Are You Blogger? | Julia Johari
Booking.com

Are You Blogger?

Hari ini jom gebang isu santai nak...dah lama tak sembang-sembang kosong dengan semua pembaca dan blogger yang setia hari-hari masuk blog julia...terima kasih tidak terhingga ya sebab masih tidak jemu-jemu untuk membaca blog merapu raban ni hehehehhe :P

Actually kan lebih kurang 2-3 bulan julia dah tukar personality blog, sudah tukar macam-macam jenis ilmu blog, and now julia dapat rasa satu sengatan luar biasa bila berblogging tatkala kita mula belajar ilmu BRANDING BLOG kan?

Faham tak maksud julia?
Kalau tak faham baca lagi sekali sampai faham ahhaha, ini semua julia belajar dari sifu-sifu yang buat entry2 blog, julia tau julia masih baru lagi dalam dunia berblogging....dan banyak lagi kena belajar untuk praktikkan ilmu branding blog. Banyak? Memang banyak...


Itu sebab sekaligus PERSONALITI Julia pun berubah...maksud julia ini haaa...
  • Dulu orang panggil ku Umi QI...sekarang korang semua kena panggil Julia atau Kak Julia kalau anda tu perasan adik la hahaha :p
  • Dulu ku bercampur dengan geng-geng mak-mak blogger je....sangat gila join geng mak blogger sampai aku terlupa dan alpa rupanya banyak lagi group2 yang julia leh join dan kembangkan lagi sayap perkenalan dengan blogger2 muda ataupun blogger2 orang lama.
  • Dulu julia buat blog sebab ikut orang ada blog....tapi tak tahu pun sebab apa kena ada blog? Haaaaaaaaaa 3 tahun lebih ku buat blog ini macam takde arah tuju...hanya utk tujuan suka-suka update...tp matlamat? ZERO!
  • Dulu ku tak tahu nak rujuk sape ttg blog, sekarang ku dah jumpa sifu-sifu blogger yang ramah tamah boleh tunjuk aku jalan nak belajar blog.

Ramai yang tanya:
You ini boleh dikategorikan sebagai BLOGGER apa ya?
Korang rasa korang bagi jawapan apa?
  1. Lifestyle Blogger?
  2. Food Review Blogger? 
  3. Travel Blogger?
  4. and so on.
LIFESTYLE BLOGGER....sebab i suka shopping, travelling, and suka fesyen2 hehehhe....

Ada kalangan blogger yang julia jumpa memang dia notice dia adalah seorang Blogger Food Review sahaja dan dalam blog dia mmg fully cerita tentang makanan only...so ini dinamakan lebih spesifik dan mmg kerjayanya dalam bidang makanan je hihi.

Ada kalangan blogger julia jumpa, mmg dia akan cerita ttg percutian satu dunia dia pi...buka blog dia je kita tahu destinasi mana part by part....only cerita ttg travel...so boleh kita kategorikan dia sebagai Travelogue Blogger.

Lifestyle ni lebih more kepada cara hidup kita seharian, cerita ttg hidup seharian dan more up to date...so julia pilih Lifestyle.

Nampak tak PRO dan CONTRA PERSONALITI Julia berubah selepas tukar domain....
Julia dah mula nak atur langkahnya.........tukar domain........pacu tenaga kerja keras untuk buat kerja sampingan kecil-kecilan.

Job Review PRODUCT/SERVICE ........aku suka! (Kerjaya masa lapang untuk upgrade dunia review iklan online)

At least personaliti baru ini julia boleh ceritakan perkara yang benar sebelum cerita pada korang bentuk barang mcm mana, servis macam mana, warna macam mana, sesuai atau tidak...semuanya mengalir deras bila tgk barang2 yang di pos dari peniaga2 yang ingin julia review barangan mereka.

Nampak tak disitu kepuasan Julia dapat bila bertukar PERSONALITI baru....masih julia yang sama...masih mesra alam mcm korang jumpa selalu tu....masih yang sama....

Yang TAK SAMA....
Adalah PERSEPSI sesetengah orang! Baik PERSEPSI julia terima tgn terbuka....Buruk PERSEPSI mungkin julia akan fikir sama ada benar atau tak...jika TAK????
Haaaaaaaa itu julia abaikan....sebab PERSONALITI julia adalah diri julia sendiri yang korang baca hari-hari ni tau...korang leh nilai sama ada penulisan biasa julia dan penulisan review julia buat sama ada jujur atau tak betul kan???

So, ramai yang nak belajar tentang masa depan berblogging kan...apa akan jadi beberapa tahun akan datang and so on?

Jom ayuh mulakan langkah.....untuk kita timba ilmu setiap hari...untuk cari identiti PERSONALITI kita dalam blog kita sendiri...jangan tiru orang lain, build it from your heart...and readers get the magic touch from your briliant ideas!

Lets share your personalities in my comment box....i want to know your truly explanation about your feeling PERSONALITIES as a blogger!

THANKS A LOT :D

14 comments:

  1. Akk berblog sbb suka2 jgk..smbil kongsi pengetahuan dgn readers..tp tula..matlamat berblog ni mcm.blm ada lagi..hehehe

    ReplyDelete
  2. Akk berblog sbb suke dapat kawan baru. Lg pun blog tu ibarat diari kehidupan.

    ReplyDelete
  3. Ju. Sebut psl review soon InsyaAllah will contact Ju lagi. Yatie ni apa eh? Macam lifestyle. Macam mak2. Macam bisnes. Macam merapu. Semua ada. Blogger Caca Merba kot. Hahaha. Btw Ju. Nanti share banyak lagi tau ilmu blog. N nak tukar dotcom. Husb Yatie bg green light. Heeeee.

    ReplyDelete
  4. blog ciknaa blog mak-mak sgt..boleh kata 90% cite hal anak2..ada la sikit2 biz.. huhu

    ReplyDelete
  5. a ah kan..mungkin blog sy perkongsian pengalaman dan ada motivasi sikit kot..tp mcm-macam jugak rasanya...haha ce julai cek kategori blogger apa agaknya sy ni huhu

    ReplyDelete
  6. alaaa daku ni kategori ape ehhh???confius dgn diri sendiri niii..

    ReplyDelete
  7. wah nice entry julia..
    good writing.. detail pasal berbezaan genre blogging..
    itulah kadang mcm saya dlu mula2 blog just for fun..dah lama skit terjebakbarulah tau. mana hala tuju kita :P

    ReplyDelete
  8. nanie buat blog suka2. share experience bile pergi travel, kasi kata2 hikmah n paling best dapt kenal dgn kwn2 yg len :)

    ReplyDelete
  9. im a lifestyle blogger.. tapi belum boleh di panggil as blogger rasa mcm tak layak je lagi.. blog pn tak ramai follower.. dah lah tak ramai.. pemalas pulak tu nak cari source utk tingkatkan traffic & follower..so I ni ala2 berblog syok sendiri je.. jika ada org nak dtg baca they are most welcome.. kalau yg tak sudi/ tak tau kewujudan my blog, im ok je.

    I share apa yg I buat & pergi(travel) semua tu bukti yg i pernak pergi.. semua kenangan2 yg ada dlm blog I tu semuanya kenangan terindah yg I abadikan.. and also boleh share sikit2 info.

    actually cara penulisan tu penting.. kita jgn nak copycat sangat bulat2 ayat orang lagi2 cara penggunaan ayat.. kadang2 kita dapat rasa cara penyampaian ayat seseorang tu fake atau tidak.

    ReplyDelete
  10. saya pon dah lama berblog nie... tue pon sebab teringin nk belajar pasai blog ni nak tahu blog nie apa.. smbil suka-suka pos la kt blog nie... bila sambung stdy.. dh kurang active dgn blog nie.. skrg nie target nk active, nak tambah ilmu lagi pasal blog nie.. bila baca post kak julia nie.. terpikir jugak, apa tujuan saya...
    cuti 2 bulan nie,, nak selidik, nak cari ilmu2 lagi pasal blog nie.. thanks share kak julia...

    ReplyDelete
  11. Memang nampak ketara perubahan dari segi penulisan dan concept blog Julia ni...
    SEmoga lebih maju jaya lagi dalam bidang yang diceburi.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com