Petua Masak Lokan Masak Serai Bercili | Julia Johari
Booking.com

Petua Masak Lokan Masak Serai Bercili


Lokan adalah sejenis seafood, pertama kali julia masak menu ni, kalau rajin usya dalam instagram #juliamasak pasti anda tahu baru-baru ini julia masak juadah ni pada family. Kebetulan julia ikut suami outstation ke Pantai Timur minggu cuti CNY, maka masa nak balik terjumpa lokan ni di deretan tepi jalan raya Penarik, Terengganu. Sekilo hanya RM2 murah betul ni, tapi pening kepala macam mana nak masak dan simpan lokan ni agar tidak busuk keesokkan harinya?

So Julia google dalam hp, oooohhh senang rupanya nak simpan lokan ni, pertama sekali:
  • Lokan perlu disimpan dalam tempat redup dan jauh dari sebarang kawasan semut
  • Jangan simpan dalam peti ais (lokan akan mati)
  • Jangan sembur air paip atau rendam lokan dalam air (nanti lokan akan keluarkan air dalam cengkerang dia dan akan bersalin air paip dalam cengkerang so jadi tak sedap nak masak nanti)
  • Simpan dalam peredaran udara elok sudah mencukupi, jangan risau lokan takkan mati kalau beli hari ini esok nak masak, sebab dia ada simpan air dalam cengkerang tu.
Esokknya julia basuh lokan ni bersih, jangan ada sebarang lumpur atau pasir kt luar cengkerang dia tau, kemudian masukkan dalam kuali besar tutup dengan tudung periuk. Biarkan dalam masa 5 minit sampai semua cengkerang lokan terbuka luas cm ni. 

Jangan masukkan sebarang air dalam kuali. Nanti lokan sendiri akan keluarkan air dia melalui cengkerang tu.

Nak tahu lokan ni hidup ke tak, masa stim ni kalau cengkerang lokan terbuka tandanya dia hidup, kalau cengkerang dia tertutup rapat masa stim haaaaaaaa jangan gatai tgn pi bukak plak, tu maknanya lokan tu dah mati. Buang je.


Alhamdulilah kesemua lokan yang husband julia beli 100% hidup elok je. Kopek isi lokan buh dalam mangkuk. Jangan basuh, nanti rasa dia dah tawar. Next...

Resepi:
 Lokan Masak Serai Bercili
Bahannya:
1 ulas bawang besar -mayang nipis
2 biji bawang putih - tumbuk halus
1/2 inci halia - tumbuk halus
1 batang serai - di titik
3 sudu besar cili kering - sudah dikisar kasar
1 sudu kecil sos tiram
Gula dan garam secukup rasa.

Caranya:
  1. Goreng bawang putih dan halia sampai kekuningan.
  2. Masukkan 3 sudu besar cili kering, tumis sampai pecah minyak, perlahankan api.
  3. Masukkan serai, sos tiram, garam dan gula.
  4. Terakhir masukkan lokan, masak dalam 2-3 min sahaja. Jangan lama nanti lokan kejung x sedap nak makan.
  5. Hias cantik2, siap!
Mudahkan nak handle lokan, xyah nak simpan dalam peti ais kalau dah beli tu, sifat semulajadi lokan suka bersifat natural, sedap makan panas2...lagi berapi buat sambal...berpeluh2 nak makan...selamat mencuba!

13 comments:

  1. macam lala jugak la..kan??tak payah simpan dalam peti sejuk..saya tak pernah makan lokan ni..isinya lebih besar ye..memang harganya murah macam tu ke?/saya rasa nak beli la..tapi takut sekali tanya tengok2 harga sekilo sampai berbelas2 ringgit pulak..

    ReplyDelete
  2. Kalau balik manjung.mmg keje akak2 angkat cr lokan.mmg.best.tp rara x pernah mkn.percaya x.hahaha

    ReplyDelete
  3. Akk blm pernah lagi rasa lokan ni ju.nampak mcm sedap je ju masak..trrbaik!!

    ReplyDelete
  4. siap bg tips lg tuk make sure lokan hidup...hehehhe. kalau balik kg mak kt kuala penyu mesti beli lokan tu bwk blk kk. hehehehhe

    ReplyDelete
  5. Assalam julia,
    kami blah penang ni pun belambak lokan
    pi kutip sendiri he3

    ReplyDelete
  6. Sedapnya tengok ju masak lokan tu...kat kl susah nak jumpa lokan ni...

    ReplyDelete
  7. Byk jgk pantang larang lokan ni ye..tp nmpk mcm sedappp..yummyyy

    ReplyDelete
  8. Di pantai remis sekilo lokan baru rm2.50 je. Murah3

    ReplyDelete
  9. sedap nye... saya rendam dalam air paip dulu semalam sebelum masak.. lokan akan sembur air pasir keluar, jadi lebih bersih bila mkn takde rasa berpasir... org tua punya petua.. hehehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com