Penghargaan dan Testimonial Penglibatan Diri Ke Event Positive Parenting | Julia Johari
Booking.com

Penghargaan dan Testimonial Penglibatan Diri Ke Event Positive Parenting

Jemputan, Pergi, Kumpul Info, Balik, Karang Entry dengan Ikhlas. Ini yang julia amalkan, suka buat entry detail sebab itu melambangkan diri julia sebenar yang suka maklumat lengkap. Suka bertanya, suka melihat dan pergi dapatkan aura dari all the experts. Bukan setakat itu, orang belakang tadbir dari pihak Positive Parenting sendiri sangat peramah dan air muka setiap satu darinya sangat ikhlas, pertama kali bersua seperti dah lama kenal. Rasa macam tak mau balik lepas pi session hari tu. Seronok tak terkata.


Bila kita relaks dan enjoy sesuatu event atau aktiviti, pastinya kita akan coretkan sesuatu yang ikhlas terpancar dari gaya penulisan untuk dikongsikan didalam blog bukan? Kalau event tu bosan, tenaga penceramah pun syok sendiri cakap sorang2 kt depan, takde 2 way communication antara penceramah dengan parents yang hadir anda pasti akan berkata, last la aku nak pi event ni. Lepas tu entry pun asalkan ada gitu.

But not this session! 
I enjoyed very much, kebanyakkannya yang hadir adalah parents dari golongan bangsa Cina. Golongan Melayu boleh dikira, sebenarnya rasa sedih juga, sebab terfikir, kenapa bila ada event FREE tentang parenting orang Melayu buat acuh tak acuh nak libatkan diri. Ni menjurus kepada Julia ye sebab julia sendiri banyak kali skip session anjuran dari Pihak Positive Parenting kerana kekangan tugas.

Mentaliti dan sikap julia lihat dari pandangan kasar: (jgn plak serius ini hanya andaian)
  1. Pasti session memboringkan
  2. Tak ada event makan tak nak la join
  3. Suka event hiburan baru seronok
  4. Salahkan anak nanti tak duduk diam
  5. Malu menebal
  6. Tak kenal sapa macam mana nak join
  7. Layakkah aku?
  8. Malaslah
  9. Buat-buat lupa
  10. Alah aku tau macam mana nak didik anak2 aku, bukan susah pun.
Banyak soalan yang bermain dalam fikiran....kalau event jemputan melibatkan jawatan IBU BAPA kita tak ambil kisah sangat termasuk julia la. Tapi bila dah pergi sekali, Allahuakbar, sedih bukan kepalang, seronok dan banyak ilmu saya pelajari dan saya sendiri rasa nak menangis bila fikirkan saya zero ilmu tentang dunia JAWATAN SEORANG IBU....

Lepas ni, harap-harap adalah next session, julia tak sabar nak join dan buat hebahan, nak sama-sama dapat ilmu percuma...kami dahagakan ilmu ini.

Terima kasih atas komen / penghargaan / testimonial yang diberikan oleh Pihak Positive Parenting. Saya bagi 5 bintang! :D



Terlepas session parenting? 
Click link:

9 comments:

  1. seronokyaaa dapat tambah ilmu parenting kann ^^

    ReplyDelete
  2. Ohhhh free ke JJ.....Bestnya..... okje suka gak event event gini, nak nak pasal parenting ni....yelah nama jee anak dah bosar godang, tp ilmu cetek hihi....
    Apa pun ecperienced pergi sendiri mmg tak akan sama dgn org yg cuma dpt baca summary mcm okje ni

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..dedua pihak gembira kan ;) well done dik, teruskan usaha murni kamu tuh..

    btw..akak akan terima nasihat kamu tu, bukan takat sedekah masjid tapi akak nak lajak ke anak-anak taska skit..

    ReplyDelete
  4. a good sharing julia. tuk mak2 muda like us...ehh muda ke? x pernh pegi event mcm ni....mungkin xde pendedahan. kalau dorg buat marketing scr besar2 an mungkin parent lebih aware. mungkin blast newsletter ke....kt radio community column ke, bunting or banner ke? just my opinion. hihi

    ReplyDelete
  5. Ilmu parenting ni sgt bagus dan perlu dipelajari dari yg pakar termasuk bertukar2 pandangan sesama yg hadir juga kan.. Tahniah Julia.. :)

    ReplyDelete
  6. hope lebih ramai yang berfikiran macam akak lepas ni.. tuntut ilmu.. nak besarkan anak2 pun kena ada ilmu kan.. yg x kawen lagi o ada anak pun bleh gi hihi..

    ReplyDelete
  7. bagusnya akak...
    saya skrg ni tgh cari ilmu bab rumahtangga, pasal anak2... utk siap sedia masa hadapan.. walaupon belum berkahwin lagi..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com