Sarapan Anak Anda! Anda terfikir tak setiap hari anak-anak kita bangun dari tidur apakah makanan pertama yang masuk didalam perutnya selain susu? Sudah semestinya sarapan seimbang. Tapi portion atau kuantiti makanan macam mana yang sesuai dengan peringkat pertumbuhan anak-anak kita pernah terfikir tak? Julia dapatkankan 2 artikel bergambar ni dari FB Positive Parenting ada share tentang cara-cara kita sebagai parent belajar untuk menyediakan sarapan ringkas tapi cukup berkhasiat untuk mereka membesar dengan baik.


Kalau kita lihat gambar diatas, makanan jenis karbo paling banyak digemari oleh anak-anak termasuk anak saya. Rupanya kita kena pelbagaikan menu, jangan hari-hari bagi nasi goreng je pada si anak kerana menurut hawa nafsu kita yang suka makanan berat setiap pagi. Julia pun tak terlepas dari masalah ini bila tiba musim malas yang menjadi-jadi.

Cukup seronok kita ambil contoh Menu 1-3 tu pada anak2, mudah kan, cereal, telur hancur, roti, pisang, jus oren, waaaaaaa Qi memang suka makan pisang dan jus oren, nanti julia kena gantikan sarapan dia kepada menu2 diatas. 

Sebagai ibu bapa, julia banyak belajar dari kesilapan, malas itu memang penyakit utama, kadang2 kita tak leh elak nak bagi junk food dekat anak2 sekali sekala, bukan selalu, tapi jangan selalu diajar kan. Lagi satu, jangan terlalu sedih jika hari ini kita tak cemerlang nak sediakan sarapan anak-anak, jom bisik hati kecil kita sekarang esok kita mula dengan teknik penyediaan sarapan mudah untuk anak-anak ye. Tiru je teknik menu 1-3 tu, mudah sgt.

Seronokkan baca tips sarapan anak, semoga entry ini bermanafaat untuk anda, Assalamualikum wbt.

10 Comments

  1. pemakanan memainkan peranan yang penting di dalam proses tumbesaran anak-anak... great sharing and great entri my dear... thumbs up!!!

    ReplyDelete
  2. sarapan pagi penting untuk anak anak ^^

    ReplyDelete
  3. kalau boleh jangan skip sarapan untuk anak² kan

    ReplyDelete
  4. macam saya tak kerja jadi bab2 masak sarapan anak ni memang macam2 la saya masak..lagipun sebab anak saya ni bukan jenis suka makan nasik.jadi tak boleh tumpu nasik saja..hari2 kena pelbagaikan...kadang2 kuih,kadang2 me,kadang2 bihun...tapi hari malas saya masak jemput2 je..tu maknanya malas la tu..hahahah

    ReplyDelete
  5. alamak...my daughter x suke mkn sarapan laa julia....cmne niiii.......

    ReplyDelete
  6. Tq ju..danish bese pg asik nk nasik lemak je..xpun mee..tu je la yg die suke..hadoii

    ReplyDelete
  7. Anak-anak Kak nina wajib ambik breakfast...
    At least pisang + roti + susu
    Kalau sempat Kak nina akan prepare menu yg lebih berat.

    ReplyDelete
  8. betul.. sarapan sangat penting.. jangan skip.. tetambah untuk anak kan..

    ReplyDelete
  9. Nice sharing jue.. farah pun ambik berat jugak setiap apa yg Emir makan..tapi kadang2 terlepas jugak bagi junk food..hehehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)