Alhamdulilah, diberikan kesihatan yang baik untuk kami sama-sama satu teman sepejabat hadiri ceramah yang tersangat mahal harganya, Kuliah Jumaat Bersama Imam Palestin/Syria dari Sheikh Ahmad Jakmiri Ghassan Al Hafiz. Bila lihat agenda diatas, pasti air mata akan bercucuran nanti bila lihat tayangan video situasi di palestin dan syria. 

SubhanAllah, memang sewaktu julia rakamkan video, air mata tak dapat menyeka lagi dari jatuh, terussss mengalir deras, Allah, kita di bumi Malaysia sangat bersyukur aman dan tenteram, tapi seumat Islam kita disana makan dan minum malah tempat tinggal pun tak ada, musnah sama sekali.

Hari ini julia berjubah, tersenyum lihat banner ini, panjangkan sedekah insyaAllah besar ganjarannya disisi Allah.

Sheikh Ahmad Jakmiri Ghassan Al Hafiz memang berbahasa Arab, lancar ucapannya, ada translator dari Malaysia terjemahkan. Allahuakbar, nanti kalian tonton video klip julia rakamkan pagi tadi dibawah ye.

Julia Johari bersama Sharifah Raabiatul Adawiyah, adik rakan sekerja, temani sama-sama ke majlis kuliah Jumaat, pengharapan pahala dari Allah. Amin. Ceria dan sangat seronok!

Anda tonton dan ambil ilmu sedikit dari sini ye. 
Part 1

Part 2

Alhamdulilah, rezeki di pengakhiran ceramah, ada cenderahati berupa kurma.
SubhanAllah, semoga sisipan video ini memberi manafaat kita bersama. Next entry julia akan kongsikan 2 video khas keadaan di Syria dan Palestin, ada ayahnya meraung kehilangan anaknya, menangissssssssss julia tak tertahan lagi. Semoga Allah melindungi mereka semua.
Amin.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
IKLAN
Ephyra Skin Bar
RM39 sahaja
Julia Johari - Pengedar Sah Ephyra
WhatsApps: 013-6327 333
Baca Review SINI

6 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)