Hampir sebulan tau julia mencuba, start mula dapat parcel review dari Cosmoderm pada 22 Jun 2015, sekarang sudah 27 Julai 2015, almost 1 bulan lebih julia guna, now yang best yer nak story memang mujarab serum ini weh, lagi-lagi jenis kulit berminyak tak tentu masa macam julia ni, asal makeup berminyak, asal tak makeup pun berminyak juga, masih setia guna pencuci muka ephyra tau, so tak ada masalah guna serum ini dimuka sebab ia produk natural juga dari sumber tumbuh-tumbuhan.


Bersifat tidak melekit dan cepat meresap
Sebulan lebih bereksperimen dengan Cosmoderm Serum Tea Tree Kawalan Minyak Muka ini julia dapati ia sangat sesuai untuk Kulit Berminyak / Boleh Kurangkan Minyak Berlebihan dikawasan wajah. Cecair yang sangat jernih, dan tidak berbau kuat serta mudah meresap terus ke dalam kulit beri efek yang sangat bagus lagi-lagi bagi wanita seperti julia yang suka bermakeup setiap hari.

Bahan Semulajadi
Jangan risau, semua produk yang terhasil dari rangkaian Cosmoderm adalah halal dan terdiri dari bahan semulajadi.

LEMON, LIDAH BUAYA, EKSTRAK BUAH & MINYAK TEA TREE

Kebaikan
Banyak kebaikan yang boleh julia rasai, jika anda ada rasa gatal di muka, atau rasa merenyam lepas termakan sesuatu makanan, sapu serum ini di keseluruhan wajah, julia dah rasai serum ini bertindak balas ke atas rasa gatal di muka jika kira rasa tersalah makan. Terbaiklah. 
 
• Mengawal Produksi Minyak
• Mengurangkan Jerawat
• Mengurangkan Bintik-bintik Hitam & Putih
• Membersihkan Liang Roma Yang Tersekat
• Mengembalikan Kelembapan Semula jadi

Selepas basuh muka dengan pencuci setia, julia terus sapu serum tea tree kawalan minyak dari Cosmoderm ini di keseluruhan wajah sebelum makeup dilakukan.


Tadaaaaaaa, bila makeup rasa sangat terletak je kat muka, sebab guna serum ini boleh kawal minyak di wajah keluar secara berlebihan, selain itu ia juga dapat jaga jerawat dari membesar tau, lagi-lagi time period memang jerawat suka sangat tumbuh kan termasuk julia sendiri heheheh.

Nak beli? Boleh rujuk website Cosmoderm dibawah. 
Terbaik produk Bumiputera ini.

Yakini halal dan berkesan

5 Comments

  1. dia memang untuk kulit muka je ye??kecik je bekas dia tapi berbaloi..

    ReplyDelete
  2. menarik nie..nnti jap cuba satu2 dulu..heee

    ReplyDelete
  3. auwwww..bestnye juuu...teringin nk try..tmbh epyhra skin bar tu..nnt gaji nk blikan mertua skali..skang ni kene bejimat sket..gaji lmbt lg..hihi

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)