Macam Mana Nak Jaga Hati Sendiri? | Julia Johari
Booking.com

Macam Mana Nak Jaga Hati Sendiri?


Apa yang korang nak sangat julia mengarang dalam entry blog Julia Johari? Nanti julia pilih beberapa idea jawapan mana yang menarik dan nama link FB korang akan terpampang dalam next entry akan datang...

Jawapan:
Ingat tak sesiapa yang terlibat dengan persoalan yang begitu banyak sekali? Saya amat berterima kasih kepada anda yang sudi berfikir dan meninggalkan komen soalan yang sangat berilmiah sekali. Bangga tau dapat berkawan dengan anda, sebab segelintir yang join beri soalan ini pun adalah dari kalangan sahabat-sahabat silent reader. Anda ada rupanya ye, bagus. Itu tanda anda seorang yang sangat peka akan perkembangan rakan online yang lain.

Macam Mana Nak Jaga Hati Sendiri?
Cik Salatul Zarida Ishak dan Puan Steffi Tiez rakan FB julia menanyakan satu soalan ini. Macam mana nak hadapi ujian JAGA HATI SENDIRI? Betul bukan senang nak jadi senang lagi-lagi berkait rapat soal hati.

Banyakkan Berdiam Diri 
Anda tahu tak kelebihan sekali sekala berdiam diri? Sebenarnya kita bukan nak elak apa jua masalah yang mendatang, tapi ia adalah remedi utama untuk kita tenangkan diri dari buat perkara yang membabi buta, melulu, terburu-buru, marah, maki tak tentu pasal, tabur cerita tak tau hujung pangkal.

Tujuannya satu sebab nak lepaskan perasaan tak puas hati, julia pun pernah lalui situasi ni dulu, pernah juga terlepas memaki hamun di FB dulu-dulu, tapi kan siapa yang last sekali tolong settlekan masalah kita? K I T A sendiri kan? Betul tak? 

So buat apa nak sakitkan hati sendiri dengan kita sendiri yang besar-besarkan...boleh je kongsi di FB tapi beri kiasan sudah memadai, tak perlu menunding mereka berkenaan, ada kala teguran di FB juga perlu supaya mereka tahu tidak perlu berlebih-lebihan rentak atau langkah dalam satu-satu perkara.

Nak lepaskan Marah macam mana?
Kita ni Allah jadikan sifat cukup dah, ada airmata kan, kalau rasa nak menangis, menangislah masa sujud depan Allah masa solat, disitu kau ceritalah apa masalah kau, kau bukan dok sorang-sorang, kita ada Allah, cerita dekat dia, dia Maha Pendengar...serius aku dulu pun teruk, tak tau nak lepas marah macam mana, last sekali aku yang stress.

Jalannya, remedi menangis tu boleh buat kita tenang, bukan buat2 menangis, tapi tangisi perkara yang kita nak jalan penyelesaian, bukan menangis tanpa hala tuju, berdoa sambil meminta petunjuk dari Allah agar tenangkan hati kita, dekatkan hati kita dengan jalan sepatutnya yang perlu kita ambil itulah sebenar-benarnya cara.

Banyakkan Bergaul Dengan Rakan Yang Boleh Buat Kita Segar
Kau tahu segar? Kalau bangun pagi lepas solat subuh kan segar, kalau lepas nangis kan segar, kalau lepas luahkan masalah pada rakan yang boleh menegur kita beri tahu elok-elok salah kita itu kan segar, bukan berkawan dengan mereka yang suka membuka aib kita depan orang lain. Itu namanya gunting dalam lipatan. Depan baik, belakang macam syaitan hasut!

Kadang-kadang, saudara mara pun tak boleh tolong, serius, aku bukan cakaplah, zaman sekarang sedarah sedaging pun buat musuh, nak minta nasihat dan bantuan perghhhhhhhhhh macam kena gigit anjing, buang ikatan sedarah. 

Kawan-kawan Allah jadikan ada yang berhati mulia, mereka hadir tanpa kita sedari, betul weh aku cakap, kadang-kadang bila kita rasa rakan yang jenis tak bercampur sangat dengan kita tu lah pendengar setia, pembimbing motivasi buat kita terusssssssssssssss bangkit jadi orang baru.

Jadi Orang Baru?
Aah cuba baca mesej dari blogger adik Fana Chek Saat ini, baru pertama kali berjumpa dengan adik fana di satu event, walhal julia berjumpa dengan sesiapa pun memang akan layan sama je. Tapi adik fana ni komen dalam entry yang lepas buat julia terkesima, adakah ini AKU?


Setiap hari adalah hari baru, kalau hari ini ada perkara yang spoilkan mood anda, jangan spoilkan di hari esok dan seterusnya, cari perkara yang boleh buat anda happy walaupun sikittttttt....masalah tetap akan datang dan pergi...caranya semua bermula dari diri kita.
Jom dengar lagu raya jom hehhehe nanti senang julia kongsikan soalan seterusnya dari pembaca. Stay tune beb!

9 comments:

  1. sebenarnya ia perlukan hati yg sado.. cekal.. mungkin pengalaman banyak mengajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati kena kental.. pandang depan jalan terus..

      awat fifi tak boleh komen direct kat blog julia ni.. kena menumpang..

      Delete
  2. nak jaga hati sendiri..kalau saya.saya lebih suka menjauhkan diri dari punca masalah..bukan kita nak lari dari masalah tapi sekadar nak bagi ruang untuk kita sendiri bertenang...kemudian ,berdoa dan mengadu lah pada Allah..pada suami dan orang yang kita percaya..lepas tu mesti lega..last sekali saya suka tengok cerita2 lawak..heheh

    ReplyDelete
  3. Entry ni menarik.. jadikan pengajaran dan pengalaman untuk diri ai.. eemm..

    ReplyDelete
  4. Kadangkala lebih baik berdiam untuk jaga hati sendiri

    ReplyDelete
  5. lbh suke diam dl..tenangkan hati sendiri..sebab ila jenis yg baran jgk..risau mulut kuar mcm2 bila marah..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com