Julia Johari: September 2015
Booking.com

Kereta Sewa Murah Langkawi | Part 12

Sebut nak pi Langkawi mesti perkara pertama terbit di fikiran nak cari Kereta Sewa. Tapi yang mana satu review yang boleh dipercayai. Kalau tanya julia, julia baca blogger-blogger yang buat travelogue Langkawi guna servis dari orang yang sama dan baca servisnya. So julia pilih Encik Sham Sibah 012- 4440 109. 

Dia punya syarikat kereta sewa ni memang dekat sangat dengan Airport Langkawi, part tang booking ni julia serah je kat suami handle, bagi men to men talk lagi mudah dan senang nak cakap. 

Ingat nak sewa Almera atau Vios tapi SPAD sedang buat operasi. Bagi kereta sewa yang tak ada permit memang akan ditarik. hati-hatilah korang nak sewa kereta kat sana ye, bersepah je orang bagi sewa tanpa permit, kalau terjadi perkara tak diingini kena tahan tak memasal lah korang putih mata je. Musim SPAD banyak buat gerakan tahan-tahan kereta kat sana so better sewa kereta ada permit. Hmmmm tak dapat lah, yang ada masa bulan 8 ju pi tu only Saga putih, mujur bersih dan selesa. Tak silap RM70 sehari. 

Total 4 hari 3 malam hanya RM210, tak ambil langsung deposit sempoiii...Tapi yang peliknya masa nak hantar balik kat Airport tu pekerja Sham Sibah ni bagi balik RM50 bila tanya kenapa bos dia kasi. Haaaa jadi untung banyak dah ni RM160 je pun tuk 4 hari 3 malam weeeeeeee. Thank you.
Pekerja yang pick up kami di airport dan selesaikan urusan sewaan kereta, mudah dan cepat. Selesa Saga Putih tu luas hehehe. Jimat duit.

Dah sewa kereta apa lagi pecut lah pi destinasi pertama berdekatan airport. Punyalah 7 ke 8 tahun tak jejak Langkawi rupanya kawasan Beras Terbakar lah paling dekat ngan airport hahahhahahha baru tau. 

Selama ni 3-4 kali pi langkawi atas urusan kerja sahaja otak dah set utk kerja bukan melagha sangat tu yang tak ingat heheh. 

Nanti julia update gambar jalan-jalan ke kawasan beras terbakar, beli gamat, dan kawasan Langkawi yang biasa korang dah pi ye...line macam siput sedut nak transfer gambar macam apa je grrr.
Hanya dalam pinggan ni je lah ada Beras Terbakar, tanah lapang depan tu penuh rumput je bukan nampak pun. Boleh la kenalkan pada Qi apa itu kawasan Beras Terbakar punya sejarah...okey sambung esok.

Jangan Terlepas Episod Travelogue Langkawi Dibawah... 
Langkawi Aku Datang | Part 1 click HERE
My Hotel Langkawi | Part 2 click HERE
Laksa Kaw Ikan Sekoq | Part 3 click HERE
Breakfast Tempat Sedap | Part 4 click HERE
Langkawi Duck Tours | Part 5 click HERE
Tempat Makan Sedap Langkawi | Part 6 click HERE
Pasar Malam Pekan Kuah Langkawi | Part 7 click HERE
Muzium 3D Art in Paradise Langkawi | Part 8 click HERE
Makan Malam di Restoren Haji Ali Nasi Kandar Asli Langkawi | Part 9 click HERE
Langkawi Bird Paradise Wildlife Park | Part 10 click HERE
Tips Beli Coklat & Seluar Jeans Murah Langkawi | Part 11 click HERE


Tutorial Hentikan Video Play Automatik Facebook di Handphone

Semalam baru perasan function Facebook ada pembaharuan, semua video yang kawan-kawan share di facebook automatik play sendiri tanpa di PINTA. Eh eh eh habis ler mobile data ku weh, masalahnya kalau guna WiFi takpe, ni tengah-tengah scroll boleh play automatik grrrrrrrrrr. Lagi naya kalau time bosan dalam meeting kerja nak usya FB kang tetiba terbunyikkkk video hantu kah, jembalang kah, bunyi accident kah, terlolong kah haiyaaaaaaaaaa tak ke sesuatu sangat tu huhuhuhu bagi aku lah bahaya sangat dari segi data plan aku, haishhhhhh mujur tadi aku usya solution. Now kawan-kawan ikut lah ye. 

Sekarang ambil hp masing-masing, activate play off video sekarang ye. Mudah je sebenarnya. Selamatkan mobile data korang tu dulu. Kalau kat pc tak pe leh adjust sendiri.

Tutorial Hentikan Video Play Automatik Facebook di Handphone
  1. Open the Facebook app mobile
  2. Tap 
  3. Scroll down and tap App Settings
  4. Tap Video Auto-play
  5. Choose an option
Faham kan? Mula-mula cari butang  kat hp. 
Cari App settings click!

Kemudian, scroll Video play automatically click!
Terus akan keluar paparan macam ni kan, memula korang tengok dia tulis ON. Haaa sekarang korang nak pilih time video FB tu auto play time WiFi ke atau OFF je terus terpulang. Aku pilih OFF. Aku suka nilai dulu contain video baru ON. Bahaya untuk anak aku juga sebenarnya hehehe.

Sekarang button OFF terpampang. Cer pi kat mana-mana video kat wall FB try scroll autoplay lagi tak

Yeyyyyyyyyyy dah selesai masalah. Tak autoplay dah. Hoooreyyyyyyy!


Lepas ni tauke FB kena nilai balik inovasi cam ni, tak semua agree lah weh, mudah sangat capaian pun tak elok, sebab tak ada saringan terlebih dahulu. Okey semoga tutorial ini memudahkan anda semua. Bye nak sambung kerja.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

IKLAN
Ephyra Skin Bar
RM39 sahaja
Julia Johari - Pengedar Sah Ephyra
WhatsApps: 013-6327 333
Baca Review SINI

Stop Day Dreaming

Yelah, yelah suruh stop day dreaming siang je kan
Malam-malam aku dok usya tix flight hari-hari
Pastu aku terbawa sampai ke mimpi-mimpi
Ke Turkilah, ke Parislah...amboiiii niat tu hahaha

Yelah bila cakap soal cuaca dan ongkos?
Mana lagi penting hmmmm
Kalau ongkos ada tapi cuaca plak macam tak berapa elok
rasanya ko akan pikir sejuta kali tak?

Kalau mata wang pun masih dok kat kaki 4 aje, rasanya 
yang lain pun akan terikut sama tak Baht dan Peso...amboi Peso 
hahahhahhaahaa #pasangniatje kah!

Ari tu aku usya nak pi Brunei, 
Murah tix nak mampus....pastu sembang dengan suami, 
Pasal rate money changer...merah mata aku,
Aku batal ke Brunei...baru nak pi tempat tak ramai orang,
Tempat sight seeing Istana Nurul Iman, 
Arghhhhhhhhhhhhhhhh!

Rasa nak pi indon,
Tak pernah sampai mana-mana pun lagi
Sadis yang amat, JEREBU kau buat lagi
Band dulu sehingga pulih.

Rasa nak pi Korea,
Aku dah usya tix, ada murah promo,
Tapi aku diamkan lagi, 
Sebab fikir kot kot bulan 11 ada promo lagi MURAH
Kot laaaa dilema la tunggu menunggu ni

Nak pi dalam Malaysia je lah tahun depan,
Ingat nak pi khatam pulau kat Malaysia je
Perhentian, Tioman, Redang best juga kan.
Jimat duit tang flight, 
Naik koboi off root sudah, 
Pelan-pelan sampai.

Bulan 1 nak ke mana?
Tungguuuuuuuuuuu lah mana angin bertiup
Disitu nanti aku update
Jenis suami isteri kaki jalan
Sekarang suami yang tanya nak pi mana
Tak pe kali ini abang yang tanggung kos flight tapi dengan syarat
Search paling sedang-sedang ahahahahhahah
Ko paham kan?
Haiyaaaaak

AA kasi lagi murah lah bulan 11 ni, kot2 nak ke Ho Chi Minh bulan 1 okey hahahhahahaa gila jalan! Aku tak berkira soal duit untuk cari PENGALAMAN di negara orang, sebab ia TERPALING mahal susah nak dapat. 

Sekarang SUAMI plak yang dapat angau nak berjalan hahaha ritu dia pi senyap-senyap MATTA FAIR 2015, dia pi beli kupon murah termasuk HOTEL. 
Nak pi tak tau bila, jerebussssss aje...mujur tamat bulan 2 tahun depan selamat!

Bosan?
Nak HOLIDAY tapi tak ada IDEA?
Nah pi baca kitab aku tu kat SINI


Erkk....entry Langkawi tak habis lagi mampussss!

Hilaian Tawa Nangis Anak-Anak Saudara

Hilaian gelak ketawa, menangis teresak-esak akibat meja kaca jatuh mujur tak berderai buat aku belajar dunia alam kanak-kanak. Bukannya julia tak pernah alami dunia seperti mereka, tapi amarah kena simpan ketat-ketat, walhal kadang kala terpancul apabila penat menguasai diri.

Raya haji kali ini julia tak mau lah cerita tentang seronoknya beraya, jerebu dimana-mana, moyang Qaiser ilman Tok Haji Kadir masih tenat, mujur wife-wifenya ada menjaga, aah wife-wife, lebih dari satu, itulah kelebihan dan keunikan keluarga kami. Ada 4 nenek, dan 1 nenek sudah meninggal lama, yang sebenarnya ada keinginan nak lihat daku sebelum dia pergi, tak sangka tak sempat nak berjumpa, Allah, sayu hati dengar dari mulut ibu saudara suami. 


Sudah berlalu ~
Inilah anak-anak saudara julia, kalau dicampur lagi 3 orang ni lagi meriah, jadilah dari tiada langsung kenangan buat Qaiser ilman bila besar nanti. Julia nak print gambar ni dan pos ke neneknya di Balok Kuantan, nanti besar kita ramai-ramai buka album lihat gambar ini dan semua anak saudara julia akan bergambar di tempat yang sama macam ni nanti. Janji kalau umur auntie ju panjang ye. Mereka semua panggil auntie ju alahaiiiiiii sweeettttttttt mcm gula kapas hahahha
Dari Kanan: Abg long Danial sudah habis exam UPSR nya, besar dah, cucu tok kadir paling tua, Qaiser ilman dengan keletah jari di pipi hehe, dan 4 orang adik beradik perempuan abg long danial. Ramai adik perempuan hehehe.


Comel lihat mereka, rindu semakin menjelma, anak-anak yang dahagakan kasih sayang auntie ju. Auntie ju layan je, comel lihat mereka ni kan.


Tak dapat nak berkata apa, lihat moyang mereka ini hanya baring sahaja, berapa kali masuk icu tak dpt di bilang dah, lewat hujung 80an umurnya, raya haji setakat raya, lihat moyangnya terfikir, bagaimana bahagian ku bila tua nanti?

HOW TO ALWAYS BE STYLISH MONOCHROMATIC DRESSING

Berbadan comel, selalunya akan rasa rendah diri kalau nak guna mainan warna dalam berpakaian kan. Kalau salah beli, salah pakai, akan rasa nampak efek gemuks itu. Malu ahhh!

Ada kala susah betul nak tahu apakah warna yang sesuai untuk digayakan bagi mereka yang berbadan comel (bukan gemuk sangat pun) hahaha. Kalau anda berbadan jenis kurus atau sedang-sedang sahaja boleh guna blocking colours. Tapi hati-hati dengan mainan warna kontras sebab tak semua sesuai untuk sesuatu acara formal dan tak formal. Pening kan? 

Siapa kata badan comel tak boleh berpakaian stylish?
Boleh, tapi kena faham bentuk badan kita sendiri, macam julia sudah tentunya termasuk dalam rangkaian warna mono iaitu warna sama dari atas hingga ke bawah. Macam gambar rajah kat bawah ni, so kalau julia nak guna warna biru, pemilihan skirt warna biru gelap dan baju warna biru pudar sudah cukup nampak efek 1 garisan, maksudnya efek ala-ala kurus hihi. Julia kena elakkan guna blocking colours sebab ia boleh menampakkan diri terlalu gemuk. 

Terima kasih Cik Wawa Idris kongsikan di web tentang warna diri. Beliau adalah Certified image consultant & corporate trainer. 


MONOCHROMATIC COLOURS
Dari kepala hingga ke kaki pakaian rona senada (monochromatic) memberikan ilusi ketinggian dan dapat membuatkan tubuh seseorang kelihatan lebih seimbang.

 Jenis padanan warna MONO

Semak DIRI Monochromatic atau tidak?

Mono?
Rasa macam mono masa kahwin ni, dari atas sampai bawah warna hitam dan silver efek dari rangkaian warna senada, merah ada highlight utama untuk anda lihat muka julia je berbanding efek lain hahahha. Rasa okey.

Mono?
Betullah, mono sangat sesuai dengan warna diri julia, warna hijau senada beri efek tetiba magic kurus wal hal leh tepuk dahi hehehe **tetiba kahkahkah. Kalau anda KURUS, elak guna warna mono, guna blocking warna ye.



Anda WARM or COOL Colours?
Video ni best ada beri indikasi khas nak tahu kita ni warna skin tone jenis warm atau cool colours. Dengan lihat warna urat di tangan pun boleh tau indikasi kita refleks warna apa sebenarnya. 

Urat ditangan julia banyak kepada warna BIRU - Cool Colours. Wowww mudah kan.
Kalau urat di tangan anda banyak warna HIJAU - Warm Colurs.




Analisa WARNA Diri Anda
Apa yang julia belajar dalam video ini kalau kita kena dalam pemilihan warna diri automatik kita akan dapat efek Glowing, Cerah & Lebih KURUS. Hehehe tang kurus tu suka sokmo.


Lepas ni kena update baju kerja dan baju jalan-jalan ala-ala monochromatic colours. Bila tengok baju-baju yang sedia ada rasa lemah semangat, huhhhh kena pelan-pelan tukar, tak boleh drastik sangat nanti duit keluar macam air paip. Slowlyyyyyyyyyy tukar sebab dah faham warna diri. 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

IKLAN
Ephyra Skin Bar
RM39 sahaja
Julia Johari - Pengedar Sah Ephyra
WhatsApps: 013-6327 333
Baca Review SINI

Digi WWWOW Awards 2015

Digi sedang giat menganjurkan satu pertandingan Digi WWWOW Awards 2015. Menariknya acara ini dianjurkan saban setiap tahun dan penyertaan dilihat begitu memberangsangkan sekali. Bila penyertaan mengalakkan, pihak penaja-penaja lebih wowwwwwwww. Lagi menyeronokkan hadiah yang diberikan juga sungguh lumayan wowwww sungguhlah.



Setiap Kategori RM10,000 untuk dimenangi

Ini yang paling menarik kerana setiap pemenang akan membawa pulang hadiah diatas, dan paling bestnya mereka yang menang akan diberi tunjuk ajar didalam industri anda ceburi untuk lebih maju ke hadapan. Lebih kurangmacam program mentor mentee tapi ada duit pelaburan wowwwwwww.

Julia nak jemput anda semua sama-sama sertai pertandingan ini dengan memilih kategori yang disertakan dan anda juga layak untuk mengundi mereka-mereka yang telah sertai pertandingan pada tarikh yang ditetapkan seperti dibawah. Banyak kategori yang dipertandingkan antaranya:


1) Videos & Photography
2) Social Influencers 
3) Independent Publishers
4) Web commerce
5) Mobile app commerce
6) Social media commerce 
7) Social impact 
8) Social gathering
Latar Belakang Digi WWWOW Awards 
At Digi WWWOW, we know that the Internet doesn't just exist. The Internet is people and people make it all that it is. Well, to put it in one powerful word - Inspiring. It is home to the ones driven by an insatiable passion to create.  
The ones gifted with the ability to heal. The ones with an eagle eye for business. And the Internet is the launchpad that makes it possible for Digi WWWOW to take ideas further. Your ideas. That's why for 5 years now and onwards, Digi WWWOW is on the lookout for aspiring individuals who make the Internet greater.  
Together, we’ll make it more entertaining, helpful, educational, and accessible through innovative services and new products. Because we believe, the best of the Internet belongs to everyone.
Mobile App Commerce
Kalau Julia, Julia pasti akan  memilih kategori Mobile App Commerce. Kategori ini julia rasakan ia betul-betul kena dengan diri julia yang suka menggunakan aplikasi mobile untuk sebarang jenis medium interaksi bagi perniagaan kecil-kecilan julia iaitu sebagai Pengedar EPHYRA. Berikutan itu banyak julia kongsikan di dalam handphone dan disebarkan dipelbagai rangkaian media sosial dengan menggunakan hashtag  #DGWWWOW  http://www.wwwow.my/submit.aspx

Selain itu, melalui Mobile App Commerce inilah julia selalu update blog tentang kehidupan sosial seharian, travelogue, mahupun pelbagai jenis review. Sungguh memudahkan kehidupan seharian. Kebetulan julia juga merupakan seorang pengguna line Digi sudah bertahun lamanya. 
Sebelum anda nak sertai pertandingan ini, perhatikan dulu tarikh-tarikh penting dibawah.

Submission Date and Nomination 14 Sep till 12 Oct 2015

Vote for People’s Choice Award 19 till 30 Oct 2015

Judges and Selection 13 Oct till 12 Nov 2015

Award Night and Winner Announcement 20 November 2015

Team leader yang terkenal ini mungkin akan realisasikan hidup anda, wowwwww

Mari semua beramai-ramai sertai pertandingan dan mengundi rakan-rakan kita yang sudah sertai pertandingan ini dan kongsikan di media sosial dengan hashtag #DGWWWOW. Maklumat lanjut click: http://www.wwwow.my/

Tak Sangka JUARA MENANG I-Rova K6 Mini Robotic Vaccum Cleaner

Ingat lagi tak julia dok pompang pompang sana sini pasal event parenting? Kalau tak ingat fresh memory kat SINI. Ahad lepas 20 September 2015, bertempat di Borders The Curve tingkat 1, julia ditemani suami dan anak sempat meluangkan masa untuk menyerap ilmu parenting bersama pakar-pakar dari Positive Parenting. Jangan ingat pakar mereka biasa-biasa? Mereka adalah terdiri dari doktor-doktor pakar dalam hal ehwal dunia kekeluargaan.

Lupa plak nak bergambar dengan sekretariat penting dalam event berkenaan, Cik Pini dan Cik Muhaini. Mereka memang rajin bagi email dan wassup bagi tau event bila dan dimana. Alhamdulilah, siapa tak suka program percuma kan lagi-lagi boleh dengar direct from the expert.

Doktor Alvin, banyak ketengahkan cerita bagaimana cara sebetulnya nak berkomunikasi dengan anak. Anda lihat carta ini, rasanya anda boleh buat rumusan tindakan anda nanti, ada video yang julia snap untuk dikongsikan disini tapi line wifi tak berapa beri kerjasama. Lain masa ye.

Session 2, Prof Dr. Norimah beri penerangan lanjut tentang dunia pemakanan anak kecil kita. Rupa-rupanya beliau lama dah perhatikan my son Qaiser ilman dok pok pek belakang rak buku hahahhahaha, rupa-rupanya beliau yang akan bagi talk second session, mujur lah tak keluar mak tarzan kat situ, my son love books, dia akan tanya sampai umi yer jawab, selagi dia puas hati baru dia diam. 

My Son, Qaiser ilman pencinta buku, alahaiii anak, sabar ye, umi dok sibuk dengar talk ni hahaha

Setiap hadirin yang hadir 1 wakil family akan dapat kelayakan 1 tahun keluaran buku Positif Parenting secara percuma setiap bulan yang akan dipos mulai tahun 2016. Yeyyyyyy!

Ada 2 voucher total RM20, wowww boleh tebus beli buku Prof Dr. Muhaya lagi ni. TQ

Lama dah julia join contest dari Positive Parenting tak ingat bila tapi dah berbulan-bulan berlalu.


Seingat julia gambar ini dipertandingkan, ada caption yang julia tulis dalam pertandingan tu, lupa dah, tapi about parenting juga. 

Tak sangka, JUARA!
Ya Allah, alhamdulilah.
Terima kasih pihak Positive Parenting.

Bergambar bersama peserta pemenang kedua, ketiga, keempat.
1 Malaysia betul gambar ni kan semua kaum ada yeyyyy

Hadiah JUARA I-Rova K6 Mini Robotic Vaccum Cleaner, julia ni jenis bukan senang nak menang contest atau cabutan bertuah, memang bukan jenis bertuah pun, tapi pelik, hanya kerana sekeping gambar dan ayat mengenai parenting, sudah boleh menang hadiah yang julia idamkan selama ini, selama ni jeling-jeling je dekat mall yang jual robotic vaccum ni tau sebab mahal sangat, ni dapat percuma harus lah lompat bintang 44x hehehe.


Betullah kawan-kawan cakap, percayalah julia, Allah yang bagi rezeki ni, kalau tak kerana Allah, masakan tidak julia masih setia dengan session parenting.

Belum ada masa nak test bibik cun ni, dah tengok rupanya, lawa oiiiii..bibik biru air laut, alahaiiiii bibik mujur robotic, nanti den baca buku penerangan dulu baru test acaner...tak sabar nak review bibik cun, nak bagi nama apa eh, geng periuk doraemon gak ke? Hahahahah korang reka nama sikit sebab dia pun bulat hehehe.

Jangan cakap aku tak payung, katak pun tahu nak payung inikan manusia!

Malam tadi berderau darah suami isteri dengar dari customer cakap bas yang ditunggu tak kunjung tiba untuk pick up dia orang balik, kalau korang yang selalu ikuti perihal perniagaan suami julia fahamlah kami punya perniagaan bas persiaran. 

Dijadualkan pada masa pick up jam 8 malam, jam pukul 9 customer call bertubi2, menyatakan bas tak ada. Suami call pemandu yang dipertanggungjawabkan, (baru masuk kerja kelmarin, semalam buat hal dah) langsung tak pick up call.

Meluru lah suami dan biz partnernya adik kepada suami pergi ke tempat kejadian untuk pick up trip yang mungkin ambil masa 1 jam perjalanan. Aku sebenarnya malas nak cerita lagi apa itu amanah & tanggungjawab, masing-masing dah tua kot, dah faham lebih apa yang dimaksudkan.

Setengah jalan, driver tu call cakap dia yer motor masalah, tu lambat ke tempat kejadian, suami tak puas hati, tanya driver kedua di tempat kejadian, katanya kawan dia tu cakap dia tertidur......apaaaa TERTIDUR!

Hmmmm pekerja baru, tapi bukan pengalaman baru, tu sebab aku suka suami ambil pemandu yang freshie, muda dan kurang pengalaman. Tak banyak akal, dan tak pandai nak buat salah. Malah mereka siap bantu rewang lagi kalau ada event besar yang perlu mereka bawa, kami pula yang bangga sebab pemandu-pemandu orang2 muda ni kata dok saja bosan, tolong kupas bawang pun seronok dah.

See....faktor usia ada atau faktor buat-buat tak endah pada tanggungjawab. Cukup baik dah mereka dapat majikan yang jenis makan semeja dengan korang, borak tanpa perlu cakap bos, hanya hormat yang kau kerja dengan siapa itu sahaja.

Hari ni aku dah cool, malam tadi je aku rasa nak tumbuk dinding, tu sebab aku tak boleh kerja 1 bumbung dengan suami, sebab aku jenis particular dan disiplin bab masa dan jadual kerja! 

Jenis macam aku lebih elok kerja yang orang kurang mengarah aku, kerja rutin tapi semua buat sendiri. Sebab aku panasssss hati kalau orang pandang lekeh tentang buat kerja asal siap. Huhhhhhh.

Suami jenis cool sangat2, eloklah kawan dengan isteri yang kontra macam aku, kalau dua2 cool, aku rasa banyak lagi orang nak amik kesempatan dengan bos korang yang cool tu, harap Qi besar nanti dapat kemudi empayar kecil perniagaan walidnya, kalau boleh aku tak mau dengar kes remeh temeh ni....memalukan orang Melayu je. Serius cakap, macam mana nak maju kalau terima pekerja yang kita fikir dia berpengalaman tapi hal sekecil ini pun tak dapat pikul dengan baik. Tak kisah lah siapa pun kau, jaga kreadibiliti kita sebagai seorang manusia. Ada masalah macam mana sekali pun, cuba-cubalah fikir jika anda duduk ditempat kami.

Ohhh, bukan duit yang dikejar, tapi kepercayaan orang terhadap perniagaan itu yang susah nak jaga, nak kekal, bila-bila masa orang boleh rasa tak suka oleh kerana hal yang kecil macam semut ni. Semut tak salah.

Pagi ni suami gerak ke Taman Negara Pahang untuk pantau job jauh sikit, macam manalah dia ada hati yang sabar bak malaikat, aku susah nak hadap kes semalam, rasa nak tumbuk orang je masa tu.

Aku dah bincang dengan suami, harap hari ni task dia yang terakhir, ada masa cakap elok2 carilah kerja lain. Lain kali nak ambil pekerja memang kena ada reference kenalan dari orang lain, baru boleh dipercayai...

Jangan cakap aku tak payung, katak pun tahu nak payung inikan manusia!


Az Zuha Group Sedia Pakej Umrah Bersama Ikon Daie

Julia teringin lagi sekali nak mengerjakan umrah bersama keluarga lagi, tahun 2011 adalah kenangan mengerjakan umrah pertama kalinya yang tidak mungkin akan dilupakan sampai bila-bila. Masa tu julia belum berkahwin lagi, kali ini julia dah berkahwin, ada keinginan untuk pergi lagi sekali bawa suami dan anak tersayang mengerjakan umrah, bila terlihat pakej umrah dari Az-Zuha Group tersimpan satu keinginan yang pastinya jika ada rezeki akan ke sana lagi. 

Pakej Umrah Bersama Ikon Daie
Julia peminat setiap Ustaz Don, anda yang meminati beliau pasti akan selalu melihat rancangan ustaz don di TV kan, yang menariknya Az-Zuha Group ada mempromosikan pakej umrah bersama Ikon terkenal iaitu Ustaz Don dan Ustaz Nushi, tempahan sangat terhad, siapa dahulukan dia dapat rezeki. Bestnya. 

Latar Belakang Az Zuha Group
Az Zuha Group telah ditubuhkan pada 11 Januari 2012 atas nama AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD. Pada tahun yang sama syarikat ini telah beroperasi sepenuhnya selepas didaftarkan dan mendapat lesen KPL/LN (6839) daripada Kementerian Pelancongan Malaysia. Syarikat ini juga telah didaftarkan sebagai ahli Bumitra Malaysia (BM525) & Malaysia Association Travel & Tour Agency (MATTA).

Ibu Pejabat Az Zuha dan Cawangan 
Ibu pejabat syarikat ini terletak di Bangi-Kajang, Selangor dan mempunyai cawangan di Kedah dan di Selangor. Syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan perlancongan untuk dalam dan luar negara. Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan lain seperti menempah tiket kapal terbang, pakej Haji dan Umrah.



PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!!!

Az-Zuha Group Travel & Tours Sdn. Bhd. membuka penyertaan para jemaah bagi program umrah sempena cuti sekolah Disember 2015.

"UMRAH" Setulus cinta, Murabbi yang akan dibimbing khas oleh Ustaz Zamri Mari Mengaji ,Ustaz Don , Ustaz Nushi dan ramai lagi.

Buat julung kalinya penerbangan terus ke Madinatul Munawwarah denagn pesawat MAS AIRLINE A380.

Untuk maklumat lanjut dan pakej terkini, layari :

http://www.azzuhatravel.com
https://www.facebook.com/jomumrahazzuha
https://www.facebook.com/AzzuhaTravel

atau hubungi :

Ibu Pejabat:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
5-3, Jalan Seri Putra 1/1, Bandar Seri Putra
43000 Kajang-Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-89123367
Fax: +603-89123367
Email: azzuhakl@gmail.com

Cawangan Kedah:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
No. 13322-A, Jalan Serai Wangi 13/6, Taman Serai Wangi 2
09400 Padang Serai, Kedah Darul Aman
Tel: +604-4857195
Fax: +604-4851195
Email: az_zuha@yahoo.com

Cawangan Selangor:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
11-12-1A, Jalan Pahat J/15J, Seksyen 15
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-5523 4605


Intai-intai tabung tu, kalau dah penuh, jejakilah disana, banyak yang anda akan sendiri rasai keajaiban berada di bumi Makkah dan Madinah.

Julia teringat-ingat pandangan lambaian terakhir meninggalkan bumi Makkah, menangisssss, tandanya julia akan kembali semula. Amin.

KAIO STUDIO - MALAYSIA PHOTOGRAFER & VIDEOGRAFER

Gambar Rasmi dari Laman Web KAIO.

Bila sebut KAIO Studio mesti korang tertanya-tanya, inikah photografer dan videografer yang mengikuti sepanjang family day KBBA baru-baru ini di Hulu Langat? Betul, mereka adalah sebuah syarikat berdaftar KAIO NETWORK RESOURCES (SA0257924-M) yang menawarkan perkhidmatan videografer dan photografer bagi pelbagai acara. Smart team KAIO ni tau datang dengan pakaian yang smart dan ada baju korporat mereka sendiri.
Bagaimana Julia Kenal KAIO
Julia mengenali team KAIO Studio melalui aktiviti Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari yang baru-baru ini dilaksanakan di Hulu Langat. Hasil penelitian julia, sepanjang 3 hari 2 malam sakan ber family day, nyata team KAIO sangat-sangat peramah dan sentiasa setia mengambil kenangan terindah setiap acara yang dijalankan. Siapa sangka team KAIO ini juga join acara family day dengan FLYING FOX untuk snap moment video lain dari yang lain. Wowww syabas team KAIO. Saya nampak anda sendiri panjat bukit semata-mata nak snap video dari puncak bukit sehingga ke bawah. Love it!

Videografer dan Photografer KAIO sedang khusyuk mengambil snap yang best!

Pencapaian Kaio Studio
Banyak tau pencapaian KAIO Studio, siapa sangka syarikat ini pernah pergi ke luar negara dan berganding bersama dengan artis-artis tempatan yang sangat hebat, antaranya Anuar Zain, Siti Nurhaliza, Mawar Rashid dan banyak lagi. Ini buktinya:

1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris 
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Siapakah KAIO?
Khairul Anwar Abdullah (Kaio)

Kaio adalah Anwar Abdullah atau nama penuh sebenarnya Khairul Anwar Abdullah, lebih dikenali dengan nama Kaio di kalangan rakan-rakannya. Berkelulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan hospitaliti dan pelancongan.   
Mula karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Di mana Kaio berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. Kaio juga pernah pernah ke kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang. 
Selain dari itu, Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza. 


Selain dari negara eropah dan timur tengah, Anwar Abdullah juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. Selain dari itu Anwar Abdullah juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’.

Hebatkan beliau, julia suka baca pengalaman Kaio menerusi blognya www.kaio.my

KAIO Studio Abadikan Kenangan Terindah Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari
Gambar rasmi ini diambil oleh KAIO Studio, banyak lagi moment gambar yang anda boleh lihat di SINIKaio juga merupakan blogger yang bermula pada tahun 2009 secara suka-suka dan mula aktif pada tahun 2011. Kaio mudah dikenali kerana banyak melibatkan diri kerjasama bersama Harian Islam, Oh Media!, I luv tour dan Hai Blogger dan baru-baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari. Inilah hasil video pihak KAIO hasilkan. Yeyyyyyyyyyy suka sangat-sangat, impak yang dimasukkan dalam video ini juga beri kesan yang sangat menyeronokkan untuk di ulang tayang beberapa kali, mungkin beratus kali di lihat oleh julia sendiri.


Video Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari

TOP 5 Most Glam Fashion Videographer 
Baru-baru ini Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.

Sejajar dengan pencapaian memberangsangkan Kaio tidak lagi boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio.

Julia rekemen kepada anda diluar sana yang sedang mencari perkhidmatan photografer dan videografer yang setia, corak video yang sangat menarik serta gambar yang cantik, pastinya Kaio Studio pilihan terbaik. Anda boleh hubungi mereka melalui link dibawah.


Kaio Studio
Website : www.kaiostudio.com

Personal Founder Kaio Studio Kaio
Blog : www.kaio.my
Instagram : www.instagram.com/kaio_my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com