Makan Mampu Milik Meatballs di Me'nate Steak Hub | Julia Johari
Booking.com

Makan Mampu Milik Meatballs di Me'nate Steak Hub


Lama dah kepingin nak try makan kat sini sebabnya terpaling dekat dengan rumah mak aku, kebetulan blogger Kak Long Saidila KBBA ada up gambar meatball murah kat sini tu yang terjah tu hehehe TQ Kak Long mmmuah...sebenarnya port di kawasan daerah Gombak seangkatan dengannya memang banyak port makan tumbuh bak cendawan. Ini bukan food review berbayar ye, ni julia yang bayar, so berbayar ke tak berbayar ke aku suka cerita jujur.

Macam di kawasan Genting Klang ni dah lama ada Me'nate Steak Hub. Dengar nama pun dah gerun sebabnya yang terlintas di fikiran MAHAL...hmmm tak semua pun mahal dalam tu lah.

Aku suka lepak petang, time petang just nak mengopi dan makan light je cuit-cuit dalam 1 pinggan cukuplah, lepas hujan terus ke sini dengan suami dan Qaiser ilman.

Layanan pekerja dalam restoren ni memang bagus, senyum je, time hujan masih renyai-renyai diorang bagi pinjam payung dalam restoren tu, suka lah kakak ko...Me'nate ni banyak cawangan, nanti korang google lah sekitar kawasan terdekat dengan korang ye. 



Terus masuk cari port nak tengok menu dulu sebelum nak order meatball hahahha, ingat Ikea je ke ada meatball sini pun ada tau, sat lagi aku citer pe rasa dia eh. 

Menu untuk Kids pun ada, serius aku order carbonara dari menu kids, dah la murah pastu banyak plak tu, mujur aku jenis suka test menu kids, sebab memang banyak boleh kongsi 3 orang.

Meatballs Me'nate - 20 biji
Meatballs 20 biji sekali dengan fries tau include harga RM18....murah sangat ni. 

Tengok harganya...sides dishes ni menarik la. Sebab banyak pilihan. Itu sides dishes, nampak tak side menu belah kawasan hitam tu haaaaa itu yang rare dan best kalau ada duit, leh rasa lah.







Kids Meal - Carbonara
RM10 je set ni, hehehe murah kan. Tapi tekak julia kurang sikit nak makan sampai habis sebab cheese nya terlampau lebih. Suka cheese tapi kalau terbanyak jadi mual...so kongsi dengan suami, nama pun nak test kan. Tapi set ni aku tak makan habis, hahahhaha sebab tak sedap sgt. 

Kalau korang nak test tekak korang cam ne makan sini better pilih set kids meal dulu ye, kalau okey baru order set besar-besar. Tips aku la kalau nak makan tempat baru. Tapi kalau korang banyak duit tak kesah haa order lah set besar.





Pandangan mata yang jenis suka makan berjimat bertempat...
Luas kedainya, selesalah. Nak bincang tentang kerja atau lepak bersama family pun syok. Tapi awas masa nak pilih menu, kalau dah lama menabung nak makan sini okeylah, kalau rasa tak konfiden better pilih menu biasa-biasa je. Terus terang je pada pekerja disitu dengan daging harga paras berapa yang korang mampu bayar. Aku tanya beb, lantaklah rasa nak malu ke apa sebab aku tahu setakat mana aku mampu nak makan walaupun nama mewah sekalipun...

Cakap terus terang ni, korang pun tau kan kt sini memang terkenal dengan steak wagyu dia dah tentu mahal dan sedap (walaupun tak pernah rasa tapi gigil tgk rege kt situ hehehe). So hati-hati ye. Kalau rasa nak masak sendiri silakan cari daging buat sendiri steak...pernah buat dan berbaloi juga lah walaupun tak sama macam kedai mahal hehehe.

Air - Sekali bayar refill banyak kali
Haaa sekali bayar tau, bukannya makan sini air free terus, bukan. Pastu leh try minum banyak kali cawan yang sama. Air korang kena top up sendiri di kaunter. Paling sedap air mango tu je yang kena kt tekak...yang lain ikut tekak masing-masing ye.




 Ini je kami order, lain-lain tak berani makkk hahhahaha

Qaiser ilman ni baru 3 tahun lebih, YES memang sejak umurnya 2 tahun lebih dia paling TAHAN MAKAN PEDAS macam orang dewasa. Perut dia kebal betul, kecuali lada hitam. Yes aku baru perasan perut aku dengan anak aku ada masalah kalau termakan LADA HITAM yang berlebihan, memang suka  blackpepper serius suka, tapi blackpepper yang banyak pasti buat perut korang sesuatu...awas ye sebab meatball ni banyak lada hitam, sebab balon je makan pedas tersangat.

Tengok video Qi sedang bersantap, dia konker satu pinggan ni...so kena cuit-cuit hahahha


Better anak-anak jaga-jaga makan menu ni...awas lada hitam banyak.
Bersulam air makan, refill air bergelas-gelas, sampai malu nak pi refill balik wakakakakakka, serius meatball ni pedas lada hitam tu banyak sangat, kuah lada hitam pun sama, cicah plak sos cili haaaaa terbakor ko kt situ...hehehhehe
 Close up...see lada hitam hmmmm 


Resit, harga mampu milik makan kt sini.
Komen jujur, meatball di sini memang sedap, serius sedap, tapi hati-hati kalau korang jenis perut tak tahan lada hitam yang banyak korang pasti rasa senak perut, perut aku leh tahan cili padi yang banyak, serius aku fail makan lada hitam dalam meatball tu, kesian Qi siap menangis sambil menahan kepedasan, dah dia nak juga try makan hmmmmmm azab lah kan.

Harap sangat menu ni dikurangkan lada hitam dalam meatball tu, kesian anak-anak macam Qaiser ilman yang jenis makan pedas, tapi tak tahan makan pedas lada hitam banyak2. 

Kalau korang jenis suka lada hitam yang banyakkkkkkk, digalakkan jamu makan kt sini ye...dialukan.

Ini komen aku lah, sebab aku yang makan, kalau korang makan sedap okey je xd masalah its up to you beb, lagi pun perut masing-masing tak sama....cuma pesanan utk anak kecil ye kalau teringin nak makan meatball kt sini harap pk byk kali.

Ikea punya lagi sedap...serius! Semua golongan leh makan...tak pedas melampau lada hitam tu...rindu nak lepak ikea makan meatball sedap...jommm.

RINDU nak masak steak homemade jimat, nak resepi julia klik SINI.

17 comments:

  1. teringin nak g makan sini tp dengar sampai mahai giler tak berani nak masuk.. kalo bawah rm50 mcm julia makan ni berani la jugak.. hahahhaha

    ReplyDelete
  2. kannn harga biase biase jek ikut kita pilih la..

    ReplyDelete
  3. Teringin tapi belum berkemampuan.. kihkihkih...

    ReplyDelete
  4. X lama lagi branch kat Bangi akan buka...lepas ni dekat cket nk p makan. Hehehe...sebelum ni klu nk makan, kena p KL.

    ReplyDelete
  5. Nani tak pernah makan sini. Nanti boleh lah terjah

    ReplyDelete
  6. Makaihhhh!! Gedabak besar meatballnyaaa.... Oh nomnommmm... Nanti balik banting boleh cuba torai test

    ReplyDelete
  7. sesekali kalau teringin boleh la layan...selalu kalu...kopak la..takpe tunggu bonus la bulan 3 nanti...hehehe...

    ReplyDelete
  8. Ingt juju order steak td..br nk tgk regenye..tau yg wagyu tu mhl tp rmi ckp sdap..blum kesempatan lg nk merasa...oh byk Lada hitam ek..bdk2 sure pedas kalo xtahan kn..mujur air leh refill ok la skit

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. kalau sy tak kenyang mkn mcm ni,lalu celah2 usus je.hahah
    kalau mkn bajet boleh la order mcm ni.

    ReplyDelete
  11. Perghh memang puas makan meatball tu Ju..
    Penuh sepinggan.. harga pun berpatutan..

    ReplyDelete
  12. Bergolek-golek meatball kalau tak kenyang memang tak patut Ju:)
    Hero comel tu pun bukan main kakak tengok - ada special dish tuk dia ye.

    ReplyDelete
  13. Ok nny nak terja menate blkg wangsa walk la. Mcm best je meatball tu. Ehem2

    ReplyDelete
  14. Tula julia..even menu dia yg murah2 tu kalau bwk askar2 akk..depa suka ni..mau habis seratus jugak ni kalau bwk depa...hahahaha

    ReplyDelete
  15. teringin nak rasa meatball tu...dok pujuk hubby nak pi situ hehe

    ReplyDelete
  16. Mampu tengok jer lah...hehehe...Meatballs tu nampak sedap.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com