Hari ini, julia baca sekali harung blog-blog yang penuh motivasi, ke semua rangkaian motivasi dibawah julia cantumkan menjadi 5 bahagian, dan ke semuanya sangat membantu julia dan kalian untuk berubah lebih positif dan berkeyakinan. Ketahuilah, semakin anda banyak membaca motivasi, semakin banyak benda yang anda nak kongsikan dengan rakan-rakan mahupun keluarga serta anak. Dalam masa yang sama semarak dan daya yakin yang tinggi kita boleh tonjolkan setiap hari tanpa rasa rendah diri keterlaluan. Ayuh sama-sama bangkit !

1. Ramai orang yang nampaknya sentiasa sibuk. Sebenarnya mereka hanya sibuk dimulut tapi tidak sibuk secara fizikal. Ia hanyalah satu alasan untuk mengelak.
Ada juga orang yang sentiasa rasakan dirinya amat sibuk tapi sebenarnya dia hanya buang masa dan tak tahu apa sebenarnya yang dia lakukan.
Ada petua mengatakan,
“Orang yang banyak buat kerja biasanya sentiasa ada banyak masa…”
Memang itu terbukti kebenarannya. Orang yang banyak buat kerja menandakan dia menjalani kehidupan yang bermatlamat. Dia tahu apa yang dia mahu dan dia tahu mana yang lebih penting di antara banyak perkara yang penting.
Saya kenal ramai kawan-kawan yang berjaya dalam kehidupan mereka. Dan salah satu ciri-ciri penting yang saya perhatikan pada kawan-kawan yang berjaya hebat ini adalah daya tumpuan terhadap orang lain ketika berbicara atau ketika bertemu. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Jika engkau ingin bersahabat dengan seseorang, buatlah dia marah. Maka jika dia tetap berlaku adil kepadamu dalam kemarahannya, jadikanlah ia sahabatmu. Tetapi jika tidak demikian tinggalkanlah dia. - Saidina Ali

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. Kita inginkan ketenangan, tetapi kita tidak menenangkan orang. Kita hendak bahagia, tetapi kita tidak membahagiakan orang. Demikian jugalah, kita hendak kebebasan tetapi kita hendak mengongkong orang. Ingatlah, kita akan dapat apa yang kita beri kepada orang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. “Never give up on what you really want to do. The person with big dreams is more powerful than one with all the facts.” Albert Einstein

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5. "Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." (QS Al-Qasas: 77)

"Hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan pula menentukan kejayaan, kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan." - luvislam92

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sumber Motivasi:



Yes, pernah alami situasi gambar di atas, buatlah baik macam mana sekali pun tetap dikatakan negatif, hehehe orang-orang macam ini kita biarkan mereka, kalau boleh tak perlu masuk campur untuk betulkan keadaan sebenar, kerana masa itu nanti sampai dan ajar mereka bila masa yang sesuai untuk memohon maaf, serius ni, mereka sendiri hadir, dan daku maafkan, tapi tidak sekali-kali lupa apa pernah terjadi, bukan dendam, tetapi lebih berhati-hati.

8 Comments

  1. mehhh nak buat dik juju marahhhh pastu peluk dia ketat ketat..kekeke..

    ReplyDelete
  2. gambar yang last tu..saya tengah alami ni.saya pilih untuk diam dan biar masa je yang menentukan...saya tak mendoakan apa2 cuma minta pada Allah semoga saya dilindungi dari fitnah dunia..cukup lah ada suami mak, adik2 dan kawan2..yang lain kalau nak buang saya silakan..saya ok!!hehehe

    ReplyDelete
  3. Kakak merenung dlm diri kakak mana yg perlu diperbaiki
    Kita tak sempurna sentiasa mencari kelemahan lebih baik dari mencari kelemahan org lain

    ReplyDelete
  4. hebat entry ni ju...nak like 1000x..Alhamdulillah cik nad rasa terkesan..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)