Monday, November 30, 2015

Terpikat dengan design stylo TAMAY SHOES & ACCESSORIES !

Monday, November 30, 2015 11 Comments
Weekend lepas penuh dengan aktiviti, alhamdulilah dari event rezeki anak The Parenthood di Sunway Putra Mall pada hari Sabtu 28 Nov ye sehari suntuk (nanti julia review esok nak edit gambar berpuluh fuhh) terhibur anak-anak dapat rasmikan family themepark yang baru ni. Will story about it soon as possible ramai sangat kawan-kawan dok tanya kat mana-kat mana walhal dah tag kat situ di Sunway Putra hehehe, saje tau saje.


Okey, semalam hari Ahad, luangkan masa emas bersama suami tercinta plak, alhamklumlah hari Sabtu tu beliau tak boleh bersama-sama temani untuk event sebab atas urusan kerjanya terlebih dulu. Agenda nak berjalan semalam sebenarnya banyak, kadang-kadang idea merapu keluar hahaha suami cakap jom pi short vacay ke Colmar Tropika, dulu kita dah pi tapi Qaiser ilman tak lagi masa tu sebab baru kahwin, amboiiii jangan suka-suka buat wife dia fengsan buat mengejut ngejut, hahhaha nonono tak sesuai masa tu. 

Terpikat dengan TAMAY SHOES & ACCESSORIES !
Terus pi Berjaya Times Square, saje lama tak lepak sini, dalam masa yang sama nak beli seluar jeans si Qaiser ilman, banyak dah tak muat, makin besar makin singkat, okey dah dapat seluar jeans murah dak bertuah tu kat sana tu pun puas maknya keliling kedai nak test seluar jeans...suara pun cover line hahhaha kalau kat rumah mak ko ijo wehhhh....kikiki 

History

Established in 2011, Tamay Shoes was first launched in the heart of Istanbul, Turkey.
TAMAY SHOES & ACCESSORIES are essential fashion staples that help to define the style and attitude of the dresser. Our collection of shoes & accessories showcases a wide array of classic and contemporary styles. Men and woman, we at TAMAY caters for your needs!

Melalut banyak ni, haaaa masa turun escalator kat Tingkat 3 tak silap julia la, suami tegur julia dulu, dia cakap, eh lawanya handbeg tu, murahnya, nak tak ma? Apa? Apa??? Betulkah suami aku tanya ni weh....jap nak tampo muka jap...bukan ritu dah beli kt kat Sogo...eh abang ritu dah beli kat Sogo dah cukup lah...tapiiiiiiii mata haku terpaku kat design beg tu beb...suami aku pun sama dah tau taste beg yang aku minat acaner....

Pehtu terus lah dua orang yang niatnya pada mula hanya nak window shopping je ter terrrrrr pikat dan suami ter terrrbelii bila sampai depan kedai ni hahahhaha! Hailaa tak boleh pasang niat je nak window shopping terkadang harga yang terpampang murah tu tak setanding dengan kualiti yang julia tengok dengan mata sendiri. Material handbeg tu julia dah tengok, belek dan try depan cermin besor kedai tu, memang nampak stylo sangat ! Maka adegan pening nak pilih warna beg mana bermula, suami tanya nak warna apa? Sales girl situ peramah-peramah sangat dibantunya julia macam-macam dan diorang semua cakap julia sesuai dengan Warna KHAKI...spesis warna coklat atau orang melayu cakap warna tanah hehehe. 
Ko dah boleh hagak betapa murahnya harga beg-beg ni kan, serius murah dari aku usya kat Zalora tu harga ratus-ratus sebuah beg jenama TAMAY, perghhhh hantu dah rasukkk!

Haaaaaa, lawa kan design dari TAMAY ni, julia tak boleh ronda lama pun dalam kedai ni sebab my Qi dah buat sujud syukur kat kaki omaknya nak aiskrim, nak aiskrim, perghhhhh geram tol aku hahahha, tapi cam biasa, mak kan baik, terus bawa pi sebelah Watson tu nak beli tak mahuuuunya ko...pandai budak ni, time maknya datang hantu nak terjah kedai tu dia buka langkah hahahhaha. Ini sajo gambar yang aku leh snap sambil muka tebal gila anak sok keliling kaki jerit nak aiskrim, nak aiskrim wakakkakaka....sales girl dalam tu semua bagi gula-gula kat Qi, alaaa baiknya korangggg...baik hati tau, tapi tak hado maknanya Qi tu nak...mujur anak!

Aku terus keluar kedai, suami bagi signal pi cari aiskirm dulu, bagi tau warna apa nanti suami nak belikan sementara dia dok sakan mencuba macam-macam kasut, aku? Huwaaaaaa menangis sendu dalam hati, syoklah suami aku tu weh leh ar dia sakan pilih. Takpe-takpe demi ko anak ku Qaiser ilman, mak ko terus bawa naik escalator pi tingkat 5, apo pun tak ado, Qi dok ceramah lah kat aku aiskrim ada kt atas hahahahaha cam mana la dik ko tau aiskrim kat atas pernah datang ke dating sini hahahhaha lawak ini budak.

Pehtu aku tak tau nak pi mana aku wasaup kat suami kata stay kt tingkat 5 je depan escalator, tup tup tak sampai 3 minit sampai dah suami bawa 2 bungkusan. Orang lelaki kalau menyoping memang laju gila, orang pompuan? Sah la nak gelebek puas-puas dulu, banding2 harga dulu, nak try2 dulu, sampai salesgirl lebam tengok korang beli ke tak beli ke baru ko keluar kedai, itu mujur beli, kalau tak beli maunya sales girl tu menyumpah hahhahahha...

Muka? Tak usah nak cakap, terpancar nur kasih sayang hahhahahhaha, amboiiii ingat beli handbeg je kat kita rupanya beli kasut dia jugak, kerlasss ko bang, nanti kena beli wardrobe barulah kita simpan koleksi sama-sama, minat pun sama syok ni. Pehtu terus pi cari McD Times Square lepak layan budak tu nak aiskrim sangat, hihihi berjaya ko dik patahkan semangat umi hehhee.

Suami cakap ini kasut kulit katanya, entah lah aku tak pandai menilai sangat material macam mana sebab aku ni belasah je kalau cantik dengan mata aku. 

Serius, aku perhatikan material kasut lelaki dari TAMAY ni tapak dia memang grip, getah jenis tahan kawasan licin, lembut je dalam dia. Berbaloi beli, harga aku tak ingat, tapi suami bagi tau memang sale gila-gila. Kalau tak bukan senang nak tengok dia menyoping, susah!

Pilihan beg sling dan boleh dijadikan Tote Beg.......
Warna pelbagai, pink, blue, beige, black tak ada, kata stylo kena mainan warna hehhehe, aku suka design bentuk beg gini, memang jiwa aku sangat, kalau beg empat segi petak aku tak minat, sesetengah orang minat.

Rupa belakangnya macam ni, stylo gila, handbeg ni ada bucu kaki besi tau di bawahnya, so bila letak beg tak ada lah kotor atau habuk direct kena beg kan.

Zip didalam, memang besar bukaan zip dia, ada zip lagi didalam kot2 nak simpan ubat ke apa kan....

Terus jatuh cinta, kebetulan suami pun pilih warna seakan sama dengan warna beg julia, aduyaiii sehati sejiwa betul memasing walhal aku masa tu terawang-awang dok cari aiskrim budak bertuah tu tak berjumpa hahahhahaha....orang kata, kalau rezeki jangan ditolak, musuh lantak pi lah kat diorang kan, nanti nak cari wardrobe baru kat Giant lah nak simpan koleksi handbeg, bukan membazir tapi mungkin ia hobi baru muncul bila hantu murah menjelma wakakakaka.

Beg sekolah baru, muka suci je waktu lepas Subuh nak pi keje dengan tak bermakeup nyer syok la pakai beg ni besttt hahahaha.
Satu tempat, lelaki dan wanita pun boleh beli, menarik!
Sale tu ada lagi, aku rasa lah kan mesti lama sale tu, kata je kot 3 hari entah-entah hari ni sampai next week dok sale lagi, mana tau rezeki korang yang dok cari handbeg atau kasut design terkini khas untuk hantaran kahwin, hadiah birthday, atau apa sahaja pemberian, masa inilah korang kena grab laju-laju, nanti dah mahal jangan salahkan aku plak tak bagi tau hehhehe. Bubye!!!!

Berjaya Times Square

UNIT 03-17, LEVEL 3, BERJAYA TIMES SQUARE, NO. 1, JALAN IMBI,55100, KUALA LUMPUR


Website: tamayshoes.com

Facebook: TamayShoes

Instagram: tamay_shoes

Thursday, November 26, 2015

Day Curtain: Hadiah Langsir Baru Rumah Abah Mama

Thursday, November 26, 2015 12 Comments

Dah siap yeyyyyyy ! Tepuk Tangan ! Walaupun abah dan mama tak pernah baca blog julia, tapi diorang tau anak dia ada blog, acaner tu. Handphone dia orang canggih manggih, tapi diorang tak buh line intenet, katanya buat perabih je bukan nak cari apa pun hehehhee. Kalau lah diorang ada line internet kan, agak agak tiap tiap pagi mak pak aku sure tak baca blog anaknya si julia tu hehehhe. Mujur deme tak ada internet, leh lah pecah rahsia kat sini kikiki.



Korang tau day curtain tu amenda? Ala langsir zaman sekarang kan ada 2 besi palang, satu yang curtain heavy dan satu lagi curtain jarang jarang. Yang jarang2 ni lah namanya day curtain. Aku dah lama nak gantikan langsir rumah diorang, tau sebab apa, sebab dia orang ni penjimat sejati. Aku jahit langsir rumah diorang tu masa form 4, bayangkan sekarang aku dah kahwin beranak pinak, langsir tu jugak diguna sampai naikkkkkk lasam, koyak sikit dan berjahit. 

Yelah masa tu aku mula2 keje pun mana mampu nak beli curtain, bila dah buat bisnes ephyra tu lah aku ada duit lebih kumpul hajat nak beli curtain baru untuk mama abah, curtain rumah sendiri nantilah ye. Tak penting pun buat masa sekarang, pakai je selagi elok. Yang penting rumah mak pak aku berseri pasni yipppiii.
Aku beli banyak bidang sebab ada 3 frame besar langsir rumah diorang, aku ukur senyap2, masa diorang bz kt dapur, hahahhahahha so ukuran tu aku simpan len kali ada sale murah leh beli lagi kan click SINI...

Day Curtain Blink Blink !
RM15 semeter (Harga PROMO murah) 
3 frame besar 
Total semua dalam RM415 lebih termasuk kos jahit. Murah dah tu.

Nanti ada masa aku tunjuk gambar before and after curtain dipasang ye. Tak sabar nak tengok muka abah mama happy. Sian kat diorang tau...

Atok Nenek Automatik Akan Sayang Cucu Lebih Dari Anak Sendiri, Janganlah Sentap !

Thursday, November 26, 2015 11 Comments

Its true, really true. Kalau ko buat salah kecik, ko yang kena marah balik, kalau cucu deme buat salah fuhhhhhhh siap bagi ekon, yang kena marah kau balik hahahahha. Aku bukan nak story padal family aku, tapi memang lah perangai atok nenek suka manjakan cucu. Tapi aku suka tengok rencah macam tu, kira tebus balik lah zaman kita tecik2 sokmo kena marah hahaha. Cucu ni ibarat macam dapat anak baru, bila fasa tua menjelma, dapat pula menantu baru...tup tup rezeki awal dapat cucu baru tak ke namanya macam mengimbau kembali zaman diorang terima cahaya mata???

Atok Pimpin Tangan Masuk Sekolah
Aku suka bawa diri aku di tempat title nama atok dan nenek, terkadang melihat resam ini di waktu pagi sewaktu membawa kereta ke tempat kerja. Seorang atok Cina yang sudah tua memapah cucunya yang memakai baju sekolah rendah naik jejantas semata nak hantar cucunya masuk ke dalam pintu sekolah. Aku salute lah atok cenggitu, kasih sayangnya tidak terbelah bahagi. Lagi best atoknya pegang tangan cucu dia erat sekali, aku yang jadi penonton setia di kala jem terasa ia menusuk kalbu, adakah aku boleh lakukan sedemikian untuk anak aku masuk sekolah nanti........................................... 

Dah dah tak usah cerita moment sedih kang berendam air mata korang hahahhaha...sebenarnya itulah naluri atok dan nenek, segarang mereka pun mereka tetap sayang cucunya lebih dari anaknya sendiri. Kenapa aku berkata sedemikian? Hahahaha sebabnya mereka kalau dengar menantu atau cucu nak balik, di masaknya dihidangnya seperti kenduri kendara, walhal berapa orang je nak makan, aku dapat rasakan aura sebagai nenek dan atok jiwa mereka sangat suci dan ikhlas. Makanan tak habis tak mengapa asalkan mereka puas masak untuk anak cucu tercinta.....srottttttttttttt tarik hingus hahahhahhaha

Baru selang sehari, call RINDU !
Ya, sapa-sapa jadi nenek dan atok pasti berperasaan macam ni kan, asyik cerita jiwa muda pun tak syok, selami hati orang berpengalaman ni dalam-dalam. Mereka sudah habis tempoh bersara, yang ada lalui hari-hari dengan ceria, itu sebab bila anak-anak semua dah besar, berkerjaya mereka bernama atok dan nenek kembali sunyiiiiiiiiiii....hidup mereka rasa suram...........bila anak kecil namanya CUCU....itu yang mereka terus bertukar menjadi insan yang sangatttttttttttt pemurah, diberikan apa sahaja termasuk marah dan nasihat (pukal).

Bila cucu balik, cuti habis....esoknya mereka pasti call...nak cakap dengan cucu, bukan anaknya hahhahaa tu sebab korang jangan sentap, sebab itu naluri semulajadi sebagai IBU BAPA yang dahuluinya pernah mendapat anak kecil...kini anak kecil tersebut beralih kepada cucu mereka....



Letchum ulala...letchum ulala....burung kakak tua...buai laju-laju ewahhhhhhhhh

Truly, esok tu tak lama dah...kita sendiri akan jadi atok mahupun nenek........
Macam mana rupa cucu kita nanti kan....hahhahahhahhahaha 
Call me grandma okey cucu! Kerlassss nenek kau zaman generasi Y hahahhahaa *fitam*

Wednesday, November 25, 2015

Tempat Makan Sedap Jika Bercuti Ke Port Dickson !

Wednesday, November 25, 2015 14 Comments
Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place
 Lot 1360, Jalan Pantai, Batu 6, Port Dickson 71000, Negeri Sembilan 

Ini bukan entry berbayar, kalau entry food review berbayar julia suka amik video dan lagi banyak gambar cecantik aku ambil hahaha, itu bezanya. Tapikan julia jenis tak kisah sebenarnya, kalau tempat dan makanan tu sedap, automatik aku angkat kamera ambil, memang tak peduli orang sekeliling nak tengok aku hehe. Kalau tak sedap memang sikit pun tak lalu dalam blog dan wall FB. Okey kalau ke Port Dickson ramai yang terlintas nak makan ikan bakar aje...asyik asyik ikan bakar haishhh tak ada benda lain ke nak di makan yang sedap dan murah-murah aje. Kata percutian bajet Malaysia.

Cowboy Place Port Dickson 
Julia suggest makan di Cowboy Place, apa sebab? Ada pro and contra, dulu orang cakap kedai ni tak memuaskan sebab pakai polisterin aje pun hahahhaa. Tapi kan, berbalik pada jenis orang lah, bagi aku lah kan jenis yang TAK KISAH dan tak penting pun nak rasa mewahnya pakai sudu garfu besi, apa salahnya kita picnic style macam ni, nama pun cowboy place so anggap lah macam makan ala cowboy hahahhaha.

Memula aku ingat kedai ni saji makanan western, sebab banyak kali dah ke PD kali ini baru tergerak nak makan kat sini. Ermmmmm bauan ayam panggang tu sangat sedap. 


Rasa Ayam Panggang?
Ohhhhh sedap sungguh! Ayam tu fresh dan juicy keluar dari ayam tu buat kecur ailio. Kan julia satu family bercuti ke Primaland Resort, so singgah makan kat sini. Best lah sempoit SATU menu Nasi Kukus Ayam Panggang aje jual kat sini...dengan air tembikai...yang lain yilekkkkkk....tak ada ye kawan-kawan, ni habaq awal2 ni jangan nak mengada-ngada order bebukan...malam je ada menu tomyam...

Konsep kedai ni luas, ada kipas dan banyak kerusi baby, itu aku suka, cumanya aku nak komennnnnn, tang singki basuh tangan tu tolong cuci bersih2....sebab sebelum dan selepas makan port tu yang jamu mata...sebelum rasa sesuatu baik korang cuci bersih2 ye...pesanan hakak ambil maklum! Itu je yang lain aku rasa okey. Siap ada live band waktu tengahari buta hahhaha


Tengok pekerja baru ni rajin, siap angkat kerusi sendiri nak duduk sebab tak sampai ketinggian lagi nak makan kat meja hehehhe...

Lihat harganya just nice, ayam tu banyak okey, puas makan lah. 


Sos ayam panggang ni sangat sedap! 
Dok menaip ni pun teringat ingat, lepas makan tapau lagi 2 bungkus bawa balik Primaland hahahahhaha makan lagi waktu lepas mandi lapar oiiiiii...mujur tapau. Okey cerita makan kedua di Port Dickson.............

Kings Char Kuew Teow

Lot 402. Jalan Pantai Batu 4, Port Dickson

Teringin nak makan char kuew tiaw sedap dan marvelos? Harga sepinggan biasa RM5 aje...murah dah nak oiiii, konsep makan open air gitu, tukang masak kemain berlambak, semua staf pakai baju uniform, laju servis, siap cepat, dan semua sedap! Susah nak cakap lah sebab sedap sangat dan sesuai lah bawa family besar bertandang. 

Gambar ihsan dari FB Kings Char Kuew Teow

  Gambar dibawah semua real situasi julia snap, kereta suami parking betul-betul sebelah tukang masak Kings Char Kuew Tiaw hehe, selesa, bersih dan kemas gerai ni, yang penting syok makan dekat dengan tukang masak ni, sekali masak berjemaah  ramai-ramai hehe.


Meja kami, kalau nak makan dalam bumbung pun ada nak makan konsep open air pun ada boleh pilih, tapi kami bawa anak kecik tak sesuai nak ber embun gitu, nanti anak mudah kena tangkap angin tak elok, so makan dalam kawasan berbumbung, hujan tetiba pun selamat hehehe.

Anak teruna ni lepas puas berkubang kat Primaland bantai tido dalam kereta hahahahha, dia tak makan sangat pun belah malam2 ni, so dia tengok kami makan, dia cuit cuit je. Jaga badan ke dik hahahha

RM5 yang biasa, murah kan, tekak aku cakap ini nombor dua kedai yang berjaya pancing anak tekak jenis cerewet macam julia. Tau sebab apa, tekak aku ni sangat sensitif bila sebut Char kuew tiaw aku tau kedai ni boleh maju ke hadapan, udang dia fresh, sedap, cuma tak ada daun hijau je. Yang lain sedap ! Mujur tak order yang speacial, makan yang ini pun jenuh nak habis.

Nasi Goreng Udang RM7 rasanya. Lebih kurang lah, aku nak bagi tau korang MEMANG INI PALING SEDAP nasi goreng penuh UDANG, penuh UDANG !
Nasi goreng tu memang sedap rasanya, aku try cuit nasi goreng suami order ni, pastu aku plak yang konker makan hahahhahahha tak boleh tahan sedapnya melampui batas. Susah nak cari gerai jual nasi goreng sedap macam ni....hahhaha 

Puas hati ! 
Kenyang perut suka hati, kalau gerai semua macam ni buat sedap-sedap kan best masa aku holiday, terus leh masuk blog, korang gak untung !

Tuesday, November 24, 2015

The Shore Sky Tower Melaka Satu Pengalaman Indah Terpahat Dalam Jiwa ! Anda WAJIB Naik Bila Datang Ke Melaka.

Tuesday, November 24, 2015 20 Comments
Kena petir kilat, tu legam jap haha gurau!

Indah belaka tika julia dan family tercinta berada di bangunan tertinggi di The Shore Sky Tower Melaka ! Tak terkata perasaan itu, anda berhak dapat apa yang julia rasakan bersama insan istimewa. Setiap tempat punya keistimewaan yang unik, begitulah di The Shore Sky Tower Melaka. Jangan percaya pada orang cakap negatif, anda kena percaya bila anda sendiri tiba di sana, sebab pengalaman setiap orang rezekinya lain-lain, jangan salahlah cuaca, jangan salahkan tidak ada masa, jangan buat assumption sendiri mengatakan nak ke sini tiketnya mahal, sebenarnya murah sangat, julia sendiri tak jangka semurah itu !

Landmark ke The Shore Sky Melaka.
Nak ke sini, pastikan anda set waze atau google maps 'Melaka River Pirate Park' sebab utamanya bangunan the shore ni bersebelahan dengan pirate park melaka. Hehehe lagi satu kalau tahu ke Kampung Morten Melaka haa ia berhadapan dengan the shore building, sebelah the shore ada hotel baru Swiss Garden, sebenornya nak duduk hotel tu la tapi kau dah datang last minit semua fully book hahahhaha, terjah dari PD ginilah, takpe-takpe dah simpan hasrat nak menginap kt sini nanti sebab tengok dalam Booking.Com kalau booking awal tak sampai 300 pun semalam. Yang penting nak main water park dia dalam tu syokkk haishhhh nanti nanti tahun depan lah. 

Sampai dah, terus parking kat luar The Shore je, depan the shore ni ada Melaka River Cruise (MRC) punya pick point, maksudnya disini kalau korang nak naik (MRC) beli je depan ni ada kaunter jual dan terus tunggu bot sampai, dah tak perlu beli kat depan menara taming sari tu, bestnyaaaaaaaa....cepatlah repeat Melaka lagi, duduk swiss garden semalam, pastu turun waktu malam naik lagi MRC buat kali kedua...gilaaaaaa cantik ! Hahahhahaa jom jom aku kalau dah plan cuti-cuti akan datang memang akan melencong jauhhhhhhhhh dari tajuk asal. 

PASTIKAN THE SHORE LEVEL 2
Masuk terus naik lif, tekan punat 2, cari The Shore Oceanarium Melaka sebelahnya ada lif khas untuk ke Sky Tower. Kat sini ada banyak lif, tapi ada SATU sahaja lif khas hujung sekali belah kanan anda. Kat situ ada pengawal akan jaga lif sehingga orang dah penuh baru boleh naik, selagi tak penuh tunggulah sampai berpeluh fuhhh.

Sudah rasa debaran dah, nak naik kemuncak 42 tingkat, jom.

Inilah lif khas Sky Tower Melaka, seriusly naik lif dah la laju dalam setengah saat je dah sampai beb, sangat smooth je lif ni naik ke atas tanpa kami sedar sebenarnya kami dah sampai puncak 41 tingkat...nak ke tingkat 42 perlu naik lif khas kedua...tudiaaaaaa

Lif khas kedua, mewakili 42 tingkat, nak naik dalam ni tak boleh ramai-ramai macam naik lif tadi, yang ini suku suku orang je boleh naik, pengawal yang pakai baju kuning tu lah jaga, gerak masuk para pelancong. Korang nampak siapa yang lagi tak sabar nak naik???
Qaiser ilman dah melangguk tu tak sabar nak naik dah kata dia, hahahahha macam perangai mak ko sangat ni dik...kita geng !

Inilah satu-satunya kaunter Sky Tower, disini ada pecahan dua bahagian, satu Sky Tower dan satu lagi Sky Deli (makan-makan). Sure korang tak sabar nak tau harganya kan? Aku baca kat website atau FB Sky Tower pun tak tercatat harga, masa aku dok hotel bajet kat Melaka je aku dapat pamplet ke sini menyatakan ia hanya belasan ringgit untuk satu orang Dewasa...tak percaya? Apa korang ingat naik ni 50 hinggit ke atas ke sorang hahahha

Harga Tiket The Shore Sky Melaka Tower
Ini dia bukti...jelas terpampang, The Sky Tower untuk Dewasa hanya RM18 sahaja tau. Manakala untuk kanak-kanak umur 3 tahun ke atas kena bayar. Harga kanak-kanak 3 tahun ke atas RM15 seorang, bawah 3 tahun FREE. 

Jangan risau diorang tak minta tunjuk MyKad pun nak beli tiket, just cakap je berapa dewasa dan kanak-kanak. Murah sangat dah bagi julia, sebab nak beli pengalaman semurah ini kalau pi luar negara pun susah nak dapat tau. Alhamdullilah, terima kasih Melaka sebab jaga hak hak pelancong walaupun ada GST tak beban sangat sebab total RM36 tu dah tertakluk GST...

Harga Tiket Gambar Rasmi
Sebab apa aku beli hanya sekeping gambar harganya lebih mahal dari harga tiket??? Sebab aku dapat tengok gambar yang disnap dengan kamera khas sangat cantik permandangannya dan beralaskan hanya sekeping kaca ! Bayangkan korang berdiri diatas sekeping kaca transparent di anjung hujung bangunan...scroll dulu cerita kat bawah...

Ini tiketnya ! Lepas beli nanti dia akan koyak ditengah sebagai tanda korang nak masuk dah.

Yeyyyyy, doakan kami selamat hahahhaa, bukan apa macam-macam feeling dah rasa duk atas ni, dengan deruan angin jam 5.30 petang buat rasa sangat sejuk walaupun peluh betina dah terbit bila lalui jalan ni, korang tau aku pijak ni hanya sekeping nipis je dibina, aku sangsi mampu ke benda ni tampung keringanan berat aku hahahhaa....celah-celah kepingan jalan tu korang boleh nampak terus ke lantai tingkat 41, bayangkan punya tinggi aku menahan gayat, huhhh dak Qi ni aku pegang kuat2, sebab dia punya rileks aku yang takut...dinding ni semua kaca, dilarang sama sekali bersandar ye.

JATUH CINTA !
SubhanaAllah, ini dari kamera cap ayam julia tau snap, kalau diambil dengan kamera gedang DSLR tu alangkah lagi cantik, tapi ini pun dah cukup berkali-kali aku ucap subhanaAllah, cantiknya indah alam terbentang luas tanpa sekelumit jerebu bertandang !

Tak silap julia, bangunan sebelah the shore ni Hotel Swiss Garden, cantiknya view atas top building dia kan.

Tak silap julia, inilah gambar sekelompok Kampung Morten yang sangat terkenal di Melaka, sebelum naik The Shore Sky julia dan family sempat round dengan kereta satu kampung Morten, memang cantik weh, serius seni bina rumah Melaka masih kekal cantik dan utuh diorang jaga, ramai pelancong asing bertandang. 

Arghhhhhhh lawa ! 
Gambar bawah ni je aku ambil satu je dalam FB the shore sky, yang gambar lain original from our hp. Cantik tengok !

Sudut gambar paling win dalam entry ini, bersama anak bujang kesayangan Encik Qaiser ilman menikmati keseronokan melihat kekuasaan Allah, melihat kecerdikan manusia yang Allah beri akal untuk bina seni bina tertinggi dan paling bersejarah di Melaka, kamu sangat beruntung Qaiser ilman, umi dan walid tumpang rezeki kamu je selama ni, alhamdulilah sama-sama travel ada sebab tujuan utama, nak didik diri anak dan suami agar belajar macam-macam di tempat orang, kerana disitu kita belajar banyak nilai positif yang jarang kita temui.

(Puas hati besarkan gambar dalam entry macam ni, puas nak tengok permandangan indah)

Jom naik tangga, nak naik tangga pun julia gayat jugak sebab tinggi, kalau korang ada baby tu pastikan pakai baby carrier ye, susah bawa stroller kt sini.

Sebelah tangga tu, mata julia melirik di atas puncak, wahhhhhhhhhhhhhh ada kolam ikan, cantiknya ikan sedang menari-nari...dengan alunan irama lagu yang romantik dari Sky Deli tu buat julia rasa awwwwwwwwwww jatuh cinta entah juta kali...

VIDEO
Meh click video julia snap, kalau nak sambut besday ke ulang tahun apa apa ke sini pun best, romantik sangat !

Very Exciting Video !

Tingkat 42 The Shore Sky Tower Melaka !
Tadaaaaaa, anak beranak ni naik dulu dari julia tau, diorang lepak lama depan pool ikan ni, sebab Qaiser ilman memang suka tengok ikan, 

Jom layan gambar, korang scroll je k.




SubhanAllah !!!!!
Cantik sangat golongan marhaien macam kami ni dapat berada kat sini lepas tabung cap ayam penuh, best tauuuuuuuuuu, disarankan naik ke sini waktu pagi dan 5.30 petang ke atas sebabnya elak panas melampau, kami kat sini area jam 6 petang just nice cuaca sangat cun ! Kata musim hujan kan so korang doa doa lah banyak2 masa nak pi tu Allah kabulkan doa kalian, Allah kabul doa kami. Yeyyy !

Jom ronda-ronda, kat sini ada teropong tau setiap sudut, so boleh tengok rumah siapa kat Melaka hahahha.



Macam mana suami boleh berada dalam TV ni ek, serius pelik, kamera snap dari mana, serius cantik, tetiba tertangkap gambar ni untunglah asben hehehhe.




Berpeluh-peluh den, hahahahhahah





Acara Kemuncak The Shore Sky Tower !

Kalau ke sini tak best lah kalau korang tak berani pijak lantai kaca ni weh, percayalah aku tengok pun dah naik seram sejuk sampai nak pitam, gigil gigil lutut aku, aku ni tunjuk je kat si Bangla jaga kamera EPS tu berani, walhal aku ye jantung degup kencang siap mengucap kalimah syahadah banyak kali, mana lah tau kan ajal bila...hahhahahhaa sampai cam tu sekali.


Tapi aku nak puji suami dan anak aku, sebabnya mereka ni bukan senang nak diajak bergambar, mereka suka jalan, suka bergambar tapi bukan bergambar dikawasan seram macam ni, tapi aku tak tau entah macam mana mereka berdua ni relaks je jalan atas lantai kaca tu dan depakan tangan luas-luas, aku sampai sekarang tak percaya, aku tak percaya diorang boleh gayakan aksi macam-macam diatas tu hahahhaaha tu sebab aku tak berkira beli sekeping gambar RM45 sekali dengan soft copy ambil dari We Chat. Advance nak mampus haaa...kat sini korang tak boleh bergopro ke berselfie ke, hanya kamera EPS ni je lah korang boleh snap memacam, akan dikawal oleh seorang mat Bangla hahahha.

Saksikanlah, kaki aku tu pijak pertama kali lantai kaca ni, gigil mak enon oiiiiii, sekeping je nak, mampu ke kaca ni menampung berat kami bertiga yang sangat ringan ni nak oiiiiiiiiiiiii...doa doa hahahha tu Sungai Melaka, aku dah pijak dah ha hehe

Komen-komen dari follower julia di FB heheheh semua pakat seram acaner kami bertiga ni berani bergambar kt sini sambil mendepakan tangan ala
'We all flying without wings !'


Antara sebab utama kenapa aku beli gambar sekeping mahal diatas ni sebab gambar yang diambil oleh EPS camera ni ohsem gilaaaaaaaaaaaa view dia....nak set kat gambar wallpaper kt pc opis hehe....mana mungkin korang takkan beli kalau satu family tercinta bergambar lawa cam ni, rugi sangat kalau tak beli, cantik view dan kualiti gambar ni siap boleh download softcopy lagi tau hehehe, Qaiser ilman dan suami sporting sangat, serius diorang tak takut bersama-sama julia titip kenangan disini, proud of u mmmuahhhhh!


Korang datang Melaka WAJIB datang sini WAJIBBBBBBB
Dengar pesanan hadik comel ni ye hehe bye!

The Shore Sky Tower Sdn Bhd
Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Malaysia

Telephone: +06 - 288 3833
FAX: +06 - 288 3533