Dua situasi buat aku terkedu jadi ibu:
1. Masa berjalan laju masuk ke Kaison, tak nampak plak Qaiser ilman teralih masuk kedai sebelah tu dan berkenan 1 kerusi kecik bawa lari keluar masuk ke Kaison, time tu walid dok perhati gelagat Qi sambil panggil ju...ju terpandang terus nampak Qi bawa kerusi tu apa lagi marah la kan...hmmm ju amik kerusi tu bawa keluar bawa masuk kt kedai tu semula sambil ucap minta maaf dekat jurujual lelaki tu, dia hanya senyum ucap tak mengapa dari jauh, kebetulan sepasang orang tua Cina tegur julia lepas keluar dari kedai tu.

'Is it your son?' 
Yes my son, 3 years old, maaf anak saya bawa lari kerusi tadi. (Berkali2 ulang minta maaf sambil senyum malu)
'Clever boy!!!' Your son so clever! Bijak dia boleh pikir ambil kerusi tu (berulang kali sepasang Cina tua tu sebut)

Pengajaran: (Aku masuk ke kedai Kaison tu balik ingat nak marah balik kt Qi tapi sebaliknya aku jadi bingung, apa maksud mereka ttg budak sekecil ini, yang aku nampak kesalahan yg perlu ditegurkan, tapi serius aku belajar kawal marah selepas mereka ckp mcm tu)

2. Petang semalam dalam kereta Qaiser ilman jumpa tok saudaranya nak ke Quill Mall. Macam biasa tok saudara dia kan suka nyakat budak2. Katanya...
Tok saudara: Qaiser....Qaiser...gelapnya dalam parking ni..takutttt!
Qi: Qaiser kan ada, jangan takut! Qaiser ada, jangan takut. (Banyak kali ulang jawapan sama)

Pengajaran: Terkejut kami semua dalam kereta, budak 3 tahun bagi jawapan mcm org dewasa, bukan nak kata si Qi tu bijak ke apa bukan....cuma aku sebagai ibu sgt2 hairan...bingung...budak sekarang punya pemikiran sgt ajaib...jawapan dan tindak tanduk mereka kita ingat masih keanak anakkan...sampai sekarang teringat2...tu jadi panjang ni...ok lega dah cerita...

10 Comments

  1. Setuju.. Bebudak zaman sekarang nie ajaib sikit.. Pemikiran dia luar biasa dari usia dia..

    ReplyDelete
  2. budak zaman skrg mmg advance...samalh macam si bujang saya...perbuatan die kadang2 terlalu advance berbanding umurnya...semoga Qi membesar jadi anak bijak & berguna...
    singgah blogwalking :)

    ReplyDelete
  3. mesti pandai fikir bila umur dah meningkat

    ReplyDelete
  4. jangan marah dia di khalayak ramai.. cuba nasihat dia benda itu salah jgn buat.. nnti kena tangkap.. cuba main dgn sikologi sikit.. mmg kita malu tp jika kita mrh anak itu khalayak ramai nnti dia akan malu dn teringat2 sampai ke besar.. just share pendapat.. hihi..

    bijak anak itu.. pandai berkata2 mana taw boleh jadi ceo syarikat ker hehe..

    Jemput join segmen terbaru saya

    Segmen 3 Review Percuma Umtuk Produk Blog & Event

    ReplyDelete
  5. wah Qaiser.. anak soleh dan anak yg bijak.. sangat protective dia kan.jangan takut semua... Qaiser kan ada.. amboii

    ReplyDelete
  6. Situasi kedua tue sama mcm emir.. Kdg2 mmg buat kita terkedu kan.. Padahal tak pernah ajar ckp mcm tue pn.. Hehehe...

    ReplyDelete
  7. hahahhaa qi pulak cool kan atok..pandai!

    budak sekarang memang bijak..kadang cakap tu tercapai dek akal..haha

    ReplyDelete
  8. Assalam julia,
    he3
    tindakan anak2 memang tak terduga kekadang tu kan3

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)