Julia Johari: August 2015

Keajaiban Muzium 3D Art Langkawi Terbesar di Malaysia | Part 8

Selepas menaiki Duck Tours Langkawi yang seronok sangat tu sampai my son tak nak turun dari bot hahahaha pujuk punya pujuk cakap nak pi tengok muzium ada gambar kucing dalam tu terus turun sebab nak tengok kucing punya pasal hahahaha (umpan suh turun dari bot Duck Tours). Mujur nak turun hahhaha.

Harga TIKET?
Okey, harga nak masuk Muzium 3D Art Langkawi yang terbesar di Malaysia ini julia dah cerita klik SINI. Murah kan kalau ambil combo tiket berbanding beli asing-asing kan. So here we nowww! Menjerittttt julia masa nak kejar Qi kt sini sebabnya dia nak masuk dah, orang suruh bergambar dulu depan ni, nanti dah nak balik terlupa naya. So inilah kami, muka banyakkkkk senyum, jom masuk tak sabaq dah ni dari KL lagi hahahaha. 

Kawasan Muzium Tidak Boleh BERKASUT
So sepanjang korang berlegar dalam muzium kasut korang kena simpan disuatu tempat khas termasuk BUGGY/STROLLER. Bagi yang ada baby kena lah bawa baby carrier awal2 ye, tak payah bawa stroller bagai kalau ke kawasan Oriental Langkawi susah nak berjalan dari satu tempat ke satu tempat sebab bercerunlah, berbukit lah, kang tersadung dengan stroller susah kang. Bagi tau awal2 kalau nak bawa baby tu, julia suggest bawa baby carrier je lagi comfort. Better pakai stoking lah kalau ada kalau tak nak kaki sejuk, semua berlantai biasa, tak ada carpet okey. 

Lega Suasana Aircond 
Yes, nak bergambar macam-macam aksi so semua beraircond, korang nak baring ke, nak rehat ke, nak bergambar sambil meniarap ke tak kesah janji jangan BUANG SAMPAH. Sebab semua kawasan dalam muzium ni sangat bersih, ada gambar yang dilukis di dinding sangat cantik, jaga jangan kupil cat tu, nanti kena tangkap. 

AWASI Anak Kecil Anda
Yes, my son pun suka berlari okey, kejar anak korang, sebab setiap laluan ke dalam itu ada banyak bilik, seakan2 biliklah, jangan terlepas dari pandangan dek kerana sakan nak bergambar, tu sebab julia tengok Qi sesuai dah dibawa ke sini sebab umur 3 tahun, kalau yang baru pandai jalan tu jaga2, more pay attention dekat anak dulu ye.

Dari sini sampai ke akhir korang scroll je lah ye, lihat gambar hehehhe banyak sebenarnya gambar, tapi tak semua lah kami bergambar pitammmmmmmmm dalam tu hahahhaha

Amboiii retis beb...hahahhahaa ;p

Nak muntah tengok pose cm ni hahahhaha

Qi sekarang dah pandai meniru, hahahha dia pun nak buat jugakkkk kahkahkah

Ikan paus gergasi macam real kan

Haaa nilah kucing besor tu, mujur ada, hahahhaha tak de lah dia kata umi di tipu, besar kan meowww ni...adik tu pun suka

gambar ni cm perli aku menyoping kan hahahhaha benci selfie sekali awwwwwww

orang dok dalam botol takut, ni siap pose apa tah hahahah aku lupa gambar apa belakang ni masa pose hahahahha

kuang ajaq baling kasut cm ni hahahhaha kena sambut plak hahah

Qi panas lah....hot hot...selumber je dia jalan haishhh berlakon lah sikit hahahhaha

aku tak faham napa setiap gambar aku yg tunjuk pipi, patutlah Qi ikut cm tu, baru aku tau aku puncanya hahahah

tengok buktinya...haishhhhhhhhhh

tengah surf yeyyy awwwwwwww yeyyy awwwwwww pening lah surf cm ni hahahha

Hahahha gambar ni best, nampak real 3D


Tak payah pergi mesir, sini pun hado

Bongkah nak jatuh, leh relek je dua hero ni kan, hahahhaha

Mana Walid?

Dari atas ni, julia snap pelancong asing bergambar sakan kt bawah hahahhaha ketawa je kami tgk.



Mamat ni bergambar tak ada perasaan, gajah kt belakang no hal lah hahahha
Yang ni ohsem, besttt bergambar, Qi tu siap angkat kaki tau kalah mak ko 

Fail...next model hahahhahhahaha

Alalalalla pandaiii yeee Qi main wau, dia sendiri tau aksi mcm ni tak payah suruh letak tangan kt situ, cuma bagi tau je letak tgn kt situ pandang kamera, see!

Tolongggggggggggg! Gigi taring tajam nak mampussssssssss

Ikan jerung, meh nak masuk hahahha

apa ni semua gambar ikan jerung je hahahhahhahah

Hi umi hahahhaha kecikkkk je dok situ



Yeyyyy amik gambar dengan roket, suka sgt dia, kalau bilik dia ada lukisan ni sure tak nak keluar bilik lawa

GAMBAR NI WIN! 
HAHAHAHHAHA PANDAI TAK KAMI POSE? 

Feeling lost, ntah mana2 sampai ni hehehhe


Qi dah penat hahahhaha maknya tak mengalah lagi

Aksi pengsan hahhaha

Habislah kita Qaiser ilman , papa Panda Xing Xing nak telan kita dah sempena besday dia ari tu huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Jadi lauk hahahha


Star Trex hehehhe


Rezeki aku rini, dapat duit hahahhaha

Amboiiiiiii kerlas ye abg hahahha PM keluar kot dinding hahahha

Apa punya badak sumbu lah pakai suaq dalam cm ni hahahhahahahha 

Bear bisik rahsia...shhhhhhhhh

alahaiiii feeling kt Kutub Utara, sejuknya hehhehe

Okey nak balik ke Venice lah byeeeeeee semua hehhehe
Tak terbayang keseronokkan melihat, mengamati dan bergambar didalam Muzium 3D Art yang terbesar diMalaysia ini. Siapa sangka, unik sungguh muzium ni, anak-anak suka, mak pak pun jadi keanak-anakkan bila ke sini hahahahahhahha, seronok beb lihat orang lain plak bergambar, kami pun tiru aksi diorang kahkahkahkah. Best lah dok dalam ni tak penat, keje ketawa jeeee hahahha

 Ustaz Kazim pun dah pernah datang ke sini yeyyyy ambil kenangan autograph sikit.

Haaa, sebelah Muzium 3D Art Langkawi nilah ada Sky Cab, kali ini julia tak naik pun sebab dah pernah naik sebelum ini masa bujang2 dulu, so nanti Qi besar dewasa Qi pi naik sendiri lah dengan kawan-kawan ye hehehhehe peaceeeeeee!
Duck Tours Sudah, 3D Art Muzium Sudah, sekarang kami nak pi lawati satu lagi tempat yang sangat ohsem, dekatkan diri anda dan anak anda dengan 
Bird of Paradise Langkawi
Tungguuuuuuuuu entry part 9 yehaaaa


Jangan Terlepas Episod Travelogue Dibawah... 
Langkawi Aku Datang | Part 1 click HERE
My Hotel Langkawi | Part 2 click HERE
Laksa Kaw Ikan Sekoq | Part 3 click HERE
Breakfast Tempat Sedap | Part 4 click HERE
Langkawi Duck Tours | Part 5 click HERE
Tempat Makan Sedap Langkawi | Part 6 click HERE
Pasar Malam Pekan Kuah Langkawi | Part 7 click HERE

Empat Hari Lagi Anak Merdeka

Empat hari sahaja lagi, Encik Qaiser ilman akan tempuh umur baru TIGA TAHUN. Siapa sangka, anak yang lahir tarikh merdeka ini suka menyakat umi dan walidnya setiap hari dah berganjak 3 tahun. Beliau peramah dengan semua orang, sebijik macam uminya. Walidnya lebih bersifat cool dan agak pemalu orangnya hehehe. Persiapan hari jadi? Sambut dengan atok dan neneknya di rumah nanti. Meriah, walaupun tak jemput kawan-kawan ke rumah, family 1st.

DIA sudah tahu nama kami
Dia senang belajar, pembelajarannya banyak didalam kereta. Ya, beliau belajar ilmu luar hanya melalui kereta uminya. Apa yang berlaku di sekeliling, julia ajar. Termasuk siapa nama? Siapa nama umi? Siapa nama walid? Alhamdulilah sebelum umurnya TIGA tahun sudah kenal nama umi dan walidnya termasuk NAMANYA sendiri. 

Suka bertanya Dia suka bertanya, bila bagi jawapan, dia akan jawab BUKANLAH inilah.... Yes, setiap kali julia cakap itu bunyi kereta polis, dia pasti akan cakap BUKANLAH itu BOMBA. Hahahhaah konfius sebab julia sendiri dengar je kan, kereta jenis apa bunyi pun tak dapat agak hehehhe.

Sudah Faham 3 Warna Lampu Isyarat Jalan Raya
Nanti senang julia nak ambil short video dalam kereta, time kereta julia sedang berhenti di lampu isyarat, dia sudah faham maksud lampu isyarat warna MERAH (Berhenti), Kuning (Jaga-jaga) dan HIJAU (Jalannnnn) hahahha seronok tau ajar dan didik anak melalui dalam kereta sahaja time ambil dia balik ke rumah lepas waktu kerja. Bukan tak nak ajar di rumah, sebab anak lelaki lebih SUKA PRAKTIKAL dari TEORI. Faham kan? Anak lelaki sukakan BUKTI, itu sebab bila beli buku julia suka beli buku yang banyak gambar dari tulisan. 

Hati Tisu
Dia seorang yang sangat berhati tisu, ya, bila uminya menangis, dia pun akan nangis tanpa sebab peluk kuat-kuat. Ya Allah, time tu rasa besarnya awak Encik Qaiser ilman. Time julia lapar, julia tanya Qi, Qi umi nak masak kuewtiaw goreng nak tak? Jawabnya umi masaklah, qaiser nak makan lah, dia suka uminya masak, berselera dia makan. Kalau cuit2 dalam pinggannya kita pula dimarahinya. Bila tengok anak makan, julia kematu sendirian, seronok lihat anak makan, kan best dapat lihat dari pagi sampai malam dia makan hasil dari air tangan kita....4 tahun lagi Qi. Lepas tu umi nak bersara dari kerja. Jaga kamu sehingga akhir hayat. 

Mai layan video Encik Qaiser ilman. Banyak dah progress dia. Badan pun makin berisi dan tough hehehe. Alhamdulilah, sihat-sihatlah selalu. Senang hati umi dan walid. 


(Abaikan suara dalam video bawah ni, macam corrupt plak kan, tapi sayang nak delete sebab ambil video direct dari instagram, so memang tak ada file simpan)

KLIK setiap gambar dibawah nanti leh dengar Qaiser ilman cakap hehehhe



Nanti umi dan walid beli kek ye, walid nak kek dari Kings kot, dia nak pilih untuk anak kesayangannya, baiklah umi makan je heheheh.

Pasar Malam Pekan Kuah Langkawi Murah Sungguh | Part 7

Jikalau anda ke Pulau Langkawi, pastikan anda booking flight kena salah satu hari antara hari RABU & SABTU sahaja. Tau sebab apa, di Pekan Kuah ada Pasar Malam terpanjang yang korang boleh borong makanan, pakaian dan apa jua jenis barang yang MURAH! MURAH! Perghhh, memang best dari pasar malam kat KL tu, bukan setakat bersih, tapi masyarakat dan penjualnya sangat ramah tamah. Sepanjang jalan kami dapati ramai pelancong asing juga ambil kesempatan berkunjung ke pasar malam dan mencuba pelbagai variasi makanan murah disana.

Lokasi di Mana?
Haaa soalan ni memang femes, jikalau anda menginap kawasan Pekan Kuah di My Hotel macam julia sekeluarga menginap, satu bonus bagi anda. Tak perlu naiki kereta sewa, terus turun dari My Hotel dan menuju ke Pasar Malam yang berhampiran, jalan kaki je sangat dekat. 

Jimat duit minyak, yang best ye macam-macam dapat. Itulah kelebihan menginap di My Hotel, kawan opis dan orang hotel bagi tahu ada pasar malam hari Rabu, kebetulan julia punya flight memang sampai hari Rabu so malam tu kami terjah terus pasar malam yeyyyyyyy.

Turun je dari hotel tengok sebelah kiri ada jambatan khas ke pekan kuah tu, tempat beli coklat aummm...tapi kami nak pi pasar malam je.

Air Paper Beg
Tudiaa, pelik tengok depa jual Air Paper Bag hehehhe, murah je pun, nanti korang pi beli tau...menarik.

Somtam
Macam somtam je, ke buat kerabu mangga kot, dari tadi julia tengok ramai orang dok berkunjung gerai akak ni, meriah

Nasi kandar wawasan
Suami julia beli nasi kandar wawasan, perghhh banyak kali tanya adik ni betul ke RM3 je...aah kak betul xd ada hidden caj pun, hooreyyyy, sekali rasa makan kat hotel memang sedap, daging dia lembut, nasi minyak pun sesedap rasa, adik ni bungkus cepat betul, suka tgk cara dia bungkus laju2...pakar sungguh!

Pulut durian dan pulut mangga
Tudiaaaa, kelip kelip mata tengok pulut durian dan pulut mangga, besar plak tu buah buah tu kan, heaven sungguh makan, tak mahalllllllll

Cempedak Goreng & Keropok Lekor
Wowwwwwww dari jauh hidung kena tarik dengan satu bau, apa lagi kalau bukan si cempedak goreng, huwaaaaaaa manisssssss ye, gilaaa laki bini makan, beli RM5, makan sampai fengsan, keropok tu pun sedap rasa ikan banyak, lembut dan sedap makan. 
Nikmat!

Nasi Lemak Bilis Telur & Nasi Lemak Ayam
Menariknya, Nasi lemak AYAM tu memang RM1, ayam yer besar juga, puas hati. Murah kan, sambal pun sedap, nasi bilis telur pun telur sebelah, ya Allah murahnya rezeki peniaga disini, masak dan jual macam bagi makan anak beranak dirumah, kalau di KL tak dapat lah jamu makan murah mcm ni, nasi lemak biasa pun dah RM1.50 telur suku je...di Langkawi anda akan rasai nikmat makan murah jika tahu tempatnya seperti pasar malam. Julia borong 4 bungkus hahahha.

Sesambil tunggu suami nak beli buah rambutan 1 ikat RM4 je, haishh murah, manis dan isi tebal serta lekang, julia lihat di setiap jalan dalam pasar malam kuah ini ada tong sampah, bagusssssss, patutlah bersih ke kawasan, terbaiklah, sila contohi Langkawi, perbanyakkan tong sampah di pasar malam KL pula ye, pening lihat sampah sarap bertaburan sepanjang jalan di KL, maaflah malu nak mengaku orang KL bila datang sini hahahahhaha.

Baju Kemeja Pasar Malam 
Julia sempat borong baju kemeja cantik2 di pasar malam kuah, gilaaaaa RM10 je sehelai untuk semua jenis fesyen, size besar pun ada, kemeja weh kalau kat kl mau yer RM50 ke atas paling murah untuk size besar, ni kat pasar malam kuah RM10 je, aku sarung je kat situ try, tak payah malu bukan buka baju pun, sarung je kan kot muat, aah ada size besar banyak, peniaga pun peramah, suka lah aku beli 2 helai, diorang kata boronglah banyak2 kak balik KL leh jual hahahahhaha hakak ko tak kuasa nak jual baju, cerewet sikit hehehhe.

Puas hatilah, terus beli wide shawl kt situ nak matchkan dengan kemeja kotak2 ni, amacam omey tak hahahahha (selesa material cotton serap peluh). Keesokkan harinya julia terus pakai, so korang jangan bawa baju banyak2 mai Langkawi, pi je pasar malam borong baju RM10 murah2, sampai sekarang aku nyesal beli 2 pasang je huwaaaaaaa.
Pasar malam di Pekan Kuah memang terbaik, korang masukkan dalam tentatif ye, jimattt habissss. Next part will be 3D Art Muzium, stay tune readers, mmmuahhhh!


Jangan Terlepas Episod Travelogue Dibawah... 
Langkawi Aku Datang | Part 1 click HERE
My Hotel Langkawi | Part 2 click HERE
Laksa Kaw Ikan Sekoq | Part 3 click HERE
Breakfast Tempat Sedap | Part 4 click HERE
Langkawi Duck Tours | Part 5 click HERE
Tempat Makan Sedap Langkawi | Part 6 click HERE