Kawan ambil KESEMPATAN | Julia Johari
Booking.com

Kawan ambil KESEMPATAN


Bulan baik, harus kita bicara tentang baik-baik sahajakan dalam Bulan Ramadan.
Tapi hati ini membuak-buak nak kongsikan dengan para pembaca semua. Bukan terjadi pada diriku, tetapi pada suamiku. Pernah beliau menceritakan selepas ambil Qaiser ilman dari rumah orang tuaku, beliau menceritakan ketidaksangkaan dia pada seorang kawan yang baru 1-2 tahun mengenali.

Susah tau nak dengar cerita atau masalah dari kaum LELAKI ini, lebih-lebih berkongsi masalah sesama mereka, sebab lelaki seboleh-bolehnya nak simpan semua masalah dan cuba selesaikannya cara elok. Tapi bila isterinya mendengar rasanya tidak wajar sangat disitu... (ayat pun baik je julia karangkan, nasib bulan Ramadan, kalau tak keluar ayat-ayat tak sepatutnya kot)

Tatkala menanti suami bercerita tentang KONSEP KAWAN....beliau tanya padaku, pernah rasa bagaimana berkawan tapi kawan bersebab sesuatu? Maksud macam tak jelas kan...tapi sebenarnya bila tanya apa maksud suamiku cuba sampaikan, rupa-rupanya ada kawannya yang cuba ambil KESEMPATAN, KESEMPATAN dari segi apa? Nanti aku cuba huraikan...nanti korang baca nilailah sendiri.

a) Nak pinjam kereta boleh? Nak bawa balik raya nanti...bolehlah sehari dua ke kan?
b) Eh! Bukankah bas-bas persiaran ini si .... ini yang punya, dia cakap dia punya. Pelik.
c) Nak pinjam duit boleh seratus ke dua ratus...nanti cukup bulan leh bayar balik, urgent ni.

Jikalau anda sebagai isteri mendengar suami anda bercerita sebegini pada anda...apa yang terlintas pada fikiran anda?
  • Nak pi serang? (oh tidak)
  • Nak jerkah dia depan-depan buat laki aku macam itu. (oh tidak)
  • Nak pi tumbuk (tomoi) hahahha (oh tidak)
  • Nak pi jampi segala bagai kt tok bomoh minta air pelindung (oh tidakkk)

Takkan solution macam ini kita nak ambilkan? Itu kurang waras sikit, ujian BERKAWAN tak kiralah kamu ada perniagaan kah atau makan gaji kah...sama je...pasti ada segelintir bukan semua ya kawan yang cuba nak perangkap kita.

Nasib baik jawapan suami ku sangat beradab sekali...Jawapan kepada persoalan Kawan Ambil KESEMPATAN..
a) Bukan tak nak bagi pinjam, tapi kereta tu ada permit, kalau kena bawa orang masa time raya siapa nak bawa? Maaf ya.
b) Biarlah siapa punya pun, kalau betul dia mengaku dia punya, kenapa dia tak datang?
c) Boleh....(tapi bila sampai jumpa, dia tolak, buat acah acah nak pinjam ke tak)

Aku pelik manusia macam ini.........
Aku dah nasihatkan suamiku, hati-hati ye berkawan, jangan sampai jadi lawan, sebab bahaya berkawan dengan orang yang suka ambil KESEMPATAN ini...

Ramadan yang baik ini...jom kita belajar konsep berkawan BAIK. Tak susah pun sebenarnya...hanya perlu ikut:

Lagi satu nak beri teguran membina,
Jikalau kita memanggil nama sahabat kita dengan panggilan nama yang baik, dengan tutur kata yang baik, mohon sangat-sangat balas dengan namanya baik-baik, dengan tutur kata yang baik-baik...terkadang kita alpa dan seronok dengan letak nama-nama asing pada seseorang, tapi pernahkah anda tanya, beliau suka ke dipanggil dengan nama sebegitu...harap kita pelajari sesuatu di sini ye kawan-kawan...teguran baik ini adalah seperti menegur dan berpesan utk diri ku sendiri...tapi awas, jangan sampai daku bertindak seperti ini, sebab kesabaran seseorang pun ada batasnya:
Selamat beramal perlahan-lahan dari tiada langsung perubahan...
assalaamwarahmatullahi wbt.

4 comments:

  1. susah sangat nak cari kawan yang beul2 baik macam zaman sekolah dulu.. kan?

    ReplyDelete
  2. oh ada jugak macam ni, Salam ramadhan Julia, selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  3. pernah je jadi macam ni, sampai sekarang tak bayar2 duit. nasib la 1klebih je, kalau ber K K mahu pitam gak. hasben jenis suka tolong orang.. dengan harapan bila kita susah nanti ada orang tolong kita pulak.. tapi bila kita susah orang tengok je kot.

    ReplyDelete
  4. Partner husben akk dulu kemain susah. Bila share busn dgn husben akk dah jd senang. Siap bawak lari projek lagi dari husben akk ms dia sakit. X kenang budi betul kan. Pastu tipu husben akk katanya dia x de projek. Padahal bersusun susun projek dia makan sorang. Akk dah ckp dulu kat husben jgn percaya sgt orang luar ni. Sellu terjadi kawan makan kawan. Tp x nak dgr. Dah kena baru tau. Hii geram kat orang tu tau. Dah la bw lari projek. Siap burukkan husben akk lagi. Tamak betul.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com