Wednesday, December 31, 2014

Malam Cinta Rasul 2015 | Ahlan Wa Sahlan 2015

Wednesday, December 31, 2014 15 Comments
Hari ini dan hari-hari lepas, mood nak cerita tentang diri dan keluarga sendiri semakin merudum di FB mahupun IG, buat masa sekarang blogger masih lg mampu ju nak hadap, penat nak baca kisah di wall FB yang bermacam2 cerita, padam FB dan IG buat sementara waktu, saat nak upload kisah kegembiraan kami bersama pun dihentikan seketika, bila? Mungkin bulan depan atau bulan2 seterusnya tak tahu lagi. Jika ada review product akan di langsungkan seperti biasa. 

Tuesday, December 30, 2014

Monday, December 29, 2014

Qaiser ilman Development Milestone | Mengenal Nama Anggota Badan

Monday, December 29, 2014 16 Comments

Agak perasan sudah lama julia sendiri sebagai umi tidak update tentang anak kesayangan seorang tu Qaiser ilman, ada ke yang sudi nak baca? Yelah asal masuk blog si julia tu tak habis-habis review product/servis sana sini, korang tau tak rezeki mencurah bulan Disember ni dan bulan2 yang lain sepanjang tahun 2014 memang sangat ohsem! Itu sebab jadual review julia sangat padat, sampaikan nak cerita diri sendiri pun tak sempat. Korang terima kasih ye percaya pada www.juliajohari.com.

Wednesday, December 24, 2014

11 Menu Mudah dan 7 Panduan Mudah Pengurusan Simpanan Bahan Mentah di Pejabat Untuk Stok Seminggu

Wednesday, December 24, 2014 49 Comments
Teknik penyimpanan bahan mentah dipejabat? Haa sebenarnya senang je teknik tu tapi jangan salah faham, ramai yang masih tidak tahu cara penyimpanan yang senang dan simple bagai 123. Keadaan di pejabat dengan rumah tidak sama. Di rumah, korang nak simpan tanpa sebarang penutup bekas bahan mentah tiada sapa yang peduli peti ais korang, lantak la korang nak letak durian tanpa penutup pun sapa x marah, kecuali asben korang sendiri marah hehehhe, but this time i show u the right way, ringkas je sesuai leh sama2 guna peti ais pejabat tanpa bauan tidak menyenangkan gitu.

Nak beli klik periuk doraemon kilik →  Lazada Malaysia

7 Panduan Mudah 
Pengurusan Simpanan Bahan Mentah di Pejabat Untuk Stok Seminggu
  1. Pilih menu yang kurang berbau seperti ikan, daging dan ayam - bahan mentah yang berbau menyengat baik elakkan ye nak simpan dalam peti ais pejabat mcm tempoyak ke kan kalau peti ais sendiri kt pejabat tu suka hatila korang.
  2. Potong kiub bahan mentah / sayur - potong kepingan ayam dan daging ikut saiz kiub dan kecil (jangan simpan seekor ayam dalam peti ais weh) makan space tu hehhe if ikan dipotong beberapa bahagian.
  3. Sediakan bahan mentah dari rumah - paling utama sediakan stok seminggu dari rumah, maksudnya siap2 dipotong/ dibasuh dan di tos kering untuk memudahkan kita tidak perlu ulang alik bawa bekal bahan mentah ke pejabat.
  4. Bekas kedap udara / penutup rapat - masukkan ke semua bahan mentah berkenaan didalam bekas yang betul2 kedap udara supaya mutu bahan tidak mudah berbau dan tercemar.
  5. Balut dengan plastik - stok bekas bahan mentah perlu di tutup rapat dan di balut dengan plastik untuk elakkan sebarang bau keluar dari bekas tersebut.
  6. Bawang dan rempah - sediakan bekas yang kedap udara untuk simpan bawang dan rempah mcm botol kecil agar mudah anda uruskan di pejabat/simpan dalam beg mudah alih bawa atau simpan dalam beg di opis.
  7. Happy Cooking Lunch Box with Periuk Doraemon hahahhaha belum beli ke? Rugi tak beli. Kalau nak beli pi click link ats sekali tu ada.

Balut ye bekas bahan mentah elok2 dan simpan elok2 dalam peti ais di pejabat.

Jika tak sempat nak urus di rumah, julia bawa di opis, pastikan anda 
JAGA KEBERSIHAN KAWASAN, sangat penting, jangan nanti ada timbul bau dan kawasan jadi semak dik kerana suka nak memasak, masak boleh tapi kena cerdik, cerdik nak urus kawasan agar tidak ada satu sampah pun bertaburan di pantry opis atau kawasan anda sendiri. 

Sayur dari rumah yang sudah siap dibasuh

Paling utama Periuk Doraemon, jangan plak tanya kawan eh mana nak beli periuk doraemon tu, memang sampai bila2 xd kt pasaran hahahhaha nama dia multifunctional cooker tau...kikikikiki tuan tanah je kasi nama doraemon sebab masak apa pun boleh no minyak2!

Menu Mudah Masak di Pejabat
1. Breakfast Telur Setengah Masak
6-10 min masa masak
2 x biji telur ayam
lada hitam
Cantikkan tekstur telur setengah masak ni, julia kadang2 buat makan pagi kenyang sampai tengahari weeeeeeee

2. Nasi Ayam Berlauk Sardin
30-40 minit masa masak
Nasi Ayam
1 ketul Ayam 
1 sudu kecil planta
Secubit garam
Basuh Beras dan masukkan air, ayam, garam dan planta, biarkan ia masak dalam 

Sardin
Beli sardin yang ada pembuka terus, senang tak perlu bawa pembuka tin
Bawang besar di potong besar
Lepas nasi suku masak, masukkan sardin plate diatas nasi tadi so sama2 leh masak.

3. Nasi Putih / Sup Kaki Ayam & Kepak Ayam
20-30 minit masa masak
Sup Ayam
1 biji bawang putih hiris
1 hirisan bawang besar
1 kepak ayam
Sedikit lada sulah
 1 kulit kayu manis
1 suku kiub pati ayam
Campurkan semua, siap. 

4. Maggi Kepak Ayam & Telur 
Maggi je kot....xyah resepi korang lagi pandai hahahhahaha ishhhhh sedap yer tgk nak buat la hahha awas seminggu sekali je makan maggi...x leh hari2 makan no no no, x elok utk kesihatan.

5. Nasi Putih Sup Sayur Sawi Ayam


Resepi Sup Sayur Sawi Ayam seperti No. 3 kt atas cuma add on sawi sahaja.


6. Breakfast Sardin dengan Roti
Mudah kan sampai tak perlu pun catit resepi hehhehe, hanya bawa roti wewiiittttttttttt sedap masyaAllahhhh

7. Tomyam Ayam dengan Nasi
20-30 min masa masak
Tomyam Ayam
1 x kepak ayam / bahagian lain
1 hirisan bawang besar
Suku kiub pati tomyam (any brand)
Garam dan gula secukup rasa
Campurkan air, ayam dan kesemua bahan masak bersama dengan nasi.


8. Sup Daging dan Nasi
Resepi sama seperti No. 3 just tukar kepada daging...aummmmmmm

9. Nasi Putih dan Sardin


10. Bubur Nasi Ayam Qi
 30 min - 1 jam masa penyediaan
Suku kiub pati ayam
ayam cincang
Beras dikisar sedikit siap2 dari rumah (basuh, tos, dan blender beras 2x)
Lada hitam, halia sedikit
Campurkan semua, siap.

11. Sup Tomyam Sayur/Udang/Daging 
Resepi mudah nak buat tomyam sayur campur ni, tanpa perlu masak nasi, makan sup je dah kenyang.

BURPPpppppppppppppp Alhamdulilah
kenyang, jimat berdouble2...syhhhhhh jgn bg tau sapa2, baru nak masuk 2 bulan saya cuba masak di opis, saya leh jimat dari makan luar sekali sekala anggaran RM300 dari RM400 sebulan perbelanjaan makan di pejabat dan dirumah...weeeeeeee 
(tabung holiday saya senyum)

Akan datang julia nak masak
Ayam masak kicap black pepper (Ayam gaul dengan kicap, bawang besar, gula, garam, sedikit air, dan lada hitam gaul2 stim)
Ikan singgang (pernah masak tapi kt entry lain)
Udang masak kunyit (gaul2 kunyit ngan halia, cili padi terus stim)

Soon ye up gambar resepi insyaallah amin.

Terlepas cerita dulu? 
Click link:

Monday, December 22, 2014

Hias Dinding Rumah Dengan Photo Canvas D'Arte

Monday, December 22, 2014 26 Comments
Yeyyy syukur alhamdulilah, hari yang di tunggu-tunggu telah tiba, inilah dia hasilnya 2 tempahan yang julia dah terima by hand, eksklusif tau owner sendiri hantar by hand, kebetulan Encik Hafriz ada kerja di Kuala Lumpur so sekali harung la boleh hantar kan. Ingat lagikah anda semua entry beberapa bulan lepas yang julia minta anda semua buat undian melalui komen di entry, if tak ingat cer click SINI

Friday, December 19, 2014

Nak Tahu Sahabat Kulit Paling Baik | Dianz Vitamin

Friday, December 19, 2014 11 Comments

Zaman sekarang, semua orang berebut-rebut nak jaga kesihatan dan berpenampilan menarik sama ada lelaki mahupun wanita yang belum berkahwin atau sudah berkahwin. Julia pun tak ketinggalan sudah lama amalkan vitamin C, tapi alpa dengan vitamin akrab kulit iaitu vitamin E serta Pure Collagen. Alpa sebab kena beli berasingan dan harga di luar sana Allahuakbar mahal, satu botol untuk vitamin C sahaja dah makan puluhan ringgit, itu baru satu vitamin C, dah tu nak ambil vitamin sampingan lain memang tak la kan, tapi Julia diperkenalkan dengan produk kecil molek ni dengan 4 vitamin dalam 1 botol (Vitamin C/E/Pure Collagen berasaskan ikan tilapia dan Glutathione untuk cerahkan kulit) tapi dengan harga yang cukup berbaloi ~ Dianz Vitamin 

Thursday, December 18, 2014

Atasi Masalah Tapak Kaki Kasar Dengan PediSpin

Thursday, December 18, 2014 13 Comments

Malu la nak cakap tapak kaki kasar dan mengerutu, yelah lagi-lagi sebagai wanita mahupun lelaki pasti malu kan nak pakai selipar sebab nampak tapak kaki kasar dan sangat merekah. Nak pi pejabat pun cari kasut yang bertutup je setiap masa takut orang ternampak tapak kaki merekah. Ermmm, macam-macam dah letak minyak sapu kt tumit dan tapak kaki still macam tu je rupa, susah betul nak buang kulit tebal yang merekah tu kan, kadang-kadang julia kopek je dengan jari sebab geram sangat tengok, pastu jadi lagi teruk, pastu cam ne nak atasi?

Tuesday, December 16, 2014

Mudahnya Memasak Dimana Sahaja Dengan Multifunctional Mini Electric Cooker / Steamer

Tuesday, December 16, 2014 14 Comments

Ramai personal mesej julia di FB mahupun di Wassup bertanyakan dimana nak beli periuk doraemon ni lepas baca review Julia dan Kak Izwa (blogger famous berjaya ikut jejak dan masak di hotel dan di pejabat, syabas) hahahaha, korang nak bagi tahu julia tak jual la, julia cuma review produk je tau, NAH KLIK SINI  Lazada Malaysia saje bg istilah nama periuk doraemon sebab semua leh masak simple2 je dalam tanpa minyak weeee~

Tips Menyimpan Herba & Rempah Dengan Swivel Store Space Saving Organizer Kitchen Tool

Tuesday, December 16, 2014 16 Comments

Julia suka kelengkapan ruangan dapur, terutama sekali tempat simpanan herba, gula, garam, lada dan lain-lain. Dapur julia kan kecil je, so lama dah mencari tempat simpan yang kecil tapi praktikal. Ternampak iklan Lazada baru-baru ini ada pulak buat promosi untuk bahagian Kitchen, ish pantang kalau ada promosi yang murah part-part dapur ni, laju je nak click hehhehe

Monday, December 15, 2014

Tips Buat Passport Anak Pertama Kali di Jabatan Imigresen Malaysia

Monday, December 15, 2014 27 Comments
Ahad semalam 14 Disember 14 (tarikh cantik 141214) selesai urusan di pejabat Imegresen Malaysia di UTC Mini Sentul. Tips nak buat passport anak dalam linkungan umur 2 tahun kena banyak kesabaran, kerana tempoh menunggu amatlah lama. Itu sebab awal2 lagi my boyfriend siap2 ambil borang kecil 3 keping untuk isi awal2 di rumah. Lain orang lain pengalaman tipsnya, meh baca tips kami pula ye ^__^V peace!

Friday, December 12, 2014

Dating dengan Boyfriend

Friday, December 12, 2014 17 Comments
Korang sebelum kahwin mesti pernah dating kan? Ala dating dengan boyfriend yang bakal akan jadi suami korang yang sah hihihi, pernah tak korang pi some place yang boleh kembalikan nostalgia tu? Hikhikhik ni julia nak bawa korang la pi satu tempat yang pastinya mengimbau kenangan dulu ~

Thursday, December 11, 2014

Sedap Betul Pakai Wide Shawl Satin by Nini

Thursday, December 11, 2014 15 Comments

Ya Allah, makin hari makin seronok plak julia mengayakan wide shawl yang besar-besar ni tau, terasa sangat seronok tak terkata dalam hati, yalah selain selesa dan sedap dipakailah julia prefer beli wide shawl, lagi-lagi material satin ni, tampak sangat cun kalau korang sendiri pakai. Julia baru-baru ni blogwalking new blogger saje nak tambah kenalan kan, and then julia perhati one of blogger ni sangat kreatif, dia pandai buat kerongsang bentuk jenis kain, so bila tengok semua hasil dia buat sangat comel, so julia just komen "adik akak berkenan la dengan hasil tangan adik, kreatif ye nini, boleh tak akak nak beli tapi adik buat kerongsang bunga kain jenis besar tau, sebab sis suka pakai besar2, kalau boleh sis nak beli hehhehe"

Wednesday, December 10, 2014

Celoteh Wordless Wednesday

Wednesday, December 10, 2014 15 Comments

Kehkehkehe, asal Rabu je Wordless...tempek gambar pastu biarkan, ish kurang syok lah ju nak layan, ju kan jenis kuat sembang, gebang, mana puas, lainlah jenis blogger kurang suka menaip, tempek gambar pastu belah hahahhaha not me la!

Tuesday, December 9, 2014

Tempat Menarik di Port Dickson | Last Part

Tuesday, December 09, 2014 14 Comments
PD Ostrich Farm
Nak dekat petang baru update, bukan busy mana pun, tapi mood membara untuk lengkapkan tentatif percutian seterusnya selepas Krismas sedang berjalan baik, syukur alhamdulilah. Nanti lepas bercuti ke sana la baru ju cerita percutian seterusnya ya, kang cerita detail kang dah basi plak korang nak dengar lagi kan. Okey jom lah kita sambung sedikit sedutan gambar di sekitar Ostrich Farm. 


Gambar di atas tu sangat menarik sebab Qaiser ilman dapat lihat burung merbuk secara dekat, anak-anak anda semua pasti suka lihat haiwan kan, julia belajar dari naluri kanak-kanak sebaya Qi, mereka ni semua Allah dah kurniakan sebuah hati dengan penuh kasih sayang, rugi kalau kita tak kembangkan kasih sayang mereka kepada kecintaan alam haiwan. 

Monday, December 8, 2014

Best Steamboat in Kuala Lumpur

Monday, December 08, 2014 20 Comments
Wangsa Walk Mall 

Hai semua, Isnin sudah, wewittttttttt haaa trademark blog julia sekarang wewittttt (bukan retis ye trademark tu tau ni blogger julia ye trademark kihkihkih) eh korang semua weekend lepas pi mana, cer kongsi dalam blog, jangan kepam lama2 dalam hp dengan gambar dan video byk2, nanti hp hang, julia kalau dah snap semua gambar akan pastikan transfer terus ke inbox FB, so clear dah hp, tak payah risau dah picture hilang ke apa2 la yg terjadi, kecuali FB tetiba hilang tu lain la kan kehkehkeh... ~ jom layan steamboat kami di Pak John Steamboat yang terletak di Wangsa Walk Mall.

Friday, December 5, 2014

Quill City Mall Kuala Lumpur Review

Friday, December 05, 2014 21 Comments
Picture Sumber Google
Jalan Sultan Ismail - set je waze kalau tak reti pi.

Jumaat ni semua orang slow, yelah slow motion je memasing kan...ju dah perati kebanyakkan kita ni kalau hari Jumaat hati tu sebenarnya dah berada hari Sabtu dah hahahhahah eleh ye kan aje...persekitaran ju pun mcm tu, tp chill je kan depan pc, anyway esok apa plan korang? Ju BW tadi kemain planning korang ada yang nak pi Big Bad Wolf kan nak cari buku anak2 right? Ju stop pi sana dulu sebab dh borong sakan ari tu tak nak membazir. Okey now jom tengok hasil survey ju dan suami pi lawat Quill Mall baru-baru ini. Lets check it out!

Wednesday, December 3, 2014

Peminat Tote Beg!

Wednesday, December 03, 2014 20 Comments
Lately aku ni asyik dok usya tote beg je tau...aku memang peminat tegar tote beg atau maksudnya sejenis beg yang besar dengan bukaan yang luas kira fungsinya boleh isi macam2, macam poket doraemon tu hihi itulah nama yer tote beg. Tetiba buka Streetdeal, ternampak plak tote beg ni weh, cair dh aku, cair dh duit aku gini huwaaaaa, aku ada 1 je jenis tote beg kt rumah tu pun suami hadiahkan, dia memang tau aku suka beg jenis besor pastu tangkai pendek kiki, suka bawa pi opis dan ke event sebab mudah nak capai dan bawa.

Tuesday, December 2, 2014

Refreshing at Glory Beach Resort

Tuesday, December 02, 2014 23 Comments
Calm
Tenang, damai dan rasa sihat terus lihat kolam ni dipagi hari kan...syahdu je...orang takde pun lalu lalang, rasa macam diri ni dah bertukar jadi muda, muda 10 tahun lepas...hahhahahha itulah bila kita buat short vacation ni seolah2 boleh lari dari kesesakan kota dan fikiran yang kusut. Tatapan ini melegakan minda, subhanaAllah. 


Monday, December 1, 2014

Karnival Upin dan Ipin | PICC Putrajaya

Monday, December 01, 2014 26 Comments
Hari yang dinanti dan dirancang telah tiba, kami plan nak pi last day hari Ahad 23 Nov 2014 pagi2 lepas solat subuh, breakfast terus pacu balik dari PD ke PICC, ni entry lompat eh, entry kisar di PD Ostrich Farm pun tak up lg hehehe xper lah usulkan entry yg paling banyak gambar dulu, leh delete terus dlm hp berat nanti.