PELUKLAH BILA TERPAKSA MENIDAKKAN PERMINTAAN ANAK. | Julia Johari
Booking.com

PELUKLAH BILA TERPAKSA MENIDAKKAN PERMINTAAN ANAK.


Gambar: Google


Julia suka baca perihal parenting tatkala dalam keadaan mengejut, yes, tak ada spesifik masa julia nak membaca sebenarnya, ia datang secara lahiriah, rasa-rasa nak tambah ilmu parenting terus buka halaman Blog dan FB Ibu Rose atau Prof Dr. Muhaya. Kedua-dua mereka sangat julia sukai, sampai bila-bila jatuh hati kepada cara mereka sebarkan di medium sosial, serasa dirasakan banyak pahala mereka raih dengan sebarkan ilmu parenting, tentang diri secara mendalam.

Anak MERAJUK ! 

Anak korang selalu merajuk tak kalau nak barang-barang? Macam mainan, atau apa sahaja yang ternampak di depan mata, bagaimana korang handle situasi pabila kemahuan anak kita tolak mentah-mentah. Cara bagaimana anda bercakap untuk beri tahu bahawa mainan atau barang-barang tersebut tidak penting buat masa sekarang. 

Bukan mudah, ye termasuk julia sendiri, bukan mudah bila berjalan berdua dengan anak tanpa suami di sisi buat sementara waktu kerana faktor bekerja. 

Pernah alami situasi genting, pernah membiarkan anak menangis didalam troli meraung-raung nakkan mainan, (itu belum cerita soal bab bayaran untuk 1 toys yang mahal) ya, hati julia memang segental chewing gum, semakin di minta, makin susah nak diberi. 

Qaiser ilman, beliau ada 2 karakter bila berada bersama orang yang berlainan, sama ada uminya atau walidnya. Dengan umi memang sukar di pengaruhi sebab kata-kata julia berupa nasihat. 

Qaiser ilman: Umi...umi nak menan tu...beli lah belilah...!

Umi: Qaiser ilman sayang, umi cukup-cukup duit je nak beli barang rumah, nanti kita kumpul dalam tabung Qaiser ilman bagi penuh ye, dengan syarat kena rajin menabung nanti baru dapat beli buku best-best. (mengalih pandangan cintakan buku)

Qaiser ilman: Umiii beli lah...beli lah... (sambil nangis)...

Umi: (Hati kental biarkan meraung dalam troli pasaraya dan membiarkan orang lain lihat situasi berkenaan) 

Bukan umi tak sayang, mana ada ibu dalam dunia ni tak sayang anak, mana ada...sebab apa umi ajar Qaiser ilman cara berjimat? Dari awal umi ajar hari-hari menabung sekurang-kurangnya 10 sen...ye angkanya sangat kecil 10 sen dalam tabung yang besar. Tak main duit ringgit ni, sebab nak ajar anak julia nampak betapa beratnya jimat mendatangkan hasil pada masa depan. 

(Taktik julia makin lama macam membuahkan hasil, Qi sudah berganjak ke alam 4 tahun 2016 nanti, bila nampak menan kat pasaraya, jawapannya esok lah umi, esoklah, tunggulah....umi tahu Qaiser nak sebenarnya kan, umi suka Qaiser dah mula pandai bersabar nak kan sesuatu benda, automatik umi belikan sebab Qaiser dah pandai bersabar dari meminta minta... - good boy) 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini bingkisan perkongsian dari Ibu Rose, beliau share di FB dan julia kongsikan disini... 

Bila anak tahu dengan merajuk berlebihan dia akan mendapat apa yang dia hajati, maka dia akan menggunakan taktik itu untuk mendapatkan apa yang dia mahu. 

Oleh itu bijaklah di dalam mendepani cara anak ini berfikir. 

Salah satu perkara yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan boundaries. Iaitu garis panduan atau peraturan. 

Contohnya, jika dia mahukan barang dan anda tidak dapat memberinya pada masa itu, maka jika dia meronta-ronta, merajuk berlebihan, dia tidak akan mendapat langsung sehingga bila-bila apa yang dia mahukan itu. (Yess, kuncinya ajar sifat sabar, my son mulai berubah kepada percakapan 'esoklah', 'nantilah', maksudnya dia train diri dia bersabar) 

Namun, jika dia bersabar dan bekerjasama dengan anda, keluar dari kedai itu baik-baik, bila sampai masanya, dia akan mendapat apa yang dia hajati itu, jika benda itu baik. 

Hanya untuk dilakukan kepada anak yang 3 tahun ke atas. Untuk anak yang baru dua tahun, pelukkan saja dan cium banyak-banyak dan bawa ke tempat lain yang boleh menarik perhatiannya. Sambil mengatakan, "yang ini lagi best kan!" 


6 comments:

  1. good one.. sbb skrg ni ayyan meraung mmy mmg xleh nk keras.. hurmm ank lah ank..

    ReplyDelete
  2. hug n kiss mmg membantu sometimes.ketika tak membantu cepat2 alih perhatian kepada benda lain yg dia minat.

    ReplyDelete
  3. tips berguna ni..anak sy pun pandai merajuk dah..br setahun lebih..huhu

    ReplyDelete
  4. sharing is caring...ank akak kalo die nk bli slalunya ckp kt die org kedai tk jual hehe...kdg2 muncung juga tp lama2 die phm...cumanye kalo pegi kt bahagian toys kasi die belek je...tu pn die dh happy ...sbb mainan byk juga nenek die slalu bli tp kalo dgn ayah die, minta apa aje dibeli...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com