Anda Hormat Anak, Anak Hormat Lebih Lagi, Mudahkan ! | Julia Johari
Booking.com

Anda Hormat Anak, Anak Hormat Lebih Lagi, Mudahkan !

Ramai dah kawan-kawan sok sek sok sek tanya perkabaran entry parenting beberapa minggu lepas. Hehehe, bukan tak nak update, mencari idea apa kupasan yang julia nak beri pada anda selain gambar sahaja. Sebenar-benarnya, parenting talk ini sangat membuka mata kami semua. Anak ini ibarat satu kain, kita corak, kita marah pun dia serap sebaik mungkin. 

Julia banyak menelek diri, terkadang terfikir, kita bukan datang ke sini hendak jadi ibu bapa yang produknya baik lepas melangkah keluar dari gelanggang talk from the expert....tetapi kita datang ke sini untuk serap tips bagaimana nak tackle anak-anak berkongsi rasa hormat dalam diri, dan dipancarkan kepada kita semua.

Masa disini julia masih bengong, apa yang aku nak serap dari parenting talk ini, bukan kidszania jadi keutamaan walhal dapat tiket free masuk itu satu bonus buat julia dan anak. Tapi titik noktahnya disini, julia nak sangat setidak-tidaknya dapat apply bila balik ke rumah nanti.
Tajuk sesi lebih kepada RESPECT ! Benarlah jika kita hormati anak walaupun dia dalam keadaan menangis, kita bukan marah tapi menasihati dan belai kasih sayang lama-lama nanti dia faham, macam julia kadang-kadang Qi meragam kalau penat sangat bermain depan public, julia cakap dekat dia, Qi dah besar jangan nangis, jom kita balik kita rehat, sampai Qi meraunggg lah satu KidZania ikat kaki umi kuat-kuat nak suurh berdukung, tapi julia kawal marah, kawal rasa nak pok pok dia, julia tau ni ujian sebagai mak, sebagai mak kena kuat hadap dengan senyuman sebab dia anak, darah daging kita!

Terima kasih pada Puan Pini, beliau selalu wassup jika ada event dari Positive Parenting. Bagus beliau, inform awal-awal dan mudah untuk julia uar-uarkan di media sosial. Program yang dianjurkan oleh para NGO yang FREE kepada public ini rugi kalau tak di garap sepenuhnya. 

Pertama kali masuk Kidzania, terlopong tengok betapa seronoknya anak-anak berlibur disini. Alhamdulilah kami dapat FREE PASS berdua...lepas session dari from the expert kami boleh bermain didalam Kidzania puas-puas.




Lihat dimana Qaiser ilman? 
Tuuu yang pakai beg merah tu, sedang berteleku dua tapak tangan kat pipi, dok fikir kenapa semua mengadap skrin besar tu hehehe...semasa session Qi kerap kali mengusik pakar-pakar sedang bersyarah...tapi kan nak halang pun fikir banyak kali, beliau sedang belajar untuk bersosial dengan public, terkadang risau punya keyakinan diri tinggi sangat pun rasa sesuatu sangat ! Yelah sampai naik ke pentas berulang kali itu satu cubaan rumit yang julia atasi, memula halang jugalah tetapi dah berkali-kali naik ke pentas julia sendiri nak tgk bagaimana from the expert melayani anak kecil ini.
Nak tahu detail baca di  SINI
Ada tajuk kupasan setiap sesi dan nama penceramah parenting.
Best sangat mereka setiap kali bersyarah tetap senyum !
So anda scrool dan baca serta dalami ye.








 Lihat Qaiser ilman, duduk diatas pentas, ulang alik turun hmmm, sedikit pun from the expert tak halau, malah siap tanya lagi tapi maluuuu nak jawab diorang ni hehehehhe...agaknya seronok tengok apa yang dipaparkan hehehhe...yes anak julia memang tak behave, dan tak duduk diam-diam. Tapi dia nak belajar, biarkanlah. 

Kalau anda rasa dia menganggu perhatian anda, rasanya ada sesuatu yang anda benci tentang perkembangan kanak-kanak. Hati-hati ye. Hehehe.







Satu yang julia ingat sampai ke hari ini pesan from the experts, 
jika kita teringat semasa ibu dan ayah kita asuh semasa zaman dulu rasa tidak wajar untuk digarapkan dan diaplikasi pada anak anak tika ini jangan sekali-kali kita rasa sedih, kita bukan dilahirkan untuk jadi ibu bapa yang excelent dalam semua perkara, dan nakkan hasil yang terbaik, produk anak yang terbaik....tapi kita cuba belajar untuk memperbaiki bukan menunding jari mengatakan ibu dan ayah kita dulu tidak ajar pun itu dan ini.

Yang lepas jadikan sempadan, kita sebagai anak yang akan jadi ibu bapa suatu hari nanti pasti kena asuh budaya hormat ibu bapa kita dulu sebelum nak mendidik anak-anak HORMAT pada diri dia dan orang lain.

Betul tu, kalau kita asyik mempersalahkan orang lain, anak-anak juga mungkin akan meniru suatu hari nanti juga...fuhhh sungguh kena berhati-hati.

Okey sesi talk dah tamat, makanyaaaaaa Qaiser ilman dari tadi tak sabar nak bermain di dalam KidZania, kawasan ibarat syurga bagi anak2, Terima kasih Positive Parenting taja kami semua ye. Tak terbalas budi.

Haaaaa wang besar wang besar, nak tengok Qaiser ilman melukis didalam Kidzania tunggu julia update selepas ini...memang dia melukissssssss sepenuh hati hahhahahha mak plak kena halau dok luar dendiam haishhhh !
Klik info lain:  Parenting

Mai click video, Qaiser ilman asyik tengok abang ni seharian berdikari di kindergarden, seronok!

Attractive Todler ! Baru baru ni julia dan some bloggers parenting telah hadir satu forum, paling best hayati video ni bagaimana corak berdikari kanak kanak ini seharian di pusat tadika, my son yes memang sangat aktif dan suka explore termasuk duduk atas pentas, one more thing julia belajar disini...mereka adalah anak anak kecil yang sangat punya daya ingin tahu yang tinggi....kenapa dan mengapa semua berkumpul dan lihat di skrin...selebihnya nanti julia kupas didalam blog julia johari dot com...video ini berjaya pancing kefokusan kanak2 sebaya Qaiser ilman.... . #juliajoharidotcom #PositiveParenting #KidZaniaKualaLumpur #Parenting #Forum #kelabbloggerbenashaari #fashion #style #stylish #love #TagsForLikes.com #me #cute #photooftheday #beauty #beautiful #instagood #instafashion #pretty #girly #pink #girl #girls #eyes #dress #skirt #shoes #heels #styles #outfit
A video posted by Julia Johari Dot Com (@mrsjuliajohari) on

8 comments:

  1. best kannn!! thanx for sharing dgn akak dik!

    ReplyDelete
  2. bestnye..menarik..camne nk join progra, camni ye?

    ReplyDelete
  3. INPUT yg menarik ni..boleh amalkan..

    ReplyDelete
  4. bagusnya..ciknad teringin nak attend talk camni..tapi selalu adaaa jer hal.

    ReplyDelete
  5. betul tu Juju... nak marah anak ada teknik.. cuba utk tidak marah dia kat public.. tapi tu la.. kadang kita ni terlepas cakap kan.. hihihi

    ReplyDelete
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  7. talk for parents eh.. tapi betoi.. parents should not guna kuasa as 'parents' untuk tekan anak2..
    and yes.. apa yg parents buat anak2 akan ikut.. so kalo parents respect anak2 sure akan respect jugak..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com