Renew Lesen Memandu Lima Tahun di UTC | Julia Johari
Booking.com

Renew Lesen Memandu Lima Tahun di UTC


Haii, baru balik dari UTC Pudu. Huhh tarik nafas terus masuk sini dulu update. Rindu tau nak bebel kt sini hari-hari. Haa, ko tau hakak ko ni memang comel, comel dari segi lupa bab nak renew kah! Terkadang nak renew roadtax kereta pun aku leh lupa, bawa kereta macam Malaysia ni apak ko punya, ada lesen ke, lesen mati ke ko memang yakin hahahhahahhaha.

5 bulan bawa kereta FREE atas jalan, rezekiiii ko hado?
Semalam, aku dok gelebek purse aku sebab nak susun kad-kad berterabur, sekali aku tertengok lesen kereta gila lama tak tengok kan sebab nak tengok gambar hahahaha, sekali ternampak bulan 7 tahun 2015 expired huwaaaaaaaaaaaaaaaa! Habis dah 5 tahun gila!

Well yakin tu penting
Dulu masa renew 5 tahun lepas aku dok pikir lama lagi laa nak renew, tak yah nak ingat lagi ke kan, sekaliii kawwwwwww expired hahahhaha hari ni baru nak renew, fuh mujur selama 5 bulan aku drive aku confident kt pak pak polis luar tu, drive sambil angkat tangan oooo cisss kalau dia tau apa aku nak ngayat heeeee

Okey pagi tadi okey lah tengok dari luar UTC Pudu aman damai orang tak ada sangat, sekali masuk kt JPJ perghhhhhh berbaris panjanggg dah haaa ish-ish jam berapa deme ni semua mari, aku sampai 7.45 pagi lepas thumbprint kat opis, pi pun ditemani suami, manja kan nak gak suami teman hahahhahahha

Harga 5 tahun?
RM150 FREE 3 bulan, amboiiii harga tu haishhhh pejam mata bayar cash, cash tau keluar dari lubuk zip duit review blog. Tak boleh bayar pakai kad debit, huwaaaa pesal korang tak update eh, pleaseee la, sekarang nak bayar banyak2 gitu kena pakai kad debit gores je. JPJ nanti korang update tau, orang berzaman dah guna mesin sign duit tu tau.

So aku gosok purse buruk aku tu, belakang zip duit emergency. Padahal duit tu aku simpan kot emergency, ni emergency ke ek kikiki hmmm tarikh renew akan datang 5 tahun tu dia set tarikh besday korang memasing tau, haaaaa time besday la duit keluar macam kilat huwaaaaa.

Ingat nak renew 3 tahun je tu pun tanya RM90, mahal gak, asal mahal baik mahal terus 5 tahun dah tak yah pikir.

Gambar?
Gambar tak payah lah nak pi amik kat kedai, kat sana terus cakap ambil gambar dari kad pengenalan sudah, janji still ada rupa ko hahaha, kalau lari banyak rupa sekarang better bagi salinan gambar passport. 

Gambar tudung purple tu gambar yang diambil 10 tahun lepas
Gambar tudung oren tu gambar yang diambil 5 tahun lepas....so gambar terkini aku malas nak update, so guna je muka 5 tahun lepas, tembammmm gila kah!

Macam aku ni haishh selagi memudahkan aku pakai je gambar ic, caranya bagi je kad pengenalan dengan kad memandu yang dah expired tu je

Tak ada borang pendaftaran bagai, mudahhh kan. Dulu-dulu ye kot kena isi borang. Sekarang amik nombor tunggu, bayar cash, tunggu 5 minit SIAP!

Mudah sangat.
So apa lagi pi gelebek lesen-lesen korang tu, lesen kereta ke, ic ke, lesen PSV ke, lesen kahwin ke ehhhhh lesen kahwin jangan nak renew2 hahahhahaha 

2021 baru renew balik, time tu Qaiser ilman Darjah 3 dah haaaa, kalau lupa jugak rasanya bukan faktor usia, faktor purse aku tu tak selesa tu penyebab ia tidak kelihatan hahahhahhaa sebelum aku melalut baik sarapan dulu byeeee

Pssssstt: Tak nak lupa (set kt kalender hp tahun 2021 yer besday expired lesen, set alarm paling kuat hahahhahaha)

11 comments:

  1. akk mmg slalu renew 5thn sbb tkyh pk2...lama juju lupa nk renew tu..nasibaik polis tk tahan hehe...kt pej pos pn bole renew juga skarang

    ReplyDelete
  2. Faktor penuaan tu ju..hihihi..

    Aku nie 2016 baru nak renew...5 tahun sekali renew senang tak payah nak risau...

    ReplyDelete
  3. Faktor penuaan tu ju..hihihi..

    Aku nie 2016 baru nak renew...5 tahun sekali renew senang tak payah nak risau...

    ReplyDelete
  4. Akk pun baru2 ni seminggu jugak lupa renew lesen...hahaha...

    ReplyDelete
  5. lamanya kak ju..
    5 bulann tu.hikhiks
    saya bln 2 nti expired ..
    tp kadang tu skrg ingat, bila mai hri kejadian terlupa tanpa sengaja..
    acaner ?

    ReplyDelete
  6. Akk renew 3 tahun je. Baru gak renew awal bln 12 hr tu

    ReplyDelete
  7. hihi...nanti siap2 wt reminder dlm phone la kak julia.5tahun akan datang renew lesen

    ReplyDelete
  8. wah...5 bulan drive tanpa lesen..memang hebat la Ju..kena tuntut ilmu cemana nak buat muka selamaba ni.hahah

    ReplyDelete
  9. Fuh fuh free la drive 5 bln free. Hahah sy nak try gak set alarm reminder new lesen la. Haha

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com