Dividen dan Bonus ASB 2015 akan diumumkan tak lama lagi | Julia Johari
Booking.com

Dividen dan Bonus ASB 2015 akan diumumkan tak lama lagi


Pengumuman Kadar Dividen ASN
28 Disember 2015 (Isnin)
ASN - 6.10 
pendapatan sen - seunit

Pengumuman Kadar Dividen ASB
29 Disember 2015 (Selasa)
ASB - Hari ini
7.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit
(Alhamdulilah, turun sikit je pun okeylah tak kecewa sangat sebab assume volume untung sikit je)

Setiap hujung tahun, inilah yang dinanti-nantikan oleh julia dan suami. Masing-masing dah beria-ria dah haaa nak pi baris ambil dividen ASB. Julia dah menabung dalam ASB ni sejak pembukaan buku ASB Ting lagi. Boleh katakan masa tu Darjah 6 ke Tingkatan 1 gitu dah ada pelaburan. 

Bila dah di didik sejak awal lagi, dah kahwin automatik anak lahir je buka buka ASB untuknya, kiranya nanti tak lama lagi bukan julia dan suami je nak kutip hasil, anak julia si Qaiser ilman pun ada haknya dalam tu, wahhh untunglah sejak baby lagi dah ada dividen dengan bonus. Tapi Qi tak leh keluarkan hasil sehingga capai tempoh matang umurnya 18 tahun. Biarlah beranak banyak-banyak dalam tu, nanti nak sambung belajar kt University ke Kolej ke ada wang saku emergency leh korek hehehe.

ASB 2015 sedang berhibernasi 
Syhhh, semua urusniaga ASB sekarang sedang ligat hibernate, dok laju kira-kira untung dividen dan bonus. Sekarang ni kalau nak keluarkan duit atau nak masukkan duit dalam ASB dibekukan sementara waktu. Baru je ASB hibernasi yehaaa harap elok-elok mereka disana ye hehehhe.

Betul paling banyak dividen simpan di Tabung Haji, memang betul. Tapi kalau simpan dalam tu niatnya sudah tentulah untuk mengerjakan haji kan...kalau nak keluar untuk perkara yang lagha ni rasa bagi julia macam kurang sopan sikitlah kan. Itu sebab julia setia dengan ASB ni walaupun menyimpan pun turun naik tetapi alhamdulilah, makin suka menyimpan dan melabur di unit amanah ni. 

Itu sebab awal tahun je korang tengok julia kekadang leh pi holiday, kekadang luar dari Malaysia sikit guna 100% bonus dan dividen ASB. Tu untung menyimpan kat sini sebab ASB hanya ada buku simpanan je, kad-kad atm memang tak wujud ye, kalau wujud alamatnya memang ntah ke mana-mana pelaburan tetap tu heeeeeeeeee.


 ASB Dividen dan Bonus Halal kah?
Ramai yang masih lagi keliru atau rasa gusar tentang pelaburan dari ASB, hmmm jadual dibawah jelas dan nyata, kalau anda lihat julia dah boldkan jawapan dari kalian tertanya-tanya tu. Jawapannya HARUS.





Dijangka 5 Januari 2016 (Selasa) dividen dan bonus akan diagihkan ke dalam akaun pengguna. Julia dan suami faham tarikh berkenaan sure ramai orang panjang nak que kan amik nombor, tapi kami ada port rahsia yang jarang didatangi orang. Kira port ni ke dalam dan kawasan terpencil dari bandar lah bank ni. Harap sangat hari berkenaan tak ramai orang hahahhaha sebab nak keluarkan untuk trip tak lama lagi je ni yahooooooooo!

Campur duit simpanan gaji sikit buat window shopping ke kan leh laa nak melagha diri bercuti di tempat orang secara bajet, janji kaki sampai ke sana jadi lah.

Inilah cara bagaimana ASB bekerja dan kredit bonus dan dividen pada kita semua. Untung dibahagi ikut kadar pelaburan kita dalam akaun.



Harap sangat tahun 2015 ni kadar dividen dan bonus 
yang akan diumumkan naik dari tahun lepas 
2014 - 7.50 Sen, Bonus 1.00 Seunit

Tahun lepas merasa lah sikit untung2 bersih dkt2 2k lebih tu, tahun ni ada harapan tak cecah 3k hahahhahahhahahha berangan! Mana tau kot leh cecah gitu mak enon nak lompat tinggi2 kalau boleh hahahha tak cecah pun sipi2 jadile 
(kalau tak cecah tahun 2016 kakak ko nak simpan lagi kuattttt nak lumba dengan suami siapa simpan lagi banyak hihihi)

Kalau tak naik pun janganlah turun teruk sangat, ekonomi sekarang pun memacam kan, huhh tapi tak patahkan semangat kami untuk kuat melabur yehaaaa!

10 comments:

  1. nak tahu port rahsia tu pls.. hikhikhik

    ReplyDelete
  2. Saya menabung bawah tanah je... Hehe..

    ReplyDelete
  3. info yang saya cari , jumpa kat blog akak . nyaris terlepas pandang kat dashboard tadi . hehe

    ReplyDelete
  4. Masing-masing pasti dah menantilah tarikh itu Ju.

    ReplyDelete
  5. lama dah akak tak update..haha..malas! nanti-nanti lah..

    ReplyDelete
  6. Tak dapat lah kita nak bershopping bagai.. asb tahun nih cuma 7.25 jerkk.. bonus pon hanya 0.50 seunit.. tak memberangsangkan langsung.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com