Meriahnya Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Parlimen Malaysia 2015 | Julia Johari
Booking.com

Meriahnya Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Parlimen Malaysia 2015

Jamuan Hari Raya Parlimen Malaysia
22 Julai 2015 (Rabu)
11 Pagi - 3 Petang

Sepanjang nak masuk 6 tahun julia berkhidmat di Parlimen Malaysia, setiap kali adanya jamuan hari raya Parlimen Malaysia sudah semestinya meriah macam satu festival keramaian. Pelbagai booth menyediakan hidangan yang lazat-lazat sampai tak tahu nak mulakan yang mana satu dahulu. 

Gambar diatas adalah sebahagian pegawai-pegawai seperjuangan, sebenarnya kami dalam satu pasukan yang sangat besar, macam keluarga kedua julia dah ni semua, sembang pun macam kakak dengan adik-adik. Seronok walaupun setiap tahun ada je warga baru yang masuk bersilih ganti tapi tak bermakna yang lama di lupakan.

Disebabkan bangunan Parlimen dalam tempoh pembaikan, maka jamuan kali ini di adakan di ruangan tempat letak kereta parlimen. Macam kenduri kendara dah tengok dengan live band yer meriah betul lagu hari raya berkumandang.

Saksikan suasana hari raya gambar bergerak ini. Duta-duta, semua Ahli Parlimen Malaysia dan pegawai-pegawai Parlimen di jemput. Khemah luas dan kawasan nak ambil makanan tidak jauh dari kawasan makanan.

Jom saksikan apa menu jamuan hari raya Parlimen tahun ini. Semua sedap-sedap belaka.











Antara makanan pertama yang menyinggah di perut...sudah semestinya kuewtiaw goreng marvelos ni....setiap tahun pihak Parlimen Malaysia tak lupa jemput peniaga berkenaan untuk menyajikan menu ini....memang terbaik!

Sate ayam dan sate daging...alahaiii macam mana nak kurus hahhaha

Aiskrim dengan tauhu bakar...marvelos pencuci mulut.
Makanlah sebanyak mana mahu...tapi bila tengok banyak2 terus rasa kenyang hahaha

Antara rakan-rakan seperjuangan yang julia sempat selfie bersama....

Telatah manja kami bersama...sebenarnya kami ni suka bergambar pelik-pelik...hahhahaha

Cantik sangat-sangat gambar ni kan...ni semua kawan-kawan satu ofis julia..

Jamuan kali ini memang boleh bawa keluarga, tapi suami julia ada mesyuarat dengan pihak pembekal, so tak ada sapa nak gilir2 jagakan Qi nanti, so dua2 tak attend, rugi lah kan sebab boleh bawa family. Tak apalah next time kan.

Teguran Membina
Tahun depan harap ada hiasan tulisan banner besar-besar, kad raya, lampu raya dan hiasan bunga-bunga, banyakkan lagi hiasan daun ketupat di gantung sekitar booth...baru menampakkan suasana jamuan hari raya (lagi best ada selingan pengumuman booth hiasan raya terbaik baru lah semangatkan peniaga2 nak hias)...tu je lah julia nak tegur membina, sebab tahun lepas ada hiasan booth yang cantik2 seronok nak bergambar ada tema masing2...cuma kali ini nampak agak sikit dull di situ...nak bergambar raya pun tercari2 mana port, inilah port yang ada pintu gerbang putih kehkehkeh...

Okey, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin dari kami seluruh warga Parlimen Malaysia.

12 comments:

  1. Meriah..Nk2 bole bw family.. Lpr tgk Juadah dihidangkan

    ReplyDelete
  2. Pehhh macam macam makanan ada :)

    ReplyDelete
  3. memang meriah nih...uishhh lapar pulak tiba-tiba...

    ReplyDelete
  4. wow..bestnya..siap blh bwk family...

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya
    maaf zahir dna batin

    ReplyDelete
  6. wahhh meriah nye..bestnte tgk banyak makanan!

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak, kalau ada kerja kosong Parlimen bagitahu lerr. cm best jeee..

    ReplyDelete
  8. best nye jamuan raya dekat parlimen..

    ReplyDelete
  9. ish ish.. mengancam betullll kuew tiow tuuu

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com