Patutkah aku atau korang ambil kisah?
Tanya aku, bukan setakat deman kepialu je yang ada, banyak kot penyakit lain kena jaga sekarang.
Tapi kenapa dengan DEMAM KEPIALU nak ambil port sangat?

Huhh, korang kenal tak musuh korang ni...nama dia bakteria "Salmonella typhi"
Sekarang bukan main dia sakan bermaharajalela tau di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur !

Ni lah musuh korang sekarang, huhhhh siap ada mata kan, ada rambut kan bagai, harap Allah elak kita semua dari dapat dia ni....

Macam mana dia boleh tersebar?
"Demam kepialu tersebar melalui sentuhan dengan najis dan air kencing orang yang dijangkiti. Ia merupakan penyakit biasa di negara yang tidak mengamalkan kebersihan, di mana najis manusia boleh mencemari sumber minuman dan makanan dengan mudah." 
Bahasa mudah julia nak terang kat korang, kalau tak basuh tangan betul-betul semasa kendalikan makanan sebelum dan selepas, semasa makan basuh tak tangan bersih-bersih, anak-anak dari segi hygine pun kena jaga sebab penyakit ini mudah tersebar lagi-lagi bayi.

Hohhh risau, semakin risau !
Bukan itu sahaja, kalau kita berkongsi tandas awam, selalunya tandas duduk tu kan erkkkkkk aku rasa baik elakkan lah beb, carilah tandas cangkung ke kan yang tak direct to our skin, fuhhhhh lagi-lagi tandas kt kedai mamak, tapi tak semua mamak la, tapi bila cakap tak semua ada aku jumpa tandas masyaAllahhhh, bertaubat nak makan situ sebab aku suka tengok tandas dulu nak tgk cam ne tahap kedai tu. Tapi kalau dah ter order awal nasib le. Tapi aku tak pi dah. Geli !

Nak tahu cam mana tandanya gejala DEMAM KEPIALU atau nama omputihnya TYPHOID?
  1. Suhu tinggi: 39-40°C (103-104°F)
  2. Sakit perut 
  3. Sakit kepala 
  4. Sembelit atau cirit-birit


Apa-apa pun ambil semua makanan yang sudah di MASAK BETUL-BETUL. 
Air minum biasa yang salur dari mesin khas (public) pun aku masih ragu-ragu hmmm, caranya korang satukan air panas lagi banyak dengan air biasa tu dalam satu gelas. Untuk matikan kuman air biasa. Sebelum makan nak ambil pinggan ke sudu kat rumah tu basuh lagi sekali untuk elak jangkitan. 


Serius mohon ambil maklum.

14 Comments

  1. dah dimaklumkan via whatsapp by Abg Nizam semalam..
    harini dah baca details kat entry Juju.. sis pun akan berhati2 lepas ni.
    thanks Juju :)

    ReplyDelete
  2. Thanks 4 sharing jue.. memang alert pasal nie..so better masak sendiri kat rumah...lebih selamat.. bab toilet tue..biasanya kalau kena guna tandas jenis duduk tue kat luar, Farah akan lapik keliling dengan tisu baru duduk..hehehe..

    ReplyDelete
  3. tq ju..siyes br tau sume ni lps bace..td pun ade dpt whatsapp psl penularan virus ni..takut sgtttt..memang mkn kt umah je laaa..

    ReplyDelete
  4. Kat titiwangsa paling tinggi kena demam nie..dahlah dekat ngan tempat kerja...huhuhu

    ReplyDelete
  5. Kat titiwangsa paling tinggi kena demam nie..dahlah dekat ngan tempat kerja...huhuhu

    ReplyDelete
  6. Good sharing.. skng penyakit mcm2... seeloknya masak sendiri... inshaallah kebersihan terjaga jugaklah... semoga Allah melindungi kita semua.

    Amin..

    ReplyDelete
  7. Macam-macam hal sekarang jerebu belom hilang demam kepialu menjelma pula...

    ReplyDelete
  8. Scary sangat. Macam² wabak skang nih.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)