Muhasabah Diri | Umi Qi tidak akan berputus asa untuk teruskan nasihat menasihati :) | Julia Johari
Booking.com

Muhasabah Diri | Umi Qi tidak akan berputus asa untuk teruskan nasihat menasihati :)

Assalamualaikum WBT
Hari Jumaat, adalah hari yang sangat-sangat mengkagumkan. Ketenangan, keharmonian dan keikhlasan akan terpancar sekiranya kita betul-betul menghayati kelebihan hari Jumaat berbanding hari-hari yang lain.

Masih lagi kalian ingat entry click Muhasabah Diri yang Umi Qi uar-uarkan 2 hari lepas. Umi Qi bukan menyepikan diri dari semua orang ye....bukan....jangan sekali-kali kita buat assumption mengatakan seseorang itu menyepikan diri kerana mengelak masalah, malu berdepan dengan masalah, benci pada orang tidak sekali-kali.

Apa yang Umi Qi muhasabah diri adalah mencari rujukan buku-buku yang boleh dijadikan panduan hidup....

"Adakah benar cara yang kita cakap dan lakukan sekarang?"

"Salahkah kita sebagai manusia saling nasihat menasihati?"

"Adakah benar mesej unsur nasihat yang disampaikan didalam entry blog boleh mendatangkan salah faham dikalangan blogger yang lain?"

"Kenapa anda fikir nasihat itu boleh jadi salah faham?"

"Adakah entry ini menimbulkan salah faham?"

Banyak betul persoalan bukan? Oleh sebab itu, Umi Qi cari gali, cari gali ilmu lebih ke hadapan untuk ketahui selok belok pertanyaan ini...mmg, sebelum kita nasihat orang, adalah sebetulnya nasihat diri sendiri....Umi Qi sangat berpegang kepada itu.....nasihat diri sendiri...amalkan...baru apply kepada orang lain.

If sahabat lain merasakan nasihat itu boleh menimbulkan salah faham, maka tanyalah diri anda sendiri, "Adakah aku sendiri telah jalani amalan seperti dalam nasihat yang diberi oleh org itu" 

Jika masih belum....anda masih belum terlambat untuk berubah, insaf dan berbuat kebajikan wpun sharing ilmu di FB sekali pun....maka berubahlah...kerana Umi Qi tidak pernah benci kalian walaupun bermacam-macam kata2 kesat dilemparkan pada Umi Qi.

Kerana, diam itu bukan beerti salah, diam itu beerti kita fikir berjuta kali sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak menyakiti hati kawan. Fikir-fikirkanlah. Selamat beramal.

Buku ini adalah hadiah yang diterima kepada Ibu Umi Qi, buku ini berasal dari Singapura...tatkala pertama kali melihat tajuknya....Umi Qi sudah tertarik untuk menyelongkar isi alam buku tersebut...

Mari selongkar ilmu !

Baca caption yang di highlight Merah dan Kuning.

Mari sama-sama berubah :)




Kata-kata hikmat....sangat meremang bila baca.

 Inilah kata-kata keinsafan muhasabah diri yang Umi Qi sangat-sangat terpegun, tertarik dan akan terus tidak berputus asa serta tidakkkk letih untuk berbuat amal kebaikan dalam "Nasihat diri sendiri dan orang lain"

Terima kasih kepada kalian di luar sana, komen membina dan panduan hidup yang diberikan dalam komen blog, di FB mahupun di wassup serta instagram Umi Qi baca dan Umi Qi selami semuanya secara positif.

<<<Umi Qi akan terussssssss senantiasa up entry sekali sekala menjurus kepada motivasi diri dan nasihat menasihati...kerana entry-entry tersebut tidak langsung menyentuh sensitiviti mana-mana orang dan tidak langsung mewujudkan salah faham, yang jadi salah faham kerana anda yang mereka-rekakan salah faham diatas nasihat yang diuar-uarkan....selamat beramal :) >>>

17 comments:

  1. Thanks for sharing umi qi! Kita suka sgt2. Sama2 ka muhasabah diri ye. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  2. sama2 lah kite bermuhasabah diri sempena tahun baru ni kan kak...

    ReplyDelete
  3. salam petang jumaat umi Qi :)
    membaca adalah jambatan ilmu untuk kita lebih yakin menyampaikan sesuatu pada sesorang..

    ilmu yg baik wajar di kongsikan bersama..tQ :)

    jom!! muhasabah diri...

    ReplyDelete
  4. salam umi Qi.. :D..
    lady ingtkan umi ade mslh.. rupenye salah fhm jerk.. hihihi

    bgsnye umi qi.. :D.. rajin membaca.. nanti umi qi tlslah d sini ape yg umi bacer.. :D

    ReplyDelete
  5. entry sebegini pun dah cukup muhasabah diri atapah lagi kita perlu lebih mendalami lagi banyak ilmu untuk kita mehasabah diri.. betul tak Umi QI?? ;)

    I rasa dalam dunia blogging & lain2 social network ni, ada pro & contra. Ada yang suka dgn cara penyampaian kita malah sebaliknya. Kita jadikan yg -ve tu sebagai pengajaran utk kita perbaiki lagi kelemahan pada diri kita. Atau sebaik2nya kita ikut saja ajaran & ilmu2 agama yg telah ditetapkan mengikut jalan yg benar. Persetankan apa orang nak kata.. janji apa yg kita buat, kita tahu itu adalah dijalan yg benar.

    Zaza percaya lama kelamaan org2 yg -ve ini akan muhasabah balik diri mereka.. mungkin jg akan menjadikan Umi QI sebagai petunjuk kearah kebaikan.. berbuat baik tak rugi sebenarnya kannn Umi QI.. malah Allah sayang pada org2 yg baik, mengikut telunjukNya & penyabar..

    Wahh dah mcm Forum Perdana plak ni.. hehehhee Chillax Umi QI .. *HUG* ;)

    ReplyDelete
  6. tq umi qi.. banyak manfaat bile share bende macam ni.. fifi pon dapat tambah ilmu..

    ReplyDelete
  7. TQ umi qi..
    Sokong sgt klu umi qi nk share ape je yg umi qi baca..ramai org yg bole dapat manfaat..

    ReplyDelete
  8. thanks for the info.

    kadang2 kita ni mudah lupa (tuding jari jugak pada diri sendiri)..
    sama2 kita muhasabah diri.:-)

    ReplyDelete
  9. Apa yang penting Jue, Allah sahaja tahu niat baik kita. Biarkan 10 jari menunding kita salah, takpe, Allah ada bersama.

    Sayang Jue!

    ReplyDelete
  10. keep on blogging umi qi..teruskan niat yang baik tu..kita memang harus saling mengingati, sentiasa merendah diri dan terima pandangan orang lain dengan hati yang terbuka even kadang2 tak sama dengan pandangan kita...kan?

    kite pun belajar menerima teguran orang lain..kalau orang tak suka mesti ada sebab..antara munasabah atau tak je..

    keep on doing what you do best. tak dapat nak puaskan hati semua orang..but you've earn my respect. ::hugs umi qi::

    ReplyDelete
  11. nice sharing. harus dptkan satu buku ni! :)

    ReplyDelete
  12. Nice sharing umi qi..biasalah la tue umi qi kdg2 apa yg kita nk sampaikan tue akan jadi salah faham..farah pn pernah jadi situasi cm tuw..nk cakap ssh tak cakap pn ssh.. better berdiam diri jer yg lebih baik..hehehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com