Az Zuha Group Sedia Pakej Umrah Bersama Ikon Daie | Julia Johari
Booking.com

Az Zuha Group Sedia Pakej Umrah Bersama Ikon Daie

Julia teringin lagi sekali nak mengerjakan umrah bersama keluarga lagi, tahun 2011 adalah kenangan mengerjakan umrah pertama kalinya yang tidak mungkin akan dilupakan sampai bila-bila. Masa tu julia belum berkahwin lagi, kali ini julia dah berkahwin, ada keinginan untuk pergi lagi sekali bawa suami dan anak tersayang mengerjakan umrah, bila terlihat pakej umrah dari Az-Zuha Group tersimpan satu keinginan yang pastinya jika ada rezeki akan ke sana lagi. 

Pakej Umrah Bersama Ikon Daie
Julia peminat setiap Ustaz Don, anda yang meminati beliau pasti akan selalu melihat rancangan ustaz don di TV kan, yang menariknya Az-Zuha Group ada mempromosikan pakej umrah bersama Ikon terkenal iaitu Ustaz Don dan Ustaz Nushi, tempahan sangat terhad, siapa dahulukan dia dapat rezeki. Bestnya. 

Latar Belakang Az Zuha Group
Az Zuha Group telah ditubuhkan pada 11 Januari 2012 atas nama AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD. Pada tahun yang sama syarikat ini telah beroperasi sepenuhnya selepas didaftarkan dan mendapat lesen KPL/LN (6839) daripada Kementerian Pelancongan Malaysia. Syarikat ini juga telah didaftarkan sebagai ahli Bumitra Malaysia (BM525) & Malaysia Association Travel & Tour Agency (MATTA).

Ibu Pejabat Az Zuha dan Cawangan 
Ibu pejabat syarikat ini terletak di Bangi-Kajang, Selangor dan mempunyai cawangan di Kedah dan di Selangor. Syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan perlancongan untuk dalam dan luar negara. Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan lain seperti menempah tiket kapal terbang, pakej Haji dan Umrah.



PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!!!

Az-Zuha Group Travel & Tours Sdn. Bhd. membuka penyertaan para jemaah bagi program umrah sempena cuti sekolah Disember 2015.

"UMRAH" Setulus cinta, Murabbi yang akan dibimbing khas oleh Ustaz Zamri Mari Mengaji ,Ustaz Don , Ustaz Nushi dan ramai lagi.

Buat julung kalinya penerbangan terus ke Madinatul Munawwarah denagn pesawat MAS AIRLINE A380.

Untuk maklumat lanjut dan pakej terkini, layari :

http://www.azzuhatravel.com
https://www.facebook.com/jomumrahazzuha
https://www.facebook.com/AzzuhaTravel

atau hubungi :

Ibu Pejabat:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
5-3, Jalan Seri Putra 1/1, Bandar Seri Putra
43000 Kajang-Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-89123367
Fax: +603-89123367
Email: azzuhakl@gmail.com

Cawangan Kedah:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
No. 13322-A, Jalan Serai Wangi 13/6, Taman Serai Wangi 2
09400 Padang Serai, Kedah Darul Aman
Tel: +604-4857195
Fax: +604-4851195
Email: az_zuha@yahoo.com

Cawangan Selangor:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
11-12-1A, Jalan Pahat J/15J, Seksyen 15
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-5523 4605


Intai-intai tabung tu, kalau dah penuh, jejakilah disana, banyak yang anda akan sendiri rasai keajaiban berada di bumi Makkah dan Madinah.

Julia teringat-ingat pandangan lambaian terakhir meninggalkan bumi Makkah, menangisssss, tandanya julia akan kembali semula. Amin.

6 comments:

  1. bestnya..suatu hari harap dapat pergi

    ReplyDelete
  2. ya allah dik...alangkah indah nyer kalau akak dijemput kesana satu hari nanti..

    ReplyDelete
  3. Blog akak ramai... blog walking from Indonesia

    ReplyDelete
  4. mmg tgh mencari pon sekarang..terima kasih sgt2 tau...salam kenal
    BW daripada Bloglist Nurfuzie Dot Com #1

    ReplyDelete
  5. teringinnnn nak ke sana..
    harap satu hari nnt dpt jejakkan kaki ke sn..aminnnnn..

    ReplyDelete
  6. Wahhh menarik ni :D In sha allah suatu hari nanti akan jadi tetamu Nya :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com