Julia Johari: November 2013

GA Pearl by Moon!



Syarat-Syarat penyertaan apa yang perlu anda buat :


1. Buat satu entry ringkas mengenai GA ni...dan entry tu mestilah mengandungi,
antara warna putih, peach dan hitam,, which color describe u the most..dan nyatakan kenapa...HANYA 3 WARNA DI ATAS tau...


2. Letak banner kat atas dan linkkan ke entry ini...

3. Terbuka kepada bloggers boys and gurl...

4. Sila like  page Jari Bulan Shop (WAJIB)

5. Hadiah misteri menanti peserta yang berjaya dan 1 hadiah khas untuk peserta bertuah.. :)


GiveAway ni akan berlangsung 8 hari sahaja bermula hari ini dan berakhir pada 30 November 2013. Tarikh GA tidak akan dipendekkan atau dilanjutkan.

***********************************************************************
"Unforgettable with Love"

The greatest thing you'll ever learn is to love and be loved in return...Truly by Us Abbie & Julia ;) 
We all love WHITE !!!




Umi Qi dan Walid Qi moment!
Kami memang suka warna putih...itu sebab kami gunakan medium off white sebagai gambar studio dan outdoor pra-perkahwinan...its just like throwback our marriage picture....


Putih ini kami describekan ia seperti satu kanvas putih...
Warna putih ini kami akan corakkan dengan pelbagai warna dalam kehidupan berumah tangga....
Sebab itu putih sgt2 sinonim bagi memulakan pelayaran bahtera perkahwinan yang baru tercipta....ewahhhhhhhhh ayat ko umi Qi hahahhaha

Pastu putih nih kan Moon sejuk je mata memandang...
Bila pandang warna putih kami rasa tenang...rasa damai...rasa nyaman sekali....

Kerana itu kami juga warna hitam...kerana bila digabungkan berdua akan jadi Hitam Putih Masa Depan...

...dan kami berharap dengan corak Hitam Putih Masa Depan yang kami sudah bina 2 thn lebih ini akan kekal hingga ke syurga jannah...

Moon........nak tahu warna Hitam yang sangat2 extraordinary???
Haaaaa mehhh sini scroll ye
V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

bawah lagi 
V

V

V

V

V

V

V
lagi
V

V

V

V

V

V

V
dan lagi
V

V

V

V
hahhahaha lagi yannngggg
V

V

V

V

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! 

Terlajak larissssssssss u olls pose mautttttttttt dari Walid Qi....
Bahahhahahhahha 
(walid jgn mare haaaa nak masuk GA moon kena kasi fun sikit leh menang hadiah hahaha)

<<<GA nih tamat esok...hari ini last day....hahahhaha Walid QI gak jadi GA model Moon....lariiiiiiiiiiiiiii>>>

Berita Harian 28 Nov 2013: Umi Qi join Kempen YES Vaksin Pneumococcal

Alhamdulilah :)
Ingatkah lagi anda tentang anjuran Kempen YES: I'm Protected with Vaccine Pneumococcal? If terlupa boleh rujuk semula click SINI

Hari ini Khamis, 28 November 2013, Berita Harian 
Ada sisipan di tengah-tengah muka surat mengenai kempen ini yang telah berlangsung 5-6 bulan lepas dan anjuran Majlis Penutupan Kempen YES yang Umi Qi hadiri bersama-sama anggota mommy blogger gojes pada 16 Nov 2013 yang lalu di Tropika City Mall, KL

Inilah dia sisipan yang anda boleh baca...gambar diatas sekali ialah Mama Erina Asmawi dengan suaminya...beliau mmg byk mengetengahkan kesedaran vaksin ini dan byk menyedarkan parents diluar sana....termasuk Umi Qi....

(Kedit picture from Walid Qi :))

(Kredit pic to Blogger Mama Khairul Ibtisam kerana menghebahkan sisipan surat khabar ini di ruangan club gojes blogger, terima kasih dear, izinkan Umi Qi kongsikan gambar disini ye)
(Umi Qi dan Qaiser Ilman (baju berwarna biru) bersama dengan mama blogger Hidayah Hiddensity dan anaknya zain (baju warna itam polkadot) dengan Pengasas Utama Puan Chan Li Jin  sedang beri penerangan khas ttg isu bahayanya penyakit Pneumococcal semasa majlis penutupan Kempen YES)

Tajuk Kuasa Suara Ibu itu sangat menarik perhatian Umi Qi tau....bila paduan suara dan sokongan semua dari masyarakat terutama suara2 ibu di luar sana beserta kad pledges YES membuatkan Umi Qi berasa sgt2 beruntung dapat sama2 menyuarakan hasrat dan tanggungjawab bersama untuk memberi kempen langkah kesedaran dikalangan ibu bapa....

Mohon baca kenyataan dari Dr. Musa Mohd Nordin dibawah:
 (Umi Qi jumpa dia bersama 2 panel doktor pakar yang lain semasa kempen ini dijalankan tempoh hari...pencerahan dari beberapa persoalan Umi Qi ada uar-uarkan padanya ttg isu ini amat mengkagumkan Umi Qi dan para hadiran yang hadir, sgt2 membuka mata hati)

<<<Jangan lupa ye beli surat khabar Berita Harian hari ini (Walid Qi dah beli 2 suratkhabar BH pagi ini, seronok dia katanya x sabar nak baca)....boleh baca penerangan lebih lanjut tentang isu pneumococcal, untuk makluman Pengasas Kempen YES ini telah wassup Umi Qi, dia kata kempen sekarang bergiat aktif di Hospital DEMC dan akan dihebahkan di sekitar hospital lain akan datang :) >>>

Part 2: Photobook We Say YES to Pneumococcal Protection already submited!

Assalamualaikum to all mommy and bloggers out there

Semua sihat ke? Macam mana perkembangan anak masing-masing? Pastinya sekarang anda rindukan mereka bukan? Sebelum itu, adakah anda terfikir, perkara-perkara yang tidak dijangka akan terjadi pada anak kita? Pernah anda fikirkan? Pernah anda menyelongkar pengalaman ibu bapa yang lain tentang isu penyakit yang sebelum ini kita belum pernah terfikir akan dihinggapi atau dijangkiti oleh anak tersayang????

So persoalan ini pasti anda pernah dengar bukan....cuma belum terfikir hendak ambil langkah pencegahan yang sewajarnya....atas faktor kewangan mahupun masalah tersendiri....tapi tahukah anda, sekarang ini dan zaman ini tidak sama seperti tahun-tahun yang lepas...tidak ada masalah penyakit yang seserius yang kita dengar di Malaysia bukan? Haaaa...sekarang tindakan untuk memberikan vaksin ekstra kepada anak-anak dari awal lagi adalah perlu sebagai langkah pencegahan jika dihinggapi penyakit pneumoccocal sekalipun ia tidak SERIUS sehingga membawa kepada kematian...maksudnya sebagai benteng pertahanan penyakit dari terus merebak lagi teruk hingga membawa maut.

Baiklah, Kempen YES ini ada dikalangan anda telah ketahui, Umi Qi ada dapat jemputan dari Mama Aqil (Erina Asmawi) dan Puan Li Jin (Pengasas Kempen YES) click SINI. Terima kasih kepada all mommies gojes yang terlibat dalam kempen ini antaranya Kak Mimi Hamid, Mommycha, Ctmah, Mayumie, Hidayah Hiddensity dan lain-lain media yang terlibat. Terharu rasa bila dapat menjayakan kempen ini bersama-sama dengan mommy blogger gojes supermom and baby...

Umi Qi pernah kupas isu penyakit Pneumococcal melalui click SINI
So, dah fahamkan apa itu penyakit pneumococcal right??? Dan ada jenis suntikan yang umi Qi detailkan.

Untuk kenangan Umi Qi bersama-sama orang kuat Walid dan Qi...Umi Qi create one free mini photobook malaysia from groupon....

Here we are...

The cover

2nd page
Ini adalah bait-bait kata2 poster kami semasa di Kempen YES....baca ye dan fahami elok2...and realise it by now.

3 panel doktor pakar telah diundang semasa majlis perasmian kempen YES ini...
Antaranya:
 Datuk Dr. Musa Mohd Nordin dari KPJ Damansara Speacialist Hospital, 
Datuk Dr. Zulkifli Ismail dari KPJ Selangor Speacialist Hospital, dan
Dr. Yong Junina Fadzil dari Klinik Pakar Kanak-Kanak Junina. 

Banyak soalan yang diutarakan dari Umi Qi sendiri dan bersama2 mommy2 yang lain...harap kempen ini yang sedang berlangsung yang dimaklumkan oleh Puan Li Jin dalam wassup di merata-rata hospital dan public mendapat sokongan dan perhatian yang sewajarnya untuk dimasukkan vaksin pneumococcal secara percuma bagi ke semua hospital. Insya-Allah

Inilah dia Pengasas Kempen YES
Puan Li Jin :)

Mama Aqil - Mama Erina Asmawi....
bila baca bait2 kata di poster ena...ketahuilah...anda penentu masa depan kesihatan anak2...kita perlu berusaha sedaya upaya utk memeliharanya...belajar dari pengalaman ibu bapa yang lain...dari situ kita sedar, kita masih belum terlambat untuk lakukan pencegahan yang sewajarnya....bertindaklah!

Antara poster booth Kempen YES yang dipaparkan di ruangan legar Tropikana City Mall di KL....

Last pages

Hendak tengok full album 
Mini 6x6 Mini Square Softcover Photobook Malaysia 
by Groupon Voucher made of by Umi Qi???


<<<Its all in ur hand....fikir dan bertindak sebelum terlambat...ikhlas pesanan dari Umi Qi sekeluarga yang sudah melaksanakan 3 kali suntikan vaksin Pneumococcal terhadap Qi...alhamdulilah>>>

Spagetti Broccoli Seafood Oglio Resepi


Sihat? Lapar? Hehehe bagi yang mengikuti instagram julia sebelum ini pasti tahu minggu lepas espeacially waktu weekend julia mmg suka memasak...ye masak....tp bukan masterchef la...janji masak...hahahha sedap ke x sedap ke itu belakang kira....dah jadi isteri (pangkat besor) kena rajin masuk ke dapur wpun kerja lewat malam sekalipun...tp untuk weekend something speacial Umi QI akan sajikan kepada Walid Qi dan Qi...tiga beranak je pun...so masak simple2 sudah :)

So, kali ini julia byk rujuk resepi dari luar negara, aah suka rujuk resepi diorg sbb mudah dan pantas nak masak pun...pastu julia derhaka lah resepi yang sedia ada....kekekkeke dah nama yer julia...buat apa pun mesti nak masukkan ingredients yg lain...so xd ar nampak naaa copy and paste!!! X syok copy paste bulat2...so korang kalu rajin pi la godek2 resepi omputih tuh ye....pastu create sendiri ikut citarasa tekak orang Melayu....

Now nak pung pang pung pang pasal western food kali ini hahahhaha....awat julia nih buat tabiat ka berwestern bagai? haaaaaaa laaa bukan selalu kot nak buat...tp dah selalu buat resepi ini, cuma x amik gambar ja nak masukkan dalam blog....kali ini ramai yg nak minta resepi...ok ini dia...

 Spagetti Broccoli Seafood Oglio with Umi Qi Style

Bahan-bahan Utama:
Spagetthi San Remo (suka guna jenama ini sebab sedap dan kenyal)
5 biji bawang putih - di tumbuk halus
1 biji bawah merah - dimayang halus
Sedikit Udang basah
Sedikit Sotong basah
Sedikit isi ayam tanpa tulang
1/2 biji tomato biji
Broccoli
Cupsicum
Parsley Flakes
Chilli Coarse
Minyak Zaitun

Inilah dia bahan-bahan utama yang telah disediakan...taraaaaa!

Yang buat extra ordinary resepi julia ialah ketiga2 botol dibawah ini....
Minyak Cesar (minyak zaitun extra virgin bagus utk kulit dan antioksida), Parsley Flakes dan Chilli Coarse adalah bukan perisa ye mommy...tp ia bertindak sebagai pencantik makanan...terutama sekali dalam penyediaan resepi spagetti...bukan sekadar sebagai daya penarik tetapi mempunyai aura keharuman yang tersembunyi...belilah baru tau...hehhehe

Okey, now kita mulakan dengan merebus udang dan tulang ayam ye...ayam yg telah dihiris dan tulangnya jgn dibuang...masukkan sekali dalam udang utk direbus...sebab apa?

Sebab nak dapatkan air rebusan udang dan ayam tadi....ini adalah stok perisa semulajadi...julia mmg pantang sgt2 kalu nak buh perisa tambahan lain...sbb x elok kan utk kesihatan...sekali sekala buat stok sendiri baru healthy sikit.

Masukkan minyak zaitun 2 sudu besar, kemudian tumis bawang merah terlebih dahulu...sampai garing baru masukkan bawang putih yg telah ditumbuk halus....gunakan api kecil ye...kemudian goreng sehingga naik bau dan bertukar keperangan.

Selepas itu masukkan stok ayam dan udang tadi beserta hirisan ayam, udang dan sotong...kacau agak2 sebati dalam 5 minit. Kemudian masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga air rebusan itu pekat sedikit.

Masukkan spagetti yang telah direbus dengan air panas, toskan, baru masuk ke dalam kuali tumisan tadi...kemudian masukkan sayur capsicum, broccoli dan tomato.
Akhir sekali masukkan sedikit serbuk Parsley Flakes dan serbuk Chili Coarse ke dalam kuali secara sekata.

Taraaaaaaaaaaa....siap sudah!!!!

Kemudian, guna kreativiti anda untuk mendeco hidangan ini sama ada pagi, petang atau pun malam, semua event pun sesuai....inilah dia cara Spagetti Broccoli Seafood Oglio with julia Style!!!! yebaaaaaaa.....(suka pakai pinggan putih sbb tampak more hidangan memukau pandangan hahahhaha)


Siapa tuan tanah yang masak tu???
Nih haaa dia julia...gambaq itam putih masa depan la sangatttt....hahahhahah....chow bebeh!

<<<Suka resepi julia ini? Sila tinggalkan komen di ruangan yang di sediakan...nantikan kemunculan julia esok dan akan datang...ada banyak entry tertunggak...buat keje opis dulu byeeeeeeee>>>

Kisah Kasih Umi Qi: Join Projek Kompilasi Sejuta Kisah Kelahiran

Umi Qi hari ini suka join any contest atau anjuran mana-mana kempen untuk disertai....mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah melalui blog pun boleh juga kan....x semestinya dengan beeriadah hjg minggu je...by the way pagi nih rajin dan free sikit nak blogwalking semua follower with new entry...pagi ini baca imbas kembali old entry geng2 gojes...ternampak entry menarik pada Mama Arissa.

So, umi Qi pun join kempen ini....kempen kisah kasih dengan mengkongsikan kisah kelahiran Qaiser ilman.... throw back speacial entry disini click: 

Pastu blog walking ke blog Kak Mimi , menarik baca kisah fayel masa kak mimi bersalinkan fayel dulu...so itu yang Umi Qi buat entry juga tiru mcm kak mimi sayang ku itu...hehhehe

<<<Jom hantar email ye, pasti anda semua para ibu pasti ada coretan entry untuk dikongsikan bersama dalam projek dan kempen ini bersama myRAHIM.org, selamat menceritakan ye mmuahhh>>>

Umi Qi join: Mommycha 1st Giveaway.

Theme:
mommy&baby moments
tak kisah sama ada korang ade sweet, sour, pahit, kelat, sugarcandy, candycrush, scrumptious sugar moment bersama anak-anak tersayang.


How it work:
JOIN/FOLLOW blog mommycha dulu.
Buat satu entry paling ringkas mengenai gambar yang korang hantar.
Ikut KREATIF/INOVATIF masing-masing.
Silalah letak link di entry anda mengenai GA ini.
Dalam gambar tu mesti ade gambar korang & anak masing-masing.
SATU gambar sahaja, okeh?
Kalo anak orang lain dikira DISQUALIFIED hahahahaha!
Pastu tinggalkan jejak link entry dekat
RUANGAN KOMEN sticky post ini.

Tarikh Tutup: 1.12.2013 (AHAD)


********************************************************************* 




Kenangan itu.....waktu hari sakit.

Wahai Micha....
Kali ini kami sang ibu dan anak menyaksikan sekeping gambar buatmu micha...
Gambar yang langsung tidak menunjukkan kegembiraan mahupun rasa gula sekali pun.... :(

Peritnya rasa sakitnya, peritnya menyaksikan jeritannya, perit melihat rengekkannya tanpa henti, perit ke hulu ke hilir berjumpa doktor, peritnya terpaksa warded kerana seminggu tiada tanda2 ia sembuh......itulah pengalaman Umi bersama Qi........micha. 

Tetapi perit itu bersama-sama dengan air mata bernama ibu....
Ke mana sakitnya anak, disitu air mata ibu mengalir secara terang-terangan mahupun dalam hati....
Tangisan itu adalah doa....doa semoga hari sakit teruk yang melanda si Qi hinggap dan singgah kepada ku....
Tidak sanggup melihat dia menderita, tidak sanggup melihat anak matanya menceritakan sakitnya, tidak sanggup seharian tanpa melihat gelak ketawanya.....nyata ia seksaan yang cukup berat sekali untuk ditanggung bagi seorang bernama Umi.....

Suka dan duka bersama anak tercinta, ia memerlukan berjuta pengalaman untuk dikongsikan sehingga ke hembusan terakhir....Allah!

Micha, ku tahu anakmu Mikayla dalam rawatan dan di warded di Hospital kerana sakit yg sama seperti Qi....semangat utk mu Micha, bertabahlah dan bersabarlah....tangisan seorang ibu yang mengharapkan doanya diperkenankan oleh Allah senantiasa terbuka micha...berdoa dan bertawakallah...moga usaha untuk menyembuhkan kayla senantiasa Allah lindungi....aminnnn

<<<Micha, tak menang pun x per, cuma nak sampaikan doa dan semangat buatmu micha cantikkk...mmmuahhh>>>

Lama ye tak sembang pasal Qi...

Holla!
Lama ye x sembang pasal Qi kan...
Qi sekarang dah berumur 1 tahun 3 bulan penghujung bulan November 2013 ini....
Pheewwwww cpt betul masa berlalu....
Dia sekarang dah pandai berjalan sgt2...nampak sgt dah keabang-abangan dia tuh terserlah bila time dia nak pujuk orang lain bila dia buat salah hahahhaha....
Jangan x tau Qi nih sekarang suka bebel...aah bebel cm pompuan...celik je bijik mata, mulut tuh pok pek pok pek...ada je nk ckp wpun pakai paci...kikikiki...

Pastu Qi suka tadah tangan bila dgr orang azan, dengar orang mengaji, dengar orang baca bacaan surah2 pendek, semuanya dia akan tetap angkat tangan....kecuali dengar lagu nasyid atau lagu ala-ala arab dia akan gelekkkkkkkkkkkkk....ha ko pecaya x anak aku si Qi nih pandai gelekkkk dan joget pastu ada masa tuh dia tepuk peha dua2 belah tangan dia kemainnn kooooooo....kemain happy!....hahahhahah keje umi Qi ? gelakkan diaaaaaaaaa bahahhahahha

Pastu suka makan biskut marie yg bulat tuh...kalu pagi2 nak buat makan bfast dia, mesti dia bertenggek kt pagar dapur mintak biskut marie buat upah teman umi masak kt dapur bahahhahahhaha...kuat naa la makan biskut marie kikikiki...

Pastu sekarang suka gigit umi dan walid dia...gurau kasor dgn cara gigit uwaaaaaaaaaaaaaaaa nsb ar mak pak dia badan besor...selamat lemak umi tau kena gigit hahahhaha...

Lagi best dia suka mandiiiiiiiii...ye mandiiiiiii hahahha asal nak mandi je suka ketuk2 dalam kolah mandi...nak terjun dalam kolah kot bahahhahaha...sabor jelah....

Pastu Qi suka berkawan...asal nampak kawan sebaya dia, dia suka kawan...sbb Qi kan nenek dia jaga...atok dia jaga...so dia kawan gan org tua2...bila jumpa kawan sebaya dia happy...nampak sgt dah suka berkawan...

Dia suka kucing! Pantang kucing lalu dpn umah tauk nenek dia pasti dia umpan biskut marie kasi kucing makan...pgl euuuuuuuuu euuuuuuu suh kucing dtg kt dia...hahahhaha penyayang betul QI nih ye :D
Tengoklah dia ni dok dalam bas persiaran walid Qi dia...
Time nih saje teman walid Qi panaskan enjin bas...sekali sekali time weekend tgk walid Qi gan basnya pun besh gak...Qi mmg suka naik bas walid Qi dia hahhaha habis satu bas dia tawaf...tengok ar...
 Pastu dahaga kan?
Hahahhaha kita minum dulu......korang perasan x hari ini Umi Qi x aktif sgt dlm FB ye club gojes...sbb bz beb gan kerja opis....grrrrrrrrrrrrr...sabor jelah...ok lah nk sambung keje dulu...nanti2 ar sambung story pasal Qi ye...bye!

<<<Walaupun entry ku kali ini pendek...tp percayalah aku rindu nak taip entry bebel panjang2 mcm dulu2...tunggu ye, sekarang bz sgt kt opis....>>>

Part 1: Sedutan Video Majlis Penutupan Kempen YES: I'm Protected with Pneumococcal Vaccine

 As Salam to all My Beloved Bloggers
Semalam Umi Qi ada buat Teaser kan tentang kempen ini di SINI...oleh itu inilah dia banner besar 'We Say YES to Pneumococcal Protection!' yang diadakan di Tropikana City Mall Kuala Lumpur...perasan x banner nih...ada semacam bentuk puzzle kan...yes itulah pledges kad YES tanda sokongan anda untuk mendapatkan imunisasi vaksin Pneumococcal secara percuma di seluruh pusat rawatan kerajaan...kreatif betul Puan Li Jin mereka bentuk banner nih ye...sgt2 cantik dan ada bermacam2 mesej yang disampaikan...antaranya yang anda boleh lihat "Speak up and Be Their Voice". Terbaik sgt2...mesej yg disampaikan kepada public yang melawat setiap booth ini akan dpt mengetahui apa mesej yg hendak disampaikan kepada mereka...

Petang semalam, Umi Qi ada terima satu mesej dari email salah seorang media press yang hantar salinan video ini kepada Umi Qi...sgt2 suka tgk video ini... :D (Umi Qi pakai baju berwarna biru ala-ala long dress ye)

Mari saksikan sedutan Video Majlis Penutupan Kempen YES: I'm Protected

Ini adalah artikel yang diberi khas kepada Umi Qi dan mommy blogger gojes yg hadir semasa Majlis Penutupan Kempen tersebut dalam satu sampul surat yang besar....sgt2 berinformasi kempen ini...mereka bukan setakat menyuarakan kehendak masyarakat tp mengedarkan risalah ini kepada kami supaya para blogger yang hadir boleh buat satu rumusan ttg penyakit pneumococcal dan langkah2 pencegahan....wpun Umi Qi bz di opis, tp Umi Qi ambil satu artikel nak study dulu sebelum Umi Qi nak up Part 2 about this campaign....really love all the articles. :D

Rindu Qi...Qi, Umi Qi hendak Qi belajar ye dari kecil2 ini tentang hidup bermasyarakat, tentang erti hak masyarakat, tentang erti kasih sayang terhadap sesama masyarakat dan terutama sekali Umi Qi hendak Qi belajar apa itu erti hidup sebenar sebagai seorang yang suka berbakti kepada masyarakat dan negara....diharap ini adalah langkah permulaan pendedahan Qi kepada dunia bermasyarakat :)

<<<Sudah tengok kan video tu? Ada nampak x Umi Qi tgh isi borang kehadiran warna ijau dan banner Umi Qi? Hehhehe cerita selanjutnya di Part 2 ye coming soon...nak menelaah soalan Q&A yang Umi Qi bersoal dgn 3 ahli panel doktor tempoh hari...see u soon :) >>>

Teaser: Di sebalik tadbir Kempen YES: I'm Protected with Pneumococcal.

As Salam hari Isnin semua blogger tercinta 
Teaser berserta gambar dibawah ini adalah merupakan satu permulaan kepada penulisan selanjutnya mengenai Kempen YES: I'm Protected with Pneumococcal yang telah dilaksanakan beberapa bulan yang lalu. Alhamdulilah, rezeki Qaiser ilman, diundang khas oleh teman baik blogger Umi Qi sendiri iaitu Erina Asmawi (pernah suatu ketika dulu Umi Qi pernah menceritakan dalam blog ini ttg anaknya arwah Aqil meninggal dunia kerana penyakit Pneumococcal, sedekahkan Alfatihah pada anak syurga ini, aminnnn) untuk bersama-sama mengambil gambar photoshoot di studio yang terletak di Kepong, Kuala Lumpur.

Pengasas utama kepada Kempen YES ini ialah Puan Li Jin....beliau dari pasukan Parenting2U yang sangat bergiat aktif untuk buat pelbagai program seperti pledges yang diedarkan diseluruh negeri Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak....anda boleh tgk contoh pledges yg Umi Qi edarkan click SINI

Tujuan utama photoshoot ini dilaksanakan untuk adakan banner Kempen YES yang akan di paparkan semasa Majlis Penutupan Kempen YES yang akan diadakan pada 16 November 2013 bertempat di Tropikana City Mall, Kuala Lumpur jam 3 hingga 5.30 petang. 

Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Erina dan Puan Li Jin kerana sudi menjemput dan mengundang khas Umi Qi sekeluarga untuk sama-sama menguar-uarkan dan menjayakan Majlis Penutupan Kempen YES ini. Hanya Allah dapat membalas jasa baik mereka kerana betul2 ikhlas memberi kesedaran akan peri pentingnya memberi extra vaksin kepada anak-anak kita dan anak-anak bangsa hadapan kita.

Justeru itu, nanti Umi Qi akan ceritakan lebih mendalam tentatif program dan Q & A bersama 3 ahli panel doktor yang diundang khas dalam Majlis Penutupan Kempen YES ini dilain entry ye. Sekarang ini mari saksikan sedutan gambar belakang tadbir kami sekeluarga bersama2 dgn org kuat program ini iaitu Erina dan Li Jin....jommmmmmmm!

******
Umi Qi dan Qi seawal subuh dah bangun siap2 solat, buat makanan Qi bubur vege bg dia tenaga tambahan supaya x cranky masa photoshoot yg akan dijalankan...Qi dah terbiasa 2x ambil photoshoot indoor dan outdoor...dulunya x menjadi masalah utama sbb time tuh Qi belum pandai berjalan...sekaranggggggggg umurnya 1 thn 3 bulan sudah pandai berlari2 anak...hahahhahaha tgk nanti kesudahan belakang tadbir ini ye mcm mana lah keletah dia nanti... 
(Sebak tgk gambar frame aqil di kerusi biru itukan? Selalu anggap Aqil senantiasa teman mama dan papa dia dimana2 mereka berada, tenang sungguh wajah Aqil...moga Allah ceriakan anak syurga disana)

Okey, dah selamat sampai tempat yg dituju...syukur alhamdulilah...Allah permudahkan kami jumpa studio ini wpun tersorok ke belakang rumah2 kedai....
Pertama kali di sapa oleh Puan Li Jin, tampak sgt2 peramah, dia sendiri tanpa segan silu tegur Umi Qi di luar...."ini kawan ena ke, julia?' .....Umi Qi senyum girang, jawab 'Ya'....Mrs Li Jin ke ni?' Hehehheheh pertemuan kali pertama seakan mcm sudah lama kenal bertahun2...Li jin sgt2 peramah orang ye...byk menceritakan pengalaman beliau mengeluarkan jurnal dan buliten ttg vaksin Pneumococcal....ternyata sangat bangga dan terharu punya kawan baru seperti LI Jin....

Terus Li Jin jemput kami bertiga masuk ke dalam studio....Qi masih tidak tahu tujuan asal kenapa kami bawak dia ke sini....hehheheheh...tgk lah pic pertama tu...Erina yang ambil semua gambar ini...terima kasih ena...jasa mu sgt2 disanjung tinggi...x sempat ju ambil gambar ena sbb dok bz kejar Qi x habis2 haiiii la anak hehehhe

Nampak kan gambar diatas...mcm2 aksi Qi nih tau...apa2 pun Li Jin dan photografer begitu memahami...ada anak kecil mmg kena cepat dan pantas bergambar...jika lambat...hasilnya ntah ke mana-mana...pelrukan byk kesabaran bila berjumpa dgn Qi nih...hbs semua props Umi Qi bawak dia kecahkan...sepahkan...xperlah Qi...janji Qi terlebey happy amik gambar hahahhaha....kami berdua sebagai ibu dan bapa kepada Qi mmg sudah berikan vaksin extra ini kepada QI sebelum umurnya genap setahun...syukur...itu langkah permulaan...bukan maksud pengakhiran...ia hanya bersifat berjaga2...jika terkena kemungkinan ia tidak seserius seperti yang dijangka...harap Allah lindungi anak kita semua ye...

Inilah dia report Li Jin...katanya sampai tengah malam pukul 3 pagi belum tido sbb fikirkan kempen ini...Ya Allah!...sgt2 berdedikasi orangnya...so Puan Li Jin mahu Umi Qi berikan report khas apa pandangan Umi Qi ttg keseriusan penyakit ini dan apa saranan Umi Qi kepada masyarakat di luar sana....inilah dia kata-kata umi Qi....

Ini adalah hasil wassup dari Li Jin....byk2 gambar photoshoot beliau pilih yang ini (Hitam Putih) untuk dijadikan banner bg Kempen YES....begitu juga dgn Ena, husband dan Aqil :D...
Gambar ini hanya sekadar gambar....tp mesej utama kami semua dan pasukan kami semua adalah untuk memberi kesedaran dan semangat bg ibu bapa di luar sana agar mengkaji dan membaca lebih mendalam ttg isu vaksin Pneumococcal ini di Malaysia...

<<<Penjelasan ttg isu ini Umi Qi akan ke udarakan bila ada kelapangan masa selepas study beberapa artikel yang dibekalkan oleh Li Jin dan 3 ahli panel doktor menerusi sesi soal jawab minggu lepas....tunggu ye bloggers>>>

Resepi: BBQ Chicken Wings with Salad and Tomatoes

As Salam Jumaat semua blogger 
Semua sihat? Ada yang tak sihat ka hari ini? X sihat pi klinik cepat2 ye....oklah sempena hari ini hari Jumaat, hari terbaik untuk terapi diri sendiri...bg Julia  selain dgr kt headphone surah yassin setiap hari Jumaat, Julia suka buat terapi mata cari resepi2 utk dimasak hujung minggu...yelah asik2 resepi men campak2 jek...nak jugak try resepi korang gak kan...

Siapa selalu stalker instagram Julia angkat tgn? Hahahha Julia pun suka sekodeng korang tau...mcm2 aksi anak2 u olls ye, selfie ye...dgn benda baru belinya...sonok instagram nih, fresh pic from the oven omputih kater gituuuuu...hahhahah...tengah malam semalam, Julia pun sempat berinstagram gambar BBQ Julia with my beloved pemanggang ajaib...yg selalu stalker mesti tau Julia ada set alat pemanggang ajaib...senang u olls nak bakor2 nih...x yah pi cari arang bagai, set nak membakor pun x yah...rasa yer pun tatap original mcm bakar arang tuh haaaaa...x cayer? sila le beli...sekarang dh moden...Julia dok apartment sayang oiii...celah mana nak bakor2 nih...kang bomba datang daku susah hati hahhahahaha...

Dik Hafilah....nih teman opismate ku...dia nak resepi dari instagram Julia semalam...ececececece...tanya Julia mcm mana pandai masak sgt...masterchep sgt hahahhaha...Julia campak2 je bahan tuh...tgk2 eh dh siap...hahhaha

Fi...mommy rissa pun nak resepi ye...ok2 darling2...amik apron, pakai apron, pegang sudip ngan pemanggang ajaib u olls ye...nak buat ye amik masa 5 min je yang...seriusssssssssssssss....tp nak perap kena semalaman...ingat ye semalaman...esok nak makan hari ini kena buat dah bahan2 yer...

BBQ Chicken Wings with Salad and Tomatoes 

Bahan-bahannya:

5 biji Bawang Merah kecil
5 biji Bawang Putih
Sos Lada Hitam Jenama Swiss Bear(suka jenama nih tip top).

Cara-caranya:
Bawang merah dan Bawang putih ditumbuk halus dan campurkan bersama sos lada hitam jenama swiss bear
Kemudian, sapu pada ayam n perapkan sehingga 5 jam dlm peti ais. 
Selepas itu, stim ayam berkenaan selama setengah jam supaya hasil ramuan tadi meresap baik dlm isi ayam.
Akhir sekali boleh dibakar dengan gaya tersendiri...ehhehe...


See...guna pemanggang ajaib seronok sgt2...x sampai setengah jam aym dh siap dibakar...yehuuuuu....
Pastu nak cantikkan lagi Julia deco salad dan tomato serta dgn dressing sos cili dan sos thousand island....yummmehhhhhhhhh

<<<Selamat mencuba...senang je kan...Qi pun leh buat tau...hahhahahha cuba jgn x cuba...resepi turn temurun dari abah Julia....yang penting tiada serbuk perasa aummmm>>>