Alhamdulilah, tak sangka sebenarnya, tak harap sangat pun, sebab hanya join suka-suka je contest, tak sangka pula menang, syukur alhamdulilah, kalau nama yer rezeki Allah dah tetapkan lari macam mana pun tetap hak milik kita, kalau kita usaha hari-hari pun kalau Allah kata itu bukan rezeki kita, maka kena redha dan cari jalan lain, usaha kena tetap usaha ye dak.

Inilah dia 2 voucher yang julia menangi, saje display satu je, yang lagi satu simpan elok-elok hihi :)


Sudah click link atas itu? Itulah jawapan kepada contest yang dianjurkan hanya sehari kemudian esok hari juri-juri adili dan hakimi, best tau. Julia suka konsep pertandingan macam ini, anjur hari ini, esok dah tau jawapan, tak kisahlah kalah ke menang ke, janji tau keputusan kan itu yang peserta suka join tu, kalau meleret2 nak tunggu tarikh keputusan makanya macam kurang minat lah, hihihi

Tempahan berbuka puasa semalam juga julia dah tempah tarikhnya 24 Julai 2014 (Khamis) dengan Kak Mas pihak BGR Restoren, already BOOKED! 

Lega hihi, insyaAllah if suami ku sihat walafiat dan masa mengizinkan, mungkin kami akan meraikan hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-3 disini bersama dengan Qaiser ilman berbuka puasa disini...alhamdulilah, percuma tau. :)

Tanjat masa baca pengumuman, juri letak nama Julia Johari pada calon pertama, adakah menang tempat pertama dari 5 orang yang dipilih? hahhahah kembang sekejap, apa-apa pun syukur ke hadrat Allah, rezeki kedua dalam bulan Ramadan.  

Berminat nak berbuka puasa sini?
Click 
Terima kasih kalian yang mendoakan dalam kotak komen sebelum ini, saya sangat hargai sebab Allah makbulkan semua doa kalian, julia doa kembali pada Allah agar kalian dimurahkan rezeki dalam apa jua bidang yang diceburi...salam Jumaat dari Julia Johari Dot Com, babai :)