Makan Malam Ala Sepanyol di Corona Del Mar Damansara | Julia Johari
Booking.com

Makan Malam Ala Sepanyol di Corona Del Mar Damansara

Food Review Corona Del Mar Damansara - Tercari-cari tempat istimewa dan teringin nak rasa masakan istimewa ala Spain, anda boleh bookmark tempat ini sebagai satu restoren yang cukup istimewa untuk meraikan apa jua jenis majlis keraian. Disini anda boleh dapati deco dan susun atur meja yang sangat moden, klasik dan versatile. Sesuai untuk anda yang suka tempat makan yang privacy dan suasana romantik  ~ Thank you so much for having us over for wonderfull dinner Mr. Rayyan Harris :)

Gambar sekeping dibawah ini dari sumber google, so inilah restoren Corona Del Mar yang terletak The Strand Kota Damansara, apa yang anda perlu buat ialah just set waze atau google maps di HP dan set alamat restoren ini. Mudah sekarang nak ke mana-mana dengan apps itu kan, so just dapatkan nama tempat makan malam istimewa dan terus ke sini. Lets go!

Wallaa, event kali ini dihadiri oleh pelbagai blogger food review, paling best yer dapat jumpa ramai blogger yang hebat, nanti julia cerita dan upload gambar blogger-blogger yang hadir ke majlis berkenaan di next entry ya. See, black candelier ni nampak so klasik, makan malam disini tampak indah dengan deco sebegini.


Tempat ini fully booked by blogger, anda boleh lihat suasana romantik disini :)

Okey, dah puas lihat sudut dekorasi restoren ini, jom kita lihat menu-menu utama dan sampingan disini. Tak perlu nak ke Sepanyol, disini serta merta anda boleh rasai kenikmatan masakan ala Sepanyol, jimat tiket kapal terbang heheheh.

Menu pertama adalah dalam kategori 
'Tapas'
Seafood Bisque Soup

Sup ni rasanya sangat lain dari yang lain, sedap ada rasa seafood dalam ni, makan dengan roti perghhh...pembuka selera yang menarik

Main Course:
Charred Grilled 
Moroccan Chicken
 Spicy Moroccan Tomato and herbs sauce. 
Sedap ni, tekak julia cakap sedap sebab daging ayam ni sangat juicy, mungkin on the spot order dan dapat panas-panas, so rasanya sangat best! Herbs tu kalau dirasai pelan2 waaaaaaaaa...mmg chef recommend this menu first wajib di order kalau you all datang ke sini.

 Paella De Marisco
Squids, prawns, mussels & fresh vegetables. Masakan Sepanyol pun ada nasi tau hihi

 Spaghetti Valencia
Healthy and so tasty!

 Robo De Toro
Cooked for 4 hours on the lowest heat. Simply delicious!

Ice Lemon Tea


My son Qaiser ilman sebut 'Habis dahhhhhhh' hahahhaha pandai dia...macam tau2 je event dah tamat.

A Night in Spain at Corona Del Mar memang best, pilih hari bukan peak season baru anda akan rasai keromantikannya disini bersama orang tersayang.
 Jom bawa tersayang dan keluarga disini. Alamat dan contact seperti dinyatakan dibawah, bye!
Alamat
8-3 Jalan PJU 5/20D, The Strand, 
Kota Damansara, Kuala Selangor

Call Reservation
011-1627 6953

Laman Web

Facebook

Email
corondelmar2020@gmail.com

15 comments:

  1. wow... terbelit belit lidah baca nama menu... ihihih

    ReplyDelete
  2. Pehhh akak ni tayang tayang pulak gambar makanan. lapar dah ni T.T

    ReplyDelete
  3. rasa nk terjh tempt tu mlm ni jugaaaa. iskkkkkk

    ReplyDelete
  4. nasib baik lepas makan tak cakap spain memasing..hahahaa...

    nice to meet u sis..

    ReplyDelete
  5. Fuhhh..bestnya ju..nmpk tempting semuanya...

    ReplyDelete
  6. Paella tu sedap tang seafood besar2 je..hihik..nasi or Risoto tu agak kureng...maybe x kena ngan tekak...well nice review dear...

    ReplyDelete
  7. boleh cube ni.. memang kene bookmark..

    ReplyDelete
  8. lapaaaaaaaaaa tengok semua menuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  9. klu ada bf blh merengek ajak pi sini ... heheheee

    ReplyDelete
  10. Semua menu nampak tempting la jue.. bestnya dapt jumpa ramai rakan2 blogger..

    ReplyDelete
  11. adus nama nama makanan nye.. huuurm.. tersasul2 nak sebut.. akak.. next time nak ikut hahaha *muka tak malu*
    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
  12. ishhh..sume nmpk menarik..berbelit2 lidah nk nyebut..kekeke

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com