Ahad semalam 14 Disember 14 (tarikh cantik 141214) selesai urusan di pejabat Imegresen Malaysia di UTC Mini Sentul. Tips nak buat passport anak dalam linkungan umur 2 tahun kena banyak kesabaran, kerana tempoh menunggu amatlah lama. Itu sebab awal2 lagi my boyfriend siap2 ambil borang kecil 3 keping untuk isi awal2 di rumah. Lain orang lain pengalaman tipsnya, meh baca tips kami pula ye ^__^V peace!


Tips Persediaan Urus Paspport Anak dan Ibu Bapa:
  1. 3 x borang checklist - Borang checklist terbaru (jenis kecil) untuk memohon passport antarabangsa, tak semua kaunter imegresen ada ya, jika xd takpe memang tak perlu borang just walk in daftar je.
  2. Kenal pasti umur anak anda - Untuk tentukan berapa bayaran dikenakan awal2 lagi - 2 thn 4 bulan umur Qi (nanti pegawai imegresen uruskan borang akan tanya umur anak anda) jangan time tu terkebil2 x ingat, hafal awal2 umur anak termasuk bulan.
  3. Fotostat salinan ic depan belakang - ibu bapa/ mykids / surat beranak
  4. Wajib bawa sijil surat beranak anak - Pastikan ia sijil original bukan fotostat
  5. Stapler siap-siap - salinan ic/borang permohonan passport dan kepil ic original setiap seorang untuk elak bertaburan semasa diserahkan kepada pegawai.
  6. TIDAK PERLU BAWA GAMBAR BERUKURAN PASSPORT - Terkini ada perkhidmatan setiap kaunter imegresen snap gambar passport direct di kaunter, tiada caj tambahan, mudah dan senang, jimat duit.
  7. Anak BOSAN menunggu? - bawa power bank caj bagi anak tgk video alif ba ta, abc song, upin ipin, pada zaman dahulu cerita, bawa makanan snack mcm biskut, air, makan di luar, amik refreshing luar kaunter.
  8. Balik rumah/ pi jalan-jalan - jika nombor giliran anda 200-300 ke atas, jarak masa 1-2 jam tuk 100 orang.
  9. Harap anda SABAR - menunggu nombor giliran.
Kos Passport Malaysia
(tempoh 2 tahun)
Ibu - RM 100
Bapa - RM 100
Anak - RM 80
---------------------
RM280 sahaja 
---------------------

Bila angka giliran tu makan 3 ratus lagi nak hadap...maka nya berselfie la kami di depan ni dulu, patutnya kena pi awal pagi, almaklumlah kena selesai hal-hal rumah tangga dulu bagi anak beranak kenyang masak kt rumah baru keluar, takpe la janji dapat gak nombor giliran, ada tu kami tengok dalam around jam 12 lebih nombor giliran dah habis, sian tau tengok anak beranak orang lain berduyun2 datang pakai lawa2 tapi nombor takde...orang kata pi UTC Sentul kurang orang? Hahahaha tak lah makin padat adalah hahahha takpe take positif...hati mau kental....so tau kami pi mana?
Kami siap shopping kt Mydin lagi tau beli barang2 pampers susu Qi la mcm2, pastu balik rumah siap Qi sambung tido sampai jam 4 petang hahahhahaha ko bayangkan dari jam 1140 pagi kami amik nombor, kami pi balik kt UTC Sentul ni around jam 4 petang lebih sampai pun still kena tggu 100 orang lg tauuu takkk...kalu tau suh Qi sambung tido petang sampai jam 5 hahahahha...adeh boyfriend ju siap zikir, Ya Allah permudahkanlah urusan kami. Amin.

Ish jam 4 lebih lagi 100 orang cam ne weh? Ropernya angka giliran tu cepat je weh, ramai rupanya amik nombor belah....belah...diorang x tahan tunggu lama kan kikiki, so nombor kami sampai tu sekejap je tunggu dalam sejam je dah kena panggil. 

Okeylah masa tu tak terbuang gitu je, so korang kalau nak pi UTC Sentul, ke UTC Pudu ke kalau nombor giliran korang tu mewakili 300 orang ke depan, korang balik la umah dulu tak pun lepak memana...sebab setiap 100 orang mewakili 1-2 jam menunggu...i siap buat congakan lagi...dan memang pun betul. Tak terlepas pun nombor kami...siap kena tggu lg sejam...phewwwwwwww!

Boyfriend-boyfriend i ni sabar je kena hadap 100 orang lagi...julia siap layan cerita Running Man tau kt dalam TV besar UTC Sentul ni hahahhaha besttt tak sedar nombor dah panggil...eh pandai pegawai imegresen ni pilih channel, semua penunggu dok sakan ketawa, bestttttttttt, len kali pasang Running Man banyak2...baru la kami tak menguap setiap saat hahahha

Ragam Qi, almaklumlah bila budak dah umur 2 tahun macam Qi ni bosan, dia akan berjalan merata satu pejabat hahahaha, memang urusan kena cepat2, kena pandai2 nak handle anak yang aktif mcm Qi, tapi konsep julia just biarkan dia berjalan, sebab tak guna paksa dia duk setempat dia lom faham so kena waspada mata tu kt anak je kan...nasib kawasan ni close senang kejar anak.

Time ni suami kena sign dan cap jari dokumen khas bg pihak Qi. Gambar waktu Qi kena snap x sempat ambil sebab nak Qi fokus pandang kamera, haishhh ingat senang nak suh budak umur 2 thn pandang kamera utk 2-3 saat untuk serius???? Ohhh kesabaran tinggi, nasib baik kakak imegresen ni baik, dan cerdik tau, dia snap 3 kali je gambar Qi dah dapat dah gambar passport yeyyyyy, nak puji la banyak2 sebab pegawai imegresen sekarang suka senyum, sabar dan sangat profesional, i sukaaaaa!

Haishhh, walid dia dok sibuk cop cari, si Qi pun sama sibuk, memang dia suka explore benda baru, itu sebab julia kagum pegawai depan ni, manis je senyuman dia, pastu bersabar dengan gelagat Qi, mana nak cari? Contohilah beliau yang sangat santun dalam pekerjaan.

Sebelum jam 7 petang alhamdulilah, siap sudah passport anak beranak (lap peluh jantan), geng julia  13 14 15 nombor hujung tu lawa, gambar semua okey, gambar Qi tak sangka fokus pandang kamera, fuh lega hati umi sebab satu tahap dah settle...legaa amat amat huh! Tarik nafas hembusssssss ~

Masuk dalam kereta je memasing pakat tengok passport masing2, passport julia renew semula je pun still harga sama tau so passport lama kena sunat dah huwaaa, ngeeeee siap boyfriend julia cakap, jom tahun depan next trip pi.................okey, boyfriend plak belanja okeh, kita nak cuci kaki je, bahahhahahhahhahaa lariiiiiiiiii.

12 hari lagi yeyyy, tak sabar dah ni weeeeeee budget holiday!

27 Comments

  1. letih kan menunggu nak buat passport...nasib la QI behave...good boy...

    ReplyDelete
  2. aduhhh lamanya kena berkampung kt imigresen... gigih betul ju anak beranak...

    ReplyDelete
  3. wahh..buat passport nak melancong ke mana tu sis?

    ReplyDelete
  4. pegawai yang berhadapan dengan pelanggan mestilah kena cool dan rilex.

    wah bestnya bercuti kemana tu?

    ReplyDelete
  5. Aritu kitorg buat kat mana aisshh lupa pulak tapi tak lama sangat... Tengahari dah siap. Bln 1 ni kena buat utk Aisya pulak n mak abah aisya krna renew. Bukan nak ke mana2 pun dlm masa terdekat ni tp alang2 renew husband punya sebab dia nak ke overseas bln 1 ni, kitorg plan buat sekali supaya expire date sama....

    ReplyDelete
  6. qi makin montel je tgk..best tgk hehe

    ReplyDelete
  7. Jenuh juga nak menunggu ye Ju. Kena pulak ada hero ligat lagilah letih. Tapi kakak puji Qi tak meragam ok kena yg jenis meragam lagilah tak selesa.

    Buat passport sebelum bertolak kalau tak melibatkan buat visa ok Ju. Kalau yg kena buat visa sebelum bertolak ke destinasi kena buat awal-awal..


    ReplyDelete
  8. nice tips and info...
    diri sendiri takde pasport lagi.. hehe

    ReplyDelete
  9. utc xde kaunter khas ke ju?? sian nya lah qi kena beratur lelama camtu..sbb kt putrajaya and kajang ada fast lane utk yg bwk anak or org tua..xyah beratur sgt..potong q je..hihi~

    pi mana lah anak beranak ni haa...suspen je tau.. :p

    ReplyDelete
  10. Akk pun br buat jumaat lepas. Sampai sana pkl 5.30 patutnya pkl 7 dah siap. Tp disbbkan pkl 7 dorang break so kena tgu pkl 8 mlm. Kelam kabut nak buat sbb anak nak bersunat hari sabtu tu. Kalau tau kat utc sentul tu buka sampai malam x payah ambik cuti bagai. Pegi je lepas opis hr kan.

    Tapi akk hr tu x kena isi borang pape pun. Cuma fotostat ic dgn surat beranak je. Senang.

    ReplyDelete
  11. lama x renew passport.. dulu pernah buat passport group zaman study.. 1 passport max 15 orang.. hahahaa.. buat kat pkns s.alam.. sekejap jerkk.. even ramai orang.. tp servis laju.. yg lambat sebab buat passport group nak amik ketinggian lah, ape lahh..lecehh betull..

    ReplyDelete
  12. Mass time akk bt UTC baru bkk rasanya..
    Mmg heaven sbb buat passport xsmpi setengah jam

    ReplyDelete
  13. klu berdiri kat tgh panas memang basah lenjun dgn peluh ... lama yg amat ... mana lah dia nak pergi lepas ni agaknya ...

    ReplyDelete
  14. Mcm ni lgk ke situasinya. Teringat ms buat passport tahun 2009....pagi2 subuh dah q punyalah panjang....Opis kul 7.30 baru bukak...dgn perangai anak dara lagi masa tu..punyalah Tragis....sabar jelah masa tuuuu

    ReplyDelete
  15. Ngeri bayangkan nak menunggu giliran tu...aduhhhh...mujur baca entry ni, nnti klu nak wat passport boleh plan nak buat camner

    ReplyDelete
  16. Rasanya klinik dan hospital pun patut tayang running man la bagi orang tengok..tak la rasa lama sanagt..ekekekek

    ReplyDelete
  17. Mana komen ku tadi?? Uhuks...

    Taip lagi..

    Last 2 years kami dpt fastlane kat jln duta nun..2 jam je setel tapi yang penting skrg ni tak sabar nak tggu dik ju pegi bercuti!!! Wehuuuuuu~

    ReplyDelete
  18. Ingat lg masa buat passport dlu, mang lama. Huaaaaa

    ReplyDelete
  19. info bagus nie buat org yg ada ank kecik ni... tapi ramai gila org kan...

    ReplyDelete
  20. wahh..hepinye org nk gi bercuti..ok passport dah settle..xsabar nk bace entry holiday ju..bape hari je lg ni..

    ReplyDelete
  21. kena ade kesabaran yang tinggi nak buat passport ni.. selamat julia sempat g jalan balik tidur semue kan..

    ReplyDelete
  22. ju ari ahad pn buka yer..baru iols tahu hahaha..eh mcm lama jer..adoi kalau 6 orang ni camner nak kena bersabar lebih la lg ni hukhuk..tahun depan la baru buat sbb nak pegi pun tahun depan hahaha..agak2 klu ari biasa pun ramai jg ke eh..serams je nak tunggu lama2 camtu..harap2 kembar behave la

    ReplyDelete
  23. Perkongsian yang bagus :-)

    Ramai dikalangan kita tak tahu atau tak ingat tentang prosedurnya. Maklum ajelah, bukannya selalu sangat kita ni nak keluar negara kan.

    ReplyDelete
  24. syok nyer nak g bercuti...jalan2 cari makan...jangan lupa bawa ole2 yer...huhu..

    ReplyDelete
  25. sekarang dah ada utc senang sikit kan...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)