Ada Bau Orang Nak Masuk Meminang | Julia Johari
Booking.com

Ada Bau Orang Nak Masuk Meminang

Haaaaa, korang tau sapa gambar kt sebelah julia ni? Adik julia paling bongsu la, Jastina Johari. Kalau korang suka drifter, dialah salah seorangnya, adik aku yang bongsu ni minat dia lebih banyak ke arah automotif, banyak minat bidang job lelaki, eh dulu2 masa kecik dia ni memang lain dari adik2 julia yang lain, walaupun kuat manja, cakap pun manja2, pemilih tahap gila, tapi aku sayang dia walhal dalam hati aku banyak gaduh ngan dia hahahahhahaha.

Beza umur kami 5 tahun, sejak kecik jastina ni dengan pangilan ina suka sangat dengan jamuan, asal pi sekolah dia ingat kita ni pi makan je, almaklumlah zaman sekolah tahun 90an dulu cikgu sekolah suka buat jamuan akhir tahun hahhaha. Ina ni kelulusan dari Unisel, dah tamat belajar dalam ijazah electrical engineering. 

Masa terus berlalu, adik kecik aku bukan selamanya kecik, tahun ni umurnya dah 27 tahun. Ko dah tua la ina hahahahaha, akak still muda 13 tahun lamanya hahahhahhaha. Dah nak kahwin rupanya.
Myrides Magazine 40th-edition Nov 2012

Ada bau-bau dari jauh, eh orangnya tak jauh pun, nak datang merisik sabtu depan, nak tanya bunga ditaman dah disunting ke belum, gitu. Aku? Sebagai kakak, memang mengalu-alukan kedatangan family mereka, sebab dah kenal lama. Suka aku tengok diorang sama-sama kendalikan perniagaan yang sama diminati. Aku tak halang, teruskanlah. Tapi lama-lama kena ada ikatan halal, senang nak dibawa ke sana ke mari, alaaa macam kak juju kau ni, abang abi bawa berjalan 1 Malaysia hahahahhahaha. Syok!

Dunia automotif dan dunia akademik seiring berjalan. Apa rahsianya?


Nak tau sapa bakal adik ipar i?
Ni diorang kt bawah ni, jadi pengapit husband zaman julia kahwin dolu2....amboi macam la lama sangat ko kahwin eh julia hihi...so sweet!


Sebagai bakal kakak ipar yang garang tapi baik hati, sis juju doakan korang berbahagia dunia akhirat, kalau ada masalah tinggi sampai ke bumi pluto pun jangan sebarkan di media massa, jaga aib masing2, nanti Allah bagi jalannya. 

Terjah FB bussines diorang ya dibawah:

Tak sabar nak tunggu hari risik! 
Eh ina cepat beli baju lawa2 hahahahhahahhahaha leh tak kakak ko nak melawa gak ;p
(aku rasa aku yang tak sabar nak tgk diorang kahwin, nak makan nasi minyak hahahhahaha)

8 comments:

  1. wah muke julia and ur sis nk sama lah tang mulut...hehehhe. congrats to ur sis yg bakal dirisik:)...alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. hebatnya jez.. tahniah in advance...

    ReplyDelete
  3. Hehehe.semoga cpt2 smpai ke jinjang pelamin

    ReplyDelete
  4. WOW. tabik spring kat adik sis. bkn mudah nak ada adik yg lasak n lain dari yg lain.

    best best best

    ReplyDelete
  5. Assalam julia,
    waaaaaaaaa
    tahniah3
    selamat meyanbut bakal orang baru naaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. Wah tahniah jue.. Bakal dpt adik ipar.. Hehehe

    ReplyDelete
  7. wah.. julia nak dapat adik ipar.. bestnye..

    ReplyDelete
  8. hahaha your a funny sister. BEstnya.. untung la dapat adik yang kewl macam jastina ni..


    Testimonial kulit putih melepak tanpa krim pemutih

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com