Friday, January 30, 2015

Syurga Makanan di Klonghae Floating Market Hatyai | Part 8

Friday, January 30, 2015 23 Comments



Syurga Makanan di Klonghae Floating Market Hatyai | Part 8 - Teruja tau nak story entry travelogue part 8, lepas pi bagi makan gajah kt Chang Puak Camp, solat kemudian terus ke destinasi seterusnya Klonghae Floating Market Hatyai. 

Di sini pastinya anda semua akan disajikan dengan lautan makanan yang terdampar luas, uniknya disini semua makanan di jual di atas sampan di muara sungai yang sangat tenang dan bersih, tak sangka daku dah sampai sini dengan family tercinta ~ selama ni dok nganga je tengok orang lain pi...sekarang badan sendiri dah pi rasa sgt2 seronok! 

Jom tengok puluhan gambar makanan :D


Nak tengok gajah comel? Click Link:

Paling teruja lepas tour guide kami parking kereta, kami ternampak yang ini, besar betul gong ni kan, perghhh hebat la diorang buat, bergambar kenangan dulu disini dulu.



Inilah dia lorong utama nak ke floating market Hatyai, masa ni kami sampai awal jam 2 tengahari, so just nice la kan peniaga-peniaga Hatyai dok bz nak buka kedai kami baru sampai awal, apa lagi jom kita jalan terus, Mrs. Ooi tour guide belakang aku je ni tak sabar nak tunjuk kt mana hehehe

Aku kalau dah berjalan, aku x nampak dah paparazi dok syok amik gambar aku hahahha ni beg doraemon aku, segala mak bapak pampers Qi ada dlm tu berani nak curi? Amik la hahahhaha

Ya Allah, aku jerit terus kt suami aku, pa jom bergambar kt sini dulu...cantikknyaaaaaaaa subhanaAllah, bersih betul sungai di Klonghae ni tau, time ni panas terik fuhhh...bergambar dulu hehehhe

Baju hubby paling win, kena tema dengan latarbelakang yeyyyy walid Qi dah sampai...Qi pun dah sampai....berbaloi la dtg Hatyai!

Inilah jambatan utama nak ke floating market tu, kena jalan kaki tau, kereta semua kena parking agak jauh sedikit, mujur ada buggy Qi tu, senang nak handle anak yang sebenarnya dah pandai berlari heheheh cantiknya permandangan, cuaca sangat baik sekali, alhamdulilah.

Lihat awan tu, Ya Allah, terima kasih Allah, cuaca baik mudah kami ke sini.

Sepanjang jambatan klonghae ni ada bermacam-macam bendera, yeyyy ada bendera Malaysia, snap gambar suami berlatar belakangkan pasar terapung...wowwwww kerlas!

Kesian pakcik ni, meminta sedekah di jambatan ni, dah la tengah panas terik, mesti dia dpt jumpa pelbagai pelancong yg berkunjung di sini kan. Suami pun x sampai hati...duit baht kasi sikit. Pengharapan pahala dari Allah.

Lepas dah melepasi jambatan klonghae korang akan jumpa papan tanda ni, amati betul2 kt mana korang nak pi dulu, kalau belum solat kt sini ada disediakan tempat solat, pastu kalau korang nak pi beli baju dan souvenir boleh beli kt atas ni dulu sebelum turun ke area sungai nak tengok dalam sampan jual apa hehehehhe jommmmmm

Pandang kiri, korang akan jumpa jalan tanah ni menuruni bukit, kt sini jalan belum turap, so nak bawa buggy Qi agak terbatas la sebab ada batu kecik2 tu. Takpe la tolak pelan2 ye walid.

Pandang belah kanan, ada pondok2 ala2 hawai hehhehe speacial tau kedai jual baju2 kt sini semua dijual diatas ni beb jap lagi kita terjah tau.

Pandang bawah.....haaaaaaaaa tak sabar dah nak turun, tengok pelancong tak ramai lagi ni...jom pi cop tempat dulu dalam pondok2 tu hehehe


Sebelum turun, korang wajib amik gambar kt sini, tulisan apa tak tau hahahha mesti dia cakap Klonghae Floating Market kot kan hehehhe...ada kerusi kecik cantik diorang reka.

Ni aku snap dalam pondok2 situ, info penting untuk korang kalau nak book percutian ke Hatyai pastikan datang hari Jumaat - Ahad, sebab hari lain tempat ni close...so ingat ye baik2.

Syurga Makanan!
Jom tengok betapa seronoknya lambakan syurga makanan murah di Klonghae Floating Market.
Biar gambar berbicara :)

Ku dah dahaga sangat, jom beli air kelapa muda, ada pelbagai jenis air dijual, tp aku suka air kelapa, puasssssss minum fresh!

Ultramen untuk Qi hahahhahha suka la tu ada mug ultramen...comey!

Semua peniaga di sini boleh dikatakan ramai Islam, time ni semua sibuk nak prepare barang jualan, kami sampai awal leh tengok macam2 mereka jual...wahhhh jom saksikan gambar lain.

















Puas hati kan? 
Banyak betul gambar julia ambil, semuanya live dari hp julia tau.
Macam-macam kami try makan, semua sedap2, pastu range harga dalam 2 ke 4 ringgit duit Malaysia. Pastikan perut korang betul2 kosong dtg sini makan puas2 tau, somtam ada, otak2 ada, BBQ pelbagai jenis makanan ada, bubur nasi ada, haishhhhhhhh semua ada la senang cakap hehhehe

Ku tengah minum air kelapa muda, nyaman wehh...murah je 
THB30 - RM3
Bekas ku pilih hello kitty, dah la cantik comel, boleh bawa balik sebagai cenderahati, yeyyyy!

Otak-Otak THB20 - RM2
Murah dan tersangatlah sedap, korang datang sini wajib cari yang ini, kebanyakkan makanan disini adalah halal, so mudah nak beli dan makan disini, sebab mereka yang menjual banyak tunjuk papan tanda halal.

Jom beli baju!
Lepas dah puas makan macam2 dalam pondok tu, kami terus naik ke atas dan berkunjung dideretan kedai-kedai diatas bukit tu, haaaaaaaa disini ada jual pelbagai jenis baju dan kraftangan...jom!

Kasi can la kita amik gambar suami plak kan hehehhe, time ni tak tau plak suami berhajat nak cari baju...kita tengok dia nak beli apa jomm

Tudiaaaaaaaa, hubby aku ni memang kalau pi mana2 dia akan pastikan nak beli baju sedondon kalau boleh, aku ni dari awal2 lg dah khutbah kt dia, mana nak cari baju murah yang bukan tema hatyai, xkan nak balik Malaysia pakai tema Hatyai kan ahahahhahahha, so biar la dia cari sendiri, aku nak amik gambar puas2 hehhee

Kalau namanya Julia Johari.Com....inilah tabiat dia, akan cari petanda yang dia dah ke situ...bendera Thailand...hahahhahah wajib! Ko tengok baju kt sini berlambakk weh...huhhhh

Inilah baju geng Polo yang suami julia berjaya beli kt Klonghae Floating Market, tak sangka ada size dan sedondon boleh kami pakai sama2...murha pun murah...3 ni baru RM100...rasanya tak sampai 100 hahahha lupa suami yg belanja...

Terkedu aku dia nak beli sebab ada baju Qi...yeyyyyyyyyyyyyyyyyyy hepi aku tau...korang nanti pi terjah cari sendiri ek. Kami ni suka pakai sekali sekala sedondon...kata sehati sejiwang hahaha

Okeylah...dah letih beb...jom la pulang ke kereta, nak pulang korang akan lalu lorong jalan yang sama tadi, ada jual bermacam jenis ubi bakar...perghhh!

Gubahan Bunga Daun Pandan
Ini paling rare, THB20 - RM2 je satu bunga ni beb murah kan hasil kraftangan diorang...yang tukang buat ni maknyah hahahhahaha aku puas cari sapa penjual ni rupanya dia dok gebang dengan peniaga lain, bila tgk muka wah cantiknya, bila suara keluar garauuuuuuuu mak aiii ahahhahaha...cantikkan...x sangka bunga daun pandan ni digubah cantik sekali.

Aiskrim Homemade
Yeyyyy Qi dah tak sabar nak minta umi belikan aiskrim ni, pandai dia sebut icekim...icekim umi hahhahah, murah satu ni baru RM2 jeeeee...macam2 perisa tau...

Umi ambil perisa koko, Qi ambil perisa strawberry, suka sangat Qi tu dengan warna pink...jambuuuuu ko ni dik hahahhaha cuaca panas makan aiskrim ni walllaaaaaaaaaaaaaa lega sampai Malaysia dah rasa hahahhaha

Aku rasa, aku rasa.....apa aku rasa, tak terkira SERONOKnya disini...aku jatuh hati!!!!!!!! :D

Korang? Takkan tengok je, yang dah pernah pergi sure ada kenangan tersendiri, bagi yang belum pernah pergi, korang harusssssssssssss pi...wajib!
So kumpullah duit dari sekarang ye hihi

Video live dari julia...saje nak hasut korang pi sana plak...tengok tau...aku tau korang pasti akan pi nanti suatu hari nanti yehaaaaaaa

Tunggu Part 9
kita akan jalan sekitar jambatan terpanjang di Hatyai serta pusing2 luar Zoo Hatyai, tungguuu next destinasi pelancongan kami ke Hatyai ye...bubyeeeeeee happy weekend!