Ada satu slot video 5 minit akan menerangkan waktu-waktu zakat fitrah, haaa jangan kita terleka dek nak siapkan persiapan hari raya, tapi perkara wajib macam ini di pandang lekeh ataupun TERLUPA. Bila dulu kita bujang kaum ayahlah yang selalu lunaskan zakat fitrah untuk anak-anaknya, pabila berkahwin tanggungjawab suami ke atas isteri dan anak-anaknya. 

Nantilah, nantilah!
Kita? Sebagai wanita saling ingat-ingati, sekarang sangat mudah, dimana-mana sahaja sekarang ada amil yang bertauliah dari lembaga zakat akan adakan satu booth untuk memudahkan mereka melunaskan zakat fitrah. 

Termasuk suami julia, bila dok teringat kata nanti nak tunaikan zakat fitrah di masjid saje nanti...bila nanti, ternanti-nanti sampai waktunya terlupa...baik lunaskan di Tesco Selayang sahaja, settle sudah. Sekarang tak semestinya kita kena pi masjid, pi pusat zakat, sekarang banyak amil-amil bertauliah di sekitar shooping mall.

Alhamdulilah. Lega tengok resit ni, lepas dah suami tunaikan tanggungjawabnya...

Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:
“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim

Kadar Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
  • WAKTU MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.                                                      [Sumber: Zakat Selangor]
                                                                                                         

Jom Hayati Video Pengertian Zakat Fitrah Ustaz Halim Din
(pinjam masa anda 5 minit je boleh? pahala berganda)



Jelaskan penerangan dari Ustaz Halim Din, penerangan yang simple dan mudah kita fahami, saling ingat ingati...

Barulah boleh raya sakan nanti yeyyyyyyyy!

7 Comments

  1. betul tu ju..kadang2 kite terlepas pandang benda yg wajib ni..

    ReplyDelete
  2. nasib husband dh bayar sabtu lepas.. takut terlupa hihi

    ReplyDelete
  3. biasanya bayar waktu sebelum solat raya..ehehheh

    ReplyDelete
  4. mr.asben aida selalu byr awal.
    kat shopping mall kat ada ejen kutip zakat fitrah.
    kalau rezeki masa tu x ramai org, terus mr.asben byr :)

    ReplyDelete
  5. dan lagi satu, yang penting jugak...kena bayar fitrah di tempat yang bakal kita akan menyambut hari raya, maksudnya kalau balik kampung...bayar di kampung, kalau beraya di bandar...bayar di bandar

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah ktorg pun dh selesai..xbrani nk tangguh2..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)