Masih Rasa Tak Bersyukur | Julia Johari
Booking.com

Masih Rasa Tak Bersyukur

Anda pernah mengomel?
Maksud julia komen pada depan rezeki.
Rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk, kadang-kadang kita sendiri tak terfikir yang hari-hari kita ada ini pun rezeki dapat setiap hari.

Tapi, pernahkah anda terfikir untuk beri komen-komen yang membantu menaik lagi reputasi sesuatu perkara?

Adakah kita hanya pandai komen itu dan ini tapi nak lahirkan sesuatu perkara yang memuaskan semua pihak bukan sesuatu yang mudah, tapi olahan pemikiran kepada rasa bersyukur dengan apa yang ada dari TIADA itu pastinya akan buat seseorang itu bahagia.

Begini, 
Bayangkan anda seorang peniaga perkhidmatan pengangkutan,
Ada beberapa buah van,
Ada kalanya driver-driver anda sakit, cuti emergency, tiba-tiba call tak dapat,
Apa tindakan kita sebagai peniaga?

Pastinya kita akan turun padang untuk selesaikan masalah tersebut kan,
Tanpa sebarang komen negatif terus start enjin dan meneruskan aktiviti jadual yang dirancang pastinya dalam keadaan teratur....tapi pernahkah anda fikir perasaan pemandu itu hari-hari?

Kadang-kadang mereka ini terlalu menyimpan perasaan, 
Sampaikan ada masa perlu bercerita kisah masyarakat yang menghuni van-van mereka setiap pagi dan petang...


Omelan yang pemandu dengar hari-hari...
"Akak ni dah lah kena jalan jauh, van ni kiri kanan tak ada sticker, mana lah akak nak nampak"
"Okey, jalan. (tanpa melihat sekeliling van yang dinaiki belum penuh)" ---sangat pentingkan diri sendiri sebab kes datang lewat, ni bukan van VVIP.
"Dulu van ni lain, van yang itu best sebab besar, van ni kecik"
"Abg boleh tolong saya tak, ada sorang kakak tu selalu tanya saya macam2, kenapa saya diam je, kenapa saya jawab sepatah je, kenapa itu dan ini, apa yang saya perlu jawab ye abg?" (pemandu dijadikan kaunselor hebat, siapa sangka, bukan setakat pendengar tapi sebagai penasihat juga.

Pemandu pun manusia, adakala pemandu itu mungkin bos, mungkin orang luar biasa, dan bukannya selalu orang biasa-biasa seperti yang anda bayangkan. Adakalanya pemandu-pemandu ini berlatar belakangkan orang-orang yang berjaya sewaktu mudanya, bila bersara mereka buat kerja amal sebegini untuk menghabiskan masa tua mereka dari tidak berbuat apa-apa. 

Celoteh dari rangkuman diatas anda pasti dapat fikir. 
Betapa banyaknya manusia hari ini yang masih rasa tak bersyukur dengan apa mereka ada.
Kemudahan yang disediakan adalah untuk mereka yang membayar fasiliti berkenaan, tetapi adakalanya ada pihak yang ambil peluang diatas kesenangan orang lain, anda sendiri fikir, duit yang mereka laburkan untuk bulanan naik kenderaan seperti van berkenaan dibayar oleh mereka, kenapa anda yang tak bayar sesen pun nak ambil peluang ke atas mereka kemudian komen tak membina.

Prinsip suka kritik negatif setiap hari, anda tahu efek yang anda sebarkan?
Pemandu yang pada awalnya bersemangat berdoa untuk dirinya dan anda semoga perjalanan selamat pergi dan pulang dirasakan seronok bertukar kepada kemerosotan jadual kerja. Sebab malas nak berjumpa dengan orang selalu bertopengkan input negatif.

Pemandu yang berniat ikhlas hantar anda hari-hari yang merasa mual melihat anda kerana asakan komen negatif bertalu2 didengari hari2. 

Ubahlah!
Cuba amalkan dan praktikkan ucapan terima kasih dan senyum kepada mereka, sangat mudah sebenarnya. Ada pemandu bercerita mengatakan pegawai dari luar negara sangat-sangat menunjukkan contoh yang baik kepada pemandu, antaranya selepas keluar dari van, akan pastikan orang dibelakang dapat turun semuanya, dan betulkan semula seat, tutup pintu van elok-elok dan ucap terima kasih sambil menundukkan sedikit badannya.

Kan bagus macam itu, kurangkan komen negatif, tapi banyak-banyakkan pujian membina, sedikit sebanyak dapat beri semangat pada diri anda dan orang lain, bersyukurlah dengan apa yang anda ada pada hari ini. 

10 comments:

  1. Allhamdulillah.... Allah Ya Syakur...

    ReplyDelete
  2. insyaallah..xnak mengomel yang bukan-bukan gak hehehe..syukur atas rezeki dariNYYA

    ReplyDelete
  3. insyaallah..xnak mengomel yang bukan-bukan gak hehehe..syukur atas rezeki dariNYYA

    ReplyDelete
  4. Ukurlah kesyukuran kita daripada ukur kesulitan dalam kehidupan kita... Semoga kita sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik

    ReplyDelete
  5. syukur dengan setiap apa yang kita dah ada dan dapat :)

    ReplyDelete
  6. *muhasabah diri*
    tq ju utk peringatan ni..in sha Allah..semoga kita sentiasa bersyukur dgn apa yg ada..

    ReplyDelete
  7. kena sentiasa terima...
    belajar menerima...
    bersyukur :)

    ReplyDelete
  8. Kan untuk menarik rezeki lebih lagi. kurangkan mengomel tapi tulislah 10 benda yang kita syukurkan hari ini. itu minimum.
    Thank you suka baca entry ni to kick start pagi ni

    Meroyan pemusnah rumah tangga

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com