Jumaat! Alhamdulilah
Cepat je sekarang hari berganti hari kan....episod ttg sambungan cerita Umi Qi sambung di Universiti mana nanti minggu depan lah Umi Qi update ye...sekarang nih terpanggil sgt2 nak rungkaikan isu tentang.....Nak pinjam duit boleh?

Mudahkan soalan tu...soalan tuh bukan merujuk kepada Umi Qi...sbb orang yang betul2 kenali diri Umi Qi pasti akan tahu, Umi Qi bukan jenis suka meminta2...kecuali minta pada suami itu pun kena pk banyak kali nk minta duit atau benda2 yg mengarut...

Korang!
Pasti korang pernah kan alami situasi orang atau kawan yang biasa2...ala biasa tuh cm bukan lah rapat sangat, yg suam2 kuku...bg soalan kt korang..."Nak pinjam duit boleh?" Huhuhuhu i rasa pasti ramai kan alami situasi genting cm ni....bukanlah nak suruh korang pk yg Umi Qi nak cerita perihal orang....bukannnnn....ingat bukan yeeeeeee...

Tujuan Umi Qi hanya satu...Kenapa begitu mudah sekali ada perasaan sifat suka meminta-minta? Bukan ke sifat tuh kurang disenangi oleh sesiapa pun lagi2 yg bukan rapat dengan anda? Kan? 

Umi Qi pun x lari dari isu ini...termasuk keluarga Umi Qi pun x terlepas dari persoalan glamer seperti tajuk diatas....

Sejak Umi Qi masuk alam pekerjaan kira2 5-6 tahun lepas...mmg x terlepas lah dari isu ini...isu kawan minta duit..."Ju, nak pinjam 100 boleh? Nanti dpt gaji aku ganti balik" "Ju, bz ke? Boleh aku nak pinjam RM200, urgent ni, kalo boleh nak sekarang". "Ju, pinjam duit boleh, esok aku bayar tau"

Itulah soalan2 yg selalu menguji Umi Qi....jikalau korang berada disituasi persoalan mcm tuh apa korang lakukan? Tolak atau menerima? atau beri alasan munasabah?

Take a note ya!
Umi Qi banyak kali pesan diri sendiri...belajar dari abah sendiri...tanya pandangan keluarga ttg isu pinjam duit....tau apa pandangan Abah Umi Qi? "Julia, abah dulu ramai yang tanya nak pinjam duit, tau abah jawab apa? Abah ckp kt kawan dia, aku tak hendak hilang kawan sahabat, bukan aku xnak bg pinjam, cuma nanti nak jumpa masing2 segan, sbb x dpt lunaskan hutang dan pemiutang pun segan nak minta....so dari aku hilang kawan, baik aku jgn bg pinjam awal2 kt kau" haaaaaaa lebih kurang gitu ar abah aku pesan kt aku cara dia ckp kt kawan dia....

Sampai sekarang abah aku x hilang kawan...bukan ajar diri jadi kedekut...tp pengalaman besar dia mengajar diri dia agar lebih berhati2 utk beri hutang kepada kawan dia...so until now semua kawan2 dia still with him...selalu Umi Qi tgk abah dpt contact kawan lama dia...so x hilang kawan...see!

So, bila isu ini terjadi pada diri sendiri, Umi Qi leh handle mcm abah ckp...kadang2 ada sms atau inbox FB kawan2 minta pinjam duit...maaf ye, if Umi Qi berdiam diri...tujuannya tidak mahu menyakiti hati anda dan mahu terus berkawan dgn anda, so jawapan Umi Qi sama mcm abah ju ckp....aku x mahu hilang kawan wahai sahabat, maaf sgt2...lg satu, anda pernah tanya ke kewangan diri sendiri? Bagaimana utk aku ubah pola cara pengurusan kewangan aku?

Umi Qi belajar sendiri cara urus kewangan sendiri...sekarang ni ilmu di hujung jari je...ko click dah beribu2 tips leh dpt utk simpan duit ketika kecemasan...bukan nak ckp aku byk duittttt....tidakkk! Aku belajar tau utk simpan...kalo boleh simpan utk emergency...aku seboleh2nya mahu pakai duit sendiri dari suka meminta2...mmg betul perumpamaan, "Memberi Lebih Baik Dari Menerima" tapi jikalau isu ini dipraktikkan, lama kelamaan, sifat suka meminta dan malas utk berusaha simpan sendiri akan jadi lebih parahhh...lebih culas...kerana ada je org nak tolong bila tiba waktu genting!...


Pleaseeeeeeee say NO utk pinjam duit kt kawan2 ok...But say YES utk saya mulakan tindakan baru hari ini utk menyimpan sikit2 utk hari emergency....selamatkan kawan2 kita dari terjerumus ke kancah hutang lapuk, sekian dari Umi Qi :)


Nak belajar simpan duit cara Umi Qi? click sini: Jom simpan duit

18 Comments

  1. ermm.. mmg x elok sikap suka meminta ni.. lg² kata pinjam, mintak dgn suami xpe hihihihi

    ReplyDelete
  2. Ju baru je terbagi pinjam rm1400 kt org. Huhuhu.. Nnt akk pm ju cite. Mmg serba salah sgt2.

    ReplyDelete
  3. sedara mara pinjam.. memang kira burnlah.
    wat2 lupa.
    kita ingat, tp segan nak mintak.

    ReplyDelete
  4. ciknaa mmg payah sikit bab ni.tapi ada masa nya bagi jugak. mcm kes officemate anak 5 suami baru meninggal.sedih dengar anak dah abis susu.. bagi jela.& kalau tak bayar ciknaa kira halal sbb tolong anak yatim.. gittew :)

    ReplyDelete
  5. Akk klu org dtg pinjm duit ada akk bg..akk tgok org jugak ju..klu nmpk ssh akk bg je xpyh bg blk..tp xd la beratus2..akk pgg prinsip hri ni hari dia..giteww..kot2 esk akk plak ssh..bnda ni subjektif..klu dia nk pinjm sbb dia suka perabih bnda2 yg xptt..opkos jgn kasila kan..depends knp dia nk pnjm..

    Sori ye sis..terpnjg plak

    ReplyDelete
  6. Dilah boleh bg pinjam kat adik beradik sendiri jer sbb kita dah tau kan perangai adik beradik camne.. tp belah in law x berani lagi.. kadang2 pelik tgk org pinjam duit senang, tp nak pulang bukan main liat.. kita ni nak meminta dah segan.. penah terkena sekali ngan sedara.. lps tu mmg x la bagi pinjam2 ni.. kalo yg susah niat terus bagi jer.. so kalau dia x pulang kan kita x rasa apa kan.. sori.. terpjg pulok.. hehe

    ReplyDelete
  7. Kalau kakak ni Ju memang payahlah nak bagi pinjam dan memang tak suka. Kalau kakak bagi tu maknanya bukan pinjam tapi kakak bagi terus macam sedekah...

    ReplyDelete
  8. Akak ni jenis lembut hati tak sampai hati kena berkali2 pun macam tu jugak. Ni masih tertangguh 2 tahun Rm500 tiap kali jumpa ckp akan bayar last2 sampai berhenti kerja dan dpt pampasan berpuloh ribu pon tak bayar...

    ReplyDelete
  9. betul umi qi..tambah orang tak rapat..kadang pelik gak, dah berabad xcontact, tiba2 contact tanya nak pinjam duit. kita pon bukan senang, bersusah jugak nak simpan duit kan, so diorang pon patut la belajar menyimkpan duit..

    ReplyDelete
  10. biasalah tu, masa nak pinjam memang mulut manis, janji ada duit nak bayar semua.. tapi...... tahla, manusia kan? -__- pinjam 1k tapi bayar rm100. sabar jela..

    ReplyDelete
  11. Takde duit nak pinjamkan org..sendiri guna pun x cukup..huhu..

    ReplyDelete
  12. SA sendiri x cukup duit..kalau ada pun fikir 10 kali nak bagi ke x..

    ReplyDelete
  13. paling tak gemar kalau org nak meminjam duit.. bukan nak berlagak.. kadang kita sendiri pun sesak takkan nk bagi kat org pulak.. actually tak salah share sama sikit.. hurmm for me lebih afdol pentingkan diri sendiri dulu dari diri orang lain hehehe..

    ReplyDelete
  14. walaupun bunda selalu pinjamkan kat orang tapi bunda sendiri tak suka pinjam2 ni...

    ReplyDelete
  15. Betul umi qi..kite ni bila org yg pinjam xreti nak pulang, xkan kite plak nk mintak kan?cmana pulak cara nk mntk tu?haihh...baik la xyah bg pinjam kan? Xde la ilang kwn sbb duit..
    Bab menyimpan tu..malu jap ngan diri sendiri..siyes ckp me xconsistent bab2 smpn duit ni..ade la..tp xtiap bln..ade plan nk potong gaji terus..senang! Tp tu lahh..smpi skang xwat2 lg..

    ReplyDelete
  16. hubby ida suka bgi pinjam orang! eii tak sukaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  17. hubby ida suka bgi pinjam orang! eii tak sukaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)