Hampir 8 tahun lamanya julia tak menjejakkan kaki di UUM selepas konvo, sejak mula lapor diri sebagai mahasiswi buat pertama kalinya pada tahun 2004-2007 (3 tahun) dalam Ijazah Pengurusan Pembangunan Urustadbir Negara (Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang) kini julia kembali dengan bawa anak sendiri. Siapa sangka, dulu2 anak dara menjinjing kudrat buku2 ilmiah 11 tahun lepas, kini memimpin tgn anak sendiri pertama kali masuk universiti tempat uminya mengabdikan diri mencari ilmu. Qi seolah-olah tahu bila julia sendiri bagi tahu padanya, umi tak sabar nak pi suatu tempat yang sangat berharga buat umi, mahukah Qi lihat dimana curahan ilmu yang tidak terperi? Qi hanya berkumat kamit dibibirnya mengatakan go... (jom) maksudnya...dia sangat bersemangat, mcm umi dia dulu2.

Kebetulan suami ada kerja di Utara awal tahun baru, julia tak lepaskan peluang ikut sama bawa cinta hati Qi, memang hajat di hati nak bawa Qi jejakkan kaki pertama kali di UUM tempat umi belajar dulu2. Serius, semasa perjalanan ke UUM, julia sangat berdebar-debar....kenapa perasaan debaran itu sangat menjelma? Sebab rindukan setiap detik kawasan yang menjadi tempat julia dulu bersama-sama kakak senior, kawan2 sekuliah dan adik2 junior hidup bersama2 3 tahun menimba ilmu dan keluar enjoy sama2 di pekan alor star...besttttt sgt2.

Suami yang baik hati, eh korang kalau dah kahwin puji la suami sekali sekala, tak baik nak suruh dia ikut kehendak kita je kan, macam ju nak pujuk suami ke UUM bukan senang, dia kan bz senantiasa, so pujukan dan pujian kena la pandai2 korang nak ajak suami pi ke mana-mana, kalau tak dpt pi tggu next bila dia free eh, terima kasih suami ku realisasikan impian 8 tahun lama tak ke UUM. MMuahhhhhhhhh!

Kawasan perjalanan masih seperti dulu, mendung dan tak panas.

Masuk je cari fakulti sendiri, inilah dia fakulti julia dulu nama yer FPAU (Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang) tapi nama yer dah bertukar. Hmmmm dimana ia berpindah tak tahu sebab muncul 2 bangunan besar di sebelah bangunan ini yang dahulunya hanya padang besar sahaja. 8 tahun berubah sangat drastik!

DKG...
student UUM dan ex UUM pasti tau kawasan ini kan, kalau kita ada pengajian elektif atau teras pasti kita berebut2 nak masuk dewan kuliah yang agak curam dari ats ke bawah hehehhehe kawasan ni la tempat tunggu bas pulang dan sampai dari hostel masing2...berpeluh2 gak lah nak tunggu bas dulu2.

Dewan Muadzam Shah 
Sayup je dari jauh tgk, tempat itulah saya konvo ambil segulung ijazah, lalu je kawasan ini teringat zaman ambil peperiksaan di dewan tersebut, masih utuh seperti dulu.

Go kart UUM
Sama je macam 8 tahun lepas, langsung xd perubahan, masa julia last semester, kawasan go kart ni baru nak dibangunkan.

Bas shuttle student UUM
Sekarang julia tengok bas UUM ni selesa sangat2, dulu kami kena naik bas yang agak usang dan buruk, kena bersesak2 ngan student luar negara, pak2 arab kan byk belajar kt UUM, masyaAllah mcm tin sardin dulu nak naik bas pi kuliah, tengok sekarang bas kemain banyak, untung la sekarang, cara pemakaian student ke kuliah boleh ke pakai seluar dik? Dulu tatacara pemakaian ke kuliah mmg ada peraturannya, sekarang macam ada kelonggaran je...pastu student lelaki wajib masuk kuliah pakai tali leher...

Inilah kolej kediaman julia dahulunya nama Perwaja, sekarang dah bertukar lama nama BSN, nampak meriah berbanding dulu, cat pun dah ceria, dulu bangunan ni semua warna coklat gelap hahahhaha kelam je kan.

Pokok2 masih seperti dulu, pokok ni kalau boleh bercakap mesti cakap welcome back julia, terima kasih dtg ziarah kami, kami pun rindu julia...eh julia dah kahwin ada anak ye? Hahahahhaha kalau lah kan...i miss all tree here, kawasan lepak dan kawasan saya bercakap dengan pokok bila xd sapa nak dengar masalah saya. 

My son Qaiser ilman
Seronok bawa anak ke sini...bergambar di sudut kenangan tempat kediaman rasmi uminya dulu

Walaupun nama bertukar, tetap nak selfie, eh saya student 11 tahun lepas, muda lagi kan kan kan hahahhaha

Tangga inilah julia turun naik tunggu bas UUM ambil nak pi kuliah dari pagi sampai malam...tangga tu tetap mcm dulu...tak berubah!

Hati tak sabar nak lawat satu kawasan yang pernah saya bekerja sambilan sebagai petugas makmal komputer dan pernah menjadi Ketua Makmal...siapa tak rindu, tempat istimewa yang byk ajar saya erti bekerjasama dalam satu pasukan, kenal tim Serindit, dan makmal kami pernah memenangi tempat kedua dalam acara pertandingan keceriaan makmal komputer paling tercantik di UUM.Penat lelah usaha tim kami membuahkan hasil setelah CEO Serindit sendiri buat lawatan ke makmal kami utk di adili, teringat muka CEO, kak Nasyitah yang tersenyum dan suka kami deco2 simple lab kami, pokok hiasan pun kami masukkan dalam makmal nak bg tema makmal dalam taman hahahhahhaha...tp mmg cantik tau, hidup je makmal tu segar mata tengok ada pokok2.

Adakah 11 tahun lepas sama seperti sekarang? Maksudnya makmal yang julia jaga dulu ceria, cantik dan bersih? Jom kita tengok sama2...

Dalam kawasan ini ada pejabat Kolej BSN, disinilah pengurusan pendaftaran pelajar, ambil bungkusan pos laju dan urusan lain2 berkenaan kediaman pelajar. Cantik dan sangat ceria, sekarang dah pintu kaca, dulu pintu biasa2 je pun...hebat!

Berdebar sangat time ni, bila berada disini terus otak ju kembali pada 11 tahun lepas, waktu pertama kali julia nak apply jadi pembantu makmal komputer setelah ternampak vacancy didepan pintu ini, pertama kali itulah bermulanya episod selepas kuliah saya datang bekerja sambilan disini sampai malam ikut jadual yang di beri oleh ketua makmal. Qi lagi tak sabar nak masuk...julia? Rasa la lagi tak sabar....Assalamualaikum!

Menyedihkan! 
Saya sebenarnya rasa sangat kecewa, pembantu makmal tiada di tempatnya di depan ini kosong!!! Meja pembantu makmal melopong tiada kain alas di atasnya, buruk, mata julia sakit tengok. Julia lihat kawasan sekitar tidak ceria, komputer banyak tiada, meja lama ditindan atas meja biru, apa maksudnya?

Qi tau tak, umi rasa sangat kecewa, ntahla, bukan nak banding2 kan zaman dulu umi jaga dengan sekarang yang sudah bertahun lama ditinggalkan, cuma terbit rasa di hati, tiada lagi kah pembantu makmal student BSN yang sudi menceriakan kembali makmal ini, kami dulu adakan 2 minggu sekali gotong royong menceriakan makmal ini, setiap pc kami labelkan dengan nombor besar2 dari jauh, jika ada masalah PC kami leh detect dari jauh tengok tanpa perlu berjalan. Sekarang langsung tiada!

Tengoklah, banyak PC takde...julia tahu sekarang dah canggih, setiap student ada laptop masing2 dan ada internet masing atau boleh Wifi di hostel sendiri kan...tapi ingat, tak semua student UUM ni kaya macam korang, terutama pelajar luar negara, mereka memang sangat perlu kan bantuan dari makmal komputer kolej untuk penyelidikan dalam internet, itu jangan cakap takbur sgt kata sekarang orang dah tak guna makmal komputer, yelah korang tak pernah jadi petugas komputer mana korang tahu hari2 student keluar masuk?
Maaf ya, saya sangat berkecil hati, if ada pembantu makmal disitu nak je sis sharing zaman sis dulu2...berkongsi cerita dan pengalaman. Tapi takde. :(

Julia perasan, hanya sticker bunga yang bewarna warni tetap utuh di dinding kaca itulah hasil tangan julia dan tim petugas makmal lain dibawah jagaan julia kami deco2 makmal ini, tak sangka, sungguh tak sangka, sticker tu julia yang gunting dan tampal 10 tahun lepas...masih kekal disitu!...

Dah la Qi, jom la keluar dari makmal ni, rasa sangat kecewa! Maaf jika anda ex UUM dan pernah masuk makmal Perwaja dulu tahun antara tahun 2004 - 2007, kami hias makmal ni cantik2...harap kalau ada salah seorang student UUM yang masih belajar di sana, tegur2 lah pembantu makmal buat sesuatu utk ceriakan ruangan komputer dan dinding...barulah mood nak belajar tu datang cantik...sebab kita di beri perkhidmatan percuma tau menggunakan komputer milik kerajaan, apa salahnya sebagai ahli pembantu makmal kita dpt duit bulanan sikit tu sama2 menyumbang menceriakan lab komputer. Do something okey. Kakak ju ni penat dah bebel...ingat adik2 lagi kreatif nak hias lab...tp ermmmmmmmmm balik dengan tangisan la kakak ju ko oiiii. :( 

Depan makmal, macam biasa ada kafeteria, kafeteria BSN ni lagi cantik dari makmal, mereka dah deco cantik2, suka tengok...cm ni la menarik perhatian utk makan disini....gila cantikkkkkkk dengan hiasan kayu2 tu 

Cantiknya................sangat cantik, kafeteria ni ju kasi 5 bintang, sangat2 cantik tak macam dulu...kalaulah makmal komputer UUM boleh deco secantik ini, alangkah bagusnya.

Suka dan duka menimba ilmu di sini tetap terpahat diingatan...sekarang kami anak beranak nak keluar dari UUM menelusuri pintu gerbang tanda kebanggaan UUM...bye2 UUM, semoga kau tetap teguh dan kuat menerima student baru dan lama macam kami yang penuh warna warni sebagai pelajar UUM :)

Tahukah anda!
Inilah pertama kali julia bergambar di depan ni tau...tak pernah bergambar disini sepanjang bergelar siswi dan konvo...tapi rezeki bergambar disini time sudah ada Qi....hihihi bye2 UUM...jika ada rezeki ntah berapa tahun lagi akan ke sini lagi, mungkin bercucu plak ke kan...

UUM...terima kasih! 
Kerana Mu dan izin Allah, daku dapat segulung ijazah pertama kalinya, tak sangka aku dapat masuk universiti, sebab saya bukan pelajar pandai mana pun...hihihi next cerita pastinya Hatyai...mesti korang tak sabar kan nak baca. Tungguuuuuuuuu gambaq banyak kena edit, fengsannnnnnnnnnn!

19 Comments

  1. ya ampun..jauh nyer berjalan sampai ke UUM situ ;) opss lupa berjalan sambil menyinggah ye tak?

    hehehe..jauh nyer abg Qi jalan tak bawak aunty pun ;)

    ReplyDelete
  2. Akk mcm nk nangis baca cerita nih..
    Akk puj rindu tmpt akk belajar...UPSI..
    Even xjauh tp jarangla pegi kan..
    Tapi tahun lps dpt jugak singgah tengok2 kaw..tp xblh nk ambik gmbo sbb dak aish lena

    ReplyDelete
  3. Julia.. dah dekat kampung jue.. tapi sejam lebih jugak ler.. jue kan anak jati kedah..

    ReplyDelete
  4. wahhh. mengimbau balik memori belajar dulu nii :D

    ReplyDelete
  5. throwback betul ni julia...julia story kat sini, baru perasan , sama jugak lah dah lama meninggalkan alam kampus.. fuhhh...tp student skrg x sama mcm dulu.. lg2 part protokol pakaian.. dah bebas sikit kann..

    ReplyDelete
  6. mak oi ni betul² melawat tapak ni siap masuk makmal, msuk cafe..haha i kalau melepak dgn kengkwn kolej pn slalu gurau² dgn dorang flashback cite zmn kolej...rindu! tau tau skrg dh kendong anak..hewhew :p

    ReplyDelete
  7. WAH,...MESTI SERONOK KAN MENGIMBAU KENANGAN ZAMAN BELAJAR KAT SINI...

    ReplyDelete
  8. kak julia dtg uum ka... bila dtgnya...
    skrg ni byk perubahan dh akak...
    saya dok sebelah bsn ja kak.. saya dpp simw darby

    ReplyDelete
  9. Bagusnya Jue, syima lalu lalang kat uitm tu pun takde perasaan pula nak masuk balik. Sebab kelas pun bukan dalam kampus, kat stadium shah alam tu ha.... Sedey... Haha..

    Part bas memang nostalgia kan. Dulu kitorang balik class naik bas macam bas mini.. Bila bumper, kemain driver bas redah. Budak2 kelas syima dlm bas ada sorang pompuan dok latah "pecah dara aku...pecah dara aku..."... Hahahhaha... Last2 lekat nama bas pecah dara....hahahha kenangan betul...

    ReplyDelete
  10. bestnya dapat ziarah jalan2 tempat belajar dulu...saya dah 10 tahun tak sempat jejak lagi sebab jauh...^_^

    ReplyDelete
  11. wah...mesti banyak kenangan jue kat sini kan.. =D

    ReplyDelete
  12. bestnye mengimbau kenangan..kali ni pegi bwk ank skali pulak tu..qi xnk blajar kt cni mcm umi ke?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum kak ju, bestnya datang kembali kat tempat belajar.. mengimbau zaman study..

    ReplyDelete
  14. Dah lama akak tak pergi uum....rindu pula zaman belajar kat sana. Zaman akak study, fakulti dipanggil sekolah. Lepas akk dah grad baru ditukar jadi fakulti plak

    ReplyDelete
  15. mule2 bace seronok.. sampai part makmal komputer.. rase sedih pulak.. harap nanti makmal koputer tu cerie la..

    ReplyDelete
  16. salam kenal sis Julia:)
    Murni pun student UUM jgak & inshaallah hujung thun ni grad..bila tgok smua gmbar yg sis share, terubat jugak rindu dkat UUM ni...

    ReplyDelete
  17. Syvpn ex perwaja 2004-2007...kenangan wehhh...makmal komputer sesak time tu...

    ReplyDelete
  18. Syvpn ex perwaja 2004-2007...kenangan wehhh...makmal komputer sesak time tu...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)