi julia klik SINI.